Mencorak bintang menjadi kerongsang ku tak berdaya
Kerna nyata ku tak sehebat dia bermain kata
Memintal buih menjadi keranjang ku tak berdaya
Kerna aku tahu imaginasiku ada batasnya
Kekasih jangan pula engkau
Menolak warkah cintaku yang tak bermaya
Kekasih harap kau terima warkah cintaku
Yang biasa tiada berbunga
Namun begitu izinkan aku menghibur jiwamu
Dengan kata-kata yang sederhana
Aku bukannya sasterawan negara
Aku hanya manusia biasa
Menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa
Maaf jika kutak sepeka dia
Tak mampu menganyam awan gemawan
Menjadikannya selendang untukmu
Oh kekasih
Kekasih harap kau terima warkah cintaku
Yang biasa tiada berbunga
Namun begitu izinkan aku menghibur jiwamu
Dengan kata-kata yang sederhana
Aku bukannya sasterawan negara
Aku hanya manusia biasa
Menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa
Maaf jika kutak sepeka dia
Tak mampu menganyam awan gemawan
Menjadikannya selendang untukmu
Oh kekasih
Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Ketika melewati sebuah kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh ke dalam tasik tu. Maka datanglah si Pari-pari Tasik kepadanya.
Pari-pari: Kenapa dengan kau? Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.
Sang pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.
Pari-pari : Inikah kapak kamu? Pak Ali: Tidak.
Pari-pari itu pun menyelam sekali lagi dan kembali bersama kapak emas.
Pari-pari: Inikah kapak kamu? Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.
Si pari-pari tersebut menyelam buat kali yang ketiga dan kembali bersama kapak buruk.
Pari-pari : Inikah kapak kamu? Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.
Si pari-pari itu suka dengan sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.
Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye pula yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari-pari Tasik lagi kepada Pak Ali..
Pari-pari: Kenapa kau bersedih? Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik.
Si pari-pari pun menyelam dan kembali bersama Angelina Jolie.
Pari-pari: Inikah isteri kau?
Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku..."
Lalu sang pari-pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak".
Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Angelina Jolie... kau akan bawakan pula Lisa Surihani...kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku...bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...". Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua"..=p
moral of da story: Hendaklah jujur dan ikhlas dalam apa saja yang kita lakukan. Jika hendak menolong orang, pastikan individu tersebut sudi menerima bantuan kita itu. Ukur baju di badan sendiri. Janganlah jadikan diri kita kelihatan terlalu gah dan angkuh kerana itu akan menyebabkan orang lain menjauhi kita..:-)
Di saat kau lena dia berjaga, Kau bersenang dia bekerja, Untuk mu tiada terbatas, Memberi tidak minta dibalas, Ingin dibinanya untuk mu, Kehidupan yang sempurna, Punya kekuatan jiwa, Punyai maruah..
Leterannya dari rasa luhur, Menegur sebelum terlanjur, Itulah yang diwarisi, Pesan ibu terpahat di hati, Beringat-ingatlah berpesan pesan, Untuk kebaikan, Marah bukan kebencian, Tapi tanda sayang..
Engkau semakin dewasa, Berjiwa merdeka, Sedang dia semakin tua, Membilang usia, Di saat kau berjaya, Dia tiada berdaya, Semoga kau tak lupa, Jasa bonda..
Catatan: Lagu ini adalah hasil dendangan kumpulan Warisan. Ia dituju khas buat bonda tercinta, Siti Meryam Ismail, kekanda-kekandaku yang dikasihi, yang juga baru bergelar 'ibu' dan guru-guru yang dihormati serta tidak dilupakan, kepada semua insan yang bergelar 'ibu..terima kasih, ibu di atas pengorbananmu selama ini. Hanya Allah sajalah yang dapat membalas jasa-jasamu itu. Kenang daku dalam doamu..=)
Dalam waktuku ini..,
di mana manusia menjadi-jadi,
di mana diriku semakin tercari-cari,
lalu kulihat diriku semakin lesu,
umpama buih-buih di lautan biru,
berkocakan entah ke mana arah tuju..
Dalam waktuku ini..,
di mana detik semakin habis,
di mana nafas semakin menipis,
lalu kulihat diriku semakin menghilang,
umpama hilang tanpa jejak di dalam kegelapan,
kegelapan yang menyelimuti ruam dan kelukaan hati..
Dalam waktu ini..,
aku terseret-seret kepanasan,
terhempas di nuansa keduniaan,
sehingga terkabur pula nuansa hati,
“Mengapa sampai sekarang kau belum menikah?" Ujar Latiff kepada temannya, Borhan yang sampai sekarang masih membujang.
"Hmmm...sebenarnya sampai sekarang ini aku masih belum bertemu dengan seorang wanita yang sempurna. Itulah sebabnya au masih membujang. Dulu waktu aku bekerja di utara semenanjung,aku berjumpa dengan seorang wanita yang cantik dan bijak. Aku fakir itulah wanita yang ideal untuk aku dan sesuai dijadikan isteri."
"Namun tidak lama selepas mengenalinya..ketika hubungan semakin intim baru aku tahu dia sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus sampai di situ"
"Di Ipoh, aku bertemu seorang perempaun yang cantik jelita,ramah dan dermawan. Pada pertemuan pertama aku begitu takjub dan seronok. Jantungku berdegup kencang dan ketika itu aku pun terfikir bahawa inilah wanita idealku. Namun selepas mengenalinya dengan lebih dekat baru aku tahu banyak tingkahlakunya yang tak baik dan tidak bertanggungjawab.
"Di JB, aku bertemu dengan seorang wanita yang manis, baik, periang dan pintar. Dia sangat menyenangkan bila diajak berbicara. Selalu menyambung perbualan kami dan penuh humor. Tapi terakhir aku ketahuid ia dari keluarga yang berpecah belah dan selalu meminta di luar kemampuan. Akhirnya kami berpisah."
"Aku terus mencari, namun sering mendapati ada kekurangan dan kelemahan pada setiap wanita yang aku temui. Hinggalah pada suatu hari, aku bertemu dengan wanita ideal yang aku dambakan selama ini. Dia begitu cantik, pintar, baik hati , dermawan dan penuh humor. Dia juga sangat prihatin dan menyayangi orang lain. Aku fikir inilah pendamping hidup yang dikurniakan oleh Tuhan untuk aku..."
"Kemudian bagaimana?" pintas Latiff tidak sabar-sabar apabila mendapati Borhan diam seketika. " Apa yang terjadi?" Bagaimana hubungan kau dengan dia sekarang?" tanya Latiff lagi apabila mendapati Borhan terus mendiamkan diri.
Kemudian....Borhan bersuara perlahan,"Sebenarnya beberapa hari lalu baru aku mengetahui bahawa wanita itu juga sedang mencari seorang lelaki yang sempurna..."
*************************************** Faham dengan apa yg tersirat di atas? Nobody's Perfect! Jgn mensia-siakan sesiapa yang ada di hadapan kita. Belum tentu kita akan mendapat lebih baik daripada apa yang kita ada sekarang. Kalau kita mahu mencari kesempurnaan, cermin dahulu diri, apakah sudah sempurna di mata org lain.
Wahai Lelaki, luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan Allah. Didiklah mereka dengan panduan daripadanya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, kerana nanti mereka semakin liar. Jangan menghiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka yang semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal kerana di situlah punca kekuatan dunia.
Akal wanita setipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu. Hatinya serapuh kaca, kuatkanlah dengan iman. Hiasilah ia dengan akhlak. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukanlah suatu kelemahan. Ia bukan diskriminasi Tuhan tetapi di situlah kasih sayang Tuhan.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidah terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa iman, ilmu dan akhlak mereka tidak akan lurus bahkan membengkok. Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara. Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri sendiri kepadaNya. Jinakkan diri kepada Allah, nescaya jinaklah segala di bawah pimpinanmu.
Jangan mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra, seandainya peribadi tidak sehebat Sayidina Ali Karamallahu Wajhah.....Begitu jugalah sebaliknya..