Sunday, September 20, 2009

Salam Lebaran..


DaLaM TuTuR KaTa, mUnGkIn aDa TeRkAsAr BaHaSa..DaLaM gUrAu SeNdA, mUnGkIn AdA kHiLaF & DoSa..DaLaM BuDi BiCaRa, mUnGkIn AdA TeRgUrIs JiWa..SeLaMaT HaRi RaYa, AmPuN MaaF DiPiNtA..MiNaL AiDiL Wa fAiZiN..
BUAT MAK,AYAH & KELUARGA TERCINTA..TIDAK DILUPA BUAT SAUDARA MARA, RAKAN TAULAN & SAHABAT HANDAI,WARGA UIA (PJ & KUANTAN KAMPUS), SMK. SULTAN YAHYA PETRA 2, SEK. KEB. KUALA KRAI SERTA WARGA NEGERI CIK SITI WAN KEMBANG…TURUT TIDAK KETINGGALAN BUAT YANG MENGENALI DIRI INI DAN JUGA PENGUNJUNG BLOG ‘INTUISIKU’ INI.. EID MUBARAK & MAAF ZAHIR DAN BATIN DIUCAPKAN..


Wednesday, September 16, 2009

Mencari Berkat di Hari Lebaran

Tak lama lagi, Ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Mudah-mudahan Ramadhan pada kali ini dapat mentarbiah kita apa itu maknanya ‘puasa’.

Sejauh mana keberkesanan puasa? Sejauh mana pula kesannya kepada ibadah dan akhlaq kita?! Apakah kita menjadi semakin pelapang dada dan mudah bertolak ansur? Apakah kita menjadi semakin beribadah dan selalu mengingati Allah? Apakah hati kita sudah jinak dengan amal ma’aruf nahi mungkar dah sedekah jariah?

Intuisiku tidak mahu mengupas panjang lebar mengenai fadhilat-fadhilat Ramadhan, Lailatul Qadr, Puasa Enam atau sebagainya. Bukan apa, banyak dah yang kita dengar mengenainya melalui pelbagai ‘channel’. Intuisiku hanya ingin menyentuh mengenai tingkah-laku dan gelagat sesetengah individu ketika menjelang ataupun menyambut Aidil Fitri. Memanglah Nampak cam remeh je, tapi ianya berlaku saban tahun, umpama adat atau sesuatu kemestian bagi umat Islam.

Berbelanja Besar untuk Hari Raya

Kata orang, gaji besar, selera pun besar. Tak jugak sebenarnya.. golongan yang berpendapatan kecil juga tidak ketinggalan untuk mengambil bahagian dalam upacara ‘adat-istiadat’ ini. Ada yang tukar langsir baru, pasang pintu pagar baru.. yang lebih ‘grand’, membeli dua atau tiga pasang baju raya…semuanya menelan ‘budget’ yang tinggi jugak. Apa yang dikesalkan, ada yang sanggup berhutang.. kalau sikit, takpe jugak.. nie sampai di luar kemampuan.. huhu.. Akan tetapi, yang lebih dikesali.. jika diperhatikan dalam rumah, tikar sejadah tak pernah bertukar (atau mungkin tak pernah berbasuh). Bulu-bulu benang banyak yang tercabut tapi tetap digunapakai hingga bertahun-tahun lamanya. Kain telekung pula kusam warnanya, al-Quran ‘sama telah’ lar.. disimpan di rak buku tampak usang berhabuk, seolah-olah tak pernah diusik.

Duit Raya @ Sedekah?!

Bercakap pasal duit raya, adalah lebih baik kita mengutamakan sejumlah wang kepada kaum kerabat yang lebih memerlukan; misalnya emak dan bapa saudara yang ada ramai tanggungan, saudara-mara yang kesempitan wang dan sebagainya. Tujuannya adalah tidak lain,tidak bukan untuk merai dan mengeratkan kasih-sayang sesama ahli keluarga. Jikalau ada yang berhadapan dengan konflik adik-beradik, saudara-mara, inilah masanya untuk kita meleraikan kembali kekusutan yang lalu. Mengapa dipanjangkan sengketa sebegitu lama?! Sedangkan kita tahu sebenarnya tak siapa yang akan mendapat untung daripadanya.

Jadikanlah kesempatan lebaran untuk kita bermaaf-maafan zahir dan batin (bukan bermakna pada hari lain tak leh bermaaf-maafan, tapi dah masyarakat kita dah ‘set’ siap baek punye dalam kepala yang hari rayalah hari yang senang untuk bermaaf-maafan. So terima jelah seadanya.;-p). Lupakanlah perkara-perkara yang menyengati hati.

Adab Berkunjung-kunjungan, Ziarah-menziarahi

Tolonglah pesan kepada anak-anak cucu kita; jika berkunjung ke rumah jiran atau kawan-kawan, jangan mendesak tuan rumah untuk memberi duit raya. Pernah kenalanku yang sudah berumur menceritakan tentang gelagat anak-anak kecil yang datang beraya ke rumahnya. Mengetuk pintu bagaikan ‘ah-long’ yang sedang mengutip hutang. Selagi tak dijawab, selagi itulah diketuknya dindin dan pintu. Sehinggakan ada yang sampai menendang-nendang!”Kami datang nak raya!”

Seeloknya diterangkan kapada anak-anak mengenai adab bertandang ke rumah orang. Beri salam cukup sekadar tiga kali sahaja, kalau tiada jawapan.. bermakna tuan rumah tidak bersedia atau tidak mahu diganggu.

Ada pula anak-anak dibiarkan merayau dari rumah ke rumah, dari satu kawasan perumahan ke kawasan perumahan yang lain, pulang dengan sejumlah duit raya. Kalau itulah yang berlaku, matlamat berziarah sudah jauh menyimpang.

Lain pula gelagat anak-anak muda remaja. Susahnya kalau nak diajak ke rumah saudara-mara dan kaum kerabat. Yang lebih menjadi ‘priority’ mereka adalah kawan-kawan. Ada yang terus lesap sehingga ke malam, sejurus selesai solat sunat hari raya. Sehinggakan ada yang mengisi hari raya dengan menonton video, berkaraoke, bermain ‘computer game’ dan melayari internet.

Semua Hendak Dimakan

Di samping beraya, eloklah ringan-ringankan tangan membasuh gelas-gelas atau pinggan-pinggan yang mungkin bertimbun, terutamanya jika bertandang ke rumah saudara-mara yang lebih tua. Tujuannya hanyalah untuk menjalin kasih-sayang sesama saudara.

Kawal-kawal jugalah makan kita. Mentang-mentang pelbagai hidangan disajikan, semuanya hendak dimakan. Sebulan sudah kita melatih diri berlapar di siang hari, seolah-olah hari raya adalah ‘the day of revenge’ memakan apa saja yang dihidangkan. Makan ala kadar jelah, yang penting ziarah itu ialah bersilaturrahim, bukannya semata-mata untuk mengisi perut!

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda :

“Tidak ada bahaya yang lebih dibenci Allah daripada perut yang penuh dan ketat dengan makanan yang halal.”

Ikhtibar daripada Kenalan

Intuisiku terharu dengan seorang kenalan yang sama ‘kuliyyah’ dengan ku. Adik-beradiknya semuanya jenis yang bermuafakat. Mereka mewujudkan tabung keluarga di mana setiap adik-beradik perlu menyumbang. Masing-masing memberi wang mengikut kadar tertentu, kecuali adik-beradik yang susah. Tabung itulah nanti untuk membantu meringankan ahli-ahli keluarga yang mengalami kesusahan, kesesakan kewangan, menampung persekolahan anak-anak dan sebagainya.

Pada hari raya, mereka adik-beradik akan berkonvoi untuk ke rumah emak dan bapa saudara. Masing-masing membawa buah tangan berupa kuih muih, kain baju baru, berkampit beras dan sebagainya. Kemudian mereka bertakbir sebentar sebelum beramah-mesra.

Alangkah baiknya jika tradisi ini diteruskan oleh anak-anak remaja kita supaya mendapat keberkatan Allah kerana memuliakan golongan tua.

Kemudian setiap keluarga akan beratur memohon ampun dan maaf. Saat-saat manis ini dirakam untuk tontonan generasi berikutnya. Hal ini demikian supaya anak-anak mengenal saudara-mara mereka sampai bila-bila. Zaman sekarang, semuanya ditelan kesibukan kerja,inilah masanya untuk kita mengambil peluang untuk menziarahi dan merapatkan ukhwah fi sabillah..

Ingatlah firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“ Wahai anak Adam, pakailah perhiasanmu ketika setiap kali sembahyang. Makan dan minumlah tetapi jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak mengasihi orang yang berlebih-lebihan.”

(al-A’raf : 31)

Friday, September 04, 2009

Antara Dakwah dan Cinta..


Pernah seketika dulu 'saya' rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata 'saya' menyibuk..
Ada pula yang kate 'saya' kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye 'saya' nak tegur mereka buat bising masa belajar..
Lepas tu 'saya' cuba buat lawak

Kononnya nak tarik perhatian orang lain
'Saya' paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak 'saya'
Terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata 'saya' 'mat capub'(cari publisiti)..
Tapi 'saya' tak kesah..
Asalkan ada yang terhibur..
Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang 'saya' rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..
'Saya' mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
Saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah 'saya' kenal 'awak'..

'Saya' rase 'saya' dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup 'saya'..
Mula-mula awak jual mahal..
Tapi 'saya' tak kisah..nak beli gak..
Akhirnya, dipendekkan cerita..
'Saya' pun mulalah BERCINTA..
Masa bercinta,memang 'saya' sangat-sangat bersemangat
Apa orang kata..'ALL OUT'lah..
haha..
'Saya' selalu call 'awak','awak' pun selalu call 'saya'..
'Gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..
Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
Kalau merajuk men pujuk2..
Kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..
Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
'Saya' pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan 'saya' tu pandang 'saya' semacam,
Kata 'saya' macam-macam..
Asalkan awak memahami 'saya'..
Satu hari 'saya' dengar ceramah..

Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu 'saya' sedar,saya banyak buat dosa
dan 'saya' kena brubah..
Hidup 'saya' mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan..
Semua orang nak masuk syurga kan?
Sejak dari saat itu 'saya' mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..
'Saya' beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
'Saya' beli dua, satu untuk 'saya', 'satu' untuk 'awak',
Saya taknak jadi baik seorang diri..
Jadi 'saya' ajak awak sekali..
'Saya' ajak 'awak' baca Al-Quran..
'Saya' kejut 'awk' bangun subuh..(calling)
'Saya' ajak 'awak' saling beri tazkirah..
Mula-mula 'awak' terkejut dengan perubahan 'saya'..
'Awak' ingat 'saya' dah nak jadi alim, nak brenti couple.
'Saya' kata,kita bukan buat benda yang salah..
Bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..
Ade yang siap wat mksiat lg..
Pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
Janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
Cuma sms dan call je..
Dan 'awk' terima perubahan 'saya' itu..
'Saya' pun banyak nasihat awak..
'Awk' pun terima..
Walaupun kadang-kadang 'awak' merajuk sebab teguran 'saya' tu
Tapi 'saya' faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya 'saya' rasa..
Hubungan kita semakin diredahai..

'Saya' salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..
Dalam proses perubahan 'saya',
'Saya' mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.

Firman Allah :

“Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasehati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu dan supaya mereka bertakwa.”
(al-A'araf : 164)




Catatan : Cerita ini adalah rekaan semata-mata, tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah pulang ke Rahmatullah (termasuk diri penulis). Sekadar perkongsian bersama dan pengisian masa lapang. Sebarang komen dan teguran amatlah dialu-alukan bagi memperbaiki kualiti penulisan penulis.

Tuesday, September 01, 2009

Amalan Makan Ulam






Amalan makan ulam sebenarnya sudah menjadi budaya masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi.Ada juga yang tidak berselera makan jika tidak disertakan ulam atau sayur mentah, paling tidak, timun yang biasanya dicicah bersama sambal belacan.
Selain dijadikan sebagai pembuka selera, ulam dikatakan antara makanan yang boleh membantu seseorang kelihatan awet muda dan cantik.Ini disebabkan kebanyakan ulam atau sayuran berkenaan mengandungi banyak nutrien penting serta bahan antioksidan yang mampu menghalang tindakan radikal bebas.
Namun, ramai yang masih tidak mengetahui apa jua yang dinikmati hari ini sebenarnya pelaburan kepada kesihatan kita kelak.Kesan pelaburan ini pula banyak bergantung kepada jenis makanan yang diambil kerana jika sering mengamalkan diet yang banyak mengandungi lemak, ia memungkinkan masalah pertambahan berat badan dan paras kolesterol.Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan pula antara lain membantu diri kelihatan lebih sihat dan menarik.
Ketua Pemakanan, Hospital Pakar Ampang Puteri, Jennifer Chiam Chwee Lian, berkata kebanyakan ulam sesuai diamalkan setiap hari kerana ia mengandungi kandungan serat yang tinggi.Menurut Jennifer, ulam boleh dikategorikan sebagai sayur mentah seperti salad dan ia tidak mendatangkan sebarang keburukan sekiranya dimakan setiap hari.Katanya, ulam memang elok untuk kesihatan dan ia sudah menjadi amalan masyarakat negara ini sejak sekian lama.“Ulam boleh dimakan setiap hari kerana ia tidak mengandungi kalori seperti sesetengah makanan lain. Tetapi harus diingat, ulam yang dimakan bersama sambal belacan tidak digalakkan untuk diamalkan kerana ia (sambal belacan) mengandungi kandungan garam serta kolesterol yang tinggi,” katanya.
Info ulam-ulaman:

# Pegaga
Pegaga, nama saintifiknya Cantella asiatica biasanya tumbuh melata di keliling rumah dan mempunyai pelbagai khasiat. Ia kaya vitamin dengan A dan C serta zat besi yang sering dijadikan sayur-sayuran ‘rasmi’ untuk wanita ketika berpantang.Ia membantu membangkitkan selera makan, meredakan masalah penghadaman seperti buasir, menyejukkan badan, mempercepatkan proses penyembuhan luka dan melancarkan aliran darah, terutama bagi wanita yang ada masalah haid serta keputihan.
# Timun
Rawatan tradisional Cina menggunakan timun sebagai makanan kesihatan, khususnya untuk menyingkirkan bahan toksik dari badan.Amalan makan timun juga boleh membantu mengatasi masalah sakit tekak, gatal kerongkong, batuk, merendahkan tekanan darah, menambah selera makan serta untuk penjagaan kecantikan kulit wajah.
# Cekur
Ia adalah ulam yang biasa daripada keluarga halia tetapi jarang mendapat perhatian. Cekur mempunyai banyak khasiat, khususnya untuk mengubati batuk, sakit tekak dan meredakan demam.Selain dimakan mentah, hirisan akarnya boleh dijadikan perencah untuk menaikkan rasa masakan, mempunyai bahan antibakteria, antikulat dan antikeradangan.
# Kunyit muda
Walaupun rasanya kurang disenangi, kunyit muda sangat berkhasiat untuk dijadikan ulam.Kajian yang dijalankan penyelidik Universiti Putra Malaysia mendapati, kunyit mengandungi curcumin yang memberikan warna kuning jingga berpotensi untuk merawat barah.Selain itu, ia mengandungi banyak bahan antioksidan yang lebih baik berbanding vitamin C dan E, serta mampu melindungi sistem kardiovaskular, merendahkan kadar kolesterol dalam darah dan merawat demam kuning.Pengamal perubatan tradisional Melayu menggunakan pati kunyit yang diberikan kepada wanita selepas bersalin untuk mempercepatkan penyembuhan luka dan mengecutkan rahim.
# Petai
Petai mempunyai bau kuat tetapi tetap menjadi kegemaran ramai, sama ada dimakan mentah atau dimasak bersama sambal tumis. Sebenarnya pucuk petai juga boleh dijadikan ulam dan ia dikatakan baik untuk membantu mengawal penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi.
# Pucuk kaduk
Pucuk kaduk biasanya lebih kerap dijadikan bahan perasa masakan, tetapi ramai yang tidak mengetahui ia juga boleh dimakan mentah. Ulam ini mempunyai khasiat untuk membantu menguatkan tulang, melegakan batuk, selesema dan sengal sendi.
# Gajus
Rasanya yang masam menjadikan ulam ini sangat istimewa. Pucuk gajus dipercayai boleh mengubati masalah cirit-birit, mual dan muntah. Daun tua yang dilumatkan boleh dijadikan ubat untuk kulit melecur atau penyakit kulit lain.
# Lobak merah
Lobak merah jarang dijadikan ulam harian kerana ia biasanya dicampur dalam salad. Lobak merah kaya dengan vitamin A dan mineral seperti kalium, magnesium, fosforus dan sulfur.Ia baik untuk membantu mengatasi masalah rabun malam akibat kekurangan vitamin A dan kandungan serat tinggi dapat memperbaiki gangguan saluran usus.
# Mengkudu
Pucuk mengkudu biasanya dimasak atau dicelur untuk dijadikan perencah urap dan pecal. Ia kaya dengan beta karotin dan zat besi yang baik digunakan untuk mengatasi masalah kurang darah.Buah mengkudu masak pula mengandungi bahan antiseptik berfungsi melegakan kesakitan, bahan antioksidan, merangsang pengeluaran sel darah putih dan meningkatkan daya ketahanan badan.
# Jering
Walaupun berbau kuat, jering mempunyai khasiat perubatan tinggi. Ia kaya dengan protein, karbohidrat dan serat yang dipercayai membantu mengubati penyakit kencing manis.