Wednesday, November 21, 2012

Pemakanan yang Baik Sahaja Bukan Penentu Kehidupan yang Sihat



Pemakanan yang baik sahaja tidak mencukupi untuk mengekalkan kehidupan yang sihat dan seimbang. Sebaliknya aktiviti fizikal juga sama pentingnya, contoh yang mudah dilakukan seperti kerja rumah harian, atau berjalan ke tempat yang berdekatan.

Piramid Aktiviti Fizikal adalah satu panduan yang mudah untuk membantu kita menjadi lebih aktif secara fizikal setiap hari. Aktiviti-aktiviti yang disenaraikan pada paras paling bawah piramid adalah aktiviti yang harus dilakukan dengan lebih kerap, sebaik-baiknya setiap hari. Manakala aktiviti yang disenaraikan pada aras teratas piramid adalah aktiviti sedentari dan harus dihadkan sebanyak mungkin.


Hadkan 


Kurangkan aktiviti sedentari:
  • Menonton TV
  •  Bermain permainan berkomputer
  •  Melayari internet


2-3 Kali Seminggu


Lakukan aktiviti untuk meningkatkan kelenturan, kekuatan dan ketahanan otot:
  •  Meregang badan
  •  Bangkit tubi
  •  Tekan tubi
  •  Angkat berat


5-6 Kali Seminggu atau Setiap Hari

Lakukan aktiviti fizikal berintensiti sederhana, 30 minit setiap sesi:

  •   Berjalan cepat
  •  Berbasikal
  •  Senaman aerobik
  •  Berenang
  •  Menari
  •   Lompat tali
  •  Bola sepak
  •   Badminton
  •  Bola keranjang
  • Mendaki gunung


Setiap Hari

Menjadi aktif dengan pelbagai aktiviti:

  •  Naik-turun tangga
  •  Berjalan kaki ke kedai / tempat kerja
  •  Kerja rumah
  •  Berkebun


Jika Berlebihan Berat Badan atau Obes



Bermula dengan aktiviti yang mudah seperti naik dan turun tangga atau berkebun, yang boleh membantu diri bersenam secara betul. Kemudian, bolehlah beralih secara beransur-ansur kepada aktiviti regangan, berjalan pantas, senaman aerobik serta berenang, dan seterusnya sukan atau permainan seperti badmintaon dan berbasikal.

Untuk menurunkan berat badan, aktiviti fizikal yang berintensiti sederhana lebih daripada 30 minit setiap hari adalah disarankan.

Untuk mencegah peralihan daripada lebih berat badan kepada obes, kira-kira 45-60 minit aktiviti fizikal berintensiti sederhana  adalah diperlukan setiap hari.

Untuk mengekalkan berat badan dan mengelakkan penambahan semula berat badan di kalangan individu yang pernah menjadi obes, sejumlah 60-90 minit adalah diperlukan setiap hari.

Manfaat Kesihatan daripada Pengurangan Berat Badan

 

  •  Menurunkan paras tekanan darah
  • Menurunkan paras kolesterol
  • Menurunkan paras gula
  •  Mengurangkan tekanan pada sendi


Telah dibuktikan bahawa aktiviti fizikal membantu melanjutkan jangka hayat tanpa mengira umur dan saiz badan. Ingatlah, aktiviti fizikal bukan hanya bermaksud aktiviti lasak yang menyebabkan kita tercungap-cungap. Sebaliknya, mulakan dengan aktiviti yang mudah dan paling asas. Pastikan senaman menjadi satu rutin, dan terus berusaha kea rah menjadikan aktiviti fizikal sebagai sebahagia yang penting dalam kehidupan harian kita.





Sumber: Tip Gaya Hidup Sihat, Panduan Pemakanan Praktikal untuk Keluarga, Bulan Pemakanan Malaysia, diterbitkan oleh Persatuan Pemakanan Malaysia, Persatuan Dietitian Malaysia dan Persatuan Kajian Obesiti Malaysia.

Wednesday, November 14, 2012

BERHIJRAHLAH KEPADA YANG LEBIH BAIK




Seandainya 12 bulan sebelum ini, kita didalam kemaksiatan dan kederhakaan terhadap Allah Ta'ala..
Marilah disaat ini kita berazam untuk berhijrah kearah yang lebih baik. Pastikan 12 bulan yang akan datang menjadi bulan-bulan yang lebih baik dari bulan-bulan yang telah berlalu..

