Friday, July 31, 2009

S.E.M.A.L.U …

Individu 1 : Semalu?! Ape tue?! Band baru ea?!

Individu 2 : Semalu?! Sorry.. I’m not budak kampong, ok! I’m up town girl.. Ape barang semalu-semalu nie..

Individu 3 : Semalu?! Hmmm… pokok yang ade duri tue erk?!

Begitulah gelagat sebilangan individu apabila diajukan soalan mengenai Mimosa Pudica L. atau nama persuratannya, SEMALU.. Mungkin ramai yang mengenali species pokok renek ini. Tidak kurang juga yang langsung tidak mengenali ataupun hanya ‘kenal-kenal ayam’ sahaja. SEMALU merupakan tumbuhan herba berduri yang selalu tumbuh berselirat dan terbiar di padang-padang atau semak-samun. Ironinya, adakah kita pernah terfifikr mengapa Sang Maha Pencipta menciptakan ‘makhluk’-Nya yang unik ini?! Mungkin ramai yang berpendapat bahawa tumbuhnya SEMALU hanyalah menyusahkan orang ramai kerana boleh mengakibatkan luka jika kita terpijaknya. Namun begitu, pernahkah terdetik di benak fikiran kita betapa simboliknya penciptaan SEMALU dengan kejadian manusia, lebih-lebih lagi yang bergelar WANITA?! Marilah sama-sama kita merungkai 4 aspek pengajaran yang boleh diambil daripada kejadian tumbuhan ini.

a) Sifat pokok semalu yang menguncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu yang bertempat.

b) Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Simboliknya, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruahnya.

c) Akar tunjang pokok semalu kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keimanan yang berakar umbi dalam jiwanya.

d) Semalu menguncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Seolah-olah ciptaan Sang Maha Pencipta ini seperti mengingatkan kaum wanita supaya pulang dan duduklah di rumah ketika hari hampir gelap.

******************************************************************************

Menurut riwayat Baihaqi, terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki. Oleh itu, Allah s.w.t kurniakan sifat MALU pada kaum wanita. Persoalannya, apakah yang dikehendaki Sang Maha Esa daripada hamba-hamba-Nya melalui MALU ini?

Malu boleh didefinisikan sebagai sifat atau suatu rasa yang akan menggerakkan hati seseorang itu supaya meninggalkan kejahatan. Sifat malu dapat diistilahkan sebagai berasa aib kerana membuat sesuatu yang salah atau tidak sopan, berasa tidak senang melakukan perkara dilarang Allah. Rasa itu juga akan menghalang diri kita daripada menyusahkan orang lain.

Namun, ramai remaja wanita sekarang sudah semakin pudar rasa aibnya. Cuba kita perhatikan remaja kini, mereka tidak memelihara adab dan batas pergaulan, mudah terjebak dengan pergaulan bebas lelaki-perempuan, tidak menutup aurat dan sebagainya. Jika ketawa pun, sengaja dikuat-kuatkan untuk menarik perhatian ramai. Memang ‘publicity haram’ betol! Hmmm..

Oleh itu, ibu bapa hendaklah mendidik anak-anak supaya mempunyai sifat malu sejak kecil lagi. Misalnya, tidak keluar dari bilik air tanpa pakaian . Malu berbohong, malu jika berbuat dosa. Bak kata bidalan “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa sesungguhnya Allah s.w.t apabila hendak membinasakan seseorang, maka dicabutkan rasa malu orang itu. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan ini. Na’uzubillahi min zaalik..

akan kusampaikan meskipun sebaris ayat..


No comments: