Wednesday, September 22, 2010

Kekalkan Semangat Kembali Kepada Fitrah


Syawal baru menjejakkan diri di ‘stage’ pertengahan. Kehangatan sambutan Eidul Fitri masih lagi terasa. Eidul Fitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang-orang yang telah dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadhan dengan sempurna. Kemenangan itu bukan saja kerana telah berjaya menahan diri dari makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang bulan Ramadhan, tetapi juga kerana telah berjaya daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah ketika sedang berpuasa, yakni jika dilakukan juga maka akan terbatallah puasa seseorang itu.

Kalimat 'fitri' itu sendiri bermaksud ‘fitrah’, iaitu manusia kembali dengan kejayaan pulang kepada fitrah yang asal. ‘Fitrah’ asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda. Maka seharusnya keadaan suci ini kita kekalkan.


Perkara asas yang mesti dijaga dan dikekalkan adalah kesucian hati itu sendiri. Bersihkan hati dan jiwa daripada sifat-sifat keji agar diri kita terhindar dari dosa. Hati manusia ibarat seorang raja yang boleh mengarahkan bala tenteranya. Rasululullah SAW menganggapnya sebagai perkara yang utama dalam diri manusia, jika ia baik, maka baiklah seluruh anggota seseorang manusia itu, tetapi jika sebaliknya, maka rosaklah seluruh anggotanya, itulah hati manusia(maksud sebahagian hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).

Insan pilihan adalah mereka yang tawaduk, iaitu yang arif peri tempatnya, amanahnya dan tanggungjawabnya. Hamba yang tawaduk berperibadi mulia, tidak memandang rendah atau menghina orang lain, mahupun sombong atau berbangga diri. Mereka menjadikan kesederhanaan sebagai amalan hidup, tidak berlebihan atau keterlaluan. Eidul Fitri yang baru berlalu juga bukan untuk bermegah-megah dan berpesta. Sebaliknya ia disambut dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan.


Mereka juga tidak begitu terjejas dengan keadaan ekonomi dunia yang semakin merosot. Ini kerana mereka telah lama mengamalkan perbelanjaan berhemah, seperti yang disaran agama. Ini tidak pula bermakna mereka kedekut. Mereka tidak pernah kikir terhadap diri sendiri dan keluarga, yakni bersedia memberikan hak untuk hal yang diwajibkan Allah kerana mengetahui Allah mencela sifat kikir dan bakhil.


Eidul Fitri yang baru berlalu juga merupakan masa untuk kita bersama menjalinkan persahabatan dan mengeratkan ukhuwah sesama kita . Jangan ada yang hasad dengki sesama sendiri sehingga merosakkan keadaan fitrah yang suci dari dosa itu. Penyakit hasad dengki hanya akan memusnahkan masyarakat dan seterusnya negara. Mereka yang dengki tidak boleh melihat orang lain lebih berjaya daripada dirinya. Dia akan berusaha sedaya-upaya untuk menjatuhkan orang yang lebih daripadanya itu.

Sering juga kita mendengar tentang kedai makan di stesen-stesen bas contohnya, akibat dengki ada yang sanggup menggunakan 'ilmu hitam' kononnya untuk menjatuhkan perniagaan jirannya. Perbuatan ini jelas bertentangan dengan agama Islam. Ini adalah penyakit yang memang wujud dalam diri dan seharusnya terkubur sebaik kita kembali kepada fitrah di Eidul Fitri lalu. Rasulullah juga telah mengingatkan kita dalam hadis baginda yang bermaksud:

" Hati-hatilah kamu daripada hasad dengki kerana hasad dengki itu akan memakan semua amal kebaikan sebagaimana api memakan kayu kering atau rumput kering."

(HR Imam Abu Dawud)


Jangan dibiarkan hati menjadi mati. Hati yang mati adalah hati yang sentiasa menurut hawa nafsu, membenci mereka yang menyeru kebaikan, menghalang majlis-majlis ilmu, tidak bersedia menerima nasihat, bersahabat dengan orang-orang jahat, menyanggah hukum Allah serta asyik dengan kenikmatan di dunia. Tipu daya syaitan serta bisikan hawa nafsu sentiasa akan cuba mempermainkan hati seorang insan.


Bersihkan jiwa setiap saat agar kita dapat kembali kepada Allah dalam keadaan sesuci-sucinya. Allah tidak melihat manusia berdasarkan rupa paras yang cantik atau tampan, seperti kebanyakan manusia. Allah tidak juga melihat kehebatan atau terkenalnya manusia itu dalam masyarakat. Tetapi apa yang Allah lihat adalah ‘qalb’nya.

Pada bulan Ramadhan yang lalu juga kita telah berjaya menjaga lisan dan tutur kata. Ini kerana percakapan yang sia-sia akan hanya mengurangkan pahala berpuasa. Hasil tarbiyah Ramadhan ini sewajarnya dikekalkan. Ketika orang melontarkan ucapan buruk, jangan dibalas dengan ucapan yang sama, sebaliknya ianya dimaafi. Sebaiknya jangan kita menyumpah dengan kata-kata kesat. Jadikanlah Rasulullah SAW sebagai ‘qudwatun hasanah’.


Diriwayatkan, "Satu ketika ada seorang Arab badwi datang kepada Rasulullah dan berkata kasar, lalu kaum Muslimin marah dan ingin mengajarnya, namun hal itu dicegah oleh Baginda. Baginda membalas sikap kasar itu dengan kasih sayang dan lemah lembut."

(Hadis Muttafaqun 'alaih)


Mengawal tutur kata boleh juga dinilai semasa memandu. Memaki hamun dan menyumpah semasa memandu mencerminkan peribadi. Bagi mereka yang mempunyai anak, wajar mengawal lisan apabila anak-anak melakukan kesilapan. Tidak dinafikan apabila perasaan marah meluap-luap, bermacam-macam perkataan yang akan terkeluar dari mulut. Namun hendaknya kita berazam agar tidak mencemari fitrah suci yang berjaya dicapai setelah selesai Ramadhan yang lalu.

Akhir kata, marilah kita bersama-sama menghayati erti ‘fitrah’ yang sebenar..=)

Sunday, September 19, 2010

Menilai Kualiti Puasa Lalu


Eidul Fitri seharusnya memberikan seribu satu kegembiraan kepada kita dan seluruh umat Islam. Ibarat meraikan kemenangan yang dianugerahkan kepada setiap Muslim selepas melalui satu kem ibadah dan disiplin diri.


Melalui Firman Allah SWT, Sunnah Rasulullah dan pelbagai hikmah yang ditemui di sebaliknya, berbagai-bagai kiasan dan tafsiran diberi kepada Ramadan dan ibadah puasa. Sehubungan dengan itu, bila diamat-amati terdapat tiga dimensi penting yang terkandung dalam pensyariatan ibadah puasa; hubungan hamba dengan Penciptanya (hablum minallah), hubungan dengan sesama manusia (hablum minan nas) dan tanggungjawab individu Muslim kepada diri sendiri.


Ibadah puasa dinyatakan oleh sebuah Hadis sebagai satu-satunya pemberian anak Adam kepada Tuhannya sementara amalan lain adalah untuk diri anak Adam itu. Sekalipun puasa merupakan pemberian kepada Allah SWT, ia tetap dikurniai balasan baik ketika di akhirat nanti. Maka, lega dan gembiralah di kalangan mereka yang dapat menyempurnakannya dengan baik pada Ramadan lalu.


Dalam dimensi ini, puasa adalah tanda keimanan seorang hamba terhadap Tuhannya. Apabila ia berpuasa, bermakna ia menjaga hubungan di antara hamba dengan Tuhannya. Dengan peringkat-peringkat puasa yang menjadi penanda aras kepada mutu puasa seseorang sama ada sekadar puasa umum, khawwas ataupun khawasil khawwas, maka ia juga menentukan di peringkat mana eratnya jalinan hubungan tersebut. Amat wajar kalau setiap individu Muslim membuat penilaian terhadap kualiti dan peringkat puasa yang telah dijalaninya itu, supaya ia menjadi pemangkin agar individu terbabit lebih bersedia untuk menyambut Ramadan yang akan datang untuk diisi dengan pengisian-pengisian yang lebih baik dan salih.

Puasa yang berkualiti adalah dengan memeliharanya daripada sebarang perkara yang boleh menghilangkan pahala puasa. Apabila Rasulullah SAW menyatakan bahawa antara sebab yang boleh mengakibatkan pahala puasa terhapus adalah bila mana seseorang itu melakukan pembohongan, mengumpat, mengadu domba, dan membuat sumpah palsu, menunjukkan bahawa puasa memerlukan individu Muslim yang melakukan ibadah tersebut perlu menjaga hubungannya sesama manusia.


Secara timbale-balik, puasa juga boleh dijadikan sebagai perisai untuk menghalang individu Muslim sama-sama terlibat dengan perlakuan-perlakuan yang buruk yang dilakukan oleh saudara seagama. Dengan mengatakan dirinya sedang berpuasa, maka keterlanjuran yang berlaku akan dihentikan dengan segera kerana menghormati ibadah tersebut. Setelah hampir seminggu kita meninggalkannya, perlunya kita bermuhasabah serta menilai sama ada kita masih menjaga tutur kata dan beradab ketika berkomunikasi dengan orang lain. Seterusnya menilai, sama ada kita juga masih berterusan menjaga maruah dan nama baik saudara seagama tanpa mengira ia berada di sisi kita atau di belakang kita.


Bukan sahaja dengan memelihara dan mencegah pahala puasa daripada berkurang atau terhapus, melalui hubungan sesama manusia juga pahala boleh diusahakan dan diraih. Dalam hal ini amat banyak Hadith yang menyarankan supaya pemberian dan sedekah dibuat kerana ia dapat meningkatkan lagi pahala puasa. Antaranya ingatan daripada Baginda Rasulullah SAW yang bermaksud bahawa harta tidak akan berkurangan disebabkan sedekah malah pemberi sedekah akan dikurniai ketinggian darjat dan kemuliaan.


Menurut Ibn Abbas dan Imam al-Bukhari R.A, dalam episod bersedekah Rasulullah SAW merupakan individu yang amat pemurah kepada semua orang dan sifat kedermawanan Baginda ini bertambah-tambah pada bulan Ramadan. Betapa dermawannya Baginda sehingga diibaratkan seperti angin kencang yang bertiup, tanpa ada sebarang penghalang yang dapat menggalangnya daripada terus berlalu. Justeru itu, tidak ada sebarang sekatan bagi Baginda Rasulullah untuk terus dan terus melakukan sedekah demi menggembirakan hati-hati milik mereka yang memerlukan.

Pada bulan Ramadan kita banyak menyaksikan golongan yang memerlukan seperti fakir miskin dan anak yatim menerima layanan yang istimewa dan hampir setiap hari mereka diraikan. Walaupun demikian, adakah kita mula meninjau di mana mereka ini berada pada hari ini? Adakah sama seperti sebelum ketibaan Ramadan, kembali dalam keadaan yang terpinggir kerana tangan kita telah berhenti untuk menghulur bantuan dan kebaikan?


Apabila tilawah al-Quran sangat dianjurkan untuk dilakukan, selain ia menerbitkan butir-butir pahala dan berperanan sebagai pemangkin kepada doa-doa yang dipanjatkan, ia turut memberi petanda bahawa umat Islam sangat digalakkan untuk mencari dan menggali ilmu kerana al-Quran merupakan sumber dan asas ilmu kepada seluruh kehidupan manusia. Dan sejarah adalah pengalaman yang sarat memberikan manusia ilmu dan pengajaran berguna. Itulah sebabnya di sebalik umat Islam diiberi rangsangan untuk mengejar pelbagai fadilat malam lailatul qadar dengan menghidup dan memeriahkan sepuluh malam terakhir Ramadan, setiap individu Muslim sepatutnya mencari rahsia dan sejarah anugerah lailatul qadar kepada umat Islam.


Kekaguman Baginda Rasulullah SAW terhadap pemuda dari kalangan Bani Israel bernama Syam'un yang sentiasa berjihad menegakkan agama Allah dan jihad itu mampu dilakukannya secara berterusan sehingga seribu bulan, mendorong terbitnya harapan supaya keistimewaan diberikan kepada umat Muhammad SAW.


Serentak dengan itu supaya ibadah puasa dapat dijalani dengan baik, tidak memudaratkan diri dari aspek kesihatan, malah memberi pulangan yang baik kepada tubuh badan dan pada malam hari ibadah-ibadah sunat dapat dilakukan dengan mudah, pemilihan pemakanan dan jumlah pengambilan makanan sebenarnya penting untuk diberi penekanan. Lantas ini menunjukkan bahawa amalan berpuasa hakikatnya mendorong individu Muslim untuk bersikap bijaksana terhdap soal pemakanan. Serta menggambarkan betapa indahnya Islam yang menyediakan satu mekanisme yang mampu memberi manfaat dari aspek jasmani dan spiritual sekali gus. Amatlah malang bagi mereka yang berkesungguhan menjaga pemakanannya ketika Ramadan, tetapi terus mengabaikannya bila Ramadan mula melabuhkan tirainya.


Secara ringkasnya selepas berlalunya Ramadan, persoalan yang wajar ditanyakan oleh setiap individu Muslim kepada dirinya sendiri adalah, sama ada puasa yang baru berlalu telah berjaya melaksanakan peranannya dalam membentuk diri sebagai insan yang memiliki istiqamah dalam melakukan sebarang tindakan baik serta memelihara dirinya daripada sebarang keburukan.

Juga sama ada hubungan di antara hamba dengan Penciptanya dapat dijaga secara berterusan, begitu juga dalam soal hubungan sesama manusia yang tidak membenarkan persengketaan berlaku, malah amat dianjurkan penyatuan dan berkasih sayang melalui pelbagai medium yang terkandung dalam agama Islam, serta sejauh mana pelaksanaan tanggungjawab terhadap diri sendiri dapat dikekal dan diteruskan.



"kan kusampaikan walaupun sebaris ayat.."

Monday, September 06, 2010

What if..



VS



Ever wonder what would happen if we treated our Quran like we treat our cell phone?

What if we carried it around wherever we went?

What if we flipped through it several time a day?

What if we turned back to go get it if we forgot it?

What if we used it to receive messages from the text?

What if we treated it like we couldn't live without it?

What if we gave it to Kids as gifts?

What if we used it when we travelled?

What if we used it in case of emergency?

This is something to make you go....hmm...where is my Quran?

Oh, and one more thing.

Unlike our cell phone, we don't have to worry about our Quran being
Disconnected because Allah already paid the bill.

Makes you stop and think 'where are my priorities? And no dropped calls!


So, please think deeply about it..=)


Friday, September 03, 2010

Merdeka?!





Merdeka?
Merdeka apa yang kau laungkan?
Wahai generasi muda zaman sekarang?
Wahai generasi muda harapan agama?
Wahai generasi muda harapan negara?
Wahai generasi muda harapan bangsa?
Wahai generasi muda harapan keluarga?
Wahai generasi muda ingatlah amanah!

Merdeka?
Merdeka apa sebenarnya yang kau laungkan?
Merdeka melakukan dosa dan maksiat?
Merdeka berpegangan sini dan sana?
Merdeka berzina tidak kira masa?
Merdeka menghisap dadah dan ganja?
Merdeka berjudi hingga badan binasa?
Merdeka berhibur hingga bersengkang mata?
Sesungguhnya kau buta dengan merdeka!

Merdeka?
Merdeka apa sebenarnya yang kau maksudkan?
Merdeka melawan perintah Allah?
Merdeka meninggalkan sunnah mulia?
Merdeka mendurhaka pada ibu dan bapa?
Merdeka merosakkan harta benda?
Merdeka dari tanggungjawab yang lebih utama?
Yang kau diciptakan tidak lain dan tidak bukan,
Untuk beribadat hanya pada-Nya!

Merdeka?
Merdeka apa yang kau banggakan?
Bila dijajah dengan perang pemikiran?
Disogok dengan keindahan dunia?
Berupa wanita maksiat perosak iman?
Berupa perzinaan melahirkan anak dibuang?
Berupa kekayaan penyilau akhirat?
Berupa trend dan fesyen patuh diturutkan?
Berupa kesibukan dunia diutamakan sentiasa?
Sedangkan itu semua kesenangan dunia,
Kepada Allah kita kembali jua!


Merdeka?
Merdeka apa yang sebenar-benarnya?
Jika ingin kau sirna perang pemikiran!
Solusi dengan berpegang pada agama
Wanita diberi mampu dikawal dengan menyempurnakan separuh agama!
Perzinaan akan turut mengikut dengan kuasa sahnya ikatan,
Kekayaan yang ada manfaatkan arah tujunya,
Trend dan fesyen patuhi batasannya,
Kesibukan akhirat itu yang utama,
tanpa dilupakan bahagian dunia,
barulah bahagia dunia akhirat,
bila berjumpa Allah di destinasi utama.

Merdeka?
Adakah kita sudah cukup merdeka?
Mari berjuang kemerdekaan sebenar!
Membantai perosak-perosak iman di dada!
Merdekakan pemikiran dari sogokan musuh agama!
Merdekakan agama dari anasir jahat!
Merdekakan diri, keluarga, masyarakat dan agama!
Dengan tarbiyyah yang mampu meraih segalanya!
Kita hidupkan generasi yang ummah!
Agar kita bangkit semula wahai generasi muda!



Ilhamrasa,
intuisiinsurgensi,
Kuala Krai,
Kelantan.

Wednesday, September 01, 2010

Ramadhan: Antara Generasi Awal dan Generasi Sekarang

Betapa besar perbedaan antara shaumnya (puasanya) kita dengan shaumnya salafus shalih (generasi awal Islam).

Generasi awal Islam berlomba meraih nilainya, berkutat dalam naungannya dan mengerahkan segenap kekuatan fisik dan kekuatan jiwa untuk mengisinya.

Siang hari mereka adalah kesungguhan, produktifitas dan profesional.

Malam hari mereka adalah malam-malam meraih bekalan ruhani, tahajjud dan tilawatul Qur’an.

Sebulan penuh mereka belajar, beribadah dan berbuat baik.

Lisan mereka shaum, jauh dari berkata yang tidak ada manfaatnya, apalagi kata-kata kasar, jorok dan dusta.

Telinga mereka shaum, tidak mendengarkan pernyataan sesat, negatif dan sia-sia.

Mata mereka shaum, tidak melihat yang diharamkan dan perbuatan tidak senonoh.

Hati mereka shaum, tidak terbersit untuk melakukan kesalahan atau dosa.

Dan tangan mereka, tidak digunakan untuk mengambil yang tidak halal dan tidak menyakiti.

Berbeda dengan muslim sekarang ini.

Di antara mereka ada yang menjadikan Ramadhan sebagai musim ta’at kepada Allah swt. dan melipatgandakan kebaikan.

Mereka shaum siang harinya dengan sebaik-baiknya. Mereka qiyam Ramadhan (shalat tarawih dan tahajjud) dengan sebaik-baiknya.

Mereka bersyukur kepada Allah swt. atas nikmat yang diberikan, dan mereka tidak lupa saudara-saudara mereka yang lemah dan tidak beruntung.

Mereka berusaha meneladani Nabi, sebagai orang yang paling dermawan dan paling banyak berbuat baik dalam bulan Ramadhan, laksana angin yang tertiup.

Kelompok lain adalah, kelompok yang tidak pernah tahu dan sadar akan kebaikan Ramadhan. Mereka tidak merasakan manfaat dari bulan Ramadhan. Mereka tidak peduli dengan shiam dan qiyam. Mereka tidak tahu dan tidak mau tahu keutamaan dan keistimewaan Ramadhan.

Padahal Allah swt. menghidangkan Ramadhan bagi qalbu dan ruh (hati dan jiwa) sekaligus. Sedangkan mereka malah menjadikan Ramadhan untuk memperturutkan syahwat perut dan mata (tidur) semata.

Allah swt. menjadikan Ramadhan sebagai upaya menyemai sikap kasih sayang dan kesabaran. Justeru mereka menjadikannya sebagai ajang amarah dan mengumpat.

Allah swt. menjadikan Ramadhan sebagai wahana meraih sakinah (ketenteraman) dan keteduhan. Mereka malah menjadikannya sebagai bulan pertengkaran dan perselisihan.

Allah swt. menjadikan Ramadhan sebagai momentum perubahan diri, namun mereka hanya merubah jadwal makan belaka.

Allah swt. menghadirkan Ramadhan untuk menggugah si kaya agar peduli dengan yang tak berpunya. Namun mereka menjadikannya sebagai ajang memperbanyak makanan dan minuman dengan aneka ragamnya.

Semoga umat muslim melaksanakan shaum Ramadhan adalah dalam rangka meraih janji Allah swt. taqwallah, bertaqwa kepada Allah swt. sebagaimana yang diperintahkan Al Qur’an, dengan demikian mereka akan keluar dari Ramadhan menjadi orang-orang yang suci (fithri) dan dosanya terhapuskan, biidznillah. Allahu a’lam bissawar..