Thursday, July 01, 2010

A.D.A.M.


Dunia menyaksikan gejala sosial kini semakin hari semakin menjadi-jadi. Bermacam-macam permasalahan terutamanya pembuangan bayi, pelacuran, dan bohsia menjadi isu perbualan di kedai-kedai kopi, malahan menjadi perdebatan hebat di Dewan Rakyat mahupun di Dewan Negara. Sudah menjadi ‘ghalib’ dunia; sesuatu perkara itu takkan berlaku tanpa ‘asbab’nya. Pelbagai faktor telah pun dikaitkan sebagai pisau yang menoreh-noreh ‘luka’ tak berdarah ini. Dan seperti kebiasaan, golongan yang lemahlah yang terpaksa menjadi ‘kambing hitam’ di dalam masyarakat.


Rata-rata masyarakat terus menyalahkan kaum wanita. Kononnya merekalah duri di dalam daging yang menyebabkan ‘keperitan’ kian terasa kerana golongan ini dikatakan begitu lemah dan mudah terpedaya dengan godaan duniawi. Akan tetapi, harus diingat bahawa 'bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi'. Tak terfikirkah kita bahawa permasalahan ini bukan hanya berpunca dari satu pihak sahaja?! Kenapakah kita seringkali terlepas pandang kepada si ‘bapa’ yang gemar lempar batu, sembunyi tangan?! Bukankah kelahiran yang sepatutnya suci murni itu turut dicemari oleh tangan-tangan si ‘jantan’ durjana itu?! Maka, eloklah direnung kembali peranan lelaki terhadap wanita seperti yang dianjurkan oleh Allah dalam Al-Quran:


"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka..."

(al-Nisa':34)


Sekiranya ayat ini diamati dengan teliti, nescaya akan terdetiklah di hati kita yang lara ini betapa besar dan beratnya amanah yang telah Allah berikan kepada kaum lelaki untuk menjadi pemimpin kepada wanita. Kepercayaan ini bukanlah sesaje diberi, tetapi kerana beberapa kelebihan yang Allah anugerahkan kepada kaum adam dan tidak pula ada pada kaum hawa.

Namun begitu, telahpun berlegar-legar di intuisiku; Adakah lelaki hari ini telah berperanan sebagai pemimpin?! Dan adakah wanita juga telah menjalankan peranan mereka sebagai orang yang dipimpin?! Ada sesiape yang boleh jawab tak?! Hmmm..takpelah, cubalah kita renung-renung di dalam hati..(“,)



[to be continued..]