Thursday, April 14, 2011

Duhai Melayu, Usahlah ‘Melayu’!! (Bahagian I)

Renung dan Faham Dahulu, Baru Amati

“Eh, Duhai Melayu Usahlah ‘Melayu’?!”, "Ko tak nak bagi kita jadi Melayu lagi ke?!”, “Gile ke ape ko nih?!”, “Habis tue, ko nak suruh kita jadi ape?!”, “Bersyukurlah dengan apa yang ada”.. Itulah antara kata-kata dan persoalan yang tersembur daripada bibir teman-teman apabila diajukan tajuk entry pada kali ini. Relax..relax.. renung dan fahamkanlah dahulu, baru boleh anda amati. Semua itu bukanlah apa yang intusiku maksudkan. Sebenarnya.. entry ini bukanlah ingin menghidupkan kontroversi, apatah lagi mengheret anda semua ke dunia fantasi..tapi..ianya adalah bertujuan untuk memberi suntikan semangat. Ya.. SEMANGAT!! Namun, ianya bukannya semangat racisme yang ditimbulkan oleh dasar ‘pecah dan perintah’ penjajah, bukan jua semangat nationalisme yang dilaungkan oleh Kamal Attarturk Laknatullah, apa lagi semangat secularisme yang dijuangkan pendokong-pendokong S.I.S (Sister in Islam) yang ternyata dijauhkan daripada nurullah. Akan tetapi, ianya adalah SEMANGAT KEINSAFAN yang melahirkan SEMANGAT KESEDARAN, lalu membenihkan SEMANGAT ILMUAN ke arah PERUBAHAN demi PENAMBAHBAIKAN.

Setujukah anda jika intuisiku katakan bahawa bangsa Melayu semakin ‘melayu’?! Buktinya.. cuba anda perhatikan kondisi Melayu sekarang, bandingkan pula dengan bangsa-bangsa yang lain, anda pasti tahu jawapannya, bukan?! Lihatlah generasi muda kita sekarang, bangsa mana yang paling banyak menyumbang ke arah gejala sosial? Tak perlulah berbahas tentang keterukkan yang berlaku. Cuma.. sedikit nasihat ingin dikongsi bersama bahawa ‘zon selesa’ pada usia muda bukanlah jaminan untuk kita mengecapi usia tua yang sempurna.

Apa yang pasti, janganlah jadikan nama Melayu sebagai alasan untuk kita terrus ‘melayu’. Belum tentu lagi jikalau bangsa kita diubah namanya menjadi ‘Menyegar’, ‘Menyerlah’ atau ‘Menyinar’, bangsa kita akan bertambah gah dan mantap! Ingatlah, jika sikap, mentality atau lifestyle masih lagi di takuk lama, maka hasilnya tetap juga sama.

Bangsa Melayu sebenarnya amat hebat. Sejarah banyak membuktikan kehebatan Melayu, menafikan ke’layu’an bangsa kita. Namun Melayu hari ini nampak gayanya semakin ‘melayu’ selayu-layunya.. semakin lemah tidak bermaya.. semakin senang dengan kehidupan sedia ada.. semakin malas untuk bersaing.. semakin luluh dengan kehidupan selesa, hingga akhirnya hanya tinggal RTM sahaja (bukan Radio Televisyen Malaysia tetapi Rehat, Tidur dan Makan). Bangkitlah bangsaku, bangkitlah dari lenamu!! Jangan biarkan dirimu dijajah semula!! Bukan penjajahan secara ‘luaran’ tetapi dalam bentuk pemikiran. Hayatilah sedalam-dalamnya bait-bait kata ini:

Bangkitlah negeriku,
Harapan itu masih ada,
Berjuanglah oh bangsaku,
Jalan itu masih terbentang..
(Harapan itu Masih Ada - Shoutul Harakah)


Islam Juga Semakin 'Melayu'?!


