Apa yang pasti, janganlah jadikan nama Melayu sebagai alasan untuk kita terrus ‘melayu’. Belum tentu lagi jikalau bangsa kita diubah namanya menjadi ‘Menyegar’, ‘Menyerlah’ atau ‘Menyinar’, bangsa kita akan bertambah gah dan mantap! Ingatlah, jika sikap, mentality atau lifestyle masih lagi di takuk lama, maka hasilnya tetap juga sama.
Bangsa Melayu sebenarnya amat hebat. Sejarah banyak membuktikan kehebatan Melayu, menafikan ke’layu’an bangsa kita. Namun Melayu hari ini nampak gayanya semakin ‘melayu’ selayu-layunya.. semakin lemah tidak bermaya.. semakin senang dengan kehidupan sedia ada.. semakin malas untuk bersaing.. semakin luluh dengan kehidupan selesa, hingga akhirnya hanya tinggal RTM sahaja (bukan Radio Televisyen Malaysia tetapi Rehat, Tidur dan Makan). Bangkitlah bangsaku, bangkitlah dari lenamu!! Jangan biarkan dirimu dijajah semula!! Bukan penjajahan secara ‘luaran’ tetapi dalam bentuk pemikiran. Hayatilah sedalam-dalamnya bait-bait kata ini:
Islam Juga Semakin 'Melayu'?!

Mengapa hari ini kita lihat keyakinan lebih dipraktikkan di kalangan mereka yang beragama lain sedangkan Islamlah agama keyakinan yang paling utama?! Betapa ramai kita melihat bukti ketidakyakinan umat Islam zaman ini terhadap agama mereka. Sungguh berbeza dengan agama atau puak yang lain, bukan?! Mengapa kita melihat sami Buddha lebih rela berpakaian yang amat sederhana yang hampir seperti pakaian ihram kaum muslimin yang mengerjakan haji, dengan hanya berselipar dan kekadang dengan berkaki ayam, sanggup berjalan merentasi segenap kota dan desa?! Betapa mereka sanggup melakukannya sehingga dicemuh dan dihina?! Itu semua adalah kerana ketabahan mereka yang dilakukan atas dasar keyakinan yang teguh terhadap pegangan agama!!
Keyakinan

Lihatlah sejarah perjuangan Sayyid Qutb (penulis kitab Fi Zilal Al-Quran, Ma’alim Fi Tariq dan Al-Mustaqbal li haza ad-Din). Bagaimana perjalanan beliau yang rela mengorbankan diri untuk membela tauhid yang diyakini kebenarannya sehingga gugur di tiang gantungan pada tanggal 20 Ogos 1966. Sayyid Qutb dikenali sebagai tokoh yang berjuang fi sabilillah, menyerahkan seluruh hidupnya kepada keyakinan dan akidahnya untuk Allah. Seorang mukmin yang begitu kuat keyakinannya sehingga sanggup melalui bertahun usia terakhir di penjara. Beliau tuangkan jiwa dan fikiran yang luar biasa dalam lembar tulisan tangannya dengan untaian kata penuh makna dan bernilai sastera. Hampir semua orang yang membacanya, akan rasa getar hati nurani dan fikirannya.
Persoalannya, bagaimana pula dengan kita? Sudahkan kita MENANAMKAN KEYAKINAN DENGAN PASAKAN YANG MENDALAM DI HATI SANUBARI?! Sudahkah kita MENGELUARKAN WANGIAN KEYAKINAN DENGAN ‘AMAL PERBUATAN?! Sudahkah kita BUKTIKAN KEYAKINAN KITA DENGAN PERLAKSAAN SEGALA APA YANG DIPERINTAHKAN?! Marilah kita tingkatkan keyakinan yang makin merapuh dalam diri, sebelum ia terus merapuh hingga hilang ditelan tipuan dunia dan syaitan durjana.
Jika kita lihat anak muda yang sedang bercinta, betapa yakinnya mereka dengan pasangan mereka, sanggup berkorban apa sahaja. Jikalau bermesej sehingga hilang tulisan nombor di keypad handset. Bagi yang bercinta di bangku sekolah pula, apabila handset dirampas, sanggup cepat-cepat membeli yang baru agar hubungan terus terjalin. Bagi yang advance, ‘projek’ terus dilakukan tak kira masa di mana jua. Inilah akibatnya bila keyakinan terhadap hukum Allah telah hilang sepenuhnya. Bagaimana nak tertegaknya hukum Islam, jikalau Islam belum lagi tertegak di hati umat Islam itu sendiri. ISLAM TIDAK AKAN ADA MAKNANYA TANPA KEYAKINAN. Sedarlah, DA’WAH ADALAH UBAT KEPADA PENYAKIT UMAT. Kita harus Islamkan dahulu umat islam yang ada.
"Jihad yang utama adalah mengislamkan orang Islam"






