Amalan puasa orang tidak solat mungkin
akan rosak dan tidak diterima oleh Si Dia, Sang Maha Pencipta. Ini kerana ibadah
lain hanya akan ‘dilihat’ oleh-Nya selepas ibadah solat. Bersesuaian dengan apa
yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A daripada sabda Rasulullah:
“Sesungguhnya amal yang mula-mula
sekali dihisabkan seseorang pada hari qiamat mengenainya ialah sembahyangnya,
jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia, dan
jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah dia".
Kiranya terkurang dari sembahyang fardunya sesuatu, Tuhan berfirman: “Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.”
Kiranya terkurang dari sembahyang fardunya sesuatu, Tuhan berfirman: “Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.”
(HR
at-Tirmizi)
Walau bagaimanapun, jangan terkejut
jikalau para pembaca terdengar bahawa ramai umat Islam yang berpuasa tetapi
meninggalkan kewajipan solat! Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh sebuah institut
kajian dan penyelidikan Islam di Malaysia, 70 - 80% mereka yang berpuasa hari
ini tidak menunaikan solat (Halim Din, 2012). Ini kerana mereka merasakan kewajipan 5 kali sehari
itu payah untuk dilaksanakan meskipun nilai ketinggian seorang hamba di sisi
Allah ‘dilihat’ daripada kesempurnaan solat mereka.
Untuk menghisab ibadah lain, ibadah solat lah yang akan dihisab oleh-Nya terlebih dahulu. Jikalau
tidak solat, manakan mungkin ibadah lain akan ‘dilihat’-Nya. Akan tetapi,
lalangkah malangnya umat hari ini, beriya-iya berpuasa, tetapi tidak solat.
Mereka berkemungkinan besar hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja.
Jahil,
Lawannya Belajar!!
Soalan berkaitan berpuasa, tetapi
tidak solat sering kali menjadi keraguan yang membelenggu masyarakat kita hari
ini selain beberapa perkara yang dilihat sebagai remeh membabitkan ibadah puasa
seperti sama ada kentut dan mengorek
telinga itu membatalkan puasa. Keadaan ini jelas menunjukkan orang Islam kian
jahil perihal agama. Puncanya adalah sikap ambil mudah selain malas belajar
untuk meningkatkan ilmu pengetahuan yang mengeluarkan diri daripada kegelapan.
Sepatutnya.. sebelum kedatangan
Ramadhan lagi, umat Islam sudah mula bersiap-sedia menelaah bab puasa termasuk
perkara yang membatalkan dan ‘menguruskan’ puasa seperti yang digariskan al-Imam
al-Ghazali dalam kitab tasaufnya. Jikalau tidak mampu, tanya sahaja kepada mereka yang tahu. Ini penting kerana kita tidak mahu tergolong
dalam kalangan sebagaimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah;
“Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia
tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.”
(HR Ibnu Majah)
Kalau Nak Buat
Sesuatu, Mesti Ada Ilmu!!
Disebabkan malas belajar, nilai
ibadah kini dilihat lebih sebagai adat atau amalan ikut-ikutan sahaja dan bukannya sebagai suatu amalan yang
diwajibkan oleh-Nya yang mempunyai hikmah di sebaliknya serta bermatlamatkan
untuk mendapat mardhatillah. Sebagai contoh,
jemaah solat Tarawikh.. satu minggu
pertama, masjid meriah dengan jemaah. Namun masuk minggu kedua, tidakkah menjadi
kehairanan ke mana perginya mereka yang ramai itu?! Pelik bin ajaib!! Haish!! Apa yang lebih mendukacitakan.. ketika
akhir Ramdhan, bunyi mercun dan lagu raya lebih kuat kedengaran hingga sudah
tidak mempedulikan Tarawikh, Takbir, Tahmid dan Selawat!! Apabila kita langsung
tidak ambil peduli ilmu, inilah yang berlaku.. amalan hanya sebagai
ikut-ikutan. Firman Allah S.W.T.:
"Apakah
sama orang-orang yang berilmu dan orang-orang yang tidak berilmu?"
(az-Zumar: 9)
Jika umat Islam mempelajari asas
difardhukan sesuatu ibadah, mereka akan melaksanakan ibadah itu dalam keadaan
‘mengetahui’, bukannya secara membabi buta. Maka tidak kira apa yang datang, ia
tidak sedikit pun akan mengganggugugat ibadah mereka.
Ilmu akan memacu umat Islam ke
hadapan dan dalam aspek ibadat, mereka boleh melihat peningkatan dari sudut
kualiti ibadat serta sentiasa berusaha memastikan ibadat itu dalam keadaan
sempurna supaya diterima oleh-Nya.
“Jadilah
hamba kepada Allah, bukan hamba kepada Ramadhan.”
(Dr Yusuf
al-Qardhawi)
No comments:
Post a Comment