Sesungguhnya seorang mukmin seharusnya sentiasa baik dari sebelumnya.. Sepertimana sabda Rasulullah,

“Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka”


Salam Maal Hijrah 1434H kepada sahabat-sahabiah sekalian..^_^y


Monday, October 22, 2012

Graduasi dan Kaderisasi Universiti : Apa Makna Ijazah Berjela Panjang Jika Gagal Mematangkan Fikiran




Tidak kurang daripada 40000 anak muda mula memasuki semua universiti tempatan sama ada awam atau swasta pada awal September lepas. Bermula pada penghujung September pula, hampir semua universiti telah, sedang dan akan mengadakan konvokesyen untuk mereka yang tamat pengajian. Mereka yang mula memasuki pengajian tahun ini pula akan menamatkan pengajian dan mula memasuki dunia pekerjaan dalam tempoh 3 atau empat tahun daripada sekarang.

Tentu sahaja persaingan sengit untuk mendapatkan pekerjaan akan timbul dan pelbagai alasan akan diberikan untuk mereka yang gagal mengisi peluang pekerjaan yang ada. Pelbagai pihak akan dipersalahkan dan tidak kurang juga yang menuding jari kepada pihak tertentu, sama ada university, malah kerajaan yang dikatakan gagal menangani isu ini dengan berkesan.

Apa Tujuan ‘Masuk’ Universiti?!


Sebenarnya perkara paling asas untuk difahami ialah tujuan seseorang itu ‘memasuki’ universiti, sama ada untuk menguasai ilmu atau hanya sekadar untuk mendapatkan ijazah atau diploma yang menjadi ‘prasyarat’ dan ‘tiket’ untuk bekerja. Malah ijazah dan diploma juga dikatakan menjadi kayu ukur penguasaan ilmu oleh seseorang, apatah lagi jika memiliki ijazah seperti sarjana dan doktor falsafah.

Hakikat sebenarnya ialah ijazah bukanlah kayu ukur terhadap penguasaan ilmu seseorang. Apalah maknanya ijazah yang berjela jika gagal untuk menjadikannya seseorang yang mampu berfikir apatah lagi untuk menyelesaikan masalah. Apalah maknanya ijazah jika pemiliknya hidup dalam duniannya sendiri tanpa berupaya untuk mengubah diri mahupun mereka yang berada di sekelilingnya.

Lebih malang lagi, jika ijazah yang dimiliki tidak mampu menjadikannya seorang manusia mampu berfikir dan membezakan atara kebaikan dengan keburukan, apa lagi untuk menjadi seorang pemimpin yang dapat memimpin orang lain dalam membangunkan masyarakat dan Negara.

Perkara ini perlu disedari seawal mungkin dan mereka yang ‘memasuki’ universiti harus sedar dari awal lagi bahawa yang dikejar bukan sekadar sekeping ijazah atau diploma, tetapi ilmu yang mampu menjadikannya seorang yang berupaya berfikir dan melakukan perubahan, mematangkannya dan menjadikannya seorang yang kreatif, inovatif dan berdaya saing.

Ilmu bukan hanya apa yang diajar di bilik kuliah atau di makmal, tetapi harus diterokai sejauh mungkin melalui pengalaman, pergaulan dan pembabitan dalam pelbagai aktiviti yang dapat mematangkan diri dan berbeza daripada sebelumnya, bijaksana dalam membuat pertimbangan serta sentiasa menjadikan ilmu dan fakta sebagai asas pertimbangan.

Manfaatkan Kemudahan Universiti


Universiti mempunyai banyak kemudahan untuk dimanfaatkan siswa dan siswi, daripada menguasai pelbagai bahasa yang ditawarkan khususnya secara formal sehingga kepada keberanian untuk bertutur dalam bahasa bukan bahasa ibunda dengan rakan yang mempunyai minat yang sama.

Anak muda yang ‘memasuki’ universiti juga harus bijak memilih kawan yang dapat membantu mereka lebih berjaya dalam pelajaran mahupun meningkatkan sahsiah diri tanpa mengetepikan jati diri, budaya, adab susila dan kesopanan. Malangnya ada segelintir siswazah yang memilih untuk bergaul hanya dalam ‘kelompok sendiri’ yang mengehadkan proses sosialisasi diri.

