Tuesday, November 25, 2014

Mengapalah Dia Ni Masih Pakai Baju Tu?!


 
Bila asyik kena 'betul-betulkan' baju yang tengah pakai sekarang (especially waktu depan orang lain)....ada kemungkinan baju tu sebenarnya tidak berapa sesuai untuk kita masih pakai.

JUJURKAN hati bila tengok badan sendiri dalam cermin.

(a) Ada tak bahagian body nampak terbalut sendat segan orang lain tengok? - dada, perut atau punggung.

(b) Tengah kurang selesa bernafas sebab pakai corset pembentuk body shape?

(c) Atau, gaya tudung dipakai tu singkat hingga kawasan dada tak di tutup sopan. Mungkin juga kolar baju bawah tudung terlalu low-cut. Selalu tertarik-tarik tudung risau orang ternampak apa yang tak wajar.

(d) Tudung agak longgar dan asyik kena di betulkan? Sebab tu antara dari 15 ciri Tudung Yang Professional Muslimah pakai waktu kerja adalah tudung itu mesti 'minimun maintainance'. Bila pakai ia tak berubah-ubah shape dan kedudukan. Jauh sekali perlu kita sentiasa betulkannya selalu.

(e) Mungkin kain yg dipakai tu BELAH tidak selisih bertindih? Segan nampak betis tiap kali melangkah.

(f) Fitting baju. Mungkin juga baju tersebut 'tidak terletak' sopan pada badan. Sama ada terlalu longgar hingga gelebeh...atau ketat yang tak sopan. Baju tu beli ready-made walau dah tahu potongan badan kita ada bahagian special yang 'tak sama dengan orang lain'.

Jika ada sebab-sebab yang macam gini, janganlah diambil mudah. Sebab antara ciri seorang wanita yang kelihatan lawa dan confident adalah...pakaiannya sedikit pun tidak mengganggu cara dia tampil di depan orang ramai. Fokus orang terus tertumpu pada butir kata dan kredibiliti yang ada pada dirinya.

Bila begini...inshaAllah. Segala pendapat bijaksana yang disampaikan orang akan ambil berat dan hargai. 

p/s: orang yang pandang sebenarnya tahu anda 'tak selesa' pakai baju tu (sebab asyik tertarik-tarik betulkan sana sini). Dan sudah pasti mereka bukannya tengah hargai kecantikan anda. Lagi difikirkan "mengapalah dia ni masih pakai baju tu?"



Petikan  Nukilan: Saudari Suraya Daud

Monday, November 17, 2014

Siapa Tak Pernah Jadi ‘Jahat’?!



Siapa tak pernah jadi ‘jahat’? We all fall short sometime. 

Dan.. kalau nak cakap tentang baik, what is your definition for that?

Post pasal Islamik kat FB tapi tak solat, tak baik juga. Jaga solat tapi mulut mengumpat orang, sebar fitnah, menipu, tak baik juga. Pakai tudung labuh tapi tak jaga hati, dating berdua pegang tangan, masih tak baik juga. Bagi sedekah ribu-ribu, puasa sunat setiap isnin khamis tapi baju tak tutup aurat, pun tak baik juga. 

Siapa yang layak menilai sesiapa kat muka bumi ni? None. 

Dan definition of baik was only mean by one thing; “beriman kepada Allah. patuh pada setiap perintah-Nya dan tinggalkan segala apa yang dilarang-Nya.” 

Yeah, none of us adalah manusia yang tak berdosa. Namun itu tak bermakna kita tak boleh buat baik, tak bermakna kita kena terus buat jahat.. tak bermakna kita boleh kutuk orang yang nak berubah jadi baik.. or kutuk orang yang jahat sekalipun. No we can’t do that. 

Kalau tak boleh cakap benda baik, at least diam. Kalau tak dapat nak bantu orang berubah jadi baik, please jangan tarik orang supaya buat benda jahat.

Ya.. we all fall short sometime. But that doesn’t mean kita selamanya berdosa. Rahmat Allah tu luas. Cari jalan pulang ; balik pada Quran dan Sunnah.. jaga solat.. jaga hati.. jaga hubungan dengan Tuhan.. niat yang baik-baik untuk diri sendiri.. doakan kebaikan orang.. jangan prasangka.

We are not good enough either. Tapi tak salah kan nak berubah?  

Every second is the chance to change. Don’t waste it people. Be good to Allah, insya-Allah DIA akan baikkan kita.

Senyum..=)

Monday, November 10, 2014

S.E.S.U.A.I.




إذا قال لك طفل صغير معي مبلغ كبير ،
فأنت تتوقع ان معه10 ريال –
على قدر حجمه وقدرته ..

Jika seorang kanak-kanak memberitahumu dia ada sejumlah wang yang banyak...kamu akan menjangkakan dia mempunyai RM10...sesuai dengan umurnya.

فإذا قال لك مدير بنك عندي لك مبلغ كبير ،
فأنت تتوقع مثلا” مليون “ ريال –
على قدر حجمه وقدرته ..

Jika seorang pengurus bank memberitahumu dia ada sejumlah wang yamg banyak...kamu akan menjangkakan dia mempunyai jutaan ringgit...sesuai dengan posisinya.

فإذا قال ملك أو رئيس عندي لك مبلغ كبير ،
فأنت تتوقع مثلاً ”مليار“ ريال –
على قدر حجمه وقدرته ..

Jika seorang raja atau presiden memberitahumu dia ada sejumlah wang yang banyak...kamu akan menjangkakan dia mempunyai bilion ringgit...sesuai dengan posisinya.


فما بالك إذا قال الله عزوجل عن الجنة
" أعددت لعبادي الصالحين
ما لا ..
عين رأت !
ولا أذن سمعت !
ولا خطر على قلب بشر " !!؟

Apa tanggapan kamu apabila Allah Taala menjelaskan tentang syurga "Aku sediakan pada hamba-Ku yang soleh...benda yang.....
tidak pernah terlihat oleh mata...
tidak pernah terdengar oleh telinga...
tidak pernah terlintas oleh hati..."


لو راَى احدكم طرف الجنہَ
لصلب ظھره من كثرة
السجود

Sekiranya antara kamu ada yang ternampak sekilas sudut syurga...nescaya dia sanggup berpenat lelah dengan perbanyakkan sujud.


عميقه هذه العباَرھ .
تستحق النشر ..
ثلاث ادعيه لاتنسونهم في سجودكم ؛

Ungkapan yang cukup mendalam...elok disebar...3 doa jangan kamu jangan lupa ketika sujud.

اللهم إني اسألك حسن الخاتمه ،
اللهم ارزقني توبةً نصوحه قبل الموت
اللهم يا مقلب القلوب ثبت قلبي على دينك"
حتى اذا نويت نشر هذا الكلام
انوِي بها خير لعل الله يفرج لك بها كربة من كرب الدنيا والاخرة

1. Ya Allah aku mohon penyudah hidup yang baik.
2. Ya Allah berikan rezeki dengan taubat nasuha sebelum ajalku.
3. Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati...tetapkan hati atas agama dan ketaatan pada-Mu

Aameeen..



Sumber: Abu Umarain Al - Palohi

Sunday, November 02, 2014

Dracula Vs al-Fateh



Melihat jalan cerita “Dracula Untold” memang benar mencabar, begitu dashyat putar belit Hollywood dalam mengggelapkan Sultan Al-Fateh dalam filem ini.


Begitu mudah untuk mengubah sejarah dewasa ini, buat sahaja movies, masukkan elemen love sedikit supaya penonton mudah cair (kalau buat buku, orang tak baca.. kalau buat movie, genre action pula, sudah pasti marketing dan audiencenya lebih meluas). Ditunjuknya sisi Vlad the Impaler yang sangat baik sehingga sanggup korbankan diri kerana rakyatnya. Manakala Turki Uthmaniyah dimainkan sebagai kerajaan yang sangat kejam dan gila kuasa. Yang hairannya, mereka tidak pula menunjukkan bagaimana Vlad The Impaler membunuh delegasi Turki dengan mengetuk paku ke dalam kepalanya (sebenanrnya, delegasi ialah orang tidak boleh dibunuh walaupun dalam perang sekalipun.. kalau dibunuh, itulah jenayah paling terbesar suatu ketika dahulu).


Ironinya, tidak pula mereka tidak tunjukkan penyembilan beramai ramai umat islam seramai 300,000 ribu orang di Wallachia oleh Vlad. Tidak juga mereka paparkan payudara wanita dipotong dan penderaan seksual terhadap para muslimah oleh Vlad. Malah  mereka juga tidak  menunjukkan orang-orang miskin yang direbus hidup-hidup oleh Vlad dan tindakan  Vlad yang pernah meracun sungai Danube.

 

Sultan Mehmed Al-Fateh, sultan yang terbaik menurut sabda Rasulullah SAW mengenai pembukaan Kota Constantinople. Di mana strategi beliau merupakan strategi perang paling terbaik di dunia oleh pakar strategi zaman ini.



 

Penawanan pula dibuat secara aman, tidak ada pembunuhan beramai ramai seperti apa yang dibuat oleh Rom, Parsi, dan Monggol apabila mereka menawan sebuah kota (tetapi seperti biasa, kebanyakan dokumentari dan buku sejarah Barat mendakwa tentera al-Fateh telah membakar, membunuh, menyembelih dan merogol rakyat jelata selama 3 hari 3 malam). Malah Sultan Mehmet II( Al Fateh) yang digelar sebaik-baik raja menurut hadis Nabi SAW ini sudah dianggap dunia sebagai seorang pembuli, berlagak, dan gila kuasa dek kerana filem ini.


Janissary, kumpulan tentera komando elit pada era Turki Uthmaniyah juga tidak terlepas dari fitnah ini.... Iya....sememangnya sejarah merakamkan Turki Uthmaniyah mengambil anak anak Kristian sebagai ahli.


Memang tidak dinafikan.. dalam satu perspektif, ianya tampak seperti ‘oppress’. Akan tetapi, antara sebab mengapa Sultan al-Fateh mengambil anak-anak Kristian, ialah golongan ini tidak ada kepentingan pollitik ataupun mana mana hubungan dalam pimpinan negara ini memastikan tidak berlaku “coup-de-etat” di kalangan tentera Janissary terhadap kerajaan.


Malah pengambilan bukannya sekejam digambarkan dalam filem ini. Pada asasnya ibu bapa Kristian berebut menghantar anak mereka untuk menyertai Janissary kerana mereka akan mendapat perkara yang terbaik daripada negara. Mereka akan belajar di sekolah secara percuma, makanan diberi percuma. Malah ada ibu bapa yang menyamar sebagai Kristian semata-mata kerana ingin menghantar anak mereka untuk menyertai Janissary. Kata sejarawan Georgiades Arnakis;

“Polisi Turki Utmaniyah antara paling baik kepada golongan Kristian berbanding kerajaan sebelumnya seperti Byzatine dan Roman”


Selain itu, lakonan Dominic sebagai Sultan Mehmet agak tidak sesuai (nama pun cerita berkait dengan sejarah.. mestilah dibuat betul-betul mengikut karakter). Jikalau kita melihat lakaran Gentile Bellini yang melukis muka Mehmet Al-Fateh, ia lebih segak dan gagah. Ini kerana sultan-sultan Turki Utmaniyah waktu itu sangat dijaga rutin hidup dan pemakanan mereka oleh pakar pakar nutrisi supaya tampak segak dan tampan.. mereka tinggi, berbadan sasa, tidak gemuk dan bilamana dilihat musuh,  sudah timbul rasa kagum dan gerun dalam jiwa mereka.


Dalam durasi 92 minit sememangnya waktu yang sangat singkat untuk menceritakan sebuah tamadun yang bertahan lebih 600 tahun lamanya. Memang diakui, ulasan ini bukanlah untuk  memaksumkan kerajaan Turki Uthmaniyah dan membuat kesimpulan bahawa tamadun ini tidak mempunyai sisi sisi gelap yang boleh diambil iktibar. Namun menghitamkan zaman kerajaan Turki Uthmaniyah pada era kegemilangannya dan memutihkan Vlad The Impaler yang sangat kejam dan seorang pembunuh adalah tindakan kurang adil bukan sahaja sebagai sejarawan tetapi dari segi kemanusiaan.



Nota Siku

Mungkin akan ada yang beranggapan bahawa ini adalah movie, hiburan semata-mata. Maka tidak perlu untuk kita overreacting sangat.


Yes, it just a movie. Tapi cuba bayangkan perkara sama kepada kita. Sebagai contoh, ada orang hasilkan movie tentang kisah hidup kita, semua hampir sama; dari tempat lakonan, guna rumah kita.. nama, guna nama sebenar.. mak ayah kita, guna nama yang sebenar juga. Namun at last, filem ni secara total menghina kita, family kita, imej kita…. kata kita gila, kejam, pencuri, perogol. Masihkah anda akan menganggap itu hanya hiburan semata-mata?!



 

Disiplin menceritakan sejarah perlu dijaga. Tidak kira ianya hanya sekadar fiksyen, tetapi apabila dimasukkan karakter yang diambil dari sejarah, ketulusan dalam menyampaikannya perlu berhati-hati. Rasanya mereka yang mungkin berpendapat bahawa ini sebagai hiburan semata-mat, boleh pergi baca comment di youtube oleh non-muslim Europe di “Dracula Untold” review.


Baca apa yang mereka kata tentang Turki Uthmaniyah sekarang.

Oppressor, kejam, melampau, barbaric.. siap ada yang sokong Vlad sebagai hero”


 

Tonton satu dua movie tentang sejarah Turki, terus comment seperti expert dalam sejarah ketamadunan Turki. Sudah ramai yang sudah percaya dek kekurangan ilmu tentang sejarah sebenar dari cerita ini.


Sekarang hiburan lagi kah? Sensitiviti kepada sejarah hanya pada mereka yang tahu akan  kepentingannya.

Senyum..=)