Wednesday, December 07, 2011

Dakwah Bukan Hobi

  
Adik : Kak, dakwah tu wajib ke?

Kakak : Ye dik. Dakwah tu wajib bagi semua umat Islam. Seperti hadis Nabi SAW "Sampaikanlah dakwah walau satu ayat". Adik seronok tak jadi umat Islam?


 Adik : Mestilah seronok kak. Saya seronok sangat dapat berpuasa di bulan Ramadhan, beraya di bulan Aidilfitri, seronok dengar nasyid, fesyen busana muslimah pun cantik-cantik malah orang-orang Islam banyak yang baik hati. Hehe.


Kakak : Kalau mahu seronok, kenalah berkorban untuk Islam,dik.  Komited dalam pengorbanan. Tak bolehlah seronok untuk dapatkan kepuasan nafsu kita sahaja, tapi dakwah ala kadar. Macam sikap orang Melayu "senang aku buat, susah aku tinggalkan". Menyembah Allah janganlah hanya di tepi.

"Dan di antara manusia ada yang menyembah Allah hanya di tepi, maka jika dia memperoleh kebaikan (kesenangan dunia) dia merasa puas, dan jika dia ditimpa suatu cobaan (musibah) dia berbalik ke belakang (murtad). Dia rugi di dunia dan di akherat. Itulah kerugian yang nyata." (Surah Al-Hajj: 11)

Adik : Tapi kan kak, kite kan 'busy'. Macam-macam benda nak kena buat.


Kakak : Emm...kita kena bezakan ikut keutamaanlah,dik. Mana satu yang lebih utama?


Adik : Antara 'study' dengan dakwah ke? Hari tu, adik ada dengar satu pengisian, study no.1 tapi dakwah bukan no.2. Kak, boleh tak kita buat kerja dakwah bila 'free' je?


Kakak : Haa..cuba adik fikirkan dakwah ni amanah, tanggungjawab, minat atau hobi?


Adik : Tentulah amanah kak. Tanggungjawab bagi setiap muslim yang telah mengucap syahadah.


Kakak : Tanggungjawab bukanlah penghalang untuk meminati sesuatu mahu pun mengembang minat. Minat seharusnya ditambah seiring dengan hobi. Walaupun hobi itu jarang sekali dilaksanakan. Dakwah juga bukanlah penghalang untuk teruskan hobi yang sudah sebati dalam diri kita. Hobi dan minat mungkin sebenarnya satu wasilah untuk dakwah. Apa hobi adik ye?


Adik : Err...adik suka menulis blog,kadang-kadang suka edit video. Tapi suka-suka je kak.


Kakak : Baguslah begitu. Tak salah bukan kalau kita gunakan hobi untuk berdakwah pula. Lagipun kita sedang berada dalam generasi Y dan Z, iaitu generasi celik internet. Jadi, dakwah kita pun kenalah lebih inovatif dan kreatif.


Adik : Owhhh....baru saya faham kak. Minat saya sebenarnya ada tiga. Tiga bidang yang cukup berbeza dalam tiga dunia yang berbeza. Perubatan, agama dan sains komputer. Antara logik, wahyu dan kreatif. Sebenarnya, agak sukar sekali nak menemukan tiga dunia ini. Tapi alhamdulillah bagi saya, ia satu kelebihan. Saya dapat kaitkan dan hubungjalinkan "mereka" bertiga di kotak minda saya yang satu.


Kakak : Allahuakhbar! Hebatnya adik! Dakwah kita ini dakwah hati. Untuk berdakwah, sememangnya kita harus memenangi hati manusia, selagi mana ia tidak berkompromi dengan prinsip Islam yang kita imani. Kalau kita gunakan medium-medium Barat mahu pun men'ciplak' teknologi Yahudi untuk memperluaskan agenda islamisasi, itu adalah satu kemestian.

 

Sungguh, tidak ada dakwah tanpa kasih sayang. Kalau kita tidak dapat mengasihi manusia itu, kita tidak akan mampu men'dakwah'nya membawanya kepada Allah. Hinggakan, kerana kasih sayang ini, kita tidak akan fikir dua kali pun untuk mengorbankan wang, tenaga dan masa kita demi membawanya kepada Allah Taala. 

Apa sahaja. Mintalah masa ini untuk ummah.


Dakwah itu satu kewajipan bagi setiap insan muslim yang mengaku bersaksi dengan kalimah suci 'Laailahaillallah Muhammadurrasulullah'.


"Kenapa kita perlu berdakwah? Bukankah kita ini khalifah Allah? Manusia ini tidak sempurna, ada sahaja kesilapan yang sengaja dibuat ataupun tidak sengaja. Namun, itu bukanlah alasan untuk tidak terus berdakwah. Manusia bebas menggunakan apa sahaja wasilah yang ada, selagi ia tidak bercanggah dengan syarak."


Dakwah : Antara amanah dan hobi? Apa pilihan anda?

"Sesungguhnya bai'ah (sumpah setia) dalam perjuangan bukan sekadar pada lafaz yang disaksikan. Bukan hanya tandatangan dan mengisi borang. Namun yang paling penting, bila mana kita berbai'ah, diri kita bukan lagi diri kita yang sebelumnya. Diri kita bukan lagi milik diri kita sepenuhnya, tetapi diri kita milik sepenuhnya kepada perjuangan Islam, di mana ada tuntutan Jihad, di situlah kita akan berada dan bekerja hingga ke akhir hayat kita dengan meletakkan sepenuhnya Al-Jihad Fi Sabiluna"



Komited dalam pengorbanan.

Saturday, December 03, 2011

Anime, Naruto dan Dakwah

Anime sebagai Dakwah Nye Strategi?Boleh Ke?!
 


Okey..! jom kita risik dengar perbualan dua orang sahabat di bawah ni....Take note pada tulisan yang bergaris.. ^_^


A : Enta selalu adakan usrah menggunakan cara yang bagaimana?


B : Biasanya ana tanyangkan vedio seperti vedio Rasulullah saw. Tak mau bagi diorang boring..


A : Ana biasa tayangkan cerita.. Seperti contoh cerita “Naruto”. Begini..Enta tengok UKHWAH antara Naruto dengan Sasuke..


B : Ermmmm...


A : Ok..pastu enta tengok satu team akan ada tiga orang ninja.. dan ada seorang NAQIB..Iaitu guru diorang..


B : Alahai..Camna ana nak terangkan pada mad'u ana nanti..


A : Ok..camni.. contohnya Rodri.. Even dia tahu yang dia TAK DE BAKAT dalam dunia ninja, tapi dia HEBAT.. Sebab dia USAHA..Dia tak de KUASA macam Naruto.. Dia tak de mata SHARINGAN macam Sasuke..Dia tak KUAT macam Gara..Tapi dia ada FIZIKAL.. Dengan badan tu lah dia BERLATIH..Dan menjadi antara ninja TERHEBAT..


B : Wahhhhh...satu idea yang baru untuk ana perjelaskan dan kongsikan pada sahabat-sahabat nanti...Gud2..!


A : That's why kita kena TENGOK dengan MATA HATI..NOT MATA BIASA yang 2 bijik nie...!!


B : Glluuupppp..!!


Ha..tu diaaaa..dah risik dengar kan?!

Pada mulanya si B ni macam pelik je lepas diberitahu si A ni tengah download cerita anime Naruto.. Sedangkan si B ni tak suka sangat tengok cerita animasi kerana baginya cerita sebegitu akan membazirkan masa..


Akan tetapi si A telah membuat kesimpulan yang Berjaya mengubah persepsi syadid si B kepada mentaliti yang penuh kretiviti dan inovasi.=)


Moral of The story

 

UKHWAH antara Naruto dengan Sesuke sangat-sangat rapat.. ke'Ukhwah'an antara mereka sangat penting dalam memenangi misi perlawanan.. Jika mereka tidak rapat, tidak bersatu, tiada rasa ukhwah dalam hati mereka maka mereka akan sengsara dengan kekalahan..


