Saturday, February 11, 2012
Friday, February 10, 2012
La Syukran ‘Alal Wajib ^_^
Masa belajar bahasa Arab zaman sekolah-sekolah dulu,
selain "Afwan” sebagai ucap balas kepada “Syukran jazilan” [terima kasih],
ustaz mengajar bahawa kami juga boleh menjawabnya dengan "La syukran ‘alal wajib!"
Ucap balas ini ternyata satu pengucapan yang mempunyai falsafah yang amat dalam.
selain "Afwan” sebagai ucap balas kepada “Syukran jazilan” [terima kasih],
ustaz mengajar bahawa kami juga boleh menjawabnya dengan "La syukran ‘alal wajib!"
Ucap balas ini ternyata satu pengucapan yang mempunyai falsafah yang amat dalam.
Kes 1
Ibu ayah menghantar anak-anak ke sekolah agama setelah bertahun menerima pendidikan asas kewajipan-kewajipan agama di rumah sendiri seperti menunaikan solat, membaca al-Quran dan berpekerti mulia.
Ibubapa berusaha sebaik mungkin menjadi teladan terbaik untuk anak-anak mereka.
Setelah dewasa, anak-anak rasa sangat bersyukur dengan usaha ibu bapa mereka suatu ketika dahulu.
Anak-anak mengucapkan kepada ibu bapa mereka, “Terima kasih!”
Ibu bapa menjawab, “La syukran ‘alal wajib!”
Kes 2
Anak-anak telah berjaya dalam kerjaya mereka, sering mencari peluang pulang ke kampung halaman,
memberi wang saku kepada ibu bapa, menguruskan makan pakai, ubat-ubatan mereka,
berbahasa baik dan berlemah lembut dengan mereka melayan kerenah mereka yang saban tahun saban sensitif,
mudah terasa.
Ibubapa gembira, lalu mengucapkan kepada anak-anak mereka, “Terima kasih!”
Anak-anak menjawab, “La syukran a’lal wajib!”
Kes 3
Setelah bertahun-tahun, tahanan ISA yang dipisahkan dari orang-orang yang memerlukan mereka
akan dibebaskan hari ini. Ya Allah, berat sungguh ujian perpisahan, namun Engkau akhirinya dengan sebuah pertemuan yang dinanti-nanti.
Tiada apa yang dapat menggantikan penawar perpisahan melainkan pertemuan semula ini.
Hayat bersambung.
Kasih sayang bertaut, kembali.
Lalu rakyat mengucapkan kepada pemimpin negara, “Terima kasih!”
Aku mengambil peluang ini menjawab bagi pihak pemimpin negara, “La syukran ‘alal wajib!!!”
Aku mengambil peluang ini menjawab bagi pihak pemimpin negara, “La syukran ‘alal wajib!!!”
p/s: Menyemaikan nilai-nilai keagamaan kepada anak-anak adalah kewajipan ibubapa. Berbakti kepada ibubapa di masa tua mereka adalah kewajipan anak-anak. Menegakkan keadilan ke atas orang-orang yang dizalimi adalah kewajipan pemerintah.
La syukran ‘alal wajib.“Tidak perlu penghargaan hanya kerana tanggungjawab telah ditunaikan!” ^_^
Sunday, February 05, 2012
Air Mata 12 Rabiul Awal..
Rasulullah S.A.W. Mulai Gering
Rasulullah S.A.W. mulai gering. Baginda bertanya kepada isteri-isterinya: “Giliranku esok di mana? “Di mana aku esok?”.
Isteri-isteri yang penuh kasih sayang memberikan pilihan kepada suami yang tercinta, untuk memlih di mana saja dia ingin berada. Rasulullah S.A.W. memilih rumah si pipi merah, Aisyah binti Abu Bakar Radiallahu ‘anhu. Baginda menghabiskan sisa-sisa hujung kehidupannya di rumah ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu..
Di rumahnya, ‘Aisyah R.A. membacakan surahal-Falaq dan an-Nas serta doa-doa yang dihafalnya, sambil meniupkan ke seluruh tubuh baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam. Begitu kasihnya ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu kepada Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam.
Sayangnya Rasulullah kepada umatnya. Di saat akhir kehidupannya, lima hari sebelum nyawanya diambil, nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam meninggalkan pesanan yang mungkin dilupakan oleh ramai umatnya di zaman kini. Pesanan baginda berbunyi:
“Allah melaknat orang-orang Yahudi dan Nasrani. Mereka menjadikan kubur nabi-nabi mereka sebagai masjid”. Baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam meneruskan nasihatnya: “Jangan kalian jadikan kuburku sebagai berhala yang disembah”.
Empat Hari Sebelum Saatnya Tiba
Baginda S.A.W. tetap mengimami solat berjemaah sehinggalah solat maghrib pada hari keempat sebelum ajalnya tiba. Menjelang Isya’, sakit baginda semakin mencengkam. Sakitnya itu tetap tidak menghalang Rasulullah S.A.W. daripada mengambil berat tentang solat Jemaah umatnya. Baginda berkata:
“Adakah semua orang telah mendirikan solat?”
Jawab para sahabat: “Belum wahai Rasulullah, mereka sedang menunggumu.”
Baginda berkata: “Sediakan bekas air untuk ku.” Lalu para sahabat melakukannya, nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam cuba menyegarkan dirinya dengan air tersebut. Baginda cuba bangun, tetapi tidak mampu. Sakit masih mencengkamnya. Lalu baginda jatuh pengsan.
Nabi Sallallahu ‘alaihi Wassalam terjaga, lalu bertanya:
“Adakah semua orang telah mendirikan solat?”
Para sahabat menjawab: “Belum wahai Rasulullah, mereka sedang menunggumu.”
Baginda menyegarkan lagi dirinya dengan air, tetapi masih tidak terdaya. Baginda bertanya lagi berulang kali:
“Adakah semua orang telah mendirikan solat?”
Sahabat R.A. yang ada memberikan jawapan yang sama: Belum wahai Rasulullah, mereka sedang menunggumu.
Berulang kali soalan itu ditanya oleh Nabi Sallallahu ‘alaihi Wassalam. Baginda terlalu gering, tidak mampu untuk mengimami solat, walau sudah berulang kali baginda wassalam berusaha menyegarkan badannya. Akhirnya, Nabi Sallallahu ‘alaihi Wassalam menyuruh Abu Bakar R.A. mengimami solat menggantikan baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam. Abu Bakar Radiallahu ‘anhu memikul amanah itu, semenjak hari itu, dia telah mengimami sebanyak tujuh belas kali solat fardhu.
Senyuman Subuh Terakhir
Umat Islam sedang mendirikan solat Subuh bersama Abu Bakar Radiallahu ‘anhu. Tiba-tiba Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam menyingkap tabir di bilik ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu lalu memandang ke arah mereka. Baginda tersenyum dan tertawa.
Abu Bakar Radiallahu ‘anhu dengan penuh hormat mengundurkan dirinya kerana menyangka Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam ingin bersolat bersama mereka.
Kerana terlalu gembira, para sahabat sehingga mahu berhenti solat ketika itu. Tetapi Rasulullah S.A.W. memberikan isyarat agar solat diteruskan. Kemudian baginda masuk semula ke dalam biliknya, dan menutup tirainya.
Tangisan dan Ketawa Fatimah Radiallahu ‘Anhu
Pagi itu, nabi Sallallahu ‘Alaihi Wassalam membisikkan sesuatu di telinga Fatimah Radiallahu ‘Anhu. Fatimah menangis mendengarnya. Kemudian baginda puterinya sekali lagi, lalu berbisik. Kali ini Fatimah ketawa keriangan.
Aisyah R.A. dan isteri yang lain kehairanan lalu bertanya kepada Fatimah Radiallahu ‘anhu. Dia menjawab:
“Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wassalam membisikkan kepada ku bahawa baginda akan wafat dengan sakit yang dihadapinya, lantas aku pun menangis. Kemudian baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam membisikkan kepada ku bahawa akulah ahli keluarganya yang pertama akan menyusul selepasnya, aku pun ketawa.”
Fatimah Radiallahu ‘anhu puteri Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wassalam berasa kasihan kepada ayahnya yang kesakitan, lalu dia berkata kepada ayahnya:
“Alangkah deritanya ayah..”
Nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam menjawab: “Selepas ini tiada lagi penderitaan ke atas ayah mu.”
Baginda meninggalkan nasihat buat umatnya: “Jagalah solat, jagalah solat, dan hamba-hamba yang dimiliki.”
Di atas Pangkuan ‘Aisyah Radiallahu ‘Anhu
Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wassalam berada dalam pelukan isteri tercinta, ‘Aisyah Radiallahu ‘anhu. Saudara lelaki ‘Aisyah R.A., Abdul Rahman bin Abu Bakar muncul sambil membawa sebatang kayu sugi.
