Tuesday, March 03, 2009

kisah sepohon epal..



Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan ada kalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.....

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. "Marilah bermain-main di sekitar ku," ajak pokok epal itu. "Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu. "Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada pada ku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan." Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih. Masa berlalu...

Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira. "Marilah bermain-main di sekitar ku," ajak pokok epal itu." Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluarga ku. Bolehkah kau menolong ku?" Tanya budak itu. "Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah.

Tetapi kau boleh memotong dahan-dahan ku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan. Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa. "Marilah bermain-main di sekitar ku," ajak pokok epal itu. "Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitar mu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolong ku?" tanya lelaki itu. "Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu. Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu.

Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu. Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu. "Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buah ku untuk kau jual, dahan ku untuk kau buat rumah, batang ku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.

“Aku tidak mahu epal mu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahan mu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokok mu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu. "Jika begitu, berehatlah di perdu ku," cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.



CERITA INI SENGAJA DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK PARA REMAJA BERFIKIR TENTANG PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA TERSEBUT. SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG DIMAKSUDKAN DI DALAM CERITA ITU ADALAH KEDUA-DUA IBU BAPA KITA. BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA. KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP. KITA TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM KESUSAHAN. NAMUN BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP. ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP POKOK EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH, ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA. HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI MEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI BAPA SETIAP TAHUN..





Friday, February 20, 2009

kasihnya ibu..

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya?!
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya?!
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya?!
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya?!
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya?!
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya?!
Dan akhir sekali, berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.?!

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
__________________________
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
______________________________________________________
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, 'Saya SayangkanIbu'.Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Wednesday, February 18, 2009

teka-teki imam ghazali



Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ):
Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran: 185).
_____________________________________________________________________
Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?
Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. BagaImamapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.
_____________________________________________________________________
Imam Ghazali: Apa yang paling besar di dunia ini?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.
_____________________________________________________________________
IMAM GHAZALI” Apa yang paling berat di dunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah
Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.
_____________________________________________________________________
Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun
Imam Ghazali: Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.
_____________________________________________________________________
Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab: Pedang
Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri..

Wallahu a’lam

Friday, February 13, 2009

Kasih Sayang YES!Valentine NO!!




Kasih sayang merupakan fitrah manusia yang dianugerahkan oleh sang Khalik kepada manusia untuk menjaga kelangsungan jenisnya. Fitrah ini adalah manisfestasi dari adanya naluri mempertahankan jenis (gharizah nau’) yang terdapat dalam diri manusia. Dengan fitrah inilah kehidupan manusia terus berjalan sejak nabi Adam as. hingga kini. Hanya saja ketika fitrah ini tidak diatur oleh aturan yang benar tentunya tidak akan menghantarkan kepada tujuan dari diciptakan fitrah ini bahkan justru akan merusak. Lebih jauh lagi hal ini akan menghantarkan manusia pada kegelisan dan ketidaktentraman dalam menjalani hidup.




Memasuki bulan Februari ini ada satu tema besar yg berkaitan dengan ekspresi perasaan kasih sayang yang terus menerus d propagandakan oleh para kapitalis beserta para pembebek-pembebeknya untuk meracuni ruang romantisme kita. Padahal, kasih sayang yang diajarkan oleh ritual mereka, yang biasa disebut Valentine Day (VD), hanyalah kasih sayang semua. Karena kasih sayang yang mereka maksudkan adalah hubungan antara lawan jenis yang didasarkan hawa nafsu biologis semata-mata sebagaimana ritual yang biasa dilaksanakan oleh paganis Romawi kuno dengan peringatan Lupercalia-nya. Kasih sayang yang mereka propagandakan adalah pernyataan kosong (klise) yang tak pernah terbukti dalam kehidupan mereka. Lihatlah penjajahan yang mereka lakukan hari ini di Afghanistan, Irak, suport terhadap israel, dukungan pada penguasa-penguasa diktator dan kriminal-kriminal internasional. Lebih jauh lagi pernyataan ini merupakan ungkapan tipu muslihat untuk menutupi kepentingan mereka yang sesungguhnya yaitu penyebaran ideologi Kapitalisme.




Secara historis, sebenarnya perayaan VD ini bermula dari kisah St. Valentinus yang tak lebih dari sebuah legenda yang pernah dicoba untuk dihapuskan dari kalender gerejawi pada tahun 1969 sebagai sebahagian dari sebuah usaha yang lebih luas untuk menghapus santo-santa yang asal-muasalnya tidak jelas dan hanya berbasis legenda saja.

