p/s: hanya sekadar mengisi masa lapang. tiada kaitan dgn yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia..=)
Wednesday, April 06, 2011
Coretan Untuk Si Dia..~
p/s: hanya sekadar mengisi masa lapang. tiada kaitan dgn yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia..=)
Saturday, April 02, 2011
Final Exam Symptoms
Tuesday, March 29, 2011
Saturday, March 26, 2011
UlaMa', UsTaZ dan AnJiNG..

Sebuah artikel yang dipetik dari kiriman emel seorang sahabat seagama yang menceritakan perihal golongan berilmu agama namun menjadi duri dalam daging bagi agama islam di dalam sesebuah negara. Mungkin bahasanya agak pedas dan kasar, namun yang pedas dan kasar itulah yang harus diteliti dengan sedalamnya untuk mencari apakah adanya kebenaran dalam artikel ini. Semoga semuanya menjadi ikhtibar buat kita.
Sejarah Anjing
Sepanjang sejarah kejadian manusia dan perkembangan Islam di serata pelosok rantau, Penentangan ini adalah sunah semula jadi yang telah terjadi dan akan terus berlaku. para rasul, para nabi dan para alim ulama sentiasa mendapat penentangan daripada golongan aristokrat yang ‘berdarah biru’ dan pemimpin-pemimpin yang berkuasa.Malangnya di sebalik perbalahan dua penjuru ini, sejarah juga mencatatkan penglibatan golongan ketiga yang dijadikan kambing hitam oleh golongan sesat ini sebagai senjata rahsia menewaskan tentera Allah. Kisah Bala'm bin Baau'ra` seorang alim yang sentiasa dimakbulkan doanya tetapi menjual agamanya dengan menjadi 'anjing' kaumnya dan mendoakan kebinasaan Nabi Musa a.s.
Sejarah juga berulang pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. apabila Umaiyyah bin Abi as-Solat yang diberikan ilmu pengetahuan tinggi dan mengetahui tentang kenabian Muhammad s.a.w. tetapi mati dalam keadaan kufur. Begitu juga dengan Abu ‘Aamir bin al-Nu’maan bin Soifi yang digelar Baginda sebagai seorang yang fasik kerana mengingkari kerasulan Baginda walau pun dia seorang rahib yang mengetahui tentang kedatangan seorang nabi akhir zaman. Tidak cukup dengan itu, dia juga menjadi ‘gunting dalam lipatan’ apabila bekerja sama dengan musuh-musuh Islam untuk menghancurkan orang Mukmin.
Anjing Kurap
Oleh itu, dalam ayat 175 surah al-A’raaf, Allah s.w.t. memerintah kekasihnya Nabi Muhammad s.a.w. agar memberikan peringatan kepada umatnya tentang golongan ketiga yang akan digunakan musuh untuk menjatuhkan mereka. Ini adalah golongan ‘duri dalam daging’ yang sangat berkuasa untuk menjatuhkan gerakan Islam, kerana mereka bukan orang Islam biasa yang bertaklid. Sebaliknya merekalah golongan ulama yang sangat berpengaruh dan menjadi rujukan masyarakat. Mereka adalah bijaksana Islam yang mempunyai Ma dan PhD dalam pelbagai bidang pengajian Islam. Tetapi malangnya segala ilmu agama yang mereka kuasai digadaikan demi mendapatkan harta kekayaan, pangkat kedudukan dan populariti. Oleh itu, apabila mereka dibeli oleh musuh Islam untuk mementang gerakan alim ulama, mereka menjadi senjata sulit paling berbahaya.
Allah s.w.t. mengecam ustaz-ustaz murahan yang melacurkan ilmu mereka dengan sekeras-keras kecaman. Dalam ayat berikutnya, Allah s.w.t. mengumpamakan mereka yang tamak terhadap dunia dan haloba dengan kemasyhuran sebagai anjing yang sentiasa menjelirkan lidahnya. Jika anda perhatikan, anjing sentiasa menjulur-julurkan lidahnya apabila dihalau orang, tetapi jika dibiarkan ia tetap juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah lagak ustaz anjing ini, apabila diberikan habuan, mereka meminta dengan lebih banyak tidak ubah seperti anjing kurap. Sebagaimana tabiat biasa anjing yang suka makan sampah sarap yang kotor dan menjilat punggung anjing lain, demikian juga halnya dengan ustaz-ustaz anjing ini yang lahap terhadap ‘sampah sarap’ yang diberikan penguasa fasik untuk kesenangan dunia. Malah mereka juga tidak segan-segan menjilat kaki pemerintah munafik untuk mengampu bagi mendapatkan kedudukan lebih tinggi.
Anjing Bercawat Ekor
Ini adalah kecaman Allah paling keras dan paling hina ke atas alim ulama. Sememangnya kecaman ini berasas dan tepat kerana fitnah yang ditimbulkan mereka terlalu besar. Bayangkan, ketika ulama lain melaungkan seruan jihad untuk membela agama Allah dan mengimpikan syahid, anjing-anjing ini memutarbelitkan istilah jihad ini dengan skop yang lebih kecil. Dengan itu lahirlah konsep jihad ekonomi, jihad pertanian malah jihad politik dengan mengundi parti yang berasaskan kebangsaan. Tidak cukup dengan itu, mereka juga menggunakan (baca– menyalahgunakan) pelbagai ayat al-Quran dan hadis untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa jihad tidak lagi relevan pada zaman teknologi ini, malah menurut anjing-anjing bercawat ekor ini, jihad melawan nafsu lebih besar!
Dengan kekuasaan dan kekayaan yang dimiliki oleh ‘tuan anjing’ ini, anjing-anjing ini diberikan jawatan agama yang tinggi, slot-slot khas dalam televisyen, dilantik menjadi editor dan kolumnis akhbar dan majalah, dan dijadikan pemimpin masyarakat. Dengan segala kemudahan yang disediakan, sudah tentu salakan mereka lebih kuat dan bertambah nyaring. Mereka menyalak begitu kuat dan sumbang sehingga menghalalkan pelacuran kerana darurat, mengharuskan judi atas nama ekonomi, melunakkan istilah rasuah yang jijik dengan nama bunga yang indah, membiarkan perzinaan dan pergaulan bebas dengan meletakkannya sebagai kesalahan ibu bapa atau individu semata-mata.
Anjing Menyalak Bukit
Rentetan itu, masyarakat yang masih lemah dengan al-Quran dan ilmu-ilmu agama, terpinga-pinga dalam kekeliruan dan tidak tahu siapa yang harus diikuti. Maka tidak hairanlah ketika beribu-ribu lepasan agama yang dihasilkan setiap tahun daripada IPT tempatan serta ditambah pula ustaz dan ustazah yang pulang daripada Jordan, Syiria, Madinah dan Mesir, masyarakat Islam Malaysia makin jauh daripada agama yang sebenar.
Kita tertanya-tanya, sebegitu ramai pakar fiqah, pakar hadis, pakar tafsir dan pakar bahasa Arab yang keluar setiap tahun daripada universiti-universiti tersohor dunia, ke manakah mereka? Ke mana perginya rakan-rakan Azhariyun yang suatu masa dahulu pernah menggegarkan piramid dengan seruan jihad? Atau apakah setelah diberikan gaji bulanan selesa dan jawatan berkerusi empuk, lalu seruan yang pernah dilaungkan dahulu menjadi seperti anjing menyalak bukit!
Anjing Jilat Tahi
Pada ayat 177 surah al-‘Araaf, Allah s.w.t. menjelaskan sekali lagi bahawa perumpamaan golongan ilmuwan agama yang bersikap tamak seperti anjing menjelirkan lidahnya adalah seburuk-buruk dan sehina-hina contoh.
Marilah sama-sama kita bermuhasabah untuk merenung diri kita sendiri, adakah kita seorang yang berilmu agama namun menjadi anjing tuli & bisu yang dicucuk hidungnya?
