Monday, May 12, 2014

Soalan Anda, Wahai Ahli PAS Sekitar Hudud….



1. Anda Bertanya, Kenapa PAS Cenderung Untuk Mempercayai UMNO Dalam Isu Hudud?

Saya menjawab, ini bukan soal percaya atau tidak. Soalnya, UMNO telah membuka sedikit ruang untuk hudud dilaksanakan. Kita sering katakan bahawa, pihak yang menjadi penghalang kepada undang-undang hudud selama ini ialah UMNO. Justeru, kita berhenti di titik terakhir yang dapat dapat kita sampai. Di titik inilah kita tersadai selama 21 tahun. Hari ini, apabila penghalang itu dikatakan akan dibuka, adakah di titik itu juga kita mahu berhenti? Justeru, Kelantan perlu bergerak ke depan untuk pelaksanaan undang-undang ini.

2. Tidakkah Selama Ini UMNO Menzalimi Kita? Kenapa Tiba-Tiba PAS Mahu Percaya?

Jika dikira isu menzalimi, terlalu banyak kezaliman UMNO kepada PAS Kelantan selama ini. Adakah apabila satu ruang mahu dibuka, maka kita lepaskan ruang tersebut kerana ruang lain masih ditutup. Langkah terbaik ialah mengambil kesempatan daripada ruang yang dibuka dan berusahalah untuk membuka ruang yang lain.

Bukankah kita membaca firman Allah SWT di dalam al-Quran :

وَإِنْ جَنَحُوا لِلسَّلْمِ فَاجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Yang bermaksud : Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Surah At-Taubah, ayat 61)


Tidakkah ayat ini jelas ditujukan kepada orang-orang kafir yang menjadi musuh Rasulullah SAW? Dengan orang-orang yang tidak beriman sekalipun apabila mereka cenderung kepada pendamaian, hendaklah Rasulullah SAW juga cenderung kepada pendamaian tersebut.

UMNO bukannya kafir. Mereka saudara Islam kita yang tersilap memilih jalan. Bahkan merekalah mad’u kita. Apabila ada sedikit kecenderungan yang ditunjukkan untuk mereka menerima hudud yang menjadi kewajipan kepada kita dan mereka, tiada alasan untuk pejuang-pejuang Islam pula mengenepikan peluang ini.

3. Apa Jaminan Bahawa UMNO Tidak Akan Menipu Kita?

Bukankah di hujung ayat di atas dinyatakan bahawa pejuang-pejuang Islam bertawakkal kepada Allah SWT? Bukankah tatkala kita menyerahkan diri kita untuk urusan perjuangan, telah kita gantungkan tawakkal kita kepada Allah SWT. Kurang percayakah kita dengan kehebatan tawakkal?

4. Tetapi Tidakkah Bertawakkal Kepada Allah Swt Dalam Keadaan Jelas UMNO Sedang Berusaha Menipu Kita, Itu Namanya Tawakkal Yang Bodoh?

Mari saya bacakan kepada anda ayat berikutnya,

وَإِنْ يُرِيدُوا أَنْ يَخْدَعُوكَ فَإِنَّ حَسْبَكَ اللَّهُ هُوَ الَّذِي أَيَّدَكَ بِنَصْرِهِ وَبِالْمُؤْمِنِينَ
Yang bermaksud : Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dia lah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman. (Surah At-Taubah, ayat 62)

Justeru, jika UMNO bertujuan mahu menipu kita, maka sedarlah bahawa Allah SWT sedang menjadi pelindung kita jika ikhlas kepadanya. Yakinlah bahawa Allah SWT pasti menyelamatkan bahtera perjuangan ini kerana di dalamnya terkandung perlembagaan PAS yang meletakkan AL-Quran dan Al-Sunnah sebagai rujukan utama.

Tatkala PAS ditipu UMNO pada tahun 1978, bukankah selepas itu lahirnya Kepimpinan Ulama pada tahun 1982 yang menjadi mutiara cerah memimpin PAS meniti kegelapan politik?