“Duhai Melayu, Usahlah ‘Melayu’!!” hanyalah pembuka bicara, pembuka pemikiran, pembuka kesedaran, terhadap penyumbang kepada permasalahan. Namun pengkhususan yang lebih utama adalah Umat Islam itu sendiri. Tidak kiralah siapa mereka. Apa yang penting, mereka yang mengaku TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH. Buktikanlah keyakinan kalimat tauhid itu, buktikan keyakinan kalian! Jika tadi perbandingan dari perspektif bangsa, mari kita lihat pula dalam aspek keyakinan agama.

Mengapa hari ini kita lihat keyakinan lebih dipraktikkan di kalangan mereka yang beragama lain sedangkan Islamlah agama keyakinan yang paling utama?! Betapa ramai kita melihat bukti ketidakyakinan umat Islam zaman ini terhadap agama mereka. Sungguh berbeza dengan agama atau puak yang lain, bukan?! Mengapa kita melihat sami Buddha lebih rela berpakaian yang amat sederhana yang hampir seperti pakaian ihram kaum muslimin yang mengerjakan haji, dengan hanya berselipar dan kekadang dengan berkaki ayam, sanggup berjalan merentasi segenap kota dan desa?! Betapa mereka sanggup melakukannya sehingga dicemuh dan dihina?! Itu semua adalah kerana ketabahan mereka yang dilakukan atas dasar keyakinan yang teguh terhadap pegangan agama!!

Namun, bagaimana pula dengan kaum muslimat hari ini?! Pakaian yang indah menutup aurat, dianggap kolot dan ketinggalan zaman, tidak mengikut peredaran fesyen sezaman, lalu berlakulah revolusi pakaian. Pakaian yang bahagian atasnya semakin menurun, manakala bahagian bawahnya pula semakin menaik ke atas dan semakin besar saiz badan, semakin kecil saiz baju yang dipakai. Lihatlah pula wanita-wanita di luar sana yang mempamerkan fesyen-fesyen rambut mereka dengan anggapan rambut adalah salah ‘mahkota’ wanita. Namun ingatlah, semua itu adalah aurat. Kecantikan rupa parasmu hanyalah tetamu yang bertandang beberapa hari sahaja pada usia muda. Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama, seandainya kejelitaan luaran yang diutamakan kalian semua.

Kemudian kita lihat pula kisah paderi yang dijumpai di tengah hutan Afrika dalam sebuah gereja usang. Sanggup menetap di sana semata-mata untuk menyebarkan dakyah Trinity. Sanggup berkorban apa sahaja demi menyebarkan agama yang dia yakini. Bahkan banyak lagi paderi-paderi yang rela masuk ke kampung-kampung mengharungi pelbagai kesusahan hidup, hanya demi menyebarkan keyakinan mereka. Tetap tabah dan sabar atas dasar keyakinan.

Keyakinan


Berbalik pula dengan kita semua, iaitu umat Islam. Di mana tahapan keyakinan kita terhadap satu-satunya agama yang diredhai-Nya?! Bagaimanakah pula keyakinan kita terhadap apa sahaja suruhan Sang Maha Pencipta?! Islam tidak pernah mengecewakan umatnya, tetapi umatnyalah yang selalu mengecewakan Islam.

Lihatlah sejarah perjuangan Sayyid Qutb (penulis kitab Fi Zilal Al-Quran, Ma’alim Fi Tariq dan Al-Mustaqbal li haza ad-Din). Bagaimana perjalanan beliau yang rela mengorbankan diri untuk membela tauhid yang diyakini kebenarannya sehingga gugur di tiang gantungan pada tanggal 20 Ogos 1966. Sayyid Qutb dikenali sebagai tokoh yang berjuang fi sabilillah, menyerahkan seluruh hidupnya kepada keyakinan dan akidahnya untuk Allah. Seorang mukmin yang begitu kuat keyakinannya sehingga sanggup melalui bertahun usia terakhir di penjara. Beliau tuangkan jiwa dan fikiran yang luar biasa dalam lembar tulisan tangannya dengan untaian kata penuh makna dan bernilai sastera. Hampir semua orang yang membacanya, akan rasa getar hati nurani dan fikirannya.

