Monday, March 18, 2013

Kerja sebagai Ibadah.. ^_^y




‘Kerja sebagai ibadah’. Adakah kita menghayati bait-bait kata itu?! Apakah yang dimaksudkan dengan kerja dan pekerjaan, sebenarnya?! Menurut Kamus Dewan, kerja adalah sinonim dengan khidmat, tugas, tanggungjawab, kewajipan, usaha, urusan dan kegiatan. Kerja dalam konteks bahasa Arab dikatakan ‘Amal yang bermaksud perbuatan yang dibuat dengan Qasd (niat). Qasd juga bermaksud perbuatan dengan keteguhan hati ingin melakukannya.

Ibadah pula adalah istilah Islam bermaksud melakukan kerana ingin menzahirkan nilai Ta’abbud iaitu pengabdian diri kepada Allah. Pengabdian itu diambil daripada perkataan Arab juga iaitu ABD yang bermaksud ‘Hamba’. Hamba kepada Allah tidak sama dengan hamba kepada sesama makhluk. Hamba kepada makhluk atau kepada sesama manusia menzahirkan rasa hina dan kehilangan nilai, sebaliknya hamba kepada Allah menzahirkan ketinggian nilai insani. Manusia menjadi lebih nilai kemanusiaannya jika dia adalah hamba Allah sebaliknya nilai kemanusiaannya kurang kalau ia hamba kepada manusia lain.

Kerja sebagai ibadah adalah melakukan perbuatan dengan sungguh-sungguh, dengan keazaman dan keteguhan hati semata-mata ingin menzahirkan rasa kehambaan kepada Allah. Ganjaran daripada kerja bukan semata-mata tampak pada zahir berbentuk gaji dan elaun tetapi merangkumi nilai tambah iaitu keredhaan dan keberkatan anugerah daripada Allah untuk keselamatan, kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat yang lebih kekal abadi.

Benarlah sabda junjungan Nabi Muhammad S.A.W; 

“Sesungguhnya setiap amalan (kerja) itu hendaklah dengan niat, sekiranya baik niatnya (kerana Allah) maka balasan (rahmat, kesejahteraan dan keberkatan) adalah sepertimana yang Allah redha. Sebaliknya jika buruk niatnya (kerana dunia semata-mata, kerana manusia sama ada lelaki mahupun wanita) maka ia tidak akan dapat selain perkara yang menjadi isi kepada niatnya itu sahaja (fizikal atau material) yang lebih berbentuk fatamorgana dan fana.”

Oleh hal demikian, mereka yang faham akan konsep bekerja sebagai ibadah, akan menjadi lebih sempurna pekerjaannya. Lebih teratur, tersusun dan jika ada kelemahan pun, mereka masih boleh menerima teguran yang membina dengan hati yang tabah. Kerana mereka faham, yang sempurna hanya milik Allah dan mereka berusaha ke arah kesempurnaan sama ada pada pandangan manusia ataupun pandangan Allah (yang jauh untuk dicapainya). Tetapi mereka tetap berusaha dan ada ketenangan di sebalik tiap usaha mereka. Tidak ada keluh kesah, tidak ada ragu-ragu, dan tidak dapat dipengaruhi terutama oleh mereka yang zalim.

Kerana, segala perbuatan mereka dilindungi Allah berkat niatnya yang suci dan pengharapan serta kebergantungan mereka kepada hanya Allah. Hidup mereka akan selamat di dunia walau pada pandangan zahir penuh dengan kelemahan-kelemahan yang terinsaf dan yang lebih penting, mati mereka diterima oleh Allah SWT. 

Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku, masuklah ke dalam syurga-Ku.
(Fajr: 27-30)

Sebaliknya mereka yang kerja hanya kerana dunia, dan hanya kerana yang selain daripada Allah, tidak ada konsep ibadah dalam pekerjaannya, maka hidup mereka adalah fatamorgana. Mengejar dunia yang diibaratkan seperti bayang-bayangnya sendiri, semakin dikejar, semakin ia menjauh. Lalu hiduplah mereka dalam kepenatan yang tidak berpenghujung. Bukan itu sahaja, apabila mati mereka tidak diterima sebagai Hamba Allah.. dan ditempatkan ke dalam azab siksaan yang kekal abadi. Nauzubillah.

