Monday, May 03, 2010

Pencarian


Dalam waktuku ini..,
di mana manusia menjadi-jadi,
di mana diriku semakin tercari-cari,
lalu kulihat diriku semakin lesu,
umpama buih-buih di lautan biru,
berkocakan entah ke mana arah tuju..


Dalam waktuku ini..,
di mana detik semakin habis,
di mana nafas semakin menipis,
lalu kulihat diriku semakin menghilang,
umpama hilang tanpa jejak di dalam kegelapan,
kegelapan yang menyelimuti ruam dan kelukaan hati..


Dalam waktu ini..,
aku terseret-seret kepanasan,
terhempas di nuansa keduniaan,
sehingga terkabur pula nuansa hati,

terperangkap dalam kelaraan diri..


Dalam waktu ini..,

aku tersesat,
tersesat dalam masa silamku,

tersesat di lereng-lereng waktu..


Dalam waktu ini..,

kurindukan fajar keimanan,
kurindukan senja ketaqwaan,

yang menyinari seluas 7 petala langit,

dan 7 petala alam,

menyuburkan jiwa-jiwa yang tenang..




Coretan rasa,

intuisiinsurgensi,

kuala krai,

kelantan.

2 comments:

Kamek said...

pasang surut iman tu lumrah kehidupan. Tetapi harus terus sedar & perbaiki diri. Jom kita kumpul kekuatan diri untuk membina stamina iman yang utuh. Smoga mampu menyelamatkan diri & yang lain...

(isk2 nape kat tv mkin teruk kes2 kat msia ni)

iNtuisiiNsurgeNsi said...

btol tu..jom same2 kita perbaiki diri, iman dan ketaqwaan kita..erm, psl kes kt m'sia nie..mmg da lumrah dunia akhir masa ini..akhlak manusia semakin terpesong.so menjadi tanggungjawab kitalah yg membetulkannya (amar ma'aruf nahi mungkar)..=)