Persoalannya, bagaimana pula dengan kita? Sudahkan kita MENANAMKAN KEYAKINAN DENGAN PASAKAN YANG MENDALAM DI HATI SANUBARI?! Sudahkah kita MENGELUARKAN WANGIAN KEYAKINAN DENGAN ‘AMAL PERBUATAN?! Sudahkah kita BUKTIKAN KEYAKINAN KITA DENGAN PERLAKSAAN SEGALA APA YANG DIPERINTAHKAN?! Marilah kita tingkatkan keyakinan yang makin merapuh dalam diri, sebelum ia terus merapuh hingga hilang ditelan tipuan dunia dan syaitan durjana.

Jika kita lihat anak muda yang sedang bercinta, betapa yakinnya mereka dengan pasangan mereka, sanggup berkorban apa sahaja. Jikalau bermesej sehingga hilang tulisan nombor di keypad handset. Bagi yang bercinta di bangku sekolah pula, apabila handset dirampas, sanggup cepat-cepat membeli yang baru agar hubungan terus terjalin. Bagi yang advance, ‘projek’ terus dilakukan tak kira masa di mana jua. Inilah akibatnya bila keyakinan terhadap hukum Allah telah hilang sepenuhnya. Bagaimana nak tertegaknya hukum Islam, jikalau Islam belum lagi tertegak di hati umat Islam itu sendiri. ISLAM TIDAK AKAN ADA MAKNANYA TANPA KEYAKINAN. Sedarlah, DA’WAH ADALAH UBAT KEPADA PENYAKIT UMAT. Kita harus Islamkan dahulu umat islam yang ada.

"Jihad yang utama adalah mengislamkan orang Islam"
(Prof. Dr Yusor Qaradhawi)

Bersambung…

Monday, April 11, 2011

KETIKA MUSLIM & MUSLIMAH MALU DENGAN ISLAM...




Semua ini ada pada diri kita semua..
Kita merasa malu dengan ISLAM..benarkah..??
sekarang mari kita BUKTI kan..!!

> > malu memakai pakaian yang tidak ketat (wanita), malu memakai jubah, malu keluar rumah kalau tidak bersolek dan tidak memakai wangi-wangian.

>> malu memakai jilbab @ tudung yang seperti diaturkan dalam alQur'an...(hingga paras dada)

>> malu kalau tidak couple..malu kalau tidak ada pasangan dan bangga jika ada pasangan (sebelum bernikah)..

>> malu membaca alQur'an selalu..lebih suka membaca majalah-majalah gosip dan sebagainya..

>> lebih suka untuk bangun malam untuk call @ sms pasangan berbanding solat malam..

>> malu untuk mengucapkan "assalamualaikim" saat berjumpa @ call sahabat dan orang lain..

Apa yang terjadi jika seorang muslim dan muslimah merasa malu menjadi seorang yang ISLAMI..??

Apa yang akan diperolehi diakhirat kelak dengan semua yang kita lakukan saat ini..??

Hanya anda sendiri yang mampu merubah diri sendiri..
jika anda betul-betul meyakini Islam dan alQur'an, apa lagi yang anda tunggu...??

::..nota si jari merah jambu..::

Berusahalah untuk hidup mengikuti ajaran Islam...

Pasti akan lebih baik..
Terbaik..
&
Cemerlang...



by: Nurul Hidayah Ali
Link:http://setanggi-permata.blogspot.com/2011/04/ketika-muslim-muslimah-malu-dengan.html

Thursday, April 07, 2011

'Role Model' Pun Boleh Jadi Krisis?!


Risau melihat suasana yang ada pada hari ini.


Resah hati bila melihat anak-anak kecil sudah mula berani mengungkapkan perkataan-perkataan yang tidak sepatutnya diungkapkan.


Fenomena luar biasa yang menjadi kebiasaan pada hari ini !


Hari ini, yang sentiasa bermain dibibir anak-anak kecil kita ialah ‘hero-hero ciptaan’ orang bukan Islam.


Wujud di alam fantasi, tidak realiti !


“Mebius !" seorang kanak-kanak menggayakan kemunculan Ultraman Mebius.


“Go, go Power Rangers !”


Superman, Batman, dan entah apa lagi ‘man’ yang ada.


Hari ini, itu yang menjadi contoh dalam hati anak-anak kecil.


Mereka ingin jadi seperti itu. Kononnya hero yang menyelamatkan dunia.


Sudah jarang kedengaran, “Saya ingin jadi seperti Khalid Al-Walid !”


“Saya ingin jadi sepeti Umar al-Khattab, langkahnya digeruni syaitan !”



Ummat Kehilangan Hala Tuju


Mungkin ada yang akan berkata, “Ah, mereka itu masih kecil lagi ! Biarlah mereka seronok dan bersuka-suka dahulu.”


Bagi intuisiku, terdapat kesilapan besar di situ. Pokok yang baik itu bermula sejak kita menjaganya dari awal kita menanamnya, sejak dari tunasnya lagi.


Bangunan yang besar bermula dari batu-bata yang kecil.


Tunas yang rosak, tidak mungkin menghasilkan pokok yang baik.


Batu bata yang hancur, mana mungkin membentuk bangunan !


Begitulah anak-anak kecil. Sejak kecil sudah didedahkan dengan kehidupan fantasi, maka mindanya lahir dalam keadaan tidak melihat realiti mengakibatkan dia turut terperangkap dalam realiti yang ada.


Ultraman, Batman dan sebagainya itu adalah kehidupan yang tidak mungkin dapat diterjemahkan ke bentuk realiti sehingga bila-bila pun.


Ia mungkin dapat menyelamatkan manusia dari pelbagai bentuk jenayah fizikal, tetapi ia tidak dapat menyelamatkan jenayah dan maksiat yang berlaku dalam hati manusia. Ia tidak sekali-kali dapat membantu menyelesaikan fenomena IMAN yang berlaku hari ini.


Tidak sekali-kali !


Akhirnya, kanak-kanak hari ini didedahkan dengan kehidupan yang hilang arah tuju.


Kehidupan yang tidak ber-Illahkan Allah, hilang matlamat, rendah pula cita-cita.


Hidup untuk menjadi hero fantasi semata, tidak realiti.


‘Hero realiti’ itu bila IMAN dibumikan dalam kehidupan.


Namun, hal itu tidak berlaku hari ini.


Contoh-contoh seperti Muhammad Al-Fateh, Sultan Salahuddin Al-Ayubi, Abu Ayyub Al-Ansari tidak gah lagi dalam kalangan anak-anak hari ini.


Siapa contoh mereka?


Siapa teladan ikutan mereka?


Artis antarabangsa, pelakon filem, dan pelbagai lagi idola mereka.


Kita kehilangan …


Kita kehilangan …



Cerita-Cerita Hebat Yang Di’padam’ Dari Ingatan Dan Penghayatan


Mus’ab bin Umair, Khalid Al-Walid dan Ali bin Abi Talib adalah antara contoh-contoh KEIMANAN yang diiktiraf oleh Allah dalam Al-Quran.


Merekalah sebenarnya ‘hero’ dunia. Mengeluarkan ummat dari kegelapan jahiliah kepada cahaya Islam.


Mereka itu contoh-contoh yang hidup. Benar-benar ada.


Bukan ‘diada-adakan’.


Jarang hari ini kita mendengar anak-anak kecil bercita-cita menjadi Khalid.


Sedikit sekali yang ingin menjadi seperti Umar Al-Khattab.


Berapa ramai pula yang bercita-cita menjadi Al-Fateh?


Mereka adalah orang yang telah menyelamatkan jiwa-jiwa dan hati-hati manusia daripada kegelapan maksiat dan dosa kepada sinar kebenaran dan kebaikan.


Namun, cerita-cerita mereka itu dipadamkan dari ingatan apalagi penghayatan ummat. Yang ada hanyalah cerita rekaan, fantasi yang tiada penghujungnya.


Hari ini, lambakan filem dan cerita hantu membanjiri bumi ini. Hantu pula dihias dan dicorak dengan pelbagai jenis rupa bentuk dan nama. Entah manalah datangnya.


Maka, tidak selesailah masalah ‘takut’ yang ada di jiwa anak-anak kerana rasa takut tidak diarahkan pada tempat yang sepatutnya.


Keliru antara takutkan Allah dan takutkan hantu?


Fenomena yang kian hari menghakis IMAN.


Lalu, penyelesaian apa yang ada untuk ini semua?



Kita Perlu Menghidupkan ‘Contoh’ Itu!


Mereka itu sudah lama meninggalkan kita. Namun, mereka tinggalkan untuk kita kisah-kisah IMAN yang perlu kita lalui dan hidup bersama kisah itu.


Mendengar cerita mereka, membuatkan kita jadi begitu kagum sekali dengan kekuatan yang mereka miliki.


Kadang-kadang, mengalir air mata membandingkan usaha kita dengan usaha mereka untuk deen Islam ini yang begitu jauh bezanya. Membandingkan kemampuan yang ada pada kita dengan yang mereka miliki.


Tersenyum, tertawa dan tertangis dengan kisah –kisah suka duka mereka.


Ya. Mereka contoh keimanan yang hidup.


Hidup mereka benar-benar di atas IMAN.


Merekalah yang memberi KEHIDUPAN kepada dunia ini.


Dunia ini mati tanpa orang-orang seperti mereka. Mereka bukanlah kaum padang pasir yang mundur. Tetapi merekalah generasi yang berkorban segalanya untuk Islam menguasai hampir 2/3 dunia suatu ketika dulu.


Merekalah contoh sebenarnya untuk anak-anak kecil.


Anak-anak kecil yang hari ini dahagakan contoh untuk mereka teladani dalam kehidupan.


Akhirnya contoh yang wujud dalam suasana yang ada pada hari ini mendominasi pemikiran dan tingkahlaku mereka.


Lalu, bagaimana contoh itu kita dapat soroti semula?


KITALAH ! Kitalah jawapannya …


Kitalah yang perlu menghidupkan semula contoh-contoh itu.


Hiduplah dengan IMAN. Bawalah contoh-contoh itu dalam cerita-cerita kita.


Bukan kisah-kisah “Sang Kancil dan Sang Buaya” mahupun “Si Arnab dan Kura-kura” semata.


Tetapi, contoh yang lebih nyata dan ‘real’ untuk mereka, itulah yang sepatutnya didedahkan.


Usaha untuk membangunkan anak-anak luar biasa itu bukan semata-mata tertumpu pada aspek pelajarannya, tetapi pada aspek pembangunan hubungannya dengan Rabbnya.


Siapa dia di depan Sang Maha Penciptanya menentukan siapa dia di dunia dan di akhirat kelak !

Wednesday, April 06, 2011

Coretan Untuk Si Dia..~



p/s: hanya sekadar mengisi masa lapang. tiada kaitan dgn yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia..=)

Saturday, April 02, 2011

Final Exam Symptoms


1. Membaca tanpa menghiraukan sekeliling. Yang kepoh jadi pendiam. (orang masuk keluar bilik pun tak perasan, kalau orang tanya pun muka pandang nota je, jawab pon nak tak nak. Kalau jalan-jalan tersepak batu tu, reaksi dia lambat sikit. Sebab otak full load )

2. Membaca dengan kadar yang cepat. (entah faham ke tak belakang kira, sebab nak jawab subjektif, hentam pon boleh, yang penting ada point nak goreng )

3. Nak turun café tu fikir 2-3 kali. Tak pun sekali sehari je. Tu pun bungkus.cepat. jimat masa makan kat bilik. Sambil makan boleh membaca apa yg patut.