Begitulah jua dalam dakwah..kita apply cara Naruto & Sesuke ber'ukhwah' dalam medan dakwah kita..Ukhwah sesama ikhwan & ukhwah sesama ikhawat bagaimana?!
RAPAT DAN SALING TEGUH BUKAN?!
SALING RINDU MERINDUI ANTARA SATU SAMA LAIN BUKAN?! (sesama muslimat & sesama muslimin sahaja yer).. 
Ya..tanpa ukhwah sahabat-sahabat siapalah kita.. Terjalinnya ikatan ukhwah maka eratkanlah akan ikatan-ikatannya..Ukhwah fillah abadan abada..=)


Dalam anime “Naruto” ada gurunya.. Sama juga dalam dakwah ada gurunya juga kan? Kita LEBIH KENALI DENGAN PANGGILAN MURABBI DAN MURABBIAH.. Merekalah yang saling tunjuk ajar kepada kita.. Yang sentiasa memberi kata-kata perangsang untuk kita terus hebat dijalan dakwah.. Jika kita rasa berputus asa, rasa jatuh terduduk malah dihimpap tangga, Murabbi lah tempat kita buat rujukan..


Dalam dakwah bakat itu tidak berapa penting namun yang paling penting adalah usaha.. JIKA ADA BAKAT TAPI KURANG USAHA, BERJALANKAH DAKWAH ITU?! Lama-kelamaan bakat pun berkurang dan hilang jika tak diasah..Akan tetapi, jika ada usaha tapi kurang berbakat, hasilnya amat effective sekali.. Dakwah akan berjalan dan bakat akan terus bertambah serta berkembang disebabkan usaha yang tidak kenal penat lelah..

Dakwah pon MANTOOPP..!!
That's right?


Kenangan Masa Muda-Muda


Teringat intuisiku tentang cikgu ADD MATH time sekolah dulu..cikgu yang selalu selalu member nasihat dan tarbiyah yang berguna kepada kami..
Antara kata-kata perangsang yang ingin intuisiku boleh kongsikan adalah mengenai bola sepak..cikgu cakap, pemain bola sepak akan menendang bola ke gawang gol dengan mencari sudut atau penjuru gol..tapi bukan di tengah-tengah pintu gol..


Okey..Bagaimana pemain-pemain bola sepak tu boleh jaringkan gol dengan menendang bola ke penjuru gol dan GOOOLLL!!?


Ya..DENGAN MELAKUKAN LATIHAN SETIAP HARI..
BERPENAT LELAH.. TAK KIRA SIANG MALAM.. HUJAN PANAS..
NAMUN HASILNYA ADALAH KEMENANGAN..



Sama jugak kalau kita sentiasa melakukan latihan setiap hari dalam ADD MATH..(sbb time tu kami semua lemah add math).
InsyaAllah..dengan berpenat lelah melakukan latihan namun hasilnya adalah A+..kan?!


Ok..dalam dakwah pula..the same thing..
Ampa leh pikiaq-pikiaq lar lagu mana..\(^_^)/



p/s: Harapnya penggemar-penggemar animasi, anime, drama dan telenovela lain juga pun dapat ‘melihat’ dengan mata hati nilai-nilai yang tersembunyi di sebalik apa yang mereka gemari..=)



Idea Asal: Nur Hidayah Ali, UUM, Kedah.
Editor: faizalMS, UIAM, Kuantan, Pahang.

Wednesday, November 30, 2011

Jika Anda.....~


Jika anda bakal menjadi seorang DOKTOR kelak ,maka rawatlah hati insan yang kian terpesong jauh daripada Agama tercinta.


Jika anda bakal menjadi seorang AKAUNTAN kelak, maka sedarkanlah manusia bahawa pahala ALLAH itu lebih mewah daripada segala-galanya.


Jika anda bakal menjadi seorang ARKITEK kelak, maka lakarlah sinar Islam yang mampu menyinari kehidupan setiap Muslim.


Jika anda bakal menjadi seorang JURUTERA kelak, maka binalah satu ukhuwah yang kukuh antara umat Islam itu.


Jika anda bakal menjadi seorang PEGUAM kelak, maka pertahankanlah Islam dimata dunia


Jika anda bakal menjadi seorang JURUTERBANG kelak, maka pandulah manusia untuk kembali ke jalan yang diredhai-NYA.


Jika anda bakal menjadi seorang POLIS kelak, maka awasilah umat Islam daripada terus memungkiri Tuhan yang Maha Pencipta.


