Friday, October 18, 2013
Renungan Eidul Adha: Kisah Seorang Penjual Haiwan Ternakan.. ~
Setelah melayani pelanggan, saya melihat seorang wanita separuh umur sedang memperhatikan jualan kami.
Dilihat dari penampilannya, ia seperti mahu membeli. Lalu saya menghampirinya dan menawarkan; “Sila kan puan"
Dia menunjuk, “Kalau yang itu berapa harganya?” Wanita itu menunjuk pada kambing yang paling kecil.
"Kalau yang itu harganya RM300", jawab saya.
"Harga paling diskaunnya berapa?"
"RM250 bolehlah kak". harga sebegitu untung saya kecil, tapi bolehlah..
“Duit saya cuma ada RM200, boleh ya..”.
Alahai..saya bingung, karena itu harga modal kami, tapi akhirnya saya berlembut. “Boleh lah kak...”
Saya pun menghantar kambing yg sudah dibeli oleh wanita itu ke alamat yg diberikan. Ketika sampai di rumah wanita tersebut.
Astaghfirullaah... Allahu Akbar, terasa menggigil seluruh badan demi melihat keadaan rumah wanita tersebut.
Wanita itu tinggal bertiga dengan ibu dan seorang anaknya di sebuah pondok amat buruk berlantai tanah. Saya tidak dapati katil untuk tidur atau baring. Yang ada hanya pangkin kayu beralas tikar lusuh.
Di atas pangkin itu sdg tidur seorang nenek tua yg kurus. “Mak..bangun mak, ni tengok Sumi bawa apa". Perempuan tua itu terbangun.
“Mak, Sumi sudah beli kambing buat emak qurban. Nanti kita hantar ke Masjid ya mak."
Orang tua itu terkejut, namun kelihatan bahagia. Sambil mengusap-usap kambing itu orang tua itu berucap, Alhamdulillah, akhirnya kesampaian juga emak nak buat qurban.
“Ni bang duitnya. Maaf ya kalau saya menawarnya terlalu murah. Saya hanya kuli, tukang basuh. Saya kumpulkan wang untuk beli kambing yang mau saya niatkan buat Qurban ibu saya...."
Ya Allah...Ampuni dosa hamba. Hamba malu berhadapan dengan hamba-MU yg satu ini. Hamba-MU yang Miskin Harta tapi dia kaya Iman. Seperti bergegar bumi ini setelah mendengar niat dari wanita ini.
“Bang ni wang bayaran kambing itu!" panggil wanita itu.
“Tak pa lah puan, biarlah bayaran kambing ini saya yg tanggung"
Saya cepat berlalu pergi sebelum wanita itu perasan apabila melihat mata ini sudah basah kerana tak sanggup mendapat teguran dari Allah yg sudah mempertemukan dengan hamba-NYA yang dengan kesabaran, ketabahan dan penuh keimanan ingin memuliakan orang tuanya....
Semoga Allah menginsafkan kita...
Sumber: Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man..
Senyum.. =)
Thursday, October 10, 2013
Alkisah Raja Dengan Anjng…~
Ketika Putera Ismail berusia 17 tahun, beliau
menyelamatkan seekor anak anjing yang hampir lemas. Anjing itu diberi nama Si
Perang.
Ketika itu, hujan lebat, tempat di mana anak anjing yang baru dilahirkan ini ditenggelami air.
Ketika Putera Ismail tiba, semua anak anjing sudah meninggal, hanya tinggal Si Perang.
Si Perang seekor anjing yang cantik. Putera Ismail sangat menyukainya. Beliau mengarahkan seorang budak suruhannya untuk menjaga Si Perang – makan, minum, mandi dan membawa Si Perang keluar untuk membuang air tiga hari sekali.
Oleh kerana sayang pada Si Perang, Putera Ismail setiap petang datang menjenguk Si Perang untuk bermain dengannya sekejap. Putera Ismail tidak dapat meluangkan masa yang banyak kerana terpaksa membantu pentadbiran ayahnya yang kini uzur.
