Tuesday, December 02, 2014

Mencari Hikmah Di Sebalik Ujian.. ^_^v



Jika tiada rezeki anak, mungkin diberikan rezeki mertua yang baik. Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.

Jika tiada rezeki wang ringgit, mungkin diberikan rezeki kesihatan. Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.

Jika tiada rezeki kereta mewah, mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah. Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.

Jika tiada rezeki rumah yang besar, mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus. Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.

Jika tiada rezeki jodoh, mungkin diberikan rezeki umur ibubapa yang panjang. Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.

Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari. Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.

Nota Siku


Terkadang terdetik di hati mengapa doa kita untuk dimurahkan rezeki, dipermudahkan pekerjaan, dipercepatkan jodoh, dianugerahkan zuriat dan apa sahaja yang kita inginkan tidak dimakbulkan lagi atau ditanggungkan oleh Dia Sang Maha Pencipta..

Namun tanpa disedari, amalan kita sehari-hari seperti melambat-lambatkan waktu solat, membayar hutang atau memulangkan sesuatu yang dipinjam mungkin boleh menjadi sebahagian faktor yang menyumbang ke arah lambatnya doa kita diperkenankan oleh-Nya..


Senyum..=)