Dalam perkembangan selanjutnya peringatan Valentine didukung oleh negara-negara Kapitalis Barat (seperti AS dan Inggeris) untuk disebarkan keseluruh dunia. Dengan dokongan penuh media massa yang umumnya disokong oleh para kapitalis besar lewat iklan-iklan seperti surat khabar, radio mahupun televisyen, perhelatan besar pun diadakan dengan tujuan mencekoki generasi muda dengan iklan-iklan VD baik bermotif bisnis maupun ideologis. Makanya tak heran bila menjelang bulan Februari ini kita menemukan jargon-jargon (simbol-simbol atau iklan-iklan) yang mengekspos atau mempromosikan Valentine di mana-mana.



Saat ini, peringatan Valentine menjadi salah satu alat yang digunakan Barat (baca: Kapitalisme) untuk menyebarkan paham-paham liberal. Hal ini berkaitan dengan konspirasi Barat untuk menjajah dunia Islam (kenapa islam? Karena islam anti kapitalisme) dengan melakukan liberalisasi pergaulan pada generasi muda kita yang ujung-ujungnya menyibukkan diri kita dengan hal-hal yang remeh-temeh. Dengan menanamkan budaya persmisif hedonism yang tak bertanggungjawab, pihak kapitalis bermaksud untuk melenakan dan memalingkan generasi muda dari cengkaman-cengkaman (baca penjajahan) meraka yang secara sistematik mengeksploitasi sumberdaya alam dan sumberdaya manusia di seluruh dunia.



Diterimanya budaya VD saat ini pada dasarnya bukan karena adanya kebenaran di dalam nilainya. Diterimanya budaya ini lebih karena hegemoni dan dominasi peradaban Barat atas peradaban dunia saat ini. Dominasi ini telah menjadikan apapun yang datang dari Barat pasti benar adanya. Apa yang menurut Barat baik maka itu adalah kebaikan. selain itu, bertahannya budaya VD ini tak lebih juga dikarenakan akutnya mental inlander (terjajah) dan membebek dari generasi muda Islam saat ini..

Wednesday, February 11, 2009

iman dan istiqamah

Daripada Abu `Amru ( atau digelar juga Abu `Amrah ) Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata: " Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah. Kemudian hendaklah engkau beristiqamah".




(Riwayat Muslim)


akan kusampaikan biarpun sebaris ayat...

Sunday, February 08, 2009

peliharalah ALLAH..



Daripada Abu Abbas, Abdullah bin Abbas r.a : Bahawa pada suatu hari saya sedang berada di belakang Rasulullah SAW ( di atas binatang tunggangannya ), lalu sabda baginda : ‘Wahai anak kecil, sesungguhnya aku telah mengajar kamu beberapa perkataan. Peliharalah ( perintah ) Allah, nescaya Dia akan memelihara kamu, peliharalah ( kehormatan ) Allah, nescaya engkau akan merasakan Dia berada bersama-samamu. Jika engkau memohon, pohonlah kepada Allah semata-mata. Jika engkau meminta pertolongan mintalah kepada Allah semata-mata. Ketahuilah bahawa jika semua umat manusia berkumpul untuk memberikan kepadamu sesuatu menafaat, nescaya mereka tidak akan mampu memberi menafaat itu, melainkan dengan sesuatu yang telah ditaqdirkan oleh Allah. Begitu juga sekiranya mereka berkumpul untuk menentukan suatu mudharat untuk kamu, nescaya mereka tidak akan mampu menentukannya, melainkan dengan suatu yang telah ditentukan Allah ke atas kamu. Telah diangkat kalam ( tulisan ) dan telah kering ( tinta ) buku catitan.’



(Riwayat Tirmizi)
akan kusampaikan biarpun sebaris ayat...

Thursday, February 05, 2009

ikutilah dengan kebaikan..

Daripada Abu Zar Jundub bin Junadah dan Abu Abdul Rahman MU'az Bin Jabal r.a. dari Rasulullah s.a.w. sabdanya, "Bertaqwa kepada Allah di mana saja engkau berada. Dan jauhkanlah kejahatan dengan mengerjakan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut. Dan berperangai kepada manusia dengan perangai yang bagus."



(Riwayat Tirmizi, hassan)

akan kusampaikan biarpun sebaris ayat..