Rasulullah memandang ke arah Abdul Rahman. Si isteri tercinta memahami isi hati suaminya. ‘Aisyah R.A. tahu nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam ingin kan kayu sugi tersebut.
‘Aisyah Radiallahu ‘anhu bersuara:
“Mahukah aku ambilkan kayu sugi untukmu?”. Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wassalam menganggukkan kepala setuju.
‘Aisyah R.A. mengambil kayu sugi, lalu menghulurkannya kepada Rasulullah. Beliau menyedari kayu sugi itu terlalu keras, lalu beliau mengambilnya kembali.
Beliau bertanya lagi:
“Mahukah jika aku lembutkannya untuk mu?”. Baginda mengangguk tanda bersetuju.
Lalu, ‘Aisyah R.A. melembutkan kayu sugi itu dengan menggigit-gigit hujungnya. Lalu beliau memggosokkan giri Rasulullah dengan kayu tersebut.
Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wassalam wafat atas pangkuan ‘Aisyah R.A., dengan bersatunya air liur ‘Aisyah Radiallahu ‘Anhu dan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam.
Akhirnya…~
Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wassalam berasa sakit. Baginda mencelup tangannya di dalam air, kemudian menyapu mukanya, lalu berkata: Tidak ada Tuhan selain Allah. Sesungguhnya pada kematian itu ada kesakitan.
Selesai sahaja bersugi, baginda Sallallahu ‘Alaihi Wassalam mengangkat tangan atau jarinya ke langit, lalu menyebut: “Bersama orang-orang yang engkau berikan nikmat kepada mereka, daripada kalangan nabi-nabi, siddiqin, syuhada’ serta solihin. Ya Allah, ampunilah diri ku, rahmatilah diri ku. Temukanlah aku dengan Teman Yang Tertinggi, Ya Allah Teman Yang Tertinggi”.
Tangisan Para Sahabat
Anas bin Malik Radiallahu ‘Anhu berkata: Tidak pernah aku melihat hari yang paling baik dan berseri-seri melainkan hari Rasulullah S.A.W. sampai kepada kami, dan tidak pernah aku melihat hari yang paling buruk dan gelap melainkan pada hari kewafatan nabi Sallallahu ‘Alaihi Wassalam.
Berita kematian Nabi S.A.W. tersebar, tangisan tidak tertahan lagi. Air mata sahabat bercucuran.
Fatima, puteri Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam berkata: “Duhai ayahanda kesayanganku, yang telah menyahut panggilan Tuhannya, duhai ayahanda kesayanganku, syurga Firdaus tempat kembalinya, duhai ayahanda kesayanganku, kepada Jibril kami sampaikan berita kewafatannya.”
Umar R.A. hilang pertimbangan, kecintaannya kepada Nabi S.A.W. membuatkan dia seakan tidak sedar apa yang dia katakan. Umar berteriak dengan suara yang lantang:
“Ada orang-orang munafiq yang mendakwa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi wassalam telah wafat. Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. tidak mati, tetapi baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam pergi bertemu Tuhannya sebagaimana Musa bin ‘Imran yang menghilangkan diri daripada kaumnya selama empat puluh hari. Kemudian dia kembali semula kepada kaumnya setelah orang berkata dia telah mati. Demi Allah! Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam akan kembali dan memotong tangan dan kaki orang yang mengatakan baginda Sallallahu ‘alaihi wassalam telah mati!”.
Abu Bakar R.A. bergegas pulang tatkala mendengar berita kematian Rasulullah S.A.W.. Dibukanya kain yang menutupi nabi Sallallahu ‘alaihi wassalam, dipeluk dan diciumnya nabi Sallallahu ‘Alaihi Wassalam.
Abu Bakar Menenangkan Umat..
Umar R.A. masih lagi mengungkapkan kata-katanya tadi. Abu Bakar R.A. berkata kepada Umar R.A.: “Duduklah Umar!”. Tetapi Saidina Umar enggan untuk mendengar arahan Saidina Abu Bakar.
Abu Bakar R.A. terus berkata: “Sesiapa di kalangan kamu yang menyembah Muhammad Sallallahu ‘alaihi wassalam, sesungguhnya Muhammad Sallallahu ‘alaihi wassalam telah mati. Sesiapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah Hidup dan tidak mati.” Beliau terus membaca surah Ali Imran, ayat 144:
“Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka ia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu).”
