Monday, October 22, 2012

Jagalah hatimu. Dan aku akan jaga hatiku.. ^_^y

Tik tok tik tok.


Bukan bunyi hujan yang turun merintik-rintik. Juga bukan bunyi alarm jam murahan yang dibeli oleh housemate di pasar malam kebanggaan masyarakat global seksyen 6. Kotak hitam berskrin empat segi tepat di atas meja di sebelah buku calculus yang terdampar lemah kucapai dengan penuh syak wasangka. Terpapar jelas pada skrin bersegi empat tepat itu, one message received. Lalu ku tekan-tekan bebutang yang ada, entah bagaimana inti pati pesanan ringkas tadi terburai.

"Assalamualaikum lama tak tegur awak. Makin laju gerak kerja dakwah. Hari Sabtu lepas saya sempat pergi dengar ceramah awak di Surau Blok F." 

Mesej Ukhti Balqis Rexora Safiah tiba-tiba mucnul di ruangan skrin tadi tanpa diduga. Agak berderau darah Melayu suci dan sejati aku apabila insan yang semakin ku pendam perasaan kepadannya menegur aku. Tersenyum seketika disitu bagai kera mendapat chadburry. 

"Hehe.. saya biasa saje. Awak pun apa kurangnya. Dengar cite dah jadi Presiden Kelab Bidadari Syurga. Tak silap awak pun dapat anugerah muslimat harapan sempena Bukan Dakwah dan Tarbiyah kan? "


Dengan laju aku membalas mesej sekaligus menghiraukan assignment yang berlambakan di depan mata. Sungguh bersemangat aku dengan ukhti Balqis Rexora Safiah sehingga tidar sedar larut malam. Semakin dibalas mesej, semakin aku balas ibarat Lee Chong Wei dan Lin Dan yang membalas pukulan shuttle. Heh. Pantang muamalat muslimin muslimat sepatutnya terhad pukul dua belas tengah malam, itupun aku langgar dengan jayanya.

Kerana apa?
Sayang. Betulkah aku sayang dia? Sayang sebagai apa?
 
"Awak, boleh saya tanya apa hubungan kita ye? Sekadar sahabat ke?"
Tanya ukhti Balqis Rexora Safiah kelmarin dengan penuh keterujaan membuatkan tidurku semalam menjadi tidak lena. Aku mula rasa serba salah, mula merasakan sesuatu yang tidak kena.
 
"Awak, awak..kenapa awak panggil kita Balqis Rexora Safiah je? Bahasakan awak saya? Kenapa tidak enta enti macam yang awak gunakan dengan akhwat yang lain?!"

Pertanyaan demi pertanyaan membunuh ego hubungan aku dengan dia. Ego apakah yang aku pertahankan ini ? Ego aku dengan Allah di atas hubungan yang tidak pasti. Adakah aku talam dua muka? Mempunyai dua identiti? Kala iman naik, alim aku mengalahkan ahli sufi yang bertapa di Gunung Santubong. Kala nafsu melonjak, ghairah aku kembali jahil.

Naik gila kau fikir. Aku benar-benar bersalah. Sangat berdosa dengan Tuhan. Ya, aku menghidapi penyakit hati. Hati aku sudah rosak kerana wanita, kecantikan, nama dan candu dunia. Ya, pada asalnya aku dan ukhti Balqis Rexora Safiah berukhuwah kerana Allah, Tapi lama kelamaan bisikan demi bisikan syaitan yang didengari mula merobek dan mencemarkan niat suci ini.

Hubungan yang mula dipertahankan dengan ego atas dasar dakwah. Gerak kerja bersama. Dibaluti dengan sutera Rabithah menjadikan hati teruja dengan keasyikan berukhawah. Akibat terlalu asyik, jiwa menjadi leka. Nama dakwah hanya menjadi lesen berhubung.

"Awak, maaf saya tanya. Awak tahu tak apa itu dosa?" Aku mula berani membuang ego.

"................"

Tiada jawapan.

"Awak apa kita buat ni dosa. Kita dah semakin hanyut. Ukhwah kita harus diletakkan semula atas dasar taqwa bukan perasaan suka. Bukan sayang. Apatah lagi cinta. Sayang kita pun hanya sekadar saudara se-islam bertunjangkan rasa takut dan gentar kepada Allah. Kita orang dakwah. Dakwah bukan untuk suka-suka"

 
"Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang PALING BERTAQWA. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti"

(Al-Hujurat: 13)



Dakwah atau Ikhtilat?!

Jika kita berukhwah tapi tidak membawa kita kepada Taqwa, maka dengan apakah kita berada di jalan dakwah?
Setakat bertanya khabar. Setakat menegur. Setakat beramah mesra. Setakat bergurau senda. Perlukah semua itu?
Perlukah?

Aku juga mencari jawapan. Terlalu rigidkah aku untuk aku mengatakan TIDAK PERLU?! Terlalu syadidkah aku untuk bertegas TIDAK PERLU?!

Mari kita fikir-fikