Sunday, July 12, 2009

Perjuangan Bermula..

Cepat sungguh masa berlalu.. Sedar tak sedar, sudah hampir 3 bulan aku di rumah. Mungkin ada di kalangan teman-teman mengambil peluang yang mengisi masa cuti dengan mencuba resepi-resepi baru, berehat, bekerja, atau mungkin ada juga yang menambahkan ilmu di dada. Namun, berbeza pula dengan diriku. Aku hanya seorang ‘gembala desa’. Tiada transformasi mahupun reformasi. Aku tetap aku… mencari ketenangan diri serta keredhaan Ilahi. Walaupun cutiku ini tidak seperti yang didambakan, namun tetap infdah dan membawa erti yang besar buatku.

Insya-Allah esok pagi ,akan kuberangkat menuju ke ‘medan perang’. ‘Pertempuranku’ bakal bermula. ‘Pertempuran’ yang menjanjikan cabaran dan dugaan yang lebih hebat lagi daripada mana-mana ‘peperangan’ yang pernah kutempuhi sebelum ini. Dengan level ilmu yang lebih tinggi, 'workload' yang makin mencabar dan pelbagai lagi mehnah dan tribulasi.


Ya Allah berilah kekuatan kepada hamba-Mu yang daif ini dalam menempuh ujian dunia dan lebih kuat dalam mujahadahku untuk mencari ‘permata ‘dari ilmu-Mu yang Maha luas. Ya Rahman, izinkanlah diriku untuk menerima dan mendalami ilmu yang aku sedang hadapi ini. Engkau jualah yang memberi peluang kepada hamba-Mu ini untuk berada di ‘alam’ ini. Kurniakan kepadaku hikmah dan kebijaksanaan dalam menuntut ilmu Ya Allah…Selain memohon dan bermunajat kepadaMu Ya Rabb aku juga perlu sentiasa menjaga diriku dari melakukan perkara yang mendatangkan kemurkaan dariMu. Ya Rahim, peliharalah diriku dari membuat sesuatu yang menyebabkan Engkau melemparkan murka-Mu ke atasku, Ya Karim…

Intuisiku ini akan terus bermonolog lagi. Bukan sekadar suka-suka, mahupun membabi buta... Tetapi monolognya intuisiku ini adalah semata-mata bermujahadah kepada Sang Maha Pencipta. Semoga diriku tidak bersendirian kerana kuyakin kita tidak pernah berseorangan tanpa-Nya di sisi..Perjuangan belum selesai..

3 comments:

nkniessa said...

selamat berjuang!!!

Carilah ILMU, AMALkan ilmu tersebut dan barulah kita mendapat HASILnya..

semoga berjaya dunia akhirat...

Abu Fateh said...

bbunyi kato kemah jiran kito ni.. Ameen.. semoga redha ALLAH dan rahmat NYA melimpah sokmo buat faizal ..Ameen..

iNtuisiiNsurgeNsi said...

trimas,kak..