5. Tidakkah Apabila UMNO Menolak Hudud Di Terengganu, Itu Ertinya Mereka Akan Menolak Hudud Yang Akan Dicadangkan Oleh PAS?

Hudud bukan menjadi agenda UMNO. Penolakan usul hudud di Terengganu membuktikan UMNO tidak bersedia untuk menjadi juara dalam isu ini. Inilah sebesar-besar bukti bahawa UMNO ialah parti nasionalis yang tidak pernah meletakkan Islam sebagai agenda utama.

Justeru, apabila UMNO menolak hudud di Terengganu, sewajarnya lebih mendorong PAS untuk membawa usul meminda Akta Mahkamah Syariah 1965 ke Parlimen. Jika ia ditolak oleh UMNO, ia menjadi satu lagi bukti yang besar di mata rakyat bahawa UMNO hanya bermain politik dalam isu ini. PAS TIDAK RUGI APA-APA APABILA MEMBAWA USUL INI KE PARLIMEN.

6. Tidakkah Usul Ini Akan Menjejaskan Pakatan Rakyat?

PAS tidak pernah berjanji untuk menggugurkan perjuangannya mendaulatkan syariat Allah SWT. DAP dan PKR bergabung bersama-sama dengan PAS dalam Pakatan Rakyat dalam keadaan mereka menyedari bahawa inilah perjuangan PAS. Mereka mempunyai hak untuk mengundi menolak usul ini dan PAS juga wajib menyedari bahawa kebersamaan dalam Pakatan Rakyat ialah dengan wujudnya bersama perbezaan ini.

Perbezaan tidak menghalang untuk kita bersama. Suami isteri yang berkahwin begitu lama pun tidak sepakat dalam semua perkara.

7. Justeru, Kenapa PAS Tidak Tinggalkan Dap Dan Bergabung Dengan UMNO?

Isunya ialah, tidak ada mana-mana parti tunggal mewakili mana-mana kelompok bangsa dan agama di Malaysia boleh memerintah. Samada PAS atau UMNO perlu bergabung dengan mana-mana parti lain yang mewakili kelompok bangsa berlainan untuk muncul sebagai pemerintah. Dalam konteks non Muslim, DAP dilihat parti terbaik dengan disiplin dan akauntabiliti yang mereka miliki untuk menjadi rakan politik.

Jadi isunya ialah bukan UMNO lebih baik dari DAP. Isunya ialah DAP lebih baik dari MCA dan MIC. Dalam konteks parti yang mewakili umat Islam, PAS wajib dilihat LEBIH BAIK dari UMNO. Manakala untuk golongan non Muslim, DAP lebih baik dari MCA dan MIC.

Menyatakan bahawa UMNO lebih baik dari DAP seolah-olah menggambarkan UMNO sebagai parti yang mewakili non Muslim.

8. Berbalik Kepada Isu Usul Hudud, Tidakkah Ini Menggambarkan PAS Mula Berbaik-Baik Dengan UMNO?

Tidak timbul isu berbaik dengan UMNO. Hari ini UMNO merupakan pemerintah di Pusat dan tulang belakang kepada kerajaan Persekutuan. Hak untuk membenarkan undang-undang ini berkuatkuasa di Kelantan dipegang oleh UMNO. Konteks perjumpaan antara pemimpin kerajaan negeri Kelantan dengan pemimpin Pusat ialah perjumpaan kerajaan dengan kerajaan dan bukannya parti dengan parti.

UMNO selaku parti politik tetap merupakan lawan PAS sebelum ini dan juga selepas ini.

9. Tidakkah Wajar Pemimpin Kerajaan Negeri Kelantan Berhati-Hati Dengan Muslihat UMNO?

Ya, wajib berhati-hati. Islam mengajar agar kita sentiasa bersikap waspada dan tidak membenarkan tangan digigit ular yang sama sebanyak dua kali. Namun sikap hati-hati itu tidak menutup pintu dakwah untuk kebaikan ummah.

Bagi pihak Pemuda PAS Kelantan, kita sentiasa mengingatkan semua pihak di dalam PAS sentiasa bersikap waspada dengan tipu muslihat UMNO dalam isu ini. Pintu yang dibuka wajib dilangkah masuk, namun jangan lepas parang di tangan bimbang penyamun bersembunyi di sebalik daun pintu.