Pada usia 18 tahun, Putera Ismail ditabalkan sebagai Raja ekoran kematian bapanya.
Masa yang diluangkan bersama Si Perang semakin berkurang.
Ada satu ketika, Raja Ismail terpaksa keluar berperang – 6 bulan baginda tidak kembali.

Setelah kembali dari perang, Raja Ismail meluangkan
masa pergi menjenguk Si Perang. Baginda menjenguk Si Perang dari jauh, sedang
gembira bermain dengan budak suruhannya yang dikerah menjaganya.
Raja Ismail tidak lagi turun bermain dengan Si Perang kerana kesibukan. Baginda hanya melihat dari jauh. Si Perang membesar dengan cantik.
Pada satu hari, selepas tamatnya perang, Raja
Ismail teringatkan Si Perang dan ingin bermain bersamanya.
Sampai ke kandang Si Perang, baginda melihat bekas makanan Si Perang bersepah. Budak suruhannya tidak kelihatan. Si Perang turut tidak kelihatan.
Ketika Raja Ismail melutut untuk mengambil bekas makanan Si Perang untuk dibersihkan, baginda diterkam dari belakang.
Si Perang menyerangnya. Baginda terkejut.
Baginda cuba melawan dan melepaskan gigitan Si Perang. Kedengaran bunyi kuat, budak suruhan baginda cepat-cepat lari datang untuk menyelamatkan keadaan.
Si Perang melihat kedatangan budak suruhan terus melepaskan gigitan dan menghayunkan ekornya.
“Beta tuan dia. Dia berani gigit beta. Dia sini sudah tak tahu siapa tuan dia sebenar. Bagaimana kamu ajar dia?” jerit Raja Ismail dengan nada yang kuat.
Budak suruhan itu mengigil dan memohon ampun.
Selepas seketika, kemarahan Raja Ismail pun reda.
“Sebab budak suruhan yang beri makan kepadanya tiap-tiap hari, oleh itu Si Perang menganggap budak suruhan itu sebagai tuannya walhal duit makanan datang daripada baginda. Tapi Si Perang tak tahu,” bisik Raja Ismail di hati.
Raja Ismail bertindak menukarkan budak suruhan kepada budak suruhan yang baru. Si Perang sangat garang dengan budak suruhan yang baru sehingga budak suruhan baru tidak berani memberikannya makan.
Si Perang dibiarkan kelaparan dua hari. Kemudian, Raja Ismail menyuruh budak suruhan baru memberikannya makan. Si Perang mula berjinak dengan budak suruhan yang baru dan kini menganggapnya sebagai tuan.
Akan tetapi, Si Perang masih terlupa siapa tuannya yang sebenar. Raja Ismail memahami sesuatu sambil tersenyum.
Ketika berbicara dengan para pegawainya, baginda berkata:
“Kita hanya diamanahkan untuk menjaga rakyat. Jangan belot amanah yang diberikan Tuhan. Jangan kita jadikan diri seperti Tuhan. Jangan biar rakyat menganggap kita pula sebagai Tuhan. Tuhan ialah Tuhan, kita hanyalah posmen untuk menyampaikan rezeki kepada rakyat.
Kerajaan boleh ditukar bila-bila masa. Jangan buat rakyat seperti anjing, membiarkannya lapar dan tidak cukup makan, dan kemudian menganggap kita sebagai Tuhan kerana kita mengambil sedikit duit keluar untuk mengurang kesengsaraan dan kelaparan mereka. Itu zalim dan tidak betul. Rakyat bukan anjing. Kita sekadar budak suruhan Tuhan untuk menjaga rakyat. Jangan pula kita buat rakyat sebagai anjing, dan mereka menganggap kita sebagai Tuhan.”
Semua pegawainya tabik hormat pada pandangan Raja Ismail. Raja Ismail pula berterima kasih kerana gigitan Si Perang membuatnya menyedari sesuatu yang cukup berharga dalam mentadbir negara.