4. Time nak exam baru laaa nak full semayang. Solat sunat sampai nak batal air sembahyang. Doa macam.macam. (dan..dan.. tapi alhamdulillah)

5. Agak yang nak mereng tu start la nak bukak mp3 volume paling sakit telinga. Tapi time ni memang tak sakit telinga. Sebab sakit otak lebih dari sakit telinga.

6. Masa tidur pon boleh terbayang-bayang yang baca tadi (ada tu siap ambik handout letak tepi bantal. Moga-moga dapat buat daya serapan terus lagi bagus.

7. Masa borak dengan kawan pun cakap pasal pelajaran je. (ni part tak leh blah la. Time mandi pun ada yang tanya-tanya. Dahsyat.)

8. Kalau main message tu balas sikit.sikit je. Pendek pendek. Tak de mase nak fikir taip panjang.panjang.

9. Sebab nak exam duduk dalam bilik je. Mengadap handout, buku, nota.nota. (jadi beruang kutub, sampai rambut serabai pon tak perasan) selalunye merayau ke bilik orang. Tak pun keluar. gi main bowling lah. Tgk wayang lah. Pantang ade mase terluang.

10. Nak buang sampah pun terbawak pen. (ni kes cuak sangat ni)

11. Agak-agak stok megi tu habis kot untuk orang yang gila study. Jimat masa nak turun café masak air je pastu letak megi. Nak budak pandai sikit tak makan megi. Minum milo. Makan biskut hup seng ke, nestum ke. Roti memang dah prepare dah. Suruh member beli.

12. Nak bukak facebook rasa tak senang gila. Perghh. Membazir.masa. (time ni memang tertekan gila. Kena berperang dengan diri sendiri nak bukak facebook, formspring, blog . Sebab laptop depan mata. Kabel/wifi kat sebelah je. Exam minggu depan. Nanti duduk depan facebook memang buku OFF9 terus.)

13. Time ni ah baru bukak buku tebal. Bukak kamus tu yang tak tahan tu. Masa lecture dulu tak faham tak de hati pulak nak bukak kamus kan. ;P

14. Asyik-asyik tengok jam je. Sampai tak cukup jam handphone, jam tangan. Tanya lagi mmber sebelah. Haihhh. Keliru sangat budak nih.

15. Stok Nescafe, kopi tongkat ali, kopi mak dara, cucu dara semua memang ade lah. Nak stay up.

16. Hah. Nie memang sure. Meja studi bersepah gila. Mana dengan highlighternya. Pen biru, hitam , merah. Kertas-kertas memang confirm bersepah punya. Agak-agak ade nota yang hilang tu mula nak naik angin. Buku semua terbukak. Kalau ada buku tambahan dari library tu semua nak dibukaknya serentak. Ada tu 4-5 buku serentak bukak.

17. Masa ni lah status facebook, blog “mintak maaf. Doakan exam nanti”

18. Muka blurr je. Sebab otak dah full tank. Makan sorang-sorang pon dah tak heran. Sebab tak nak membazir mase lepak ramai-ramai. Nanti ade je bende nk borak.

19. Kalau nak cakap pon tersasul-sasul. Salah cakap. Pastu cakap benda merepek je. Muka dah la cam zombie. Cakap merepek.repek sebab otak fikit handout, nota tak baca lagi vs nak jalan-jalan. Nak borak-borak. sampai satu tahap rasa nak rebus buku dengan handout semua. lagi merepek die cakap sebenarnye, lagi banyak topic die tak cover tu.


20. Time ni jugak lah baru terfikir kenapa lah aku tak study awal2. Kan senang. Haihh. Pastu ada pulak yang buat azam untuk semester depan. Tak nak buat dah macam sem sekarang. *padahal tiap-tiap sem azam sama. Tak berubah gak. Tak pun menjadi semangat dia masa awal sem je. Sampai minggu ketiga dah hancusss.


p/s: sekadar gurauan untuk diambil pengiktibaran..=)