Sebaliknya siswa dan siswi kita wajar menjadi seorang ‘usahawan’ yang bijak mengambil peluang dan kreatif dalam mengambil kesempatan untuk diri dan mereka yang berada di sekitar. Seorang ‘usahawan’ ialah mereka yang berupaya mengambil peluang daripada setiap apa yang ada di sekitarnya lalu menukarnya kepada sesuatu yang baik dan member faedah.

Hal ini harus dibangunkan seawal mungkin, tatkala mula menjejakkan kaki ke kampus. Lihat sekeliling dan cuba bangunkan apa saja peluang yang ada sebagai seorang ‘usahawan’. Tetapkan tekad dan hati bahawa yang ingin dicapai bukan hanya segulung kertas bergelar ijazah tetapi bagaimana university dapat membantu diri menjadi seorang ‘usahawan’ yang Berjaya pada masa depan.

Jika selama ini university melalui persatuan dan pertubuhan pelajar mengadakan program anak angkat di kampung pedalaman, mungkin sudah sampai masanya diadakan pula anak angkat di kalangan usahawan dan korporat bagi menimba pengalaman dan belajar untuk berniaga dan menjadi usahawan pada masa hadapan.

Selagi anak muda ini ditekankan kepad bekerja dengan orang lain dan ijazah hanya menjadi tiket untuk mendapatkan pekerjaan, selagi itu kita terus berhadapan dengan masalah sama.





p/s: Alhamdulillah wa syukurillah.. setelah 24 tahun ‘belajar’ di Universiti Kehidupan (Kampus Dunia), akhirnya ‘intuisiku’ secara telahpun bergelar seorang graduan secara rasminya pada 8 Oktober 2012. Ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang sama-sama membantu di sepanjang tempoh pengajian ini, khususnya kepada Ummi dan Abah yang menjadi pendidik, merangkap mentor, juga teman sejak ‘intuisku’ dilahirkan. Kepada semua ahli keluarga, sanak saudara, guru-guru, para pensyarah, seniors, juniors, rakan-rakan seperjuangan serta siapa-siapa yang turut membantu samada langsung mahupun tidak tidak langsung, tiada kata lain yang dapat ungkapkan melainkan “terima kasih”. Hanya Allah sajalah yang membalas budi dan jasa yang kalian taburkan. Walau bagaimanapun, ini bukanlah bererti sebuah pengerakhiran, bahkan ianya adalah suatu permulaan. Perjuangan masih panjang, masih perlu diteruskan selagi nyawa dikandung badan dan nafas masih dipinjamkan oleh TUHAN.
Ingatlah walau siapa pun kita, walau apa pun pekerjaan kita, yang penting jadilah insan berguna dan memberi manfaat kepada mereka yang ada di sekeliling kita..^_^y

Jagalah hatimu. Dan aku akan jaga hatiku.. ^_^y

Tik tok tik tok.


Bukan bunyi hujan yang turun merintik-rintik. Juga bukan bunyi alarm jam murahan yang dibeli oleh housemate di pasar malam kebanggaan masyarakat global seksyen 6. Kotak hitam berskrin empat segi tepat di atas meja di sebelah buku calculus yang terdampar lemah kucapai dengan penuh syak wasangka. Terpapar jelas pada skrin bersegi empat tepat itu, one message received. Lalu ku tekan-tekan bebutang yang ada, entah bagaimana inti pati pesanan ringkas tadi terburai.

"Assalamualaikum lama tak tegur awak. Makin laju gerak kerja dakwah. Hari Sabtu lepas saya sempat pergi dengar ceramah awak di Surau Blok F." 

Mesej Ukhti Balqis Rexora Safiah tiba-tiba mucnul di ruangan skrin tadi tanpa diduga. Agak berderau darah Melayu suci dan sejati aku apabila insan yang semakin ku pendam perasaan kepadannya menegur aku. Tersenyum seketika disitu bagai kera mendapat chadburry. 

"Hehe.. saya biasa saje. Awak pun apa kurangnya. Dengar cite dah jadi Presiden Kelab Bidadari Syurga. Tak silap awak pun dapat anugerah muslimat harapan sempena Bukan Dakwah dan Tarbiyah kan? "


Dengan laju aku membalas mesej sekaligus menghiraukan assignment yang berlambakan di depan mata. Sungguh bersemangat aku dengan ukhti Balqis Rexora Safiah sehingga tidar sedar larut malam. Semakin dibalas mesej, semakin aku balas ibarat Lee Chong Wei dan Lin Dan yang membalas pukulan shuttle. Heh. Pantang muamalat muslimin muslimat sepatutnya terhad pukul dua belas tengah malam, itupun aku langgar dengan jayanya.

Kerana apa?
Sayang. Betulkah aku sayang dia? Sayang sebagai apa?
 
"Awak, boleh saya tanya apa hubungan kita ye? Sekadar sahabat ke?"
Tanya ukhti Balqis Rexora Safiah kelmarin dengan penuh keterujaan membuatkan tidurku semalam menjadi tidak lena. Aku mula rasa serba salah, mula merasakan sesuatu yang tidak kena.
 
"Awak, awak..kenapa awak panggil kita Balqis Rexora Safiah je? Bahasakan awak saya? Kenapa tidak enta enti macam yang awak gunakan dengan akhwat yang lain?!"

Pertanyaan demi pertanyaan membunuh ego hubungan aku dengan dia. Ego apakah yang aku pertahankan ini ? Ego aku dengan Allah di atas hubungan yang tidak pasti. Adakah aku talam dua muka? Mempunyai dua identiti? Kala iman naik, alim aku mengalahkan ahli sufi yang bertapa di Gunung Santubong. Kala nafsu melonjak, ghairah aku kembali jahil.

Naik gila kau fikir. Aku benar-benar bersalah. Sangat berdosa dengan Tuhan. Ya, aku menghidapi penyakit hati. Hati aku sudah rosak kerana wanita, kecantikan, nama dan candu dunia. Ya, pada asalnya aku dan ukhti Balqis Rexora Safiah berukhuwah kerana Allah, Tapi lama kelamaan bisikan demi bisikan syaitan yang didengari mula merobek dan mencemarkan niat suci ini.

Hubungan yang mula dipertahankan dengan ego atas dasar dakwah. Gerak kerja bersama. Dibaluti dengan sutera Rabithah menjadikan hati teruja dengan keasyikan berukhawah. Akibat terlalu asyik, jiwa menjadi leka. Nama dakwah hanya menjadi lesen berhubung.

"Awak, maaf saya tanya. Awak tahu tak apa itu dosa?" Aku mula berani membuang ego.

"................"

Tiada jawapan.

"Awak apa kita buat ni dosa. Kita dah semakin hanyut. Ukhwah kita harus diletakkan semula atas dasar taqwa bukan perasaan suka. Bukan sayang. Apatah lagi cinta. Sayang kita pun hanya sekadar saudara se-islam bertunjangkan rasa takut dan gentar kepada Allah. Kita orang dakwah. Dakwah bukan untuk suka-suka"

 
"Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang PALING BERTAQWA. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti"

(Al-Hujurat: 13)



Dakwah atau Ikhtilat?!

Jika kita berukhwah tapi tidak membawa kita kepada Taqwa, maka dengan apakah kita berada di jalan dakwah?
Setakat bertanya khabar. Setakat menegur. Setakat beramah mesra. Setakat bergurau senda. Perlukah semua itu?
Perlukah?

Aku juga mencari jawapan. Terlalu rigidkah aku untuk aku mengatakan TIDAK PERLU?! Terlalu syadidkah aku untuk bertegas TIDAK PERLU?!

Mari kita fikir-fikirkan semula ukhwah kita di mana sebenarnya?
Wujudkah ukhwah muslimin muslimat? Di mana kewujudannya?

Kita bukan orang biasa-biasa. Kita bernafas dengan oksigen dakwah. Kita hidup hanya kerana mencari redha Allah. Tidak semua tempat. Tidak semua masa hubungan ini dibolehkan. Ada batas-batasnya tersendiri kerana Allah nak jaga kita. Kerana Allah sangat sayang kita.

Jagalah hatimu. Dan aku akan jaga hatiku. ^_^y




Petikan daripada: http://kebangkitankedua.blogspot.com