Friday, January 06, 2012

Kisah Benar: Ustaz Azhar Idrus (UAI)


Intuisiku percaya saat dan ketika ini orang sedang rancak bercerita kisah sensasi tentang UAI. Tidak kiralah dari sudut belah sana atau belah sini. Dari sudut menyokong atau menentang. Tetapi pokoknya, orang akan tetap bercerita kerana ada isu. Isu yang timbul dari omong kosong tanpa bukti. Isu yang semata-mata cerita kontroversi, tidak lebih dari itu.

Dan intuisiku kira, sebelum keadaan pergi lebih jauh, baik kita faham betul-betul cerita sebenar tentang UAI ni.

Apa cerita sebenarnya?

Mudah saja. Beliau adalah seorang ulamak. Seorang tok guru. Seorang ustaz. Tugas yang sedang beliau buat pula adalah mengajar orang ramai tentang ilmu agama, baik dari segi feqah mahupun akidah. Dan, method atau uslub yg dia gunakan pula adalah pertengahan dan bersesuaian dengan kefahaman orang awam. Dan perlu diingat bahawa ia MUNGKIN sekali tidak sesuai utk perbincangan ahli ilmu dan bijak pandai - yang mahukan perbahasan mendalam lagi terperinci ttg sesuatu hukum.

Beliau juga mempunyai cara tersendiri dalam berdakwah. Siapa sangka, beliau yang mula-mula dulu dilihat sebagai 'ustaz kampung' dan sekali pandang macam 'orang tabligh', akhirnya hari ini merupakan IKON kepada ANAK MUDA? Siapa sangka beliau yang istiqamah dgn jubah dan kopiah itu BOLEH DITERIMA oleh orang muda? Tetapi beliau membuktikan demikian. Nak katakan pendapat-pendapat beliau 'sangat terbuka', tidak. Dia tegas dan adakala keras. Tetapi terbukti beliau diterima.

Kemuncaknya, gelombang yang UAI bawa boleh dilihat di mana-mana sahaja beliau pergi. Maka, adalah pihak yang tidak berpuas hati dan tak senang duduk dengan fenomena tersebut. Sebab apa tak senang hati dan tak senang duduk?! Ada beberapa sebab ; antaranya mungkin tak puas hati kenapa golongan ulamak boleh tarik anak muda. atau, tak puas hati kerana dilihat pro pembangkang. atau, tak senang duduk kerana masyarakat mula celik agama. atau, tak senang duduk kerana pendekatan gaya bahasa atau cara memberi hukum yang digunapakai.

Dalam banyak-banyak sebab, sebab terakhir tu mungkin boleh diconsider. tapi timbul pula persoalan, KALAU CARA ATAU PENDEKATAN YANG DIGUNAPAKAI TAK BAGUS, ATAU ADA CARA DAN PENDEKATAN LAIN YANG LEBIH BAGUS, KENAPA PULA BERJAYA MERAIH SASARAN MAD'U YANG BESAR?! Method ini pelbagai. Kita tak boleh nak cakap method kita yang paling bagus utuk berdakwah. Tapi kalau UAI berjaya buktikan method beliau diterima sasaran dengan baik, maka janganlah pula ada pihak yang mendengki. Sama-samalah kita support dan pelbagaikan alternatif dakwah demi manfaat ummah, bukan bertelingkah sesama kita.

Nak tulis panjang-panjang pun tak guna juga, sebab tidak ada isu pun sebenarnya. Cuma sekadar nak ajak balik kita kembali kepada cerita sebenar. Iaitulah anak muda yang semakin berminat mendampingi ulamak.Anak muda yang semakin ghairah bertanyakan hukum hakam agama. Anak muda yang semakin ingin celik dengan Islam. Biarlah ustaz azhar idrus dengan caranya. dan orang lain berdakwah dengan cara mereka. Tidak wajib pendakwah satu malaysia kena ikut cara UAI. Ikutlah cara masing-masing, tetapi USAHLAH DICERCA SESAMA SENDIRI KERANA AKHIRNYA MASYARAKAT AKAN PENING.

Buat akhirnya, nak quote komen ringkas ustaz azhar idrus ; “Pandang terus ke depan. Perjalanan dakwah masih terbentang jauh.”




~Teruslah belajar dan mengaji ilmu agama, dan teruslah menyayangi ulamak. Kerna mereka adalah pewaris pada Nabi ~ ^_^

Sunday, January 01, 2012

Tahun Baru?! Azam Baru ?! Atau Hanya Ikutan Semata-mata?!


Bagaimana bisa kusimpulkan tajuk di atas dengan begitu total?! Baiklah.. Intuisiku mengaku tiada satu azam pun yang dipersiapkan untuk menghadapi tahun baru. Kemudian, Intuisiku berkongsi rasa ruginya Intuisiku tanpa merancang yang lebih baik di tahun mendatang, bersama sebilangan teman alamaya Intuisiku melalui suatu survey atau culaan di minggu yang lalu.


Mengejutkan!! Berani Intuisiku nyatakan angka ini, 98% daripadanya adalah sama seperti Intuisiku juga (cuma seorang saja yang sudah siap ditulis azamnya di kertas mahjong lalu ditampal di dalam kamar). Dari semua maklum balas, rata-rata dapat disimpulkan bahawa: 


1. Percayakah kalian, sikap menanam azam tahun baru cumalah sekadar ikut-ikutan, atau berbentuk ritual semata-mata?! Hinggakan ada yang segan bila ditanya apa yang mereka mahu lakukan nanti walhal tiada sesaat pun difikirkannya. Sebenarnya masyarakat kita sudah di peringkat mudah merasa malu jika ketinggalan dari yang terkini. ORANG MEMASANG AZAM, KITA JUGA MAHU. LANTAS SEMUA YANG DIUCAP ITU BERBENTUK MIMPI DI SIANG HARI.


2. Esok biar lebih baik dari hari ini. Tanpa perlu menunggu akhir tahun untuk bermuhasabah diri, tiada salahnya setiap malam sebelum melayan lena, elok dimain kembali wayang perlakuan kita seharian tadi. Andai ada yang tidak kena, esok harus kita perbetulkan. Supaya dengan pantas potensi diri berkembang.


3. Kategorikan azam mengikut tingkat. Bermisi jangka pendek dan panjang bukan petanda seseorang itu teliti yang melampau. Malah, merancang apa yang ingin digapai secara berjadual, lebih menampakkan keperibadiannya yang sistematik. Sebagai contoh,  merancang berumah tangga sebelum umur menjejak 25. Telitikah si perancang?! Hehe


4. Anggapkan kita sedang berhutang dengan diri sendiri. Maka hasilnya, bertandanglah rasa bersalah jika tidak dilunaskan semua azam sebelum tiba waktunya. Oh, apa yang perlu dirisau, buku tiga lima kan ada. Balance azam tahun lalu masih boleh dibawa ke tahun depan, bukan?! Tapi, JANGAN PULA SEWENANGNYA MEMASANG RIBA’ YANG BERBENTUK HUKUMAN PADA DIRI SENDIRI, KELAK AZAM ITU BERSTATUS HUTANG LAPUK PULA.


5. Mengukur baju di badan sendiri untuk kita mengenal upaya diri, agar berpijak di bumi nyata. Ya, memang tiada salahnya membina cita yang setinggi kota, kerana langit itulah had kita.  Tapi, jangan dilupa. Mengatasi kelemahan diri itu suatu jihad. CUMANYA SASARAN ITU JANGAN DIPISAHKAN SEJAUH BULAN DENGAN BUMI. Kita kan punya akal yang bijak bestari.




 





p/s: Idea menulis entri kali ini, 100% bukan Intuisiku. Segalanya Intuisiku simpulkan menjadi satu dari para teman alamaya Intusiku yang sudi memberi respon terhadap survey tempoh hari. Sebentar, biar kuangkat topik ini sebagai tanda hormat, dan terima kasih. Selamat Tahun Baru 2012. Isilah cuti tahun baru dengan perkara-perkara yang berfaedah dan berguna..Semoga tahun ini lebih baik berbanding tahun-tahun semalam..^_^

Thursday, December 29, 2011

Sajak Kecil tentang Cinta... ^_^



Mencintai angin harus menjadi suit…
Mencintai air harus menjadi ricik…
Mencintai gunung harus menjadi terjal…
Mencintai api harus menjadi jilat…
Mencintai cakrawala harus menebas jarak…
Mencintai-Mu(mu) harus menjadi aku…