Wahai anakku,
Jangan sesekali engkau lebih mengagungkan mahkluk daripada Allah sebagai pemberi rezekimu. Sesungguhnya semua rezekimu datang daripada Allah, yang lain cumalah posmen yang diutus Allah untuk menghantarnya kepadamu. Jika kamu menjaga hak Allah, percayalah Allah akan menjaga hak kamu. Jika kamu tiada masa dengan Allah, percayalah Allah juga tiada masa denganmu.
Senyum.. ^_^v
Petikan daripada: Ustaz Tn Ibrahim Tn Man..
Tuesday, October 08, 2013
TRW 6 – 1 JDT: Antara Ego, Maruah Dan Drama..
Ok
kita cakap pasal Gameplay lah. Kalau nak kira Adrenalin semangat itu semua
tengah meletup, tak kira siapa. Yang tak pernah layan bola pun asal orang
Kelantan, dengar berita begini terbayang suasana Final di Bukit Jalil walaupun
dia tak pernah pergi pun.
Nak
bagi bayangan bahawa kalau pejabat kerajaan negeri buka waktu malam pun semua
berkumpul dewan makan yang ada Tv dan Astro. Budak exam UPSR yang mak ayah tak
pernah bawa ke Final pun boleh bayang dengan betul kehangatan Final bila tengok
game tadi.
Yang
lebih special anak Kelantan di Johor, yang penakut jalan menunduk menguntum
senyum, yang berani berkepak dada pakai jersi pagi esok. Itu semua ekspresi
masing-masing punya hal.
Kalau
sebelum ini saya berprinsip Johor akan terkeluar dari saingan di Kota Bharu
kerana ketumpulan jentera serangan, tetapi saya silap. Sebenarnya kerana
kematangan dan kehendak pemain pertahanan yang begitu besar untuk menambah
semangat penyerang untuk bekerja mencari gol.
Yang
kedua, saya beranggapan Gameplay Azmi Mohammed yang bagus di First Leg sehingga
Kelantan terduduk di Larkin, tapi sebenarnya kerana benteng Kelantan yang pudar
dengan gandingan yang jarang digandingkan, Farisham di kanan dan Azizi di
tengah.
Saya
rasa mereka berdua jarang bermain sekali, kerana Poknik dan Daudsu amat dominan
di dua posisi tersebut, jika di tukar mungkin salah seorang.
Sebenarnya
kerencatan pertahanan kedua-dua pasukan di kedua-dua stadium kerana sorakan
penyokong lawan. Serangan kedua-dua serangan timbal balik menjadi tajam kerana
semangat sorakan penyokong sendiri.
Ini
tidak boleh dinafikan langsung. Kita nampak Aidil setaraf Obinna di Larkin,
kita lihat Nazri seperti Azizi di Kota Bharu. Sebelum pergi ke part Gameplay,
kita hurai dulu mengenai perkara bersangkut paut.
Di
Larkin Zairul Fitree juga tidak fit dan Farisham tidak di tekan di Kota Bharu
menjadikan suasana tenang dan santai di pertahanan, saya jamin kalau Zairul
diturunkan malam ini sama saja situasinya dengan keadaan Farisham yang tidak
kekok bermain di Wide Angle kedua-dua sisi.
Untuk
bercakap mengenai Gameplay Bojan dan Azmi, walaupun tidak adil untuk
membandingkan cara di Larkin dan Kota Bharu namun memang perlu dirujuk kerana
ini perlawanan Two Legs.
Ok
basic nya Azmi menyerapkan corak Break Attack atau bekerja ditengah mencuri
kegagalan Piya dan Shakir dalam mengatur barulah mengatur gerakan tersusun dan
laju melalui 3S kebangsaan, Safiq-Shahrul-Safee.
Di
Kota Bharu Azmi tak mungkin boleh Attacking Mode dengan cara mengganggu pemain
tengah Kelantan untuk memulakan gerakan, kebetulan ketika itu gaya gerakan bola
pasukan Kelantan bermula dari bawah Long Ball keatas, bek atau Def Mid potong
bola baru Safiq mendapat bola dan memulakan gerakan. Gaya ini senang kerana
Azmi bernasib baik mampu membaca cara taktikal Bojan.
Berbalik
ke Kota Bharu, apa yang Azmi lakukan? menyimpan Ezrie Shafizie seorang
Defensive Mid di bangku simpanan, seperti di Larkin, dengan mempercayai Akram,
pemain muda dari team Johor FA bekas anak buah beliau.
Akram
merupakan pemain muda yang lincah, sebab itu tugasnya cuba merampas bola dan
mengepung kawasan tengah, sayangnya gandingan Diamond Zairo-Shakir-Piya tidak
terkepung.
Semangat
meluap-luap dan ketenangan dengan pengalaman menjadikan pemain Kelantan
menyusun gerakan tanpa mampu dirampas bola oleh Ball Winner yang rajin seperti
Akram. Safiq menjadi pembantu Defensive Mid pula ketika tertekan.
Di
pertengahan babak pertama, saya asyik terfikirkan satu perkara magis yang Bojan
lakukan. Saya tak tahu Piya dijadikan sebagai Attacking Mid atau Second Striker,
kalau Second Striker tapi bermain sebagai Shadow dalam gerakan Dickson, ini
gaya magis yang pelik dan hebat.
Mungkin
kebetulan Indra bekerja sebagai separuh unit yang Piya perlu bekerja, akhirnya
ditempat biasa Piya ketika formasi 442 biasa Bojan guna, tempat itu di ambil
oleh Zairo. Saya lihat Piya tidak perlu mengatur gerakan.
Saya
seperti biasa seorang yang prejudis kepada Piya, mengutuk kemalasan beliau pada
awalnya, namun perlahan-lahan mula faham, sebenarnya kedudukan Piya dibanyak
tempat tanpa membawa bola sebenarnya membuka ruang yang luas untuk Dickson
bermaharajalela.
Pemain
DTFC seolah-olah marking shadow Piya sahaja. Piya menarik beberapa pemain
mengekorinya, akhirnya Lone Striker Kelantan bebas untuk membawa masuk bola,
bukan seperti Fakri yang menunggu, Piya tidak menunggu tapi berubah kedudukan.
Perkara
lain yang saya terhidu, sebenarnya Azmi mahu mengaburi pemain pertahanan
Kelantan, dengan banyak menggunakan Hadin sebagai Wide Kanan yang banyak
menerima bola dari bahagian kiri iaitu Awe.
Ini
demi menjadikan Awe sebagai senjata yang tiba-tiba dapat memacu Depth dan dapat
ruang luas untuk tiba-tiba berlari secara mengejut apabila menerima bola.
Awe
bukan tipikal pemain yang senyap. Bukan pemain yang boleh duduk saja menanti
gerakan-gerakan tertentu yang terlalu dirancang. Awe ialah pemain yang
melekatkan gam di but dan membawa bola bersama, bukannya menunggu.
Akhirnya
Akram dan Safiq jarang dapat melorongkan bola pada Hadin kerana ditekan oleh
Zairo dan Shakir, Farhan pula sangat WOW, tidak perlu membuat larian dari
tengah, banyak menunggu dan bola banyak dihantar, membuatkan Awe tak senang
duduk terpaksa kerap turun membantu Tarmimi selepas Irfan sebagai Bek Kiri
gagal berfungsi dikeluarkan awal akibat tekanan penyokong. Awe menjadi keris
simpanan yang tersarung didalam pendok atau sarung keris. Orang Kelate gelarkan
sebagai ‘Kherlok’.
Bojan,
tidak payah terlalu mengatur. Subjeknya ialah Dickson, caranya dipelbagai,
namun tidak ada lagi Long Ball. Sebenarnya ditengah bukan gandingan 3 pemain
membentuk Diamond, tapi dua sahaja iaitu Shakir dan Zairo sebagai Def Mid dan
Mid Centre.
Piya
dijadikan Trequartista yang lebih kepada Second Striker. Piya bergerak, benteng
lawan ingatkan Piya akan menuju kedalam box selalu, tetapi yang masuk ke box
ialah dua orang sayap Kelantan.
All
Out Attacking yang sabar, yang tidak terburu-buru, hanya perlu memeningkan
benteng tengah lawan, memaksa Fullback masuk selalu kedalam box, dan Dickson
seperti penyerang Polo Air, mengacah tak kira masa dan suasana serta
kedudukannya.
3-4
hari sebelum perlawanan saya sudah terbayangkan Kelantan bermain seperti ini
dan saya bayangkan Kelantan awal-awal membunuh game dengan 5-0 separuh masa
pertama, namun itu sangat terburu-buru sebenarnya. Impian saya yang
terburu-buru.
Ini
persembahan dari syurga, kerana rempahnya cukup. Elementasi bercampur baur,
aspek yang terpenting tiada di musim-musim lepas ialah babak pemancingan pemain
berkaliber yang didengar banyak pasukan yang hebat dan akan jadi hebat menelan
liur melihat pemain Kelantan secara individunya, kerana adanya perkara ini
menjadikan pemain Kelantan terutamanya bermain untuk membuktikan sesuatu yang
tidak ada dimusim lepas.
Miracle
yang pure, ibarat menjumpai tiram yang mempunyai mutiara didalamnya tetapi
tiram itu berada didalam mulut buaya.
Akhir-akhir
ini saya terlalu kerap menonton perlawanan peringkat tertinggi Asia, separuh
akhir ACL terutamanya. Saya tengok Kelantan bukan membentuk bolasepak dominan
cara gerakan dan susunannya seperti gergasi mata sepet Ghuangzhou Evergrande,
Seoul FC atau Kashiwa Reysol.
Kelantan
lebih kearah gaya Estaghlal. Kelab mata sepet itu bermain gaya dominan ala
kuasa besar dari England. Estaghlal lebih kepada kekuatan individu yang
tersusun membentuk gerakan berpasukan, akhirnya nama-nama individu tenggelam.
Team
gergasi lain membentuk gerakan berpasukan untuk menonjolkan nama individu yang
membentuk kemenangan. Evergrande dengan gandingan latin Muruqui, Elkenson dan
Conca mendapat sentuhan Lippi, amat hebat gerakan berpasukan, tetapi yang dapat
nama mereka berempat.
Berbeza
Estaghlal of Tehran, nampak karekter pemain utama mereka menonjol tapi bila
berkuasa dalam gerakan, nama itu tenggelam dan seluruh 11 pemain mendapat nama
atau pujian.
Mengenai
satu perkara yang saya terkilan. Yang lain saya tak ada masalah dengan
penyokong Johor. Mereka yang berada di pendalaman menganggap Johor mencetuskan
fenomena baru bolasepak Malaysia. Ini statement mengguris.
Mereka
melihat penyokong away mereka wajib ke venue luar, mereka melihat stadium
mereka penuh, mereka melihat Ultras mereka meletus nama terhebat, mereka
melihat gaya lifestyle timbul keJohoran.
Kita
bukan nak menjawab cara budak-budak, kita tak membagitahu kita dari dulu buat
dari mereka. Kalau cakap lebih dahulu, pasti ada orang lain lebih dahulu. Kita
nak cakap dominan, betul lah kerana orang Kelantan teramai berhijrah disemua
negeri. Itu bukan dalil. Malam ini adalah dalilnya.
Tahun
pertama pembabitan pasukan adalah dalilnya. Ambil benang dan tarik serta jadikan
susunan graf, siapa bermula dari bawah, benang apa kamu pakai, benang dari
sutera.
Kami
pakai benang nylon yang buat kain guni. Kami bermula dari bawah, kami stabil
dan kami gah walau dicabar. Anda bermula dari atas, anda tak stabil dan tak gah
dicabar.
Penyokong
yang tak tahu tak salah mengeluarkan statement begitu, tapi penyokong yang tahu
harus sedarkan mereka, saya percaya di Johor akan timbul penyokong matang yang
boleh slowdown dan menunduk sedikit dibumi pada musim hadapan, mengajar
rakan-rakan mereka yang baru menyertai mereka. Musim depan mungkin kita tidak
bermusuh lagi.
Aspek
bolasepak salah satunya proses pembakaran minda di otak kiri yang meletuskan
emosi. Suasana tegang menjadi raja ketika sorakan bergema. Bukan bermakna
bergolok bergadai untuk bergaduh, tapi semua lawan bersedia untuk saling
membakar.
Ini
akan merebak bila suasana dipadang juga tersangat meriah. Saya sebenarnya tak
ada upaya untuk menulis artikel ini, banyak komitmen lain yang menganggu otak
saya.
Namun
tidur yang tak lena, saya menonton penyokong Levante sebuah kelab tikus di
LaLiga, dipenuhi stadiumnya separuh oleh penyokong Real Madrid. Minit ke 85′
sehingga 94′ adalah setiap detiknya dramatik.
Malas
saya nak hurai dramatiknya, tapi melihat penyokong kedua-dua berpasukan memacukan
sorakan habis-habisan dihujung perlawanan saya menjadi bersemangat. Lepas itu
sambung game Barcelona, melihat jaringan Thunderbolt dari Alexis Sanchez, terus
saya kayuh papan kekunci memandangkan tidak ada review perlawanan yang seperti
saya tulis.
Bukan
nak menjuarai bidang, hanya mencari kelainan untuk mereka yang merasai
kesamaan. Peace penyokong Johor, Alfatihah buat anak Al-Hafiz, doa selamat buat
perjalanan pulang rombongan Awaydays dari Johor ke Kelantan.
Walaupun
tiada slogan selamanya kita bersaudara ke apa, cukup sedikit terima kasih saya
ucapkan buat rakan penyokong Johor. Jangan tunjuk True, tapi didik diri
dedikasi, apa team anda bagi pada anda dan apa yang anda bagi pada team anda.
Wassalam.
![]() |
|
Indra Putra turut menjaringkan gol
ketika Kelantan layak ke separuh akhir Piala Malaysia 2013.
|
Penulis
Asal: JB Bettermen
Thursday, October 03, 2013
H.A.R.A.M vs H.A.R.A.M..~
Kiasannya seperti haramnya babi. Ramai yang begitu berhati-hati tentang 'haramnya' babi ini. Melihat babi pun sudah terasa geli dan jijik kerana statusnya yang haram. Padahal yang haram adalah memakan dagingnya, melihat babi tidaklah haram.
Tetapi apabila lelaki melihat perempuan yang seksi, itu adalah jelas perkara yang haram. Tetapi selalunya orang akan terlupa bahawa ia adalah haram.
Samalah juga dengan kes rasuah dan mencuri. Rasuah dan mencuri walau apa juga nilainya, kecil atau besar tetap haram. Apa juga istilahnya sama ada rasuan atau komisyen, tetap haram.
Mencuri walaupun RM1.00 adalah haram, mencuri harta negara juga adalah haram.
Anggota pakaian seragam yang menawarkan RM50.00 (rasuah kepanya) kepada pesalah supaya tidak dikenakan tindakan undang-undang adalah jelas haram.
Begitu juga pihak berotoriti yang memakan ribuan atau jutaan ringgit untuk meluluskan sesuatu 'projek', tetapi dengan istilah yang lebih cantik iaitu 'komisyen'. Ia tetap haram.
Jam dinding yang bernilai RM100 tetapi dibeli dengan harga RM3800, lebih jelas haramnya.
Jangan pejam mata sahaja isu ini, kita juga boleh dipertanggungjawabkan atas dosa yang orang lain lakukan.
(Imam Muda Hassan, 2013)
Muhasabah bersama..
Senyum.. =)
Subscribe to:
Posts (Atom)