Tuesday, December 31, 2013

TURUN tetap TURUN..~



Ada yang bertanya, jadi ke kita nak TURUN malam ini..??
Kan PM dah umum malam tadi, 11 Langkah Penjimatan kerajaan...

Jawab saya, TURUN tetap TURUN..
Usah mudah terperangkap dengan permainan orang politik.
Demi meredakan suhu kemarahan rakyat, maka diumumkanlah langkah 'kosmetik' itu..

Bahkan, kita patut lagi bersemangat untuk TURUN.. Kenapa..?
Bayangkan, belum lagi himpunan dibuat, kerajaan dah panas telinga dan tak senang duduk dengan suara kritikan rakyat di alam maya.
Maka, barulah mereka umum malam tadi 11 langkah penjimatan itu.

Jika, kita ikut cara mereka, SYUKURLAH, DIAM, dan TAAT sahaja maka usah bermimpi untuk mendengar 11 langkah penjimatan diumumkan.

Hakikatnya, 11 langkah itu 'kosmetik' sahaja kerana isu sebenar ketirisan, rasuah, kebocoran, kronisme, penganugerahan tender secara terus, teguran dalam Laporan Audit Negara itu masih belum diberikan jaminan penyelesaian secara kongkrit. Ratusan Juta bahkan berBilion wang rakyat dapat diselamatkan jika pihak kerajaan benar-benar bersungguh dan serius untuk menyelesaikan isu ini.


**Nota: Sebenarnya, 11 Langkah Penjimatan sebegini bukanlah baru, ia telah pun dibuat oleh PM Pak Lah pada Jun 2008 (selepas PRU ke 12 dulu) dan kini selepas PRU 13, PM Najib pula mengumumkan langkah yang sama.
Boleh rujuk Pekeliling Perbendaharaan Bil. 9 Tahun 2008 yang bertajuk "Langkah Mengurangkan Perbelanjaan Awam".

Senyum.. =)

~Selamat tinggal tahun 2013.. Hanya tinggal sejarah..
Selamat datang tahun 2014.. Tahun sengsara rakyat..~
 

No comments: