Wednesday, May 06, 2009

hikmah oh hikmah..

Salamullahi'alaikum. .....

Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ...

Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan ....either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ....so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ...

Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ...mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya .....makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..

Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ...jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ...dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam ... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...

Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali ....tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib .... dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar ' rahsia ' dan peranan dapur rupa-rupanya. ..dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.

"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So,it ' s good if we can remind each other because in Rasulullah ' s last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly...

Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you ' ll lose nothing. Wallahu A ' lam... Terima kasih..

akan kusampaikan walaupun sebaris ayat..

Sunday, May 03, 2009

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE-58



Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke-58 surah tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....

AMEENnnnn.

akan kusampaikan biarpun sebaris ayat..

Friday, May 01, 2009

Piala FA, Hedonism dan ….

Diriku telah menyaksikan siaran perlawanan akhir Piala FA musim ini pada hari sabtu lepas (25/4/09). Perlawanan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, antara skuad negeri tanah tumpahnya darahku, Kelantan Darul Naim dengan kontijen negeri yang pernah kumenetap, menuntut ilmu, Selangor Darul Ehsan. Entah mengapa pada malam itu diriku begitu excited dengan tournament berkenaan. Maybe kerana kemunculan pertama Kelantan di Final Malaysian FA Cup setelah 39 tahun penantian. Yela kata orang, penantian suatu penyeksaan. Hehe..

Kedua-dua pasukan boleh dikira sama-sama hebat, menunjukkan taring dan cakar masing-masing. Namun, ke-excited-kan diriku pada malam itu tersentak dengan ketewasan kesebelasan Da Red Warior 1-4 (sepakan penalty) kepada “keduabelasan” Da Red Giant. Mungkin kekalahan ini berikutan kurangnya pengalaman player-player muda yang menjadi tunggak skuad Kijang Emas. Mungkin juga kerana sikap ketua pengadil yang dikatakan berat sebelah dan aksi player-player pasukan Merah-Kuning yang selalu berpura-pura. Aah..biarkanlah, yang penting Kelantan telah ditakdirkan untuk kalah pada malam itu. Mesti ada hikmah di sebalik kejadian.

Kita perlu meneruskan perjuangan hidup dengan perkara- perkara yang bermakna dan berguna walau apa yang berlaku, bersesuaian dengan peranan kita sebagai hamba Sang Maha Kuasa dan khalifah di alam yang fana ini. Apa yang diamanahkan, tidak patut kita menghianatinya dan jikalau diberi bersuara, janganlah kita mendustainya. Begitulah kita dalam apa jua perkara sekalipun, termasuk dalam arena sukan, especially bola sepak. Kerana dibimbangi fenomena kemunafikan ini berleluasa di kalangan kaum muslimin dan menimbulkan perpecahan di antara kita.

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:


“Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali -Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiaporang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.”

(Hadis riwayat lmam Muslim)


Diriku turut tertarik dengan gelagat-gelagat para penyokong kedua-dua belah pasukan, tidak kiralah yang teruna, dara, tua, muda,kaya ataupun papa. Ada yang sanggup bersusah-payah datang dari jauh ke stadium, ada juga yang sanggup berasak-asak dengan puluhan ribu penyokong yang lain untuk menyaksikan tournament tersebut, ada yang sanggup berhabis ratusan duit dan tidak kurang juga ada yang begitu fanatik sehingga membaling objek ke arah padang sebagai tanda tidak berpuas hati dengan keputusan dan cara pengadilan. Banyak lagi gelagat penonton yang tidak tergambar oleh pancainderaku. Begitulah berhasilnya ideologi HEDONISM YAHUDI mempengaruhi pemikiran umat kita pada hari ini.


Terdetik intuisiku menyatakan alangkah baiknya jikalau semua umat Islam sanggup bersusah-payah meneroka dan merantau jauh dari kampung halaman untuk menuntut ilmu, sanggup berasak-asak dalam memakmurkan masjid, memenuhi dan merapatkan saff, bergolok-gadai dalam menghadiri majlis ilmu. Alangkah elok juga sekiranya para muslimin bersemangat waja serta sanggup berkorban jiwa dan raga bermujahadah dalam menegakkan DAULAH ISLAMIAH FI SABILILLAH.


Harapanku agar suatu hari nanti apa yang diperkatakan intuisiku itu menjadi sesuatu yang nyata dan bukan ilusi semata-mata. Sekiranya semua ini berlaku, nescaya Islam akan berkembang maju laksana bunga yang indah, yang berkembang mekar dan mewangi, gugurnya memenuhi bumi..di padang dan tanah yang tinggi, kesuburan itu telah dibajai oleh darah para syuhada’..


Ameen,ameen.. Ya Rabbal Alamin..