Tuesday, September 27, 2011

Wahai Kaum Muslimin

Lagu : The Zikr
Lirik : Ashaari Muhammad
Dendangan:  The Zikr


Wahai kaum Muslimin
Di waktu orang membunuh sunnah Rasul
Marilah kita menghidupkannya
Seratus pahala mati syahid
Itulah sebagai ganjarannya

Di waktu manusia cinta dunia

Di waktu manusia takut mati
Marilah kita cintakan Allah
Mati hanya kerana-Nya

Ayuh marilah kita

Mengikut langkah Rasul dan Sahabat
Janganlah hidup secara Barat
Agar kita tak akan sesat

Di waktu manusia berpecah belah

Marilah kita tegakkan Thoifah
Agar kita mendapat rahmat
Iman dan Islam kita selamat

Di waktu manusia takut makhluk

Marilah kita takutkan Allah
Kerna tersebut dalam Al-Quran
Mukmin tidak takutkan celaan

Friday, September 23, 2011

Inginkan Bahagia Berkeluarga?!Tapi Ianya Bersyarat Taw..=)


"Ooi! Lan! Apa dok khayal tu?" Husin menyapa Roslan dari belakang.

"Oh! Engkau Sin. Husin, agak-agak laaa, boleh tak famili aku nanti jadi macam tuu..." Tanya Rahman sambil menunding ke arah sepasang suami isteri bersama tiga orang anak bermain-main mesra di taman.

"Ahh, boleh, apasal pulak tak boleh, tapi ada syarat!"


"Syarat apa lak?" Tanya Roslan.

"Syaratnya kau kena laa rajin gi surau, he he he," jawab Husin separuh bergurau.

"Apa pulak kaitan, dengan surau?"


"Macam nih, kau kena ingat, kalau kita nak minum air, kita kena cari sumber air. Jadi kalau kita nak bahagia kita kena cari sumber kebahagiaan tu," jelas Husin


"Sumber kebahagiaan tu mestilah agama!" sambung Husin. "Kalau agama out, famili pun jadiout."

"Oooo, aku faham. Jadi kena pi surau untuk hayati agama, pastu baru dapat sumber kebahagiaan," balas Roslan.

Memang tak boleh dinafikan, perkahwinan mithali perlu berpaksikan Al-Quran dan Sunnah sebagai tonggak keluarga. Prinsip ini berasaskan hakikat bahawa manusia tidak boleh melewati batas-batas kefitrahannya sebaliknya perlu mengukuhkan kedudukannya sebagai hamba Allah dan khalifah dalam sebuah keluarga khasnya dan komuniti yang lebih besar amnya.

Cinta dan kasih sayang adalah penghias utama dalam sesebuah perkahwinan mithali. Jaminan kebahagiaan dalam sebuah keluarga sebenarnya berputik daripada cinta yang mendalam di antara suami isteri berpaksikan Islam. Cinta yang murni ini seterusnya melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah yang boleh mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka apabila telah tiada di dunia nanti.

Justeru hubungan kasih sayang di antara ibu bapa dan anak-anak perlu dijaga dan dipupuk agar setiap baitul muslim atau keluarga Islam dihiasi dengan kesyahduan cinta yang segar dan kasih yang mengasyikkan. Kasih sayang juga perlu sentiasa dicari dan dibina bukannya ditunggu atau dibiarkan kerana firtah manusia sentiasa dahagakan kasih sayang.

Ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T: 

"Fitrah Tuhan yang telah diciptakan manusia ke atasnya, tiada pertukaran lagi bagi ciptaan Tuhan itu. Itulah agama yang lurus, akan tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui."
(ar-Rum: 30)

Saturday, September 17, 2011

Mohon Padanya Sujud Padanya


 Artist: Al-Jawaher
video

Duhai insan yang mulia
Ingatlah kepada-Nya
Yang telah memberimu
Nikmat di dunia

Apakah engkau sedar
Pemberian-Nya itu
Penuh mengandung makna
Tidak terkira

Andainya kau mengerti
Bersyukurlah kau sayang
Kerana hidup ini sekelip mata
Berubahlah semuanya seperti kehendak-Nya
Cuma amalan soleh
Melindungimu

Chorus:
Ingatlah rakan ingatlah sayang
Kudratnya Tuhan
Maha Segala
Sucikanlah jiwamu dengan amal & taqwa
Tanpa rasa curiga
Kepada-Nya jua

(2x)
Tuhan Pengasih
Tuhan Penyayang
Mohonlah kepada-Nya
Sujud Pada-Nya

Thursday, September 15, 2011

Rumah Terbuka

Antara Adat & Tuntutan Agama



Kita baru saja sempurna mengerjakan sebulan puasa pada Ramadan dan Aidilfitri sudah pun disambut beberapa hari lalu. Kelihatan perayaan ini begitu meriah diraikan segenap masyarakat di Malaysia tanpa mengira umur dan tempat, termasuk mereka yang bukan beragama Islam.


Tiada salahnya orang bukan Islam ingin memeriahkan suasana perayaan Aidilfitri ini dengan syarat ia tidak melanggar batasan ditetapkan hukum syarak. Keunikan rakyat Malaysia ini sukar dicari di negara lain.


Umat Islam juga akan menganjurkan rumah terbuka atau open house selepas ini dengan mengadakan jamuan besar-besaran dan sebagainya.


Tentu ramai akan keletihan mengunjungi rumah terbuka yang kadangkala mencecah 10 rumah yang mesti dikunjungi pada satu hari.


Mengadakan rumah terbuka sudah menjadi budaya masyarakat Melayu Malaysia seolah-olah perayaan tidak akan lengkap tanpa mengadakan rumah terbuka.


Jika diperhatikan perubahan budaya ini terutama di bandar, suatu ketika dulu tetamu sama ada saudara atau rakan taulan datang tanpa mengira adanya jamuan terbuka dan sebagainya, tetapi hari ini ia seolah-olah diterima ramai dan sebati dalam hidup kita.


Kita tidak membantah pelaksanaan open house tetapi konsepnya itu tidak meminggirkan apa yang sudah biasa diamalkan terdahulu oleh masyarakat Melayu Islam.


Begitu juga semasa mengadakan rumah terbuka, jangan keterlaluan hingga membawa kepada pembaziran.


Dalam mengadakan rumah terbuka juga, jangan lupa kepada golongan tidak bernasib baik seperti fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal dan mereka yang ditimpa musibah kebakaran, kehilangan orang tersayang.


Kadang-kala berlaku rumah terbuka diadakan tetapi jiran tetangga dan orang miskin berdekatan tidak dijemput sama. Ini suatu yang tidak wajar dan perlu dielakkan. Raikan mereka juga kerana mereka ini adalah saudara seagama dan orang yang hampir dengan kita.


Tanggalkan pakaian adat yang kita pakai dalam meraikan Aidilfitri dan kenakan busana Islam ketika menyambut hari kemenangan itu.

Dari Kaca Mata yang Berbeza



Lihatlah perspektif Aidilfitri daripada kaca mata Islam sebenar. Aidilfitri adalah hari kebesaran Islam yang berbeza daripada perayaan lain yang semata-mata untuk kemeriahan tanpa menyelitkan sebarang unsur agama.


Selepas berhari raya, ramai juga antara kita memulakan ibadat puasa enam. Beruntunglah mereka yang tidak ketinggalan melakukan puasa enam ini kerana Allah menjanjikan ganjaran besar kepada mereka yang menyempurnakan puasa Ramadan diikuti puasa enam hari pada bulan Syawal.


Jangan pula disebabkan terlalu banyak rumah terbuka, kita tidak berkesempatan berpuasa enam.

Ziarah Menziarahi di Hari Raya \(^_^)/


Aidilfitri pasti ceria di kalangan kanak-kanak. Tentulah yang menyeronokkan mereka ialah tatkala menerima duit raya. Mereka berlumba-lumba menziarahi rumah ke rumah semata-mata untuk mendapatkan duit raya. Itulah sifat kanak-kanak dan orang dewasa tidak patut menyalahkan mereka.


Namun sebagai ibu bapa, kita boleh memberi panduan dan menanam semangat menabung hasil wang kutipan duit raya itu. Semailah sifat berjimat cermat ini ketia mereka masih pada awal usia. Jangan mengajar mereka membazir dalam kehidupan seharian.


Tentu ada sebahagian kita yang sudah meninggalkan kampung halaman untuk kembali ke bandar. Kedamaian di kampung terpaksa ditinggalkan kerana tuntutan kerja di ibu kota.


Kedua orang tua akan kembali kesepian mengenangkan anak cucu mereka di kota yang pulang hanya sekali setahun. Jenguklah kedua orang tua selalu sementara mereka masih ada. Berilah khidmat yang terbaik kepada mereka bagi membalas jasa dan budi baik mereka.


Segala apa yang kita lakukan adalah terlalu kecil berbanding dengan pengorbanan yang mereka harungi untuk kita.


Sempena hari raya ini juga, rapatkan hubungan sesama adik-beradik, maaf bermaafan dan raikan saudara mara yang sudah tua. Menziarahi datuk, nenek dan keluarga wajar diutamakan.


Santunilah orang keliling dengan cara terbaik kerana ia adalah sebahagian tuntutan agama.

Ibrah daripada Fitrah



Banyak pengajaran yang dapat kita ambil sempena Aidilfitri ini. Bukalah mata, bukalah minda bagi menerima pengajaran itu dengan penuh ketulusan hati.


Dengan cara itu kita akan kembali kepada fitrah manusia iaitu dalam keadaan suci bersih daripada noda dan dosa.


Bagi golongan kurang bernasib baik atau mereka yang diuji Allah dengan pelbagai bentuk ujian, tentulah Aidilfitri disambut penuh kesayuan dan kesedihan.


Terutama mereka yang baru kehilangan orang tersayang sama ada kerana kematian, perceraian dan sebagainya, tabahkan hati dan bina keyakinan bahawa hari depan sudah pasti bercahaya dan penuh kebaikan apabila kita menerima ujian Allah dengan positif.


Semoga Aidilfitri ini disambut dengan baik dan menjadi titik tolak perubahan kita ke arah mencapai keredaan Allah.


Moga kita tidak akan mengulangi kesilapan lalu dan mengambil pengajaran daripada apa yang sudah kita lalui.

Sunday, September 11, 2011

Syiriknya Cinta (Bahagian II)

Cinta Dunia


Saat ini umat Islam mengalami penyakit yang paling parah sepanjang sejarah. Penyakit yang diakibatkan kelalaian mereka sendiri terhadap ajaran Al-Qur’an dan Sunnah serta pengaruh dari musuh-musuh Islam. Inilah penyakit wahan yang didefinisikan Rasulullah SAW sebagai hubbud dunya wa karahiyatul maut, cinta dunia dan takut mati”.

Faham materialisme yang saat ini membahana di dunia, juga mempengaruhi ummat Islam sehingga tersebar luaslah fenomena kemurtadan yang merambah luas. Banyak kaum muslimin yang merasa puas dengan kehidupan duniawi ini. Mereka lalai dari peringatan Allah SWT:

“Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan (tidak percaya akan) pertemuan dengan Kami, dan merasa puas dengan kehidupan dunia serta merasa tentram dengan kehidupan itu dan orang-orang yang melalaikan ayat-ayat Kami, mereka itu tempatnya adalah neraka, disebabkan apa yang selalu mereka kerjakan.”

(Yunus : 7-8)

Konsepsi Islam Tentang Cinta


Manusia hendaknya menjadikan Allah saja sebagai kecintaan yang utama. Setelah itu, boleh mencintai selain Allah asal dengan landasan mencintai Allah. BILA MANUSIA DIDOMINASI OLEH CINTA SELAIN ALLAH, MAKA IA AKAN MENJADI HAMBA SELAIN ALLAH. Dengan demikian ia terjerumus dalam syirkul mahabbah atau syirik cinta.
Untuk itu, seorang muslim harus memiliki prioritas cinta. Yaitu memahami mana yang harus didahulukan dan mana yang ditangguhkan dalam bercinta. Keutamaan itu adalah:

Pertama, Cinta kepada Allah.


Ini merupakan cinta di atas segala kecintaan (faoqa kulli hubbin). Menjadi dasar dari kecintaan lainnya. Orang beriman mencintai Allah dengan teramat sangat.

“Dan orang-orang yang beriman teramat sangat cintanya kepada Allah.”

(Al-Baqarah: 165)

Cinta ini melahirkan penghambaan kepada Allah. Segala bentuk ketaatan, kesetiaan, kepatuhan dan ketundukan ditujukan untuk Allah saja. Maka hukum peraturan dan undang-undang-Nya wajib dilaksanakan.

Kedua, Cinta kepada Rasul.


Iaitu mencintai Rasul Allah, Muhammad SAW dan ajaran bimbingan hidup yang dibawanya. Cinta kepada Rasul termasuk cinta pada Islam. Untuk itu muslim wajib memperjuangkan Dienullah (agama Allah) dan siap berkorban demi tegaknya Islam. Rasulullah bersabda:

“Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga aku lebih dicintainya dari anak, bapa, dan manusia seluruhnya.”

(HR. Bukhari dan Muslim)

Ketiga, Cinta kepada Jihad.


Iaitu mencintai segala hal yang membawa pada ketinggian Islam. Khususnya orang-orang beriman yaitu mereka yang mengamalkan dan memperjuangkan Dinnul Allah. Rasulullah menjelaskan:

“Tidak beriman salah seorang kamu sebelum mencintai saudaranya sama dengan mencintai dirinya sendiri.”

(HR. Muslim)

Mereka adalah saudara seiman dan se-Islam. Orang-orang beriman ini terdiri dari keluarga seperti isteri, anak, dan sanak saudara. Dan bukan keluarga. Semua terikat dalam jalinan ukhuwwah Islamiyyah yang dilandasi dengan aqidah dan keimanan kepada Allah.

Keempat, Mencintai yang Lain Kerana Allah.


Setelah mencintai tiga hal di atas, muslim pun boleh mencintai yang lain karena Allah. Mencintai segala yang membawa kemaslahatan pada agama Allah dan kaum muslimin. Rasulullah S.A.W. menjelaskan:

“Ada tiga hal, bila kesemuanya ada pada seseorang, dia akan merasakan lazatnya iman; pertama, bahwa Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai dari yang selain keduanya. Kedua, dia mencintai seseorang hanya karena cintanya kepada Allah. Ketiga, dia sangat takut kembali pada kekufuran seperti takutnya dimasukkan ke dalam neraka, maka ia menjauhinya.”

(HR. Bukhari Muslim)

Mencintai pekerjaan, mencintai rumah tempat tinggal, dan sebagainya tidak dilarang. HANYA TIDAK BOLEH MELAMPAUI KECINTAAN TERHADAP ALLAH, RASUL, DAN JIHAD DI JALAN-NYA. JUGA TIDAK BOLEH MELALAIKAN DARI PENINGKATAN IMAN DAN TAKWA KEPADA ALLAH. Kegiatan apapun yang membawa pada peningkatan iman boleh dilakukan. Keutamaan tetap mengikuti urutan di atas. Ertinya, kepentingan Islam dan perjuangan harus selalu didahulukan baru kepentingan lainnya. Allah S.W.T. memperingatkan:

“Katakanlah (Hai Muhammad): “Jika bapa-bapa, anak-anak, isteri-isteri, harta kekayaan yang kamu sukai, harta perniagaan yang kamu bimbangkan kerugiannya, tempat-tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai dari Allah, Rasul, dan Jihad di jalan-Nya maka tunggulah sampai Allah mendatangkan hukuman-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasiq.”

(At-Taubah: 24)

Bila konsepsi yang mulia ini dilaksanakan oleh kaum muslimin, maka mereka akan terhindar dari wabak syirik cinta yang sangat berbahaya itu. Aqidah Islam yang benar mampu membasmi syirik sampai ke akar-akarnya. KONSEPSI TAUHID TENTANG CINTA ADALAH KONSEPSI YANG BISA MENYELESAIKAN PROBLEMATIKA YANG DIHADAPI MANUSIA SAAT INI. Al-Allamah Ibnul Qoyyim rahimahullah berkata :

“Ada empat macam bentuk mahabbah (cinta) yang harus dibezakan antara satu sama lain, kerana orang yang tidak dapat membezakannya pasti tersesat, ke empat macam mahabbah itu adalah : Pertama : Mahabatullah (mencintai Allah). Mahabatullah saja tidak mencukupi untuk dapat selamat dari azab Allah dan beruntung meraih pahalaNya, Sebab kaum musyrikin, para penyembah salib (kaum nashrani) kaum Yahudi dan selainnya mereka pun mencintai Allah juga. Kedua : Mahabbatu ma yuhibbullah (mencintai apa saja yang dicintai oleh Allah) Mahabbah inilah yang memasukkan seseorang kedalam islam serta mengeluarkannya dari kekufuran. Manusia yang paling dicintai oleh Allah ta’ala adalah orang orang yang paling hebat dalam ber- “mahabbatu ma yuhibbullahKetiga : Al-Hubb Lillah wa Al-hubb Fillah ( cinta demi Allah dan cinta karena Allah) Ini merupakan bagian dari konsekwensi “mahabbatu ma yuhibbullah”. “mahabbatu ma yuhibbullah” itu takkan tegak kecuali harus dengan Al-Hubb Lillah wa Al-hubb Fillah ini. Keempat : Al-Mahabbah Ma’allah (mencintai seseuatu dan mensejajarkannya dengan kecintaan kepada Allah ) Ini merupakan “al-mahbbah as-syirkiyah” (kecintaan bercabang, kecintaan yang bersifat syirik) barangsiapa yang ber- “mahabbah ma’alllah” terhadap sesuatau, maka ia bererti telah menjadikan segala sesuatu yang ia cintai selain Allah itu sebagai tandingan terhadap Allah. Ini adalah mahabbahnya kaum musyrikin.”



Monday, September 05, 2011

Syiriknya Cinta..(Bahagian I)

C.I.N.T.A.




C.I.N.T.A. merupakan kata yang paling popular di dunia saat ini. Semua orang pasti pernah mendengarnya dan setiap manusia pasti punya persepsi masing-masing terhadapnya. Ada yang mengagung-agungkan kata sedemikian rupa. Di dalam berbagai kesempatan dibahas dan diucapkan dengan penuh ghairah. Bahkan ada yang memberi simbol yang khas, berbentuk hati dengan warna yang khas pula, merah jambu (baca pink).

Maka kita sering mendengar kata-kata cinta diulang di dalam buku-buku, novel, cerpen, dikumandangkan melalui lagu-lagu, diucapkan dalam filem-filem, dijadikan bualan para remaja, dan lain-lain. Pendeknya, MASYARAKAT DIDOMINASI OLEH KATA CINTA INI.

Para ahli falsafah mencuba menafsirkan makna atau pengertian balik kata “cinta”. Para penyair menuliskannya dalam puisi sebagai keindahan, sebahagian manusia lain merasa mabuk cinta sehingga bertingkah laku di luar batas kewarasan. Cinta seperti ini akarnya adalah hawa nafsu yang menyesatkan. Firman Sang Maha Pencipta:

“Dengan Yang demikian, Bagaimana fikiranmu (Wahai Muhammad) terhadap orang Yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan Yang dipatuhinya, dan ia pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa ia tetap kufur ingkar), dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya, serta diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? maka siapakah lagi Yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan Dia berkeadaan demikian)? oleh itu, mengapa kamu (Wahai orang-orang Yang ingkar) tidak ingat dan insaf?”

(Surah al-Jatsiyah: 23)

Memang, Allah SWT menjelaskan bahawa cinta pada mulanya merupakan suatu pembawaan pada diri manusia sebagaimana firman-Nya yang berbunyi:

“Dihiaskan pada manusia kecintaan pada segala hal yang dia inginkan; daripada wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas dan perak, kenderaan yang ditambat, binatang-binatang ternakan, sawah ladang.”
(Ali Imran : 14)

Maksudnya, Allah telah menjadikan syahwat (keinginan) pada manusia untuk menguasai perhiasan hidup dunia. Maka PADA MANUSIA ADA NAFSU SEKSUAL, NAFSU INGIN KAYA DAN BANYAK HARTA, NAFSU INGIN BERKUASA, INGIN POPULAR, INGIN MEMILIKI JAMINAN HIDUP, MASA DEPAN YANG GEMILANG, dan sebagainya.

Tetapi kemudian banyak yang menyimpang dalam mencintai wanita, keturunan, harta dan jaminan hidup ini. Mereka mencintai dunia tanpa aturan dan lupa pada Pencipta semua itu, yaitu Allah SWT. Mereka lalai mencintai Pencipta segala kesenangan duniawi itu. AKIBATNYA MEREKA MENDAPAT LAKNAT ALLAH, MALAIKAT, LANGIT DAN BUMI, SERTA SEMUA YANG DAPAT MELAKNATI.

Cinta Itu Syirik?!

Cinta dunia berdasarkan syahwat ini seringkali mendominasi manusia sehingga membuatnya lupa pada cinta sejati. Ada manusia yang mencintai wanita (kekasih) sama dengan mencintai Allah, ada yang mencintai tanah air dan bangsa sama dengan mencintai Allah. Sikap cinta seperti itu berarti mengadakan tandingan selain Allah. Dan hal ini merupakan kesyrikan yang dilaknat Allah:

“Dan di antara manusia ada yang mengambil andad (tandingan-tandingan) selain Allah (untuk dicintai). Mereka mencintai tandingan-tandingan itu sama dengan mencintai Allah.”

(Al-Baqarah: 165)

Yaitu MEREKA MENCINTAI SESUATU YANG DISUKAINYA SAMA DENGAN MENCINTAI ALLAH ATAU BAHKAN LEBIH DARI MENCINTAI ALLAH. Terhadap kekasihnya ia rela berkorban meski pun dengan memberikan nyawa. Ia akan bunuh diri bila putus cinta. Ada lagi yang mati-matian membela bangsanya, pada masa yang sama mengabaikan hukum-hakam dan undang-undang syariat Allah.

Cintanya kepada Kitabullah dan Sunnah Rasul hanya sekadar menjadikan al-Quran dan kitab Hadith Nabi sebagai hiasan dan tangkal ataupun bacaan pembukaan majlis semata-mata. Na’uzubillahi min zaalik..

Kerosakan Masyarakat 


Di tengah masyarakat yang terkena wabah syirik cinta segala kesenangan duniawi menjadi prioritas hidup. Si kaya mengeksploitasi si miskin untuk mendapat kesenangan hidup. Si kuat mendominasi yang lemah guna mempertahankan kekuasaan. Halal dan haram sudah tidak dipedulikan. MANA YANG BENAR DAN MANA YANG SALAH MENJADI KABUR.

PERBUATAN JELEK SERING DIANGGAP SUATU KEBAKTIAN, SEDANG PERBUATAN BAIK DIANGGAP PENGKHIANATAN. Para pedagang menjadi manusia yang curang dan rakus terhadap harta. Para pegawai menjadi corruptor dan pengkhianat. Pelayanan masyarakat penuh dengan sogok-menyogok. Wang riba’ dikatakan halal. Perbuatan zina dan maksiat dijadikan profession.

Untuk mendapatkan penghasilan (wang), orang mahu melaksanakan apa saja sepanjang tidak bertentangan dengan hukum. Kerana hukumnya bukan hukum Allah maka pelanggaran susila, judi, dan sebagainya masih menyebar dan diperbolehkan. Paling banter hanya dilokalisasikan. Akhbar-akhbar, majalah, televisyen, filem-filem, panggung-panggung hiburan, tontonan, penerangan-penerangan, semuanya mengarahkan pada seks, cinta dunia (wang) dan mengikuti hawa nafsu yang rendah.

TIDAK MENGHAIRANKAN, SAAT INI MANUSIA SALING MEM’PERBUDAK’ ANTARA SATU SAMA LAIN. Atau menjadi budak wang, perempuan, jabatan, populariti, atau benda-benda yang dijadikan dambaannya. Keadaan ini sungguh memprihatinkan. Kita seperti berada di pinggir jurang neraka! Kerana laknat Allah pasti akan menimpa masyarakat yang seperti itu. Rasulullah SAW mengingatkan dengan sabdanya:


“Celakalah hamba dunia, hamba dirham, celakalah hamba pakaian (mode) yaitu bila ia diberi ia merasa senang, tapi jika tidak ia murka.”

(H.R. Bukhari)




besambung....