~*Sapardi Djoko Damono*~

Sunday, December 25, 2011

Coretan Anak Jalanan di Tengah Malam..^_^


Zaman bertukar tahun berubah,
belum tentu diri kita sudah berubah,
adakah iman kita semakin bertambah?
atau semakin luntur tidak bercambah?
nak berubah bukan satu perkara yang mudah,
perlu lawan nafsu ammarah,
ajar diri supaya tabah,
moga dapat terus istiqamah,
kerana itu yang paling payah,
memang perlu bersusah-susah,
nak berubah bukannya mudah,
kena jauh sifat mazmumah,
patuh dan taat perintah Allah,
hiasi diri dengan sunnah,
sentiasa ikhlaskan hati untuk beribadah,
konsep hari ini lebih baik daripada semalam gunakanlah,
ayuh sahabat jom kita berubah.

Diri ini bukanlah seorang yang baik,
tetapi sentiasa berusaha nak jadi yang terbaik,
sebab Allah jadikan kita ciptaan yang terbaik,
malah jadi ummah yang terbaik,
memang banyak dosa kalau fikirkan balik,
tak boleh nak putar masa balik,
Allah sayangkan kita nasib baik,
Dia beri peluang taubat sebagai jalan yang terbaik.

Kita harus sedar wahai saudara,
hidup ini cuma sementara,
nikmat yang dikecapi tak kekal lama,
akan hancur nanti satu ketika,
jangan ada rancangan untuk hidup sahaja,
mesti ada rancangan untuk mati juga,
untuk hidup selama-lamanya di syurga.

Sedikit coretan intuisiku pada hari ini,
memang nukilan intuisiku sendiri,
tak tiru tak copy,
memang tulus daripada hati,
bukan untuk poyo atau meninggi diri,
mungkin ini kelebihan yang Allah kasi,
nak kongsi bagi siapa yang sudi,
semoga ada manfaatnya di sini,
boleh jadi bekalan nak bawa mati.





Ilham Cipta;

faizalMS,
UIAM (Kuantan),
25.12.11 (3.20 am).

Thursday, December 22, 2011

Kembali Padamu

Album : Emas Awanan
Munsyid : Saff-One



Padamu Tuhanku
Hanya kau yang satu
Puji-pujianku hanyalah untuk-Mu
Dunia yang fana
Buatku terpedaya
Lupa padamu sesat entah kemana

kini...ku sedari
dosa-daosaku selama ini

(Chorus)
Keangkuhan diriku
kejahilan yang lalu
kuturutkan hati mengingkari suruhan-Mu
kan ku tinggalkan semua
dosa-dosa dan noda
ingin kembali kepada-Mu..oh

kini ku sedari
kecilnya diri ini
kepadamu aku akan kembali pasti
akhirnya ku mengerti
perjalanan hidup ini
segalanya disaksi sejak azali

ampun...Tuhanku
segala kesalahanku

Chorus
(Ya Allah terimalah taubatku)
Chorus

Keinsafan yang kurasa
kekesalan tak terkira
mengharap keampunan dari-Mu Yang Maha Esa
pintu taubat terbuka
kuharap engkau terima
kepulanganku ke jalan yang Kau redha...

Friday, December 16, 2011

Dialah Insan Teladan




Dia pesuruh Allah
lahir sebagai anak yatim piatu
tetapi membesar dengan membawa rahmat.
Ketika beruzlah di Gua Hira'
datanglah malaikat Jibril membawa wahyu
mengajar Nabi menyebut Iqra’.
Menyebarkan Islam bermulalah sudah
di Makkah sedikit saja yang percaya
berhijrahlah Nabi dan sahabat ke Madinah.

Sampai di Madinah disambut dengan meriah
mulalah Nabi dan sahabat membina Masjid Quba
Ansar pula menghulurkan bantuan.
Bermulalah misi dakwah
bersaudaralah Muhajirin dan Ansar
saling bersatu padu berkasih sayang.
Dialah kekasih Allah
kehidupannya sederhana sekali
rela berkorban demi umatnya.
Akhlak mulia menjadi kebiasaan Nabi
dia mudah memaafkan, senyumnya memikat hati
berkasih sayang kepada semua makhluk.

Pemergian Nabi ditangisi
Umar terus menghunuskan pedangnya
Abu Bakar datang meredakan suasana.

Dialah insan teladan
meninggalkan Al-Quran dan As-Sunnah
supaya menjadi panduan kepada umatnya.


Ilham Cipta;
faizalMS,
UIAM, Kuantan.
16.12.11 (1.37 am).

Sunday, December 11, 2011

'Pahala' di Muka Buku.. ^_^

Muka Buku a.k.a. Facebook



Muka Buku atau lebih dikenali sebagai Facebook ialah sebuah tapak web rangkaian sosial yang dikendali dan dimiliki secara persendirian oleh Facebook, Inc. Sejak 2006, sesiapa yang berumur 13 tahun ke atas dan memiliki alamat e-mel yang sah boleh menjadi pengguna Facebook. Facebook lebih menyasarkan golongan belia berbanding dewasa.

Pengguna boleh menambah rakan dan saling menghantar mesej, serta mengemaskini profil peribadi mereka sebagai makluman kepada rakan-rakan. Selain itu, pengguna juga boleh menyertai rangkaian yang dianjurkan oleh tempat kerja, sekolah, atau kolej.

Nama Facebook berasal daripada timangan yang digunakan untuk buku-buku yang diserahkan oleh pihak pentadbiran universiti kepada para penuntut pada permulaan tahun akademik di Amerika Syarikat dengan tujuan membantu penuntut saling mengenali.

Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg bersama teman-teman sebiliknya dan rakan-rakan sekursus sains komputer Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes. Pada mulanya, keahlian tapak web ini terhad kepada penuntut Harvard, tetapi kemudian beransur-ansur diperluaskan kepada kolej-kolej lain di kawasan Boston, Ivy League, dan Universiti Stanford.

Selepas itu, Facebook berkembang lagi untuk merangkumi mana-mana pelajar universiti, kemudian pelajar sekolah tinggi, dan akhirnya, sesiapa sahaja yang berumur 13 ke atas. Kini, tapak web ini dianggotai oleh lebih 400 juta pengguna aktif seluruh dunia.

Daripada Jabir bin Abdillah, Rasulullah S.A.W bersabda:


سَلُوا اللَّهَ عِلْمًا نَافِعًا ، وَاسْتَعِيذُوا بِاللَّهِ مِنْ عِلْمٍ لا يَنْفَعُ
Maksudnya: "Mohonlah kepada Allah ilmu yang bermanfaat, dan berlindunglah dengan Allah daripada ilmu yang tidak bermanfaat"

Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf, Abdun bin Humaid dalam al-Musnad, al-Fakihi dalam Fawaid Abi Muhammad al-Fakihi.

Meraih Pahala Bersama FB


Tajuk ini bukanlah menggalakkan kita terus berfacebook kerana termotivasi dengan terma 'pahala'. Ia cuma sebagai pendorong kepada kita UNTUK MEMANFAATKAN MASA YANG TERLUANG SEMASA BERFACEBOOK UNTUK MEMPEROLEH PAHALA DARI-NYA.

1. Facebook Chat

 

Berbual menggunakan Facebook Chat sememangnya menyeronokkan. Sahabat yang jauh, terasa dekat. Masa yang lama, terasa singkat. Tambahan pula dengan adanya video call, seakan 'melekat' batang tubuh di hadapan komputer. LEPAS SEORANG, SEORANG LAGI. HINGGA LARUT MALAM.

Adalah lebih baik jika chatting itu terisi dengan perkongsian ilmu yang bermanfaat. Boleh jadi ia perbincangan masalah dalam pembelajaran, perbincangan isu-isu agama ataupun sekadar bualan bagi mengeratkan ukhwah.

2. Status


Terkadang rasa lucu, geram, keliru, hairan dan seronok melihat ragam status rakan-rakan Facebook setiap hari. Ada yang JENIS UPDATE STATUS SETIAP JAM. Ada yang SUKA MELUAHKAN PERASAAN SELEPAS PUTUS CINTA. Ada YANG MELUAHKAN KEMARAHAN di Facebook.

