Wednesday, April 03, 2013

Jiwang Karat Versi Islamik : Matlamat Tidak Menghalalkan Cara..^_^y




Sejak kebelakangan ni, ramai yang sudah mulai sedar akan haramnya bercouple sebelum nikah. Mungkin ramai yang kurang setuju dengan pendapat syadid ini. Apapun pandangan yang ada... Alhamdulillah, ianya sedikit sebanyak membawa satu perubahan yang sangat positif. Ramai yang semakin berusaha untuk mencari nilai cinta "High Class".

Walau bagaimanapun....

Tidak dinafikan, adakalanya ‘intuisiku’ naik mual dengan ayat-ayat yang di'post' di alam maya, seperti;


"Hadirku di sini adalah sebagai 'sayap kiri'mu, duhai mujahidku"


"Wahai my future husband, saya sedang upgrade diri saya ni. Anda di mana?"

"If you  want me to be your 'chef', so can you be my 'imam'?!"


"Nak solat tahajjud sama-sama dengan encik suami nanti..."


"Kasih saya hanya untuk pemilik tulang rusuk saya sahaja.."

Awas!!Berhati-hatilah dengan Status Jiwang Karat 'Islamik' Sebegini!!

Dan berbagai-bagai lagi status jiwang karat bersalut islamik dipost di alam maya.

Ya, cinta itu fitrah insani, tetapi tak perlulah sehingga terlalu berjiwang-jiwang dan berangan-angan di alam maya.

Ingatlah... isu ummah bukanlah couple yang dianggap halal semata-mata, tetapi banyak lagi sebenarnya. Isu membalut aurat dan bukannya menutup aurat, isu Syria, isu Palestin, dan banyaaaak lagi yang perlu kita titikberatkan.

Dan, kita juga perlu ingat, kita berubah menjadi lebih baik bukanlah kerana inginkan teman hidup yang baik semata-mata, tetapi kita ingin mendapatkan redha Allah!


Kenapa Saya Titikberatkan Hal Ini?

 

Cuba bayangkan. Kita upgrade diri kita menjadi orang yang lebih baik (contoh: memakai tudung) dengan harapan akan mendapat pasangan hidup yang baik, kerana janji Allah  yang bermaksud;

"Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik."


(an-Nur: 26)

Kemudian ditakdirkan Allah kita tidak mendapat juga pasangan hidup yang baik, sebaliknya dapat pula pasangan hidup yang kurang baik. Mungkin kita akan kecewa dengan Allah, dan mengatakan Allah memungkiri janji-Nya. Pada saat itu, ada tak kemungkinan untuk kita kembali menjadi seorang yang freehair? Ada kan?

Sedangkan Allah telah berfirman lagi:

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?"

(al-Ankabut: 2)


Matlamat kita perlu jelas, iaitu untuk mendapatkan redha Allah dan mendapatkan syurga-Nya. Oleh itu, walau apa pun yang kita buat, biarlah ianya diniatkan kerana Allah dan disertai dengan ‘gerak kerja’ yang suci..^_^y

Monday, April 01, 2013

Masalah Perut Buncit?!Apa yang Harus Saya Buat?!





Step 1 : Kempiskan Perut Buncit
 
Latihan angkatan beban dapat mengempiskan seterusnya dapat menghilangkan perut buncit. "Tapi, saya tak ada duit untuk ke Gym bro.. bagaimana?"

Ohh.. Jangan risau.. Angkatan beban sebenarnya tak perlu susah-susah pun.. Mulakan dengan melakukan sit up. Itu juga salah satu angkatan beban menggunakan berat badan anda sebagai beban. Yang lebih best ialah sit up ini fokus kepada kekuatan perut dan ia memberi kesan terhadap perut buncit anda.

Lakukan 3 set setiap sesi dengan angkatan sit up 12 kali setiap sesi. Sebelum masuk ke sesi ke -2, lakukan planking selama 30 saat ya. Teruskan sebegitu sehingga sesi ke-3, berselang seli dengan planking. Total masa yang diambil untuk sesi ini ialah tidak sampai 15 minit pun. Mudah bukan?

Step 2 : Bakar Lemak Perut Buncit

Apa yang penting, ubah cara pemakanan anda. Jika selama ini, anda makan breakfast roti canai/nasi lemak/nasi dagang.. TAPI nak hilangkan perut buncit ni, anda kena ambil biskut oats dan air malt coklat. Kalau sebelum ini, makan tengahari anda ambil nasi penuh.. Mohon ianya dikurangkan kepada separuh/suku. Boleh kan? =)

Memang diakui ia agak sukar. Namun ianya lebih perlu dibendung daripada ianya menjadi semakin parah. Mencegah itu lebih baik. Maka cegahlah perut buncit itu bermula dari mengawal pengambilan makanan anda.


Step 3 : Nyahkan/ Buangkan Perut Buncit

Lebihkan melakukan senaman. Bagaimana? Anda perlu lakukan senaman extra 5-15 minit setiap hari. Jika selama ini, anda bersenam 15 minit setiap hari maka untuk menyahkan perut buncit ini, anda kena bersenam extra lagi 5-15 minit.