Petikan daripada:
http://elaksamana.blogspot.com/2011/01/ulama-ustaz-anjing.htmlThursday, March 24, 2011
Itik Gembo Gembo
Aye kedek-kedek,
Bilo tembok,
Jalan seiringe,
Muka come lotey,
Peel biar molek..
Anak muda masa kini,
Tak menyedari segalanya,
Apa jua yang dikatakan,
Tak difikirnya kan binasa,
Hingga ada yang terlupa,
Siapa dirinya ooo..
Itik gembo-gembo,
Aye kedek-kedek,
Bilo tembok,
Jalan seiringe,
Muko come lotey,
Peel biar molek..
Jangan pula kau sengaja,
Tak Memahami,
Oh berpura,
Apa jua yang kau rasa,
Telah kuduga,
Oh semua,
Hingga ada yang terlupa,
Siapa dirinya ooo..
Monday, March 21, 2011
W.A.N.I.T.A.K.U

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya,
"Mengapa ibu menangis?"
"Kerana aku seorang wanita",
kata sang ibu kepadanya.
"Aku tidak mengerti",
kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata,
"Dan kau tak akan pernah mengerti"
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,
"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan",
hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang
laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.
Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya,
"Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"
Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan
menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan dan ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kau tahu; kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya.. Tempat dimana C.I.N.T.A. itu ada."
Sunday, March 13, 2011
Jadilah Pendokong, Bukannya Sekadar Penyokong..
Berapa Ramai yang Benar-benar Mendokong?!

Begitu ramai umat Islam di dunia pada hari ini. Mengikut satu kajian, dinyatakan bahawa statistik bilangan umat Islam adalah yang kedua terbesar di dunia. Begitulah, betapa ramainya umat ini. Kita juga adalah daripada kalangan itu. Namun, berbilion umat Islam yang ramai itu, adakah seramai itu juga para pendokongnya? Atau yang ramai itu hanya sekadar penyokong? Kita pula, di mana kedudukan kita?
Apa Bezanya Pendokong Dan Penyokong?
Bayangkan anda berada di stadium untuk menonton satu perlawanan bola sepak. Samakah orang yang menonton dengan orang yang bermain di atas padang bola sepak itu?Oh, sudah tentu jauh berbeza.
Penonton cuma dapat menonton, memberi sokongan, bersorak dan terjerit-jerit di luar padang. Penatkah mereka? Ya, mereka mungkin penat, tapi tidak sepenat pemain yang berlari di padang. Dapatkah penonton memberi nilai gol pada pasukan sokongan mereka? Tidak. Tidak sekali-kali.
Pemain..Merekalah yang mendokong aspirasi pasukan mereka. Berpenat lelah di atas padang untuk mendapatkan nilai jaringan gol bagi pasukan mereka. Berlari, merancang strategi, kesatuan, penat dan lelah serta segalanya dirasai oleh mereka yang bermain. Merekalah orang yang paling gembira apabila dapat menjaringkan gol. Namun, mereka jugalah orang yang paling sedih dan muram saat tiada nilai gol untuk pasukan mereka.
Itulah bezanya.
Penyokong.. Ia tidak dapat berbuat apa-apa. Ia tidak dapat mengubah apa yang berlaku di atas padang. Kerana ia bukan seorang pemain. Gol atau tidak gol bukanlah atas usaha mereka. Mereka mungkin boleh memberi komen dan mengkritik, namun mereka tidak akan pernah dapat menjiwai perasaan sebenar ketika berada di atas padang.
Pendokong.. dia yang menghayati kelelahan dan segala perasaan berada di atas padang bola itu. Dia yang lebih memahami situasi dan cara bertindak. Dia mungkin akan silap ketika bermain. Namun, kesalahan itu mengajar dia supaya memperbaiki corak permainannya di masa depan.
Mereka adalah Pendokong …~
Islam itu datang dalam bentuk yang praktis. Ia dapat dilihat daripada segenap sudut kehidupan. Ia bukan sekadar retorik atau teori kosong. Tetapi ia praktikal dalam kehidupan.Keperibadian, cara hidup, cara berfikir, sistem ekonomi, sistem sosial, sistem politik, pentadbiran dan perundangan, sistem kekeluargaan dan bermasyarakat, semuanya itu ada contohnya dalam Islam.