Jika anda bakal menjadi seorang PENSYARAH kelak, maka didiklah anak bangsa untuk menjadi Muslim yang berjaya.


Jika anda bakal menjadi seorang GURU kelak, maka bentukkanlah acuan sempurna dalam sanubari anak didik mereka agar kelak menjadi GOLONGAN di atas….=)

Monday, November 28, 2011

Tak Sempurna..


sekelip mata..,
seakan tak percaya..,
dunia semakin berusia..
aku pula kini semakin dewasa..
semua benda dah tak sama..,
tapi aku tetap manusia biasa..
berbuat pahala dan dosa..
kadang-kadang berlaku tanpa di duga.


dulu aku kecil saja..,
lalu aku remaja..
kini aku dewasa..
nanti aku akan tua..
kemudian aku akan bertemu dengan-Nya
dia lah Tuhan yang Maha Esa
 

tak sempurna.., 
jujur aku tak sempurna..
bukan seperti yang kau duga
aku cacat..,
aku buta walaupun aku ada mata..
aku cacat..,
aku pekak walaupun aku ada telinga..
aku cacat..,
aku bisu walaupun aku ada suara..
aku cacat..,
aku lumpuh walaupun tubuhku sempurna..
apa guna itu semua..,
andai aku terus leka dengan dunia..
dosa berlipat ganda..
pahala secebis cuma..
ajal pula semakin tiba..


Ilham Cipta;

faizalMS,
Banyu Manis,
Selangor,
26.11.2011 (2.00 am).

Sunday, November 20, 2011

Anugerah Dari Kegagalan



Dari kegagalan
Satu percintaan
Kualami
Penderitaan
Kesengsaraan
Kebatinan

Tapi di sebalik
Semua kepahitan
Tersembunyi
Oh keinsafan
Dan pengertian
Yang amat dalam

Terbukti kegagalan
Bukanlah kehancuran
Dengan anugerah
Nikmat dan hikmat
Kehidupan

Aku pelajari
Mengenali diri
Dan siapa kita
Yang sebenarnya
Di bumi Tuhan
Ho ho 

Sunday, November 13, 2011

Hakikat Sebuah Cinta (Bahagian II)

 Cahaya Cinta

Cukuplah. Bangunlah kita dari tidur yang lena. Kembali melihat kepada cahaya yang telah Allah berikan kepada kita.

Satu soalan yang sememangnya selalu saya tanyakan baik pada budak-budak sekolah, kawan-kawan di IPT, dan pernah juga kepada diri saya sendiri. ketika masih keliru antara cinta nafsu dan cinta Allah.


“Apa yang kita akan buat, seandainya kalau kita nak buktikan cinta kita kepada seorang wanita?”


Terlalu banyak jawapan yang kita akan dapat.

Sanggup korbankan semua duit untuknya, sanggup korbankan semua masa untuknya, sanggup korbankan semua tenaga untuknya.

Sentiasa berusaha untuk memastikan dia selalu cinta kepada kita. Sentiasa berusaha untuk memastikan dia tidak akan pernah cuba membenci kita. Sentiasa berusaha memastikan dia berada dalam keadaan bahagia. Sentiasa berusaha memastikan dia tidak akan pernah merasa sedih atau cemburu.

Semua perkara yang kita rasa dia suka, kita akan buat. Semua perkara yang kita rasa dia akan benci, kita akan tinggalkan. Semua perkara yang dia suruh, kita berusaha memenuhinya tanpa pernah beralasan. Semua perkara yang dia suruh tinggalkan, kita sanggup tinggalkan tanpa beralasan.

Itu hanya kerana mahu mendapatkan cinta seorang manusia. CINTA YANG TIDAK MAMPU MEMBERIKAN KITA JAMINAN UNTUK MENGECAPI KEBAHAGIAAN DI DUNIA, MAHUPUN DI AKHIRAT.

Tapi, bagaimana pula dengan pembuktian cinta kita pada Allah?


