Wednesday, December 30, 2009

Lelaki Idaman Muslimah..



Lelaki idaman muslimah..,


Biarlah dia seorang yang buta..,


Kerana matanya sunyi dari melihat perkara-perkara maksiat dan lagho,


Kerana kedua matanya terpelihara dari memandang aurat wanita ajnabi,


Asalkan kedua matanya terang dalam memerhati keagungan ciptaan Allah,


Asalkan dia celik dalam melihat kesengsaraan umat Islam di Palestin, Bosnia, Ambon dan seumpamanya..


Biarlah dia seorang yang bisu..,


Bisu dari pujuk rayu yang bisa mengoncang keimanan,


Bisu dari mengungkapkan ungkapan yang bisa meracun fikiran,


Bisu dari perkataan yang bisa mengundang kekufuran,


Asalkan bibirnya sentiasa basah mengingati Tuhan,


Asalkan lidahnya tidak pernah lekang dari membaca Al-Quran,


Asalkan dia petah membangkang kemungkaran dan dia lantang menyuarakan kebenaran..


Biarlah dia seorang yang bakhil..,


Bakhil dalam memberi senyuman pada wanita yang bukan mahramnya,


Bakhil dalam meluangkan masa untuk membuat temujanji dengan wanita ajnabi yang boleh dinikahinya,


Bakhil untuk menghabiskan wang ringgitnya kerana seorang wanita yang tidak sepatutnya..


Tetapi dia begitu pemurah..,

Meluangkan masanya untuk beribadah dengan Khaliqnya,


Dia begitu pemurah untuk mempertahankan aqidahnya,


Pemurah dalam memberikan nasihat dan teguran,

Sehingga dia sanggup menggadaikan hartanya bahkan nyawanya

Demi melihat kalimah syahadah kembali megah di muka dunia..


Biarlah dia seorang yang papa..,


Papa dalam melakukan perkara maksiat,

Papa dalam ilmu-ilmu yang tidak berfaedah dan tidak bermanfaat,

Papa memiliki akhlaq mazmumah..


Tetapi dia cukup kaya..,

Dalam pelbagai ilmu pengetahuan,


Dia begitu kaya memiliki ketinggian akhlaq dan budi pekerti yang mulia,


Dia begitu kaya dengan sifat sabar dalam mengharungi tribulasi kehidupannya,

Dan dia seorang yang kaya dalam menanam impian untuk menjadi seorang syuhada yang syahid di jalan Allah..

4 comments:

Nurhafizu Adha said...

Salam ya ustaz. ana juga dari kuala krai, kelantan. harap dapat berhubung, membina ukhwah merajut mahabbah, dalam mencari teman seperjuangan meneroka redha Ilahi. 019-5233185.

faizalMS said...

to nurhafiz: wasalam.slmt dtg ke 'intuisiku' N salam ukhwah..=)

rayyan ramadhani said...

salam :)
sy nk mnta izin tok copy ...

faizalMS said...

rayyan: silakan..=)