Oleh itu, berbaliklah kita ke pangkal jalan. Sedarilah apa tujuan pekerjaan kita sebenarnya. Soal diri sendiri dari mana kita datang dan ke mana kita akan pergi untuk kehidupan yang jauh lebih baik daripada ini, selepas ini.


Wallahu a’lam..^_^y

Tuesday, March 05, 2013

Doa Buatmu Perwira Negara..



 
Bismillahirrahmanirrahim :

Ya Allah Ya Tuhan kami, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Tuhan yang mempunyai kekuasaan dan kebesaran. Tuhan penganugerah keselamatan dan kesejahteraan. Kami hamba-hamba-Mu menadah tangan sebagai tanda syukur yang tidak terhingga untuk dihitungnya, atas keselamatan dan kesejahteraan, kesihatan dan kenikmatan yang Engkau anugerahkan ke atas negara kami yang tercinta ini Ya Allah.

Ya Allah ya Tuhan kami, Engkau campakkanlah jaluran kerahmatan yang berpanjangan kepada kami, Engkau simpulkanlah ikatan ukhwah penuh keserasian, Engkau labuhkan tirai keampunan maghfirah penuh keinsafan, Engkau jaringkan tangsi hidayah dan inayah yang berkekalan, Engkau titiskan darjah kesolehan dan kesihatan yang berkekalan buat kami, anak-anak watan juga keluarga yang tersayang.

Wahai pejuang-pejuang dan perwira-perwira negara, bangkit dan bersumpahlah berpaksikan kalimah akidah tauhid Laailahaillallah Muhammadur Rasulullah, bahawa tidak akan kami biarkan bumi yang bertuah penuh bersejarah ini, diinjak pijak, disentap rentap, diselat lipat dek musuh durjana petualang bangsa ya Allah.

Tidak akan kami biarkan, biar ia putih bersih, tidak akan kami biarkan ya Allah, biarkan kami mencurahkan segala kesangggupan dan keupayaan kami di dalam mempertahankan negara kami dari sebarang kekacauan, huru hara dan pencerobohan. Biarkan kami berputih tulang namun tidak sekali-kali kami berputih mata menyerahkan kedaulatan negara kepada pengkhianat bangsa, agama dan negara Malaysia yang kami cintai ini walaupun roh kami melayang menjadi taruhan menyembah sujud bertemu-Mu ya Salam.

Ameen Ya ALLAH

#Pray4Sabah #Allahuakbar

Sunday, March 03, 2013

Yang Bertudung atau Yang Menutup Aurat?! ^_^y

"Aku tak nak kahwin dengan perempuan yang bertudung!"

"Haa? Kenapa?"

"Aku nak kahwin dengan wanita yang tutup aurat."

Alhamdulillah. Tersenyum hati mendengar jawapan yang serius itu. Tentunya jejaka tersebut seorang yang sangat menjaga diri dan kehidupannya. Pasti dia bukan calang-calang lelaki.

Bayangkanlah, pasangan hidup yang dipilih bukan sekadar bertudung tetapi lengkap menutup aurat. Dalam erti kata lain, dia sedar bahawa urusan perkahwinan bukanlah perkara yang remeh. Hanya insan yang mentaati Allah dan Rasul-Nya sahaja yang terpaut di hati untuk dijadikan permaisuri dalam istana rumah tangga.

Lihatlah di sekeliling kita. Apa yang berlaku dalam masyarakat Islam hari ini? Berapa ramai wanita yang bertudung? Pasti boleh dibilang dengan jari bukan? Tidak ramai. Yang bertudung pula, tidak semua menutup aurat dengan sempurna.

Buktinya? Kita boleh lihat dengan mata kepala kita sendiri. Mereka bertudung tetapi tidak labuh hingga menutupi dada. Pakaian pula ketat, singkat, tipis, malah ada yang berlengan pendek. Jelasnya, mereka hanya bertudung namun dalam masa yang sama tetap mendedahkan aurat.



Hayati kembali perintah Allah ini;

ا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاء الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً
Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal,maka mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. 
[33:59]
 
Faktor inilah yang menyebabkan lelaki-lelaki yang beriman sangat memilih dalam soal pemilihan calon isteri. Bagi mukmin yang betul-betul hidup kerana Allah, dia pasti akan berfikir lima enam kali sekiranya diminta untuk memilih wanita yang 'bertudung tapi mendedahkan aurat'. Kemungkinan besar, permintaan wanita itu akan ditolak atau tidak dilayan.

Bagaimana pula dengan wanita yang langsung tidak bertudung? Di mana mereka di hati orang mukmin? Adakah mereka akan menjadi pilihan hati lelaki-lelaki yang bertaqwa? Sudah pasti tidak! Sedangkan yang bertudung pun masih diragukan dan ditolak ke tepi, apatah lagi yang langsung tidak bertudung? Pasti akan dibuang sejauh-jauhnya.

"Cerewet sungguh orang-orang mukmin!"

Ya.. memang cerewet! Hehee..

Pernah membeli makanan di kedai kuih? Mana satu yang menjadi pilihan, kuih yang dibungkus penuh, atau kuih yang dibungkus separuh? Atau yang langsung tidak berbungkus? Saya yakin kita akan memilih yang berbungkus penuh kerana keadaannya dijamin lebih baik dan bersih.

Begitulah juga dengan orang-orang mukmin. Mereka memang sangat memilih dalam hal ini. Bukan apa, kehidupan berumah tangga diwujudkan semata-mata untuk beroleh rahmat daripada Allah agar bahagia di dunia dan di akihirat. Andai tersalah pilih atau memilih mengikut nafsu, maka akan hilanglah bahagia dikemudian hari.

Lagipun Rasulullah SAW pernah berpesan kepada kita semua ;

"Wanita dinikahi kerana empat perkara; kerana hartanya, kerana kedudukannya/ keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya nescaya engkau beruntung."
[HR Bukhari dan Muslim]

Rasulullah SAW ketika ditanya oleh para sahabat mengenai ciri wanita pilihan yang diperlukan oleh suami, Rasulullah SAW menjawab;

" Wanita yang menyenangkannya ketika dilihat. Wanita yang mentaatinya ketika disuruh, wanita yang tidak mengkhianatinya (tidak curang), dan wanita yang tidak mengkhianati hartanya pada perkara yang dibenci."
[HR Abu Daud dan Nasai]

Wanita yang bertudung tetapi masih mendedahkan aurat di khalayak ramai merupakan wanita yang tidak serius menjalankan ketaatan kepada Allah. Wanita sebegini tidak mengamalkan ajaran Islam secara keseluruhan. Lantas bagaimana hendak dipilih menjadi calon isteri?

Cuba fikirkan sejenak..

Sedangkan perintah Allah SWT sanggup diabaikan inikan pula kita sebagai manusia biasa? Sudah pasti dengan mudah akan diingkari bukan? Pada masa itu, jangan hairan sekiranya kebahagiaan itu beransur-ansur hilang. Semuanya atas pilihan kita juga.



"Tapi jodoh sudah ditentukan! Kalau dia ditakdirkan untuk berkahwin dengan orang yang tidak menutup aurat secara sempurna, apa boleh buat.. memilih-milih pun tiada guna."

Ya.. jodoh memang sudah ditentukan oleh Allah. Allah sahajalah yang layak menyatukan hati-hati insan kerana hanya Dia yang mengetahui perihal hati. Kita jangan lupa bahawa jodoh atau ketetapan itu dijalankan dengan penuh keadilan oleh Allah SWT. Allah sesekali tidak akan menzalimi hamba-Nya. Allah tidak akan pernah mengecewakan hamba-Nya.

Lelaki baik yang beriman pasti akan berkahwin dengan perempuan baik yang beriman. Sebaliknya, lelaki yang tidak beriman akan berkahwin dengan perempuan yang tidak beriman juga. Itu janji Allah!


الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). 
[24:26]

Maka, sebagai wanita..
Periksalah diri anda.. Tutuplah aurat dengan sempurna.
Bersungguh-sungguhlah mentaati Allah dan Rasul-Nya.
Usahlah terlalu sibuk memikirkan siapa yang bakal menjadi pasangan hidup kita,
sehingga lupa untuk sibuk memikirkan siapa diri kita di sisi Allah..
Kerana sikap diri kita hari ini menentukan sikap pasangan kita kemudian hari.

GEMS Song..^_^y



PRICELESS SCROLLS ARE IN OUR HAND
SWEATS OF HARDSHIP SUCH A LOT TO REMIND
THE NATION NEEDS US, TOO MUCH TO BE DONE
LET'S GET DOWN, COZ ITS PAYBACK TIME!

LIKE GEMSTONE BEAUTIFUL AND PRICELESS
EACH ONE IS SPECIAL, OWN COLOR AND SPACE
STRONG, POWERFUL AND FULL OF GOODNESS
READY TO BE USED BRINGING LIFE AND GRACE!

COURAGE, STRENGTH, AND DETERMINATION
GOT TO BE STRONG IF WE WANNA BREAK THROUGH
CONFIDENCE, DISCIPLINE AND MODERATION
THE WORLD NEED US, SO LETS SHINE THROUGH

IF WE FALL, JUST GOT TO STAND UP
FAILURE IS SUCCESS, LESSON WELL LEARNT
GO ON CLIMBING, JUST DONT EVER STOP
TRUST OURSELVES, WE'LL BE ON TRACK AGAIN....

ONCE WE'RE THERE, HUMBLE OURSELVES
TAKING DEEP BREATH TO FACE NEW DAY
TOGETHER WE STAND, AND PRAY TO BE BLESS
LEADERS OF TOMORROW WE'RE TO STAY! 2X




p/s:
manusia kan datang dan pergi tetapi memori kan tetap di hati...^_^y.. special thanks to Site Management Team & all fellow GEMMIES MSR07D..glad to know you. thanks for everything that have been shared together. hopefully we will able to cooperate again. wishing all the best in whatever you do..May Allah bless all of us..=)

Wednesday, February 20, 2013

Hidup Ini Suatu Pilihan..^_^y



Ada orang boleh hidup dengan gaji RM2000 sebulan.
Ada orang tak boleh hidup dengan gaji RM5000 sebulan.

Ada orang gaji RM2000, anak 5, tapi cukup.
Ada orang bujang, gaji RM5000, tak cukup-cukup.
******************************

Nilai cukup itu bukan terletak pada banyaknya yg kita dapat,
Nilai cukup itu adalah 'keberkatan' rezeki yang kita terima.

Ada orang gaji sikit, tapi anak-anak dengar kata, jarang jatuh sakit, tak ada apa-apa musibah,

Ada orang gaji banyak, tapi sibuk, anak sorang dua sahaja, kena bayar itu ini.

Kaya tak semestinya bahagia, miskin pun tak semestinya bahagia.
Cukup dengan sekadar apa yang ada,
Cakap senang, pelaksanaannya cukup payah.

*****************************
Masa aku bujang ni, nak pakai kereta smart-smart.
Kereta smart-smart = Mahal bayaran bulanan.
Akibatnya ? tangguh nak menikah..
Atau , buat kerja part time untuk menampung duit keluar.
Masa senggang kurang.

"Dunia ini cukup untuk keperluan seluruh manusia,
tetapi sikit untuk ketamakan seorang manusia."

Cakap senang, nak buat tu payah.

Guruh Petir.
*Nak jadi kaya tak salah, nak miskin pun tak salah. How you manage your wealth will be ask in Mahsyar Court.
Hidup ini pilihan..^_^y

(UAI, 2012)

Saturday, February 09, 2013

~dari MATA turun ke HATI ~ ^_^y


Dari TELINGA jatuh ke HATI , itulah WANITA ..
Mudah terpesona dengan apa yg didengarinya ..
Akibatnya , sering TERTIPU antara pujian hakiki dan TIPU HELAH perangkap ..

Dari MATA jatuh ke HATI , itulah LELAKI ..
Mudah terpesona dengan apa yg dilihatnya , hingga kerap TERKELIRU antara indah hakiki dan palsu ..

Oleh sebab itu ,.wanita perlu BERHATI-HATI dengan UCAPAN LIDAH yg didengarnya & lelaki perlu MENJAGA PANDANGANNYA :)


Pandangan mata adalah panah beracun dari antara panah~2 Iblis .. Barangsispa meninggalkannya kerana takut kepada-KU maka AKU ganti dengan keimanan yg dirasakan MANIS dalam hatinya :')
{ HR Tabrani & Hakim }

Rasulullah SAW bersabda ,
" Wahai Ali , janganlah engkau mengikuti satu pandangan ( kpd wanita ) dengan pandangan lainnya kerana yg pertama untukmu dan yg kedua bukan untukmu.
{ HR Tirmidzi & Abu Daud }

Wednesday, January 30, 2013

Marhalah Sebuah Perjuangan



Mengambil keputusan menyusuri jalan dakwah penuh cabaran, bukan suatu keputusan yang datang dalam keadaan senda gurau untuk bermain-main dan mencuba-cuba. Kewajipan dakwah adalah satu hakikat dalam kehidupan seorang muslim, untuk mengislahkan manusia, dan juga menyeru manusia untuk kembali kepada Allah.

Sepertimana iman, dakwah seorang dae'i juga berada dalam marhalah (tingkatan) tertentu. Setiap dae'i mungkin menjalani marhalah-marhalah dakwah ini dalam kehidupannya, bergerak dari satu peringkat dakwah ke peringkat yang lebih tinggi. Senantiasa sang dae'i membaiki diri, metod dan pendekatan dakwahnya. Marhalah dakwah ini boleh kita ibaratkan seperti langkah-langkah kehidupan seorang bayi yang menjalani tumbesaran hidup dengan ceria dan kesungguhan.

Meniarap : Kecil-Kecilan


Mungkin seorang pendakwah itu bermula dengan dakwah secara kecil-kecilan. Menegur ala kadar apa yang tidak enak dimatanya. Mula menegur orang-orang yang dirasakan lebih lemah darinya seperti adik-adiknya sendiri, isterinya atau orang yang berada dibawahnya. Melalui teguran-teguran itulah, dia membina keyakinan untuk menapaki usaha dakwah ke peringkat lain.

Ibarat bayi yang baru mengenal dunia, begitulah dae'i yang baru mengerti kehidupan seorang pendakwah. Bermula dengan rendah diri, dengan wajah sentiasa tertiarap ke bawah. Masih berkira-kira layakkah aku menggalas beban ini sedangkan beban dosa menggunung tinggi. Meniarap sang dae'i adalah tanda kerendahan hati, namun meniarapnya dia bukan tanda kekalahan bahkan sebuah permualaan kepada sebuah kebangkitan.

Duduk : Meredah Medan Maya


Ada juga dari kita yang mula dengan berdakwah di medan maya. Lebih gemar menggunakan identiti –identiti 'anonymous' supaya tidak dikenali, maka kita mula menghasilkan artikel-artikel yang menyeru kepada kebaikan. Kita juga kerap menghantar bahan-bahan berfaedah melalui Email, Facebook, YM dan sebagainya.

Pernah sekali, masih teringat seorang sahabat yang setiap hari menghantar sepotong hadith atau ayat al-quran di YM, kalau tidak pun pesanan-pesanan lain. Jika berkesempatan saya membacanya, jika serabut cepat-cepat saya memadamkannya dan akan membacanya pada masa terluang.

Namun, begitulah usaha dakwah kita. Tidak susah sebenarnya untuk melakukan dakwah dalam bentuk ini. Tambahan pula fenomena Facebook dan YM sangat dekat di hati masyarakat dan anak muda. Maka kesempatan itu harus diambil sewajarnya. Duduk sahaja di hadapan laptop dan komputer, kerjanya memang mudah sekali. Namun tumbesaran sebagai dae'i tidak terhenti di sebalik kemudahan itu. Duduk seorang dae'i memikirkan idea dan strategi, duduknya seorang dae'i, cuba menghurai masalah ummah. Duduknya cermat dengan akhlak dan budi.

Merangkak : ABC



Kemudian, ada juga dari kita yang sudah bersedia untuk bergerak ke peringkat yang lebih tinggi setelah lama selesa menguasai lapangan dakwah maya. Maka kita bergerak dengan menganjurkan aktiviti-aktiviti yang menyeru kepada kebaikan. Kita menggiatkan tamrin, program kerohanian, kem ibadah dan memperkasakan usrah. Usaha penganjuran aktiviti ini pastilah lebih susah kerana sudah pasti pelbagai cabaran perlu ditempuhi. Menganjurkan satu program bukanlah semudah ABC, namun memerlukan Azam, Bekalan (ilmu) dan Cekal dalam mengharungi setiap ujian yang mendatang. Ianya perlu jua kepada semangat yang sentiasa berkobar-kobar dalam sesuatu penganjuran yang ada. Barulah ianya sentiasa 'hidup' walaupun beribu rintangan yang menghalang.

Merangkak mungkin mengambil masa untuk sampai ke destinasinya, namun, di saat itulah kita mula melatih kesabaran diri, bekalan untuk menempuh sebuah perjuangan yang masih jauh. Merangkak menuju kepada sebuah cita-cita yang panjang, walau payah akan terus gagah.

Berdiri : Berorganisasi


Setelah itu, kita merasa sudah bersedia untuk bergerak ke medan yang lebih luas, maka kita mula bergiat aktif dalam medium-medium persatuan agar usaha dan kerja berorganisasi lebih teratur dalam mengembangkan dakwah. Bekerja secara organisasi memerlukan iltizam, toleransi dan semangat juang.

Namun, bekerja secara organisasi merupakan satu nikmat Allah yang tidak akan dirasai kecuali oleh mereka yang melaluinya. Melalu kerja-kerja organisasi kita mula mengasah bakat kepimpinan, kita mula lantang berbicara di hadapan audien, kita mula membawakan usrah dan memberi pengisian. Kita juga mula diberikan amanah berupa jawatan dan posisi, dan kita mula mentadbir organisasi. Kerja-kerja dakwah dan cabaran kian lama kian bertambah. Maka kesabaran dan kecekalan hati perlu lebih padu dan jitu dalam menghadapi mehnah-mehnah ini.

Tika berdiri, kita merasakan kita sudah tinggi, memandang ke bawah melihat orang lain masih duduk di bawah kita. Namun, sang dae'i perlu sentiasa berwaspada daripada sikap riya' dan meninggi diri, kerana itulah seburuk-buruk amal yang dilakukan oleh dae'i. Berdirinya seorang daei bukan kerana kemegahan, tetapi kerana keyakinan akan kemenangan sebuah perjuangan.

Berjalan : Turun Padang


Kemudian dakwah kita diteruskan dengan lapangan yang lebih mencabar. Kita mula turun ke medan dakwah sebenar bertemu dengan masyarakat. Kita mula berdakwah turun padang mendekati golongan-golongan yang perlu disentuh hatinya agar sentiasa menerima risalah Islam ini. Mulalah kita menerima hamburan dan caci maki golongan-golongan yang tidak sukakan dakwah kita. Saat kita mengetuk pintu rumah mereka, mereka mengunci dan melarikan diri. Saat kita cuba untuk memberikan sepatah dua perkataan yang baik, mereka mentulikan pendengaran. Namun, ramai juga yang terkesan dari usaha dakwah kita. Banyak masa dan pengorbanan yang perlu dilakukan untuk mengembangkan dakwah ini.

Berjalan melaungkan dakwah ini bukan mudah, kadangkala perjalanan itu meletihkan kita, maka kita duduk sebentar berehat menghela nafas, setelah segar kembali, sang dae'i kembali meneruskan sebuah perjalanan dakwahnya.

Berlari : Ma'ruf vs Mungkar


Kemudian, jika keazaman kita untuk hidup dan berjuang menegakkan agama Allah di jalan dakwah ini, maka kita akan menapaki marhalah seterusnya. Elemen dakwah itu terbahagi kepada dua bahagian besar dan sama pentingnya, ' Menyeru kepada kebaikan' dan ' Mencegah kemungkaran'. Firman Allah dalam menghuraikan 'Amal Makruf' amat jarang dipisahkan dengan 'Nahi Mungkar'.Seharusnya, kedua-dua ini berjalan seiringan.

Jika kita imbas metodologi dakwah kita sebelum ini, kita akan menyedari bahawa usaha dakwah kita lebih banyak tertumpu kepada usaha-usaha menyeru kepada kebaikan. Kita lebih selesa mengambil jalan dakwah yang mengajak manusia kepada kebaikan kerana kita merasakan cukuplah itu bahagian dakwah yang kita jalankan. Sedikit sekali usaha kita dalam mencegah kemungkaran. Kerana apa, kerana saatnya kita mula melakukan usaha dakwah mencegah kemungkaran, maka saat itulah kita akan ditentang dan diuji dengan pelbagai cabaran.

Dakwah Rasulullah di Makkah juga menghadapi Marhalah yang sama. Masyarakat Jahiliyah tidak menghalang Rasulullah untuk menyebarkan kebaikan, namun mereka mula terasa terancam dan bertindak balas melalui penentangan saat Rasulullah mencegah mereka dari kemungkaran menyembah berhala dan pelakuan-pelakuan jahiliyah yang keji.

Sebagai seorang Islam, kita adalah seorang pendakwah bukan secara pilihan tetapi ianya adalah ketetapan. Saat syahadah dilafazkan, maka tugasan menyampaikan dakwah adalah amanah kita. Sahabat Abu Dzar yang hanya beberapa kali bertemu Rasulullah, saat telah memeluk Islam, beliau terus kembali kepada kaumnya dan berjaya mengislamkan penduduk kampungnya. Begitulah juga peranannya kita. Saat berlari pasti jatuh dan tersadung kaki, namun sang dae'i pasti bangun kembali dengan senyum terukir dibibir tanda sebuah ketabahan hati. Tidak mudah mengalah pada mehnah dan cabaran yang membaluti sebuah perjuangan ini.

Marhalah Tertinggi?


Sudah kita menelusuri marhalah-marhalah dakwah ini, dihambat pula persoalan apakah peringkat dakwah yang paling tinggi? Sabda Rasulullah SAW;

"Sebaik-baik jihad adalah memperkatakan sesuatu yang benar dihadapan penguasa yang zalim.” " .

(HR Abu Dawud dan Ibnu Majah)

Jihad dan dakwah yang disebutkan dalah hadith ini adalah tidak lain dan tidak bukan ialah 'jihad politik' sebab ini bertujuan untuk menjadikan system pemerintahan sebagai pemerintahan yang terbaik dan 'adil' ( Petikan Ustaz Sai'd Hawaa dalam buku Jundullah, Jihad Fi Sabilillah)

Walhal Nabi SAW ada menyebut dalam hadith yang diriwayatkan oleh al-Hakim dan disahihkan oleh adz-Dzahaby, begitu juga al-Albani di dalam Silsilah ash-Shahihah. nombor 374, kata Nabi;

"Penghulu orang yang mati syahid ada dua. Yang pertama ialah Saidina Hamzah bin Abdul Muthalib, dan yang kedua ialah seorang yang berdiri dan menegur di hadapan raja yang zalim, tiba-tiba dia dibunuh atas ucapannya itu."

Maka, begitulah peringkat dan marhalah perjuangan kita sebagai seorang dae'i. Biar di mana pun kita berada, pastikan kita sentiasa memberikan ynag terbaik, dan keazaman untuk menjadi lebih baik sentiasa mendorong hati kita untuk mengejar kebaikan.

Walau dimana pun bayi itu berada, saat jatuh dia pasti bangun kembali, saat tersungkur pasti dia berdiri dengan megah walau tangis menjurai air mata buat seketika. Namun pasti dicubanya lagi. Itulah kita, Itulah Babysteps Sebuah Perjuangan seorang dae'i.


Wallahu A'lam Bissawar..^_^y