Nukilan,
Ust. Ahmad Fadhli bin Shaari
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Kelantan.
(5 Rajab 1435H)






p/s: Alhamdulillah, satu penjelasan yang sangat baik. Moga ada manfaat untuk semua. Moga ayat 61-62 Surah At-Taubah menjadi panduan yang jelas buat kita semua.

Sunday, May 11, 2014

Rogol: Undang-undang Islam Vs Konvensional

Oleh : Ustaz Zaharuddin Muhammad



Menjawab Tangapan Salah Bahawa Pengadu Dirogol Akan Kena Qazaf Bila Tak Ada 4 Saksi

Sebenarnya tanggapan bahawa si pengadu atau perempuan yagn dirogol akan kena qazaf apabila tidak membawa empat saksi adalah salah dan jauh menyimpang daripada realiti sebenar hukum qazaf.

Perbezaan antara qazaf dan rogol boleh dilihat dari perbezaan rukun-rukun dibawah:

1. Pengadu: kes rogol pengadu adalah mangsa rogol (dipaksa zina) manakala kes qazaf pengadu adalah pihak ketiga.

2. Kes aduan: kes rogol, aduan adalah berkisar berkenaan pencerobohan hak si pengadu sebagai mangsa manakala dalam kes qazaf aduan adalah melibatkan kesalahan zina itu sendiri.

Perbezaan yang jelas antara qazaf dan rogol ialah, aduan rogol melibatkan tuntutan hak keadilan manakala qazaf pula tidak melibatkan hak dan pembelaan. Lebih jelas, rogol adalah berlaku secara paksa dan melibatkan hak si pengadu atau keluarganya, manakala kes zina berlaku secara sukarela antara lelaki dan perempuan (sipelaku) dan ia tidak melibatkan hak si penzina lelaki dan perempuan.

Oleh itu, cara pembuktian adalah berbeza di mana kes rogol tidak memerlukan 4 saksi bahkan segala qarinah adalah diterima selama mana ianya diyakini. Manakala kes qazaf pula tidak melibatkan hak sesiapa pun kecuali suami dan isteri.

Adapun hak suami dan isteri iaitu apabila isteri atau suami yang dilihat dengan jelas oleh pasangan masing-masing, sekalipun tidak mengcukupi 4 saksi, maka mereka tidak akan dikenakan qazaf kerana ia melibatkan hak suami atau hak isteri. Tetapi ia tidak sewenang-wenangnya bebas menuduh isteri atau menuduh suami berzina, tetapi jalan keluarnya ialah melalui hukum Lian.

Adapun bukan suami dan bukan isteri, maka apabila si A melihat si B berzina dengan si C, maka si A tidak boleh mendakwa si B mahupun si C berzina melainkan betul2 ada saksi 4 orang. Jika ia melihat dengan mata kepala sendiri tetapi dengan berseorangan, maka ia tidak terdesak untuk mendakwa kerana perzinaan antara si B dan si C hanya melibatkan akhlak kedua-duanya, bukan melihbatkan hak sesiapa. Berbeza dengan kes suami isteri yang boleh menuduh, tetapi melalui jalan Lian.

Keadilan Undang-Undang Islam / Kepada Mangsa Rogol
 

Adapun kes rogol di dalam undang-undang konvensional, si mangsa rogol tidak mendapat pembelaan sebagaimana undang-undang Islam di mana mangsa rogol akan mendapat pampasan yang dikenali sebagai diyat al-budh'i sebaik sahaja si perogol didapati bersalah. Manakala mangsa rogol dalam undang-undang konvensional hanya mendapat malu tanpa mendapat apa-apa pampasan terus.

Jika anda cina, india atau melayu, maka itulah hak anda apabila anda atau keluarga anda dirogol oleh melayu, india atau cina. Tiada perbezaan dalam kes pampasan yang berhak diperolehi oleh mangsa rogol.

Bukankah undang-undang konvensioal mengabaikan hak mangsa rogol berbanding dengan undang-undang Islam?

Saturday, May 10, 2014

Curi: Hukum HUDUD vs Konvensional




Pernah anda berhadapan dengan situasi tersebut

"Kereta kena curi? Laptop kena curi? Wang ringgit dirompak?"

PERSOALAN 1 :
Andai pencuri ditangkap, tetapi barang tersebut sudah tiada..apa hukuman kepada penjenayah?

Denda?
Penjara?
(mungkin kawan-kawan yang amik jurusan undang2 boleh jelaskan)

PERSOALAN 2 :
Ke mana duit denda itu pergi?

Semestinya kepada kerajaan

PERSOALAN 3:
Barang yang dicuri? anda dapat balik ke?

Sekiranya barang yang hilang atau gagal dijumpai (dijual, buang, disorokkan atau berpindah ke tangan lain), mustahil untuk anda dapat kembali barang tersebut

PERSOALAN 4 :
Jadi sebagai mangsa, apa yang anda dapat??

Mangsa HABUK PUN XDAK, kerajaan dapat duit denda

PERSOALAN 5:
Bagaimana dengan pencuri?

Hadapi hukuman penjara, selama beberapa tahun dan bebas kembali.

In short
1. Mangsa rugi sebab barang yg hilang tidak dapat balik
2. Kerajaan untung dengan hasil denda
3. Penjenayah dibebaskan dengan sempurna selepas jalani hukuman penjara beberapa bulan/tahun
4. Masyarakat awam tidak dapat apa2 pengajaran

Jika mengikut pada HUKUM HUDUD


1. Barang yang dicuri mesti dipulangkan atau diganti seperti sedia kala

2. Sekiranya cukup bukti,

Penjenayah mencuri bukan dalam keadaan terdesak, bukan atas kecuaian mangsa (eg : letak barang merata-rata, tinggal kunci dalam kereta dsb) dan cukup nisab (nilai barangan yang dicuri)

Maka pencuri layak untuk dipotong tangan bermula pergelangan dan kebawah.

Selepas menjalani hukuman, penjenayah boleh pulang ke rumah

3. Sekiranya terdapat keraguan (eg pencuri terdesak, mengsa cuai menjaga barang dsb), pencuri akan dikenankan hukuman mengikut kepada budi bicara mahkamah (takzir).

Kesimpulannya

1. Mangsa dapat semula barang yang dicuri
2. Pencuri akan dapat hukuman
3. Orang awam dapat pengajaran

Jadi, sekiranya kereta anda dicuri, mahu diadili dengan undang-undang sekarang atau undang-undang Islam??

Senyum..=)

Saturday, May 03, 2014

Arjuana Beta

Oleh: Fynn Jamal


Verse 1

Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular–
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

Verse 2
kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata–
ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

Chorus
ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

Tuesday, April 29, 2014

Saya Cuma Ada Allah..Ada Masalah?!


Apabila kita sedang berhajat kepada sesuatu, tiba-tiba orang lain pula yang mendapat hajat itu terlebih dahulu daripada kita. Contoh mudah, dapat masuk universiti, dapat naik pangkat, dapat kahwin, dapat anak, dapat beli rumah, ataupun yang semisal dengannya.

Boleh jadi, dalam hati kita mula terlintas perasaan tidak senang seperti hasad, cemburu dan lain-lain. Walhal yang sepatutnya kita lakukan adalah, mendoakan orang tersebut.

Seeloknya apabila begitu, cepat-cepatlah periksa semula niat kenapa kita mula-mula berhajat dahulu. Adakah ianya semata-mata kerana Allah, ataupun kerana orang lain dapat, kitapun hendak juga?

Sebab boleh jadi, Allah sengaja menangguhkan hajat kita ialah kerana niat sebenar kita menghendaki sesuatu itu adalah salah dan bukanlah semata-mata kerana ingin meraih redhaNya.

Sama-sama kita renungkan.

Senyum..=)

Monday, April 21, 2014

Turunkan Lemak Dengan Diet Rendah Kalori?Boleh Ke?!




Ramai yang nak turunkan % lemak adalah dengan mengamalkan diet yang rendah kalori.

Kadang-kadang mereka hanya mengambil 500 - 1000 kalori sahaja dalam masa sehari.

Betul ke salah cara tu?

Jawapannya..SALAH...

Jika anda mengamalkan diet yang rendah kalori maka metabolisma diri anda akan menurun. Badan anda akan ingat anda berada di kawasan yang tiada makanan. Oleh itu badan anda akan 'minimum'kan penggunaan lemak. Sumber tenaga daripada otot akan digunakan.

Jadi rugilah kalau jisim otot yang makin menurun gara-gara anda tidak makan!

Untuk membakar lemak, anda perlukan tingkatkan kekerapan senaman. Jika biasanya anda workout 3 kali seminggu. Sekarang anda patut ubah kepada 5-6 kali workout dalam masa seminggu.

Kurangkan masa rehat ketika latihan. "Push" diri anda ke tahap maksimum. Pelbagaikan corak latihan anda. Otot manusia mudah sangat mengalami adaptasi. Jadi perubahan pada corak latihan akan menggunakan pelbagai fiber otot yang seterusnya meransang pembesaran otot kelak.

Dan akhir sekali, sila amalkan 'clean diet'. Iaitu pilih makanan yang kurang gula, kurang lemak dan kurang garam. Jauhkan diri daripada makanan merapu seperti jajan, ais krim dan sebagainya.
 



Di sini ‘intuisiku’ doakan anda berjaya menurunkan % lemak.
Selamat maju jaya.. ^_^v

Thursday, April 17, 2014

Pergaulan: Bebas atau Terbabas?!



Terkadang, kita memandang enteng tentang batas pergaulan berlainan gender yang digariskan oleh Syara'..

"Aahh..aku dengan dia memang kawan rapat..jadi takde nye salah kalau aku berbalas mesej dengannya sehingga larut malam.."

"Aku tak kenal mana pun dia tu.. saja je aku chat dengan dia.. dah sama-sama bosan takde kerja, apa salahnya kan?"

"Kami memang selalu berkongsi masalah pun..even masalah rumah tangga.. sebab dia dah saya anggap macam abang saya sendiri.."

"Saya tumpang motor dia, sebab kami nie rakan setempat kerja.."

"Apa salahnya aku panggil dia dengan panggilan manje, dah dia pun tak kesah..lagipun aku kan BFF dia..kau je yang kolot duk fikir bukan-bukan!"

"Biarlah kitorang bergurau-senda,bertepuk-tampar pun..tengoklah dia tu..sama je sifat dan perangainya macam kita..takde maknenye dia ada nafsu pada saya.."


Dan bermacam-macam lagi alasan yang dilemparkan..

Mungkin kita merasakan bahawa kita terlalu hebat untuk mengawal hati dan perasaan kita padahal sudah diketahui bahawa hati itu berbolak-balik sifatnya..

Dan..

Syaitan itu tidak pernah berputus asa membisikkan kata-kata manis nista yang boleh menyesatkan kita..

Juga..

Nafsu itu sendiri bertindak seperti duri dalam daging, selaku askar upahan si syaitan durjana..

Ingatlah bahawa Allah itu lebih mengetahui fitrah makhluk-Nya berbanding dengan kita..

 





Nota Kaki


 Kita suka ikut nafsu, walau dalam bab kebenaran. Cuba banding dua ayat ni ;

1) Semua tidak dapat elak dari buat dosa..

2) Semua perlu elak dari buat dosa.

Kedua-duanya benar tapi kita selesa dengan yang awal sebab sekadar fakta benar tanpa suruhan.

Samalah bila dengar nasihat, semuanya benar dan kita iyakan tapi tak semua nasihat tu kita ikut. Islam itu kebenaran yang tidak selalu selari dengan nafsu.

Jangan sekadar iyakan sahaja, benarkan diri bermujahadah menegakkan kebenaran walaupun payah, bukan hanya membenarkan sahaja dengan angguk-angguk kepala.


Senyum..=)