Orang-orang yang bersama Rasulullah s.a.w., merekalah yang membawa contoh itu.
Islam itu tertonjol dalam segenap kehidupan mereka.
Kenapa? Kerana mereka adalah para pendokong Islam.
Lihatlah keperibadian-keperibadian kental yang ada bersama mereka dalam mempertahankan Islam.
Abdullah Zul Bijadain, dahulunya ketika jahiliah, namanya adalah Abd Uzza. Kenapa digelar Zul Bijadain yang membawa maksud “mempunyai dua kain kasar”? Pengorbanan yang dilakukannya itu menyebabkan dia mendapat jolokan itu. Dia mempunyai seorang bapa saudara yang sangat kaya raya. Memang sejak dari kecil, beliau hidup senang-lenang bersama ayah saudaranya.
Hatta sehingga umat Islam berhijrah ke Madinah, dia tegar untuk tinggal di Madinah selama hampir 3 tahun semata-mata untuk mengajak bapa saudaranya itu kepada Islam. Akhirnya pada suatu hari, setelah tidak berjaya memujuk bapa saudaranya itu, beliau berhajat untuk berhijrah. Bapa saudaranya telah mengugut beliau dengan katanya, “Sekiranya engkau ingin bersama Muhammad, tinggalkan semua harta yang aku pernah berikan padamu itu.”
Apa yang dilakukannya? Adakah dia takut diancam dan diugut sedemikian?
Tidak, dia menyerahkan semua harta bapa saudaranya semula termasuk pakaian yang dipakainya menyebabkan tidak ada yang tinggal pada dirinya melainkan sehelai kain kasar yang dibelah dua, untuk menutup auratnya.
Semua itu untuk apa?
ISLAM …
Suhaib Ar-Rumi pada saat ingin berhijrah, dia telah ditahan oleh kafir Quraisy. Apa yang mereka pinta? Mereka minta Suhaib meninggalkan semua hartanya di Makkah. Kata mereka, “Dulu engkau datang dengan tidak ada apa-apa, sekarang engkau mesti meninggalkan Makkah dalam keadaan tidak ada apa-apa juga.”
Kalaulah kita di posisi itu, diugut untuk tinggalkan semua kemewahan dan pangkat kedudukan kita, agaknya apa yang kita akan lakukan?
Suhaib setuju untuk tinggalkan SEMUA hartanya, bukan sebahagian, bukan juga diambil sedikit daripada hartanya itu.
Untuk apa Suhaib melakukan itu?

ISLAM …
Mus’ab bin Umair, pemuda kacak dan kaya raya. Minyak wanginya yang semerbak harum dan mahal harganya itu tidak ada siapa pun yang mampu milikinya. Mahal tak mahalnya minyak wangi beliau, siapa sahaja yang melalui lorong yang pernah dilaluinya, selepas 2 jam, pasti akan terbau lagi wangiannya itu.
Namun, ditinggalkan semua itu semata-mata untuk Islam. Bahkan, diugut pula oleh ibunya untuk tidak makan selagi beliau tidak kembali kepada agama nenek moyang mereka, namun jawapannya menyebabkan ibunya berputus asa akhirnya.
Diriwayatkan bahawa ketika dihantar sebagai utusan Rasul s.a.w. di Madinah, tidak ada satu pintu pun yang tidak diketuk oleh Mus’ab untuk menyampaikan Islam.
Bahkan, ketika syahidnya beliau, kain untuk menutup jenazahnya pula tidak mencukupi, ditutup muka nampak kaki, ditutup kaki, nampak pula muka. Berbeza sungguh dengan hayatnya sebelum Islam.
Mereka yang gigih berkorban, mendokong Islam dalam kehidupan mereka.
Mereka tidak memandang Islam sebagai persoalan remeh dan semata-mata teori. Tetapi, mereka bumikannya dalam kehidupan mereka.
Kita Hari Ini Sekadar Penyokong Atau Pendokong ?

Kalau penyokong bola itu hanya pandai menjerit-jerit, kritik sana-sini, maka yang bernama ‘penyokong’ Islam itu hanya sekadar bijak bermain teori, jauh sekali praktikal dalam hidup.
Kalau ada sekalipun, Islam itu diceduk sebahagian dan ditinggalkan sebahagian yang lain.
Menjaja nama Islam di serata cara semata-mata untuk menghalalkan tindak-tanduknya, membenarkan konsep dan ideologi-ideologi bertuhankan materialisme.
Kalau hanya sekadar penyokong, Islam itu baginya tidaklah penting. Kehidupannya untuk mencari rezeki, bekerja itu dirasakan lebih penting.
Kalau hanya sekadar penyokong, maka tidak apalah jika solat dilaksanakan, namun jauh sekali cara hidup yang bersyariatkan Islam apalagi sistem perundangan dan pentadbiran yang berasaskan nafsu dan kepentingan duniawi.
Islam dipandang terpisah daripada kehidupan. Sedangkan Islam itu adalah cara hidup yang sempurna dan menyeluruh.
Kalau hanya sekadar penyokong, maka urusan dakwah dan mendidik ummat ini, dipandang sebagai satu kejelikan, diganti pula dengan dakyah kuffar dan jahiliah yang bebas bermaharajalela menggantikan sistem tarbiyah (pendidikan) Islam sebenar.
Kalau hanya sekadar penyokong, maka tidak ada bezanya kita dengan Abdullah bin Ubai bin Salul di zaman Rasul s.a.w. Mulut lain, hatinya lain. Di Madinah, ‘pijak semut tidak mati, tapi pijak gajah mati pulak’, begitu baik sekali sikapnya ketika bersama masyarakat Islam.
Namun,ternyata kemunafikannya itu bilamana dia mengkhianati tentera Islam di medan perang, membawa keluar para pengikutnya dengan harapan dapat mengkucar kacirkan tentera Islam, namun Allah tetap tidak mengizinkan.
Berhentilah menjadi hanya sekadar ‘PENYOKONG’.
Ia tidak membawa apa-apa kebaikan pada kita. Tidak juga di depan Allah nanti.
Bahkan, ia bukanlah kualiti yang dikehendaki untuk membangunkan ummat ini.
Kualiti ‘PENDOKONG’ itulah yang kita hajati.
Adakah para penyokong bola sepak dapat menikmati bersama ganjaran yang dimenangi oleh pasukan sokongan mereka?
TIDAK…
Sekali-kali tidak..!
Tentukan Posisi Anda !

Intuisiku ingin quote kata-kata Dr Majdi Al-Hilali yang cukup menyentuh :
“Hari demi hari, luka-luka baru menjaluri tubuh ummat sedang luka-luka semalam belum menampakkan tanda-tanda akan sembuh.”
Luka-luka yang terhasil kerana kejahilan, berpecah belah, ketidakfahaman umat Islam terhadap Islam itu sendiri.
Esok lusa, bertambah besar dan bertambah banyak luka-luka itu.
Siapa yang akan merawat luka-luka itu?
Tiada siapa lagi yang boleh diharapkan melainkan diri kita sendiri.
KITA SENDIRI…
Kita perlu menjadi PENDOKONG ISLAM !
Lalu di mana posisi kita?
Tentukan…
Adakah anda adalah jurulatih? Atau striker? Midfielder? Defender? Atau lastman? Atau gol keeper?
Itu sahaja pilihan anda…
Jangan beri peluang pada diri anda untuk memilih di antara menjadi penyokong atau pendokong, tapi pilihan yang ada buat diri kita hanyalah menjadi PENDOKONG !
Anda perlu berada di atas ‘padang’ ini bersama-sama memahami Islam yang sebenar, mengatur dan merancang strategi serta mengenal musuh jahiliah dan strateginya.
ISLAM itu praktikal yang hidup !

Kalau hanya sekadar jadi penyokong, kita telah mematikan Islam untuk terus gencar dan tersebar serta menjadi contoh di muka bumi ini! Fikir-fikirkan..~