Muhasabah Cinta



Tidak mungkin dalam kehidupan seorang muslim untuk memisahkan antara kecintaannya kepada Allah dengan kecintaannya kepada Rasul SAW. Hal ini merupakan tuntutan dari kedua kalimah syahadah yang diucapkannya. Tidaklah sah keislaman seseorang yang hanya mengucapkan satu syahadah dan mengabaikan yang lainnya.

Bukti kecintaan seseorang kepada Allah, adalah dengan mengikuti apa yang diperintahkan oleh Allah dalam al-Qur’an, tanpa pernah cuba untuk menambahi, atau menguranginya.

“Katakanlah: ‘Jika benar kamu mencintai Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu.’ Dan, Allah Maha Pengampun, Maha Mengasihani”
(Ali ‘Imran: 31)

Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa terdapat satu kaum pada zaman Rasul SAW yang berkata;

“Demi Allah hai Muhammad! Sesungguhnya kami benar-benar yakin dan cinta kepada Tuhan kami.”

Maka Allah menurunkan ayat di atas sebagai tuntutan bagaimana seharusnya mencintai Allah.

(Diriwayatkan oleh Ibn Munzir dari al-Hasan)


Dan apa antara perintah Muhammad SAW yang direkodkan di dalam surat cinta Allah kepada kita?!

“Katakanlah: “Jika bapa-bapakmu, anak-anakmu, isteri-isterimu, keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perdagangan yang kamu khawatirkan  kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya serta berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusan-Nya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.”
(at-Taubah: 24)

Bezakanlah antara hawa nafsu dan cinta.  Binalah kekuatan dalam dirimu serta hatimu, dan susunlah kembali tingkatan-tingkatan cinta seperti yang sepatutnya untuk bertakhta di hati kita. Bermula dengan Allah, Rasul, jihad dan seterusnya, berdasarkan firman Tuhan di atas.

Tinggalkanlah segala cinta kita pada manusia kerana cinta kita pada Allah. Tinggalkanlah segala cinta kita pada harta kerana cinta kita pada Allah. Tinggalkanlah cinta kita pada kekuasaan kerana cinta kita pada Allah.

Perit?!Cuba baca ayat di bawah;

“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”
(al-Baqarah: 216)

Subhanallah. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Carilah cinta Allah. Kerana itu cinta abadi..=)

Thursday, November 10, 2011

Kisah Si Buta


Ini kisah si buta,
aku menulisnya,
hanya dengan sebatang pena,
dia bercerita dalam tangisannya,
di samping aku duduk bersama..

Kau manusia cukup bertuah,
punya mata yang sempurna,
menikmati ciptaanya yang terindah,
dan kau ego memilikinya,
tidak sepertiku hidup dalam gelap gelita,
malam dan siang susah aku nak beza,
sekadar mendengar manusia bercerita,
betapa indahnya bulan bercahaya,
di temani bintang-bintang di angkasa,
saat menunggu terbitnya sinar sang suria,
malah aku hanya bermain dengan minda,
berimeginasi dengan suasana,
bagaimana rupanya cahaya,
apa pula kaitannya bulan,bintang dan suria...

Dan aku masih setia,
mendengar setiap bicara,
dari bibir tua si buta,
kisahnya buat mataku terbuka,
melihat nikmat yang diberi percuma,
kisahnya juga buat hatiku sedar dari lena,
nikmat tuhan manakah yang kita dusta?!

Si tua terus bercerita...
dalam sujudku aku pernah berdoa,
meminta sesuatu daripada Sang Maha Pencipta,
semoga Allah panjangkan usia,
walaupun hidupku tak sempurna,
bukan seperti manusia biasa,
aku sering di hina,
insan sepertiku hanya menyusahkan saja,
tapi aku tidak pernah lupa,
yang membezakan manusia mulia,
hanya iman dan taqwa,
apa guna andaiku punya mata,
jika maksiat menguasai dunia,
pasti aku tidak akan terlepas dari berbuat dosa,
dan aku lebih suka buta,
dan terus buta selamanya,
andai ini adalah takdir darinya,
dan biar lah aku jauh dari dunia manusia,
asalkan aku tidak jauh dari-Nya,
Dia lah Tuhan yang Maha Pencipta.


Ilham Cipta;
faizalMS,
Kg Melati,
Kuala Krai,
Kelantan,
10/11/11 (2.30 am).