Tidak kurang juga ADA YANG BERGADUH, SALING PERLI-MEMERLI (sempat lagi tag 'musuhnya'). Bagi yang membaca status, JARI-JEMARI LIGAT MENEKAN 'LIKE'. Ada juga YANG MENULIS STATUS DAN MENGHARAPKAN 'LIKE' YANG BANYAK.  'Like' yang banyak mungkin satu kepuasan buat dirinya.

Tulislah status yang bermanfaat, diletakkan link ceramah agama dari Youtube, ataupun sekurang-kurangnya video-video menarik lucu dan berunsur nasihat dari blogger atau vlogger terkenal Malaysia seperti Mat Luthfi, Anwar Hadi atau Aiman Azlan (komisen..komisen.. sebab tolong promo ampa suma.hehe..).

Boleh juga diupload gambar-gambar bermanfaat, design testi yang menarik dari ILuvIslam, lukisan dari Rusydee Artz, komik Islamik dari MFR Studio dan juga Komik Dakwah Online.

3. Group

 

Kadangkala, aplikasi group ini agak menyerabutkan. APABILA SEMUANYA SERBA MUDAH DI DALAM FACEBOOK INI, MAKA MAKIN RAMAI YANG MEMBUAT GROUP. Lalu di add masuk ramai orang ke dalamnya. Kadangkala, TIDAK PERNAH DIMINTA UNTUK MASUK KE GROUP ITU, TAHU-TAHU SUDAH DI ADD MASUK.

Bagi intuisiku,  adalah lebih baik dibuang sahaja group-group yang tidak membawa manfaat dan sertai group yang bermanfaat. Cuba turut serta dalam perbincangan group dan lontarkan pandangan, ilmu mahupun komen anda.

USAH SEKADAR MENJADI 'SILENT READER' kerana kadangkala kefahaman kita terhadap sesuatu isu mungkin tersasar dari maksud sebenar. Jadi, dengan mengemukakan pandangan atau komen, kefahaman anda mungkin lebih jelas.

4. Share

 

Gunakan kemudahan share untuk berkongsi notes dan status rakan-rakan yang bermanfaat. Adalah lebih baik dikongsi status ilmuan-ilmuan agama kita seperti Ustaz Zaharuddin, Ustaz Hasrizal, dan Ustaz Azhar Idrus atau status motivasi dari Prof. Dr. Muhaya, Wardina Safiyyah dan lain-lain (sekadar menyebut beberapa nama).

5. Notes

 

Kemudahan aplikasi Notes di Facebook wajar diguna sebaiknya untuk dakwah. Apa sahaja yang anda peroleh dari pembacaan anda, ringkaskan dan letak di Notes kemudian tag seramai mungkin rakan-rakan anda.

Kita sudah ada majalah Solusi, Tarbawi, GenQ, Fardu Ain, Majalah i, Q & A, dan lain-lain. Malaysia sudah 'kebanjiran' dengan majalah-majalah agama. Manfaatkannya untuk mengutip dan menyebarkan seberapa banyak mutiara ilmu di dalamnya.

Apa yang penting, PASTIKAN APA YANG ANDA PEROLEH DARI PEMBACAAN ANDA PERLU DARI SUMBER YANG TEPAT DAN BUKANNYA MESEJ BERANTAI, RISALAH-RISALAH YANG ENTAH DARI MANA SUMBERNYA, DAN EMEL YANG TIADA ASASNYA. Tidak pasti?! Rujuklah individu yang lebih arif.

Firman Allah S.W.T:

"Bertanyalah kepada yang mengetahui jika kamu tidak mengetahui"
(an-Nahl: 43)

Moral of the Story




Mudahnya mendapat manfaat dan pahala dari Muka Buku. Ingatlah, Facebook bukanlah segala-galanya dalam hidup anda namun segala-galanya dalam hidup anda boleh menjadi lebih bermakna dengan manfaat dari Facebook.

Bahagi masa anda dengan sebaiknya apatah lagi jika anda masih bergelar penuntut ilmu. Semoga manfaat yang kita peroleh, mampu menjadi bekal kita di sana nanti. Wallahua'lam bissawab.




Ideal Asal: Mohamad Razif bin Mohamad Fuad, USIM, Nilai.
Editor: faizalMS, UIAM, Kuantan.


Sumber Rujukan: