Thursday, December 05, 2013

Banjir, Parlimen dan Perhimpunan Agung..



'JERUNG' makan sedap-sedap..
semua diatur penuh adap..
tidur atas tilam empuk berdakap2..bersorak dlm mesyuarat..
tunjuk bakti pd masyarakat..
kat jln raya dia lah hebat...
semua ketepi kene hambat...

BEZA
Mangsa banjir yang merempat...
Tidur bertikar tak tau tempat...
Rumah tenggelam dah tak selamat..
Makan apa saja mulut disumbat..
Minta tolong kabinet sekat..
JERUNG cakap macam hebat..
Konon nk bela nasib rakyat...

Jaga-jaga kata-kata menteri yangg pernah bercanggah kata dengan hukum..
di negeri pahang..terengganu..johor..
Tiada yg lebih besar dari kuasa Allah...
kerana keangkuhan dan penipuan..
rakyat jadi mangsa...
(Fauziah Mat Desa, 2013)



Tugas Wakil Rakyat


Tugas wakil rakyat adalah menyuarakan keluhan dan kesusahan rakyat melalui saluran yang tepat untuk menjadi perhatian pihak berwajib..

Tindakan YB Fauziah sangat tepat, berada dalam dewan dan menyuarakannya, dalam mengusahakan isu musibah ini agar mendapat perhatian pihak kerajaan secara serius.

Namun malang untuk kesekian kalinya, tindakan memalukan YB Bung Mokhtar yang memperlekehkan usaha wakil rakyat Kuantan itu semata-mata kerana dia YB parti yang berbeza, amat melukakan perasaan rakyat yang dalam penderitaan bertimpa timpa diwaktu ini. : '(.. Isu yang melibatkan keselamatan dan nyawa ini dipandang bahan maki hamun dan lawak semata.

Nah, inilah pemimpin pilihan kita,
mana permata,
mana yang kaca,
marilah menilai hakikat di hadapan mata..


Mari Berdoa


Marilah kita solat dan doakan semua saudara kita yang sedang diuji dengan banjir. Orang Islam seperti satu badan. Satu anggota sakit seluruh anggota terasa sakit.

Barang siapa yang saudaranya ditimpa kesusahan, mereka mengucapkan takziah. Dia dapat pahala sebanyak kesusahan ditanggung oleh mereka.

Kita beri sedekah dan bantuan pada mereka. Juga kita tarik rahmat Allah sebanyaknya. Cara tarik rahmat Allah. Kita banyak bertaubat. Banyak sedekah. Jaga solat awal waktu. Maafkan semua orang. Paling utama sediakan diri dan umat berdakwah dan menangis di depan Allah di malam hari.

Kita kumpulkan keluarga kita hidupkan amalan dan doakan semua saudara kita yang sedang ditimpa ujian banjir.

 


Ya Allah ya Rahman ya Rahim kami pohon kasih sayangmu yang kau curahkan kepada Nabi saw dan sahabah rhum. Lihatlah dan pandanglah kami seperti kau pandang mereka.

Ya Allah ampunkan dan maafkanlah kami semua orang Islam di seluruh malaysia. Ya Allah kuatkan iman kami, semua saudara kami yang sedang ditimpa musibah.

Ya Allah bantulah saudara Islam kami yang sedang ditimpa banjir. Ringankanlah beban mereka. Jadikan setiap kesusahan itu asbab hidayah buat kami semua dan umat. Ya Allah, hidupkanlah dakwah dengan kasih sayang dan 100 peratus lelaki solat berjemaah dan wanita solat awal waktu di seluruh Malaysia dan dunia. Ya Allah permudahkan dan kasihilah kami. Kami hanya nak redha-Mu.

Ya Allah kami lemah dan dhaif. Ya Allah berilah bantuan dan rahmatMu kepada saudara kami di Kuantan, Rompin, Pekan, Kemaman, KT, Segamat, Johor, Kelantan dan semua kawasan yang ditimpa banjir. Mudahkanlah mereka ya Allah. Kasihanilah kami semua. Ya Allah maafkan kami tidak bantu dan mendoakan saudara Islam dan masyarat kami yang dalam kesusahan. Ya Allah kami hanya inginkan cinta dan kasih sayang-Mu.

Aameen..Aameen..Ya Rabbal Aalameen..



Kadangkala penempatan sementara juga perlu diambil kira untuk menjaga kemaslahatan bersama..

Monday, December 02, 2013

Beratkah Awan?!




Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

Beratkah awan?

Wahai anakku,
Tahukah kamu manusia dahulukala memikirkan awan di atas langit itu ringan kerana ia boleh terapung di atas langit.

Masakan ada benda berat boleh terapung di atas langit melainkan ia ringan seperti kertas? Bahkah kertas pun tidak boleh terapung di atas udara.

Masakan ada benda berat yang boleh dibawa angin melainkan ia ringan seperti debu?

Tapi silap, wahai anak kesayanganku. Awan yang terapung di atas langit itu amat berat jisimnya. Awan yang membawa ribut kilat boleh menampung 300,000 ton air.

Kalau tidak masakan ada tempat yang boleh banjir? Bagaimana 300,000 ton air boleh terapung di atas langit bagaikan kertas dan debu? Hanya Allah saja melakukannya.

Sebelum manusia mengetahui bahawa awan itu sebenarnya berat, Allah sudahpun memaklumkannya di dalam Quran.

Ar-R'ad : 12
“Dia lah yang memperlihatkan kilat kepada kamu, untuk menakutkan (dari panahan petir), dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Ia yang menjadikan awan tebal yang berat (dengan air).”

Al-A’raaf: 57
“Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).”

Masihkah kamu ingin mengingkari arahan dari Tuhanmu, wahai anak kesayanganku?

Senyum..^_^v



Sumber:  Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man