Para sahabat terpaku. Mereka tersedar daripada lamunan mereka. Mereka mulai sedar hakikat Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wassalam telah meninggalkan mereka. Kata-kata Saidina Abu Bakar menyentap jiwa mereka yang sedang kesedihan, mengambalikan mereka kepada kewarasan.
“Demi Allah! Seakan-akan manusia tidak mengetahui bahawa ayat ini pernah diturunkan sehinggalah Abu Bakar membacanya. Lalu semua orang mengambil ayat itu daripada Abu Bakar. Lantas semua orang yang mendengar ayat itu dibaca, turut membacakannya”, demikian kata Ibnu ‘Abbas Radiallahu ‘anhu.
Saidina Umar yang tadi terlalu sedih hingga mengeluarkan kata-kata yang yang menggoncang akidah umat Islam, tersedar daripada kesilapannya. Ayat itu menyentap jiwanya kembali, menenangkan kembali hatinya yang sedang berkecamuk:
“Demi Allah, sebaik sahaja aku mendengar Abu Bakar membacakan ayat itu, aku menjadi lemah longlai sehingga tidak berdaya untuk berdiri. Akhirnya aku rebah ke bumi apabila mendengar Abu Bakar membacakannya. Maka yakinlah aku, Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wassalam telah wafat”.
[Ringkasan daripada ar-Rahiq al-Makhtum susunan Shaikh Safiyurrahman al-Mubarakfuri. Edisi terjemahan bertajuk Sirah Nabawiyyah terbitan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)]
-------------------------------------------------------------------
Akhirnya 12 Rabi’ul Awal tahun 11 Hijrah, hari Isnin, perginya Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam meninggalkan umatnya.
Mana mungkin umatnya tidak menangis tatkala baginda Sallallahu ‘Alaihi Wassalam meninggal dunia, sedangkan ketika hidupnya baginda menempuh 1001 ujian dan seksaan hanya kerana menyampaikan Islam kepada umatnya.
Bagaimana Nabi S.A.W. yang sebelumnya dipercayai oleh semua penduduk Mekah, akhirnya ditolak dan dicerca tatkala berdiri di Bukit Safa, menyeru kaumnya kembali kepada Allah.
Bagaimana mungkin kita lupa, ketika Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wassalam sedang sujud di Masjidil Haram, lalu kaum musyrikin meletakkan najis dan kotoran di atas batang tubuh baginda. Lalu munculnya Fatimah Radiallahu ‘Anhu menangis sambil membersihkan tubuh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam.
Bagaimana kita boleh lupa, Nabi S.A.W. ketika pertama kali mengajak penduduk Madinah kepada Islam, baginda dibalas dengan lontaran batu. Setiap penjuru jalan yang dilalui, kanak-kanak, hamba dan kaum wanita menanti sambil melemparkan batu-batu ke arah nabi Sallallahu ‘Alaihi Wassalam. Lalu malaikat menawarkan tawaran untuk memusnahkan mereka yang menyakiti Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wassalam, tetapi baginda menolak tawaran itu, kerana masih yakin akan datang masanya generasi kemudian menerima dakwahnya itu.
Bagaimana kita boleh lupa?!
Asing..~
-Gadis yg berniqab, ganjil?
-Gadis yg menutup aurat sepenuhnya, ganjil?
-Gadis yg melabuhkan tudung menutupi dada mereka, ganjil?
-Gadis yg mengenakan pakaian longgar dan besar, ganjil?
-Gadis yg malu untuk keluar bersama bukan mahram, ganjil?
-Gadis yg pakai stoking kaki ke mana-mana walau mandi bersama kawan-kawan di laut, ganjil?
-Gadis yg pakai stoking tangan walau dah mengenakan t-shirt lengan panjang, ganjil?
-Gadis yg meninggalkan orang yang sedang gosip dan mengata orang lain walaupun yang sedang mengata itu kawan baiknya, ganjil?
-Gadis yg tidak mengenakan mekap berlebihan, ganjil?
-Gadis yg tidak memakai perfume kecuali sekadar sangat sedikit dan tidak terhidu orang lain, ganjil?
-Gadis yg tak 'couple' sebelum nikah, ganjil?
-Gadis yg tak materialistik dan memilih kehidupan untuk taat kepada agama, ganjil?
-Gadis yang ganjil???
Sabda Rasulullah s.a.w:
“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil”
(H.R. Muslim)
Saturday, January 21, 2012
Setiap Orang..^_^
Setiap Orang...,
Akan ada sesuatu yang dia simpan.
Akan ada sesetengah perkara yang dia sembunyikan.
Dan ada sesetengah perkara yang ingin dia kongsikan.
Siapa pun dia,
Segembira mana pun dia.
Walau sekerap mana kamu melihat dia tersenyum,
Pasti ada perkara-perkara yang pernah membuat dia terluka.
Pasti ada sesuatu yang pernah menguris hatinya,
Pasti ada sesuatu yanh pernah membuat dia menangis.
Pasti ada.
Kerana dia juga manusia.
Makanya,
Bila kamu menyangka bahawa hanya kamu yang merasa,
Hanya kamu yang melalui,
Dan hanya kamu yang mengerti,
Kamu silap, dan kamu salah.
Ada orang lain yang pernah melaluinya,
Bahkan ada orang lain yang pernah merasakan lebih dari apa yang kamu rasakan.
Ada orang lain yang pernah melalui lebih teruk dari apa yang pernah kamu lalui.
Ada.
Cuma, mungkin kamu yang tak pernah tahu,
Kamu yang tak pernah nampak.
Jangan selalu menganggap,
Bahawa kamulah yang paling susah,
paling sakit diuji,
Paling berat diduga.
Ada.
Ada insan lain, yang lebih besar ujiannya, yang lebih berat penderitaannya.
Sudahlah, kesat air matamu,
Walau serumit mana situasi kamu.
Pujuk hatimu.
Yakinlah DIA ada, dan akan selalu ada.
Bila kamu menyandar harapan padaNYA, DIA tak akan sekali-sekali mempersia harapan kamu.
Bila kamu mempercayai segala takdir dan ketentuanNYA,
DIA tak akan sekali-sekali mengkhinati kepercayaan kamu.
Ilham Cipta;
faizalMS,
UIAM (Kuantan),
Pahang.
21/1/12 (1.24 am).
Saturday, January 14, 2012
Metafora
Album : Istimewa Tiada Dua
Munsyid : Nice
Munsyid : Nice
Sekerat akar mampu kuhulur padamu
Di saat dikau terkapai dan kelemasan
Di arus hidup yang tinggal sejengkal cuma
Katamu kau tak bisa berenang ke sana
Engkaulah teman tanpa sangsi dan curiga
Setelah aku mendengar lirih ratapmu
Harumnya sekuntum melati di embunan pagi
Sewaktu kita melewati sebidang tanah perkebunan
Persahabatan
Tersasar aku di dalam mentafsir
Aksara jujur dan ketelusan yang terpamer di wajahmu
Terlalu naďf untuk ku fahami
Metafora puisi dusta dan personafikasi
Sukarnya untuk aku membuktikan
Kebenaran yang berpihak padaku
Kerna peluang langsung tiada padaku
Sedarlah aku erti senyuman
Ada dendam yang tidak pernah padam
Pada lirik matamu ada pedang tajam yang merejam
Ohh….
Terima kasih atas pengalaman itu
Mengajak aku kembali mengenal diri
Terpaksa lagi menyusuri jalan-jalan sepi
Masih bisakah kutemui sekuntum melati mewangi yang tidak berduri
Di saat dikau terkapai dan kelemasan
Di arus hidup yang tinggal sejengkal cuma
Katamu kau tak bisa berenang ke sana
Engkaulah teman tanpa sangsi dan curiga
Setelah aku mendengar lirih ratapmu
Harumnya sekuntum melati di embunan pagi
Sewaktu kita melewati sebidang tanah perkebunan
Persahabatan
Tersasar aku di dalam mentafsir
Aksara jujur dan ketelusan yang terpamer di wajahmu
Terlalu naďf untuk ku fahami
Metafora puisi dusta dan personafikasi
Sukarnya untuk aku membuktikan
Kebenaran yang berpihak padaku
Kerna peluang langsung tiada padaku
Sedarlah aku erti senyuman
Ada dendam yang tidak pernah padam
Pada lirik matamu ada pedang tajam yang merejam
Ohh….
Terima kasih atas pengalaman itu
Mengajak aku kembali mengenal diri
Terpaksa lagi menyusuri jalan-jalan sepi
Masih bisakah kutemui sekuntum melati mewangi yang tidak berduri
Friday, January 06, 2012
Kisah Benar: Ustaz Azhar Idrus (UAI)
Intuisiku percaya saat dan ketika ini orang sedang rancak bercerita kisah sensasi tentang UAI. Tidak kiralah dari sudut belah sana atau belah sini. Dari sudut menyokong atau menentang. Tetapi pokoknya, orang akan tetap bercerita kerana ada isu. Isu yang timbul dari omong kosong tanpa bukti. Isu yang semata-mata cerita kontroversi, tidak lebih dari itu.
Dan intuisiku kira, sebelum keadaan pergi lebih jauh, baik kita faham betul-betul cerita sebenar tentang UAI ni.
Apa cerita sebenarnya?
Mudah saja. Beliau adalah seorang ulamak. Seorang tok guru. Seorang ustaz. Tugas yang sedang beliau buat pula adalah mengajar orang ramai tentang ilmu agama, baik dari segi feqah mahupun akidah. Dan, method atau uslub yg dia gunakan pula adalah pertengahan dan bersesuaian dengan kefahaman orang awam. Dan perlu diingat bahawa ia MUNGKIN sekali tidak sesuai utk perbincangan ahli ilmu dan bijak pandai - yang mahukan perbahasan mendalam lagi terperinci ttg sesuatu hukum.
Beliau juga mempunyai cara tersendiri dalam berdakwah. Siapa sangka, beliau yang mula-mula dulu dilihat sebagai 'ustaz kampung' dan sekali pandang macam 'orang tabligh', akhirnya hari ini merupakan IKON kepada ANAK MUDA? Siapa sangka beliau yang istiqamah dgn jubah dan kopiah itu BOLEH DITERIMA oleh orang muda? Tetapi beliau membuktikan demikian. Nak katakan pendapat-pendapat beliau 'sangat terbuka', tidak. Dia tegas dan adakala keras. Tetapi terbukti beliau diterima.
Kemuncaknya, gelombang yang UAI bawa boleh dilihat di mana-mana sahaja beliau pergi. Maka, adalah pihak yang tidak berpuas hati dan tak senang duduk dengan fenomena tersebut. Sebab apa tak senang hati dan tak senang duduk?! Ada beberapa sebab ; antaranya mungkin tak puas hati kenapa golongan ulamak boleh tarik anak muda. atau, tak puas hati kerana dilihat pro pembangkang. atau, tak senang duduk kerana masyarakat mula celik agama. atau, tak senang duduk kerana pendekatan gaya bahasa atau cara memberi hukum yang digunapakai.
Dalam banyak-banyak sebab, sebab terakhir tu mungkin boleh diconsider. tapi timbul pula persoalan, KALAU CARA ATAU PENDEKATAN YANG DIGUNAPAKAI TAK BAGUS, ATAU ADA CARA DAN PENDEKATAN LAIN YANG LEBIH BAGUS, KENAPA PULA BERJAYA MERAIH SASARAN MAD'U YANG BESAR?! Method ini pelbagai. Kita tak boleh nak cakap method kita yang paling bagus utuk berdakwah. Tapi kalau UAI berjaya buktikan method beliau diterima sasaran dengan baik, maka janganlah pula ada pihak yang mendengki. Sama-samalah kita support dan pelbagaikan alternatif dakwah demi manfaat ummah, bukan bertelingkah sesama kita.
Nak tulis panjang-panjang pun tak guna juga, sebab tidak ada isu pun sebenarnya. Cuma sekadar nak ajak balik kita kembali kepada cerita sebenar. Iaitulah anak muda yang semakin berminat mendampingi ulamak.Anak muda yang semakin ghairah bertanyakan hukum hakam agama. Anak muda yang semakin ingin celik dengan Islam. Biarlah ustaz azhar idrus dengan caranya. dan orang lain berdakwah dengan cara mereka. Tidak wajib pendakwah satu malaysia kena ikut cara UAI. Ikutlah cara masing-masing, tetapi USAHLAH DICERCA SESAMA SENDIRI KERANA AKHIRNYA MASYARAKAT AKAN PENING.
Buat akhirnya, nak quote komen ringkas ustaz azhar idrus ; “Pandang terus ke depan. Perjalanan dakwah masih terbentang jauh.”
~Teruslah belajar dan mengaji ilmu agama, dan teruslah menyayangi ulamak. Kerna mereka adalah pewaris pada Nabi ~ ^_^
Subscribe to:
Posts (Atom)