Terbaik ialah bersenam kardio selama 30 minit setiap hari secara konsisten dan kemudian disambung dengan senaman angkatan beban selama 15 minit. Fuhh.. kalau anda berkomitmen dengan ini, tahulah akibatnya selepas 1 bulan.. Six pack lah jadinya.

Step 4 : Mengtong Sampahkan Perut Buncit

Makan lebih banyak makanan yang mempunyai 'whole grain'. Apakah whole grain ini? Contoh makanan 'whole grain' untuk mengtong sampahkan perut buncit ialah seperti biskut gandum, oats dan berat perang (Basthmathi atau Beras Herba ponni taj mahal)

Memang harganya sedikit mahal TETAPI apa lah salahnya jika anda korbankan sedikit wang anda untuk kesihatan anda. Jika anda sanggup dan mampu berbelanja untuk menukar handphone touchscreen berjenama, kereta mahal. Tidak salah rasanya jika habiskan sikit duit ke arah kesihatan yang lebih baik kan. 

Kesimpulannya, untuk melakukan 5 steps di atas pastinya bukanlah satu kerja yang mudah buat anda. Apatah lagi ia memerlukan konsistent daripada anda. Apapun, lakukan setakat mana yang termampu terlebih dahulu. Jika tidak mampu berjogging, maka anda mulakan lah dengan berjalan laju. Jika anda tidak larat berjalan laju, mulakan lah dengan berjalan perlahan.

Ikut kemampuan anda ya.. Ubah habit anda kepada kehidupan yang lebih sihat. Walaupun anda seberat 130kg pun, tidak mengapa.  Mungkin anda merasa sedikit rendah dirilah sebab mungkin anda seberat 130kg. Tapi, jangan merasa rendah diri lagi. Buktikan anda juga mampu menjadi seperti orang lain. Belum cuba belum tahu lagi kan..


Selamat mencuba!^_^y

Wednesday, March 27, 2013

Gerak + Kerja = Gerakerja, Jom!! ^_^y

Ayuh, Bergerak dan Bekerja ! Perjalanan Masih Jauh..


Islam hari ini dalam keadaan ghurbah. Asing. Pelik.

Hari ini, Islam dipandang dan dilihat sebagai sesuatu yang begitu asing. Nampak Islam, seolah-olah seperti nampak ‘alien’.

Hari ini, Islam diukur dengan neraca yang dipamerkan oleh umat Islam itu sendiri. Kadang-kadang, neraca yang dipamerkan tidak sepadan dengan Islam yang sebenar itulah mengakibatkan Islam disalah tafsir dan dipandang serong.

Islam kembali dagang seperti mana ia bermula. Terlalu sedih rasanya melihat ummat dihenjak-henjak oleh jahiliah pada hari ini. Bahkan, ada pula umat Islam sendiri yang ‘menyerahkan  diri’ untuk dilunyai-lunyaikan oleh kuffar. Sudahlah luka kelmarin masih tidak sembuh, hari ini luka bertambah besar menjadi barah dan nanah.

Inilah yang disebut oleh Dr Majdi Al-Hilali:

“Hari demi hari, luka-luka baru menjaluri tubuh ummat, sedangkan luka-luka semalam belum menampakkan tanda-tanda akan sembuh.”


Luka Yang Membarah Kesan daripada Suasana Yang Mencederakan


Hakikatnya, pada hari ini, anak-anak ummat Islam dibesarkan dalam keadaan dan suasana yang ghurbah (asing). Suasana yang ada tidak membangkitkan kesedaran jiwa dan menghilangkan kepekaan terhadap apa yang berlaku kepada ummat pada hari ini.

Seperti kata Abul A’la Al-Maududi:

“Mencari hidayah dalam keadaan ghurbah(asing) umpama orang yang memanjat gunung berbanding orang yang selesa dalam keadaan ghurbah(asing) umpama orang yang menuruni gunung.”

Sesiapa yang mencari peluang untuk pembinaan dan peningkatan diri dalam suasana yang meruntuhkan jiwa ini, maka pasti Allah akan menambah kefahaman dan keyakinannya terhadap deen ini.

Namun, orang yang hidup selesa dalam suasana yang rosak ini, tidak ada rasa kegentingan perlu berbuat sesuatu, maka keselesaan itu akan membuatkan jiwanya terus lemah dan lemah.

Kata Said Hawwa dalam Al-Islam:


“Orang yang dalam ghurbah ini umpama orang yang dalam kebakaran sedangkan dia sedang tidur.”

Apa anda buat bila rumah sudah terbakar?
Sudah tentu anda akan lari keluar, bukan?

Masihkah sempat untuk anda tidur?! Tidak.

Anda perlu kejutkan orang yang tidur sehingga dia bangun kerana rumahnya sedang terbakar. Dia perlu bangun dan selamatkan dirinya.

Itulah gambaran suasana yang ada pada hari ini.

Lalu, masihkah ada ruang untuk kita berehat tatkala kita tahu suasana yang ada pada hari ini bakal mencederakan kita?!


Fikirlah Untuk Bergerak dan Bekerja!



“Ana ni lemah, anta lainlah, qowie.”



“Aku ni tak layak nak nasihat-nasihat orang. Aku pun bukannya baik sangat.”



“Aku ada kena jaga rumah hari ini. Sorilah, tak dapat ikut halaqah.”

Alasan. Alasan. Dan alasan!

Kalau kiamat besok, apakah sempat kita beralasan dengan Allah?!

“Allah, aku tak sempat nak pergi halaqah. Aku kena jaga rumah.”

Haha.. Layakkah kita memberi alasan sebegitu dibandingkan dengan nikmat Allah yang sekian lamanya kita menikmati ini?!

Hari ini, ramainya umat Islam yang menjadi PENUMPANG. Menumpang sebuah kereta yang sedang bergerak menuju ke gaung. Tetapi, ‘penumpang’ tidak pula berkata apa-apa, tidak menghalang, bahkan mengikut sekali masuk ke gaung.

Kita perlu berhenti menjadi hanya sekadar PENUMPANG. Kita perlu menjadi seorang PEMANDU!!

Kita yang sepatutnya ‘MEMANDU’. Barulah kita boleh menentukan hala tuju kita dengan betul.

Berhentilah mereka-reka alasan. Usahlah kita menjadi orang yang LEMAH dan TERPEDAYA!!

Orang yang mencipta alasan untuk lemah, dia telah terpedaya dengan syaitan.

Bayangkanlah, anda sudah berada dalam rumah yang terbakar, lalu anda masih memberi alasan, “Aku mengantuk lah. Engkau keluarlah dulu. Aku nak tidur kejap.”


Tidakkah rasa pelik begitu?
Justeru, apa yang kita perlu buat sekarang?

Fikirlah apa yang mampu kita buat dan sumbangkan untuk Islam.
Bukannya sibuk memikirkan, “Aku ni lemah, engkau tu qowie.”

Tidak.Tidak. Kita perlu berhenti memikirkan siapa lemah, siapa kuat.
Yang perlu kita rancang sekarang adalah bagaimana untuk menjadi kuat.
Kejarlah apa-apa sahaja peluang dan wasilah untuk kita sumbangkan sesuatu kepada deen ini.

Mustahil kita ini terlalu lemah hingga tidak mampu buat apa-apa untuk Islam.

Bilal bin Rabah, cuma seorang hamba. Tidak memiliki apa-apa. Tetapi Bilal merancang untuk menjadi kuat. Diseksa, dijemur di padang pasir, dipakaikan baju besi, dihempap batu besar, tetapi dia kuat mempertahankan akidahnya.

Amr Ibn Jamuuh, seorang tua dan cacat pula. Meskipun tempang sebelah kakinya, namun jiwanya kuat mendorong beliau untuk menyertai perang Uhud bersama Rasul s.a.w. Beliau mencari alasan untuk menjadi kuat. Katanya kepada Rasul s.a.w. :

“Wahai Rasulullah, anak-anakku hendak menghalangku berperang bersamamu. Demi Allah, daku ingin berjalan dengan penuh kebanggaan dengan kakiku yang tempang ini di syurga.”




Tidak Bergerak = Jiwa Lemah, Luka Membarah


Kita perlu bergerak dan bekerja. Jika kita tidak bekerja, jiwa kita akan terus lemah dan lemah. Kerana kita tidak proses ia untuk menjadi kuat.

Janganlah menjadi seperti ‘ayam daging’. Cuma tunggu diberi makan. Malas mencari makan sendiri. Hinggalah gemuk. Ia cuma menunggu masa untuk disembelih. Kita yang tidak bekerja dan terus biarkan diri dalam kelemahan, maka tunggulah masa ‘disembelih’ oleh kuffar.

Imam Syafie menggambarkan dalam puisinya:

Bagi orang-orang yang berakal dan berilmu,
Tinggalnya di rumah tiada nikmat keselesaannya,
Maka tinggalkanlah tanah air dan berdaganglah ke tempat yang jauh,
Di sana akan didapatinya gantian bagi orang-orang yang ditinggalkannya.
Bersakit-sakitlah dalam kehidupan, di situlah letak kelazatan,
Lihatlah air bila ia bertakung baunya berubah menjadi busuk,
Dan kalau ia sentiasa mengalir, barulah keheningannya kekal.

Singa tidak akan bertemu mangsanya jika ia tidak meninggalkan rimbanya,
Begitu juga panah tidak akan bertemu sasarannya jika tidak tinggalkan busarnya,
Lihatlah pula Matahari yang bergemerlapan indah, kalau ia tetap tinggi di perut langit,
Nescaya akan dibosani oleh orang Ajam mahupun Arab yang memandangnya.

Bijih yang berharga tidaklah bernilai jika dibiarkan di tempatnya,
Begitulah juga kayu gaharu kalau ia ditinggalkan di buminya,
samalah ia dengan kayu-kayu lain yang bakal dibuat kayu api.
Kalau kedua-duanya (bijih dan gaharu) diambil keluar dari tempatnya,
Lihatlah betapa tinggi mutunya laksana emas.



Jadi, bergerak dan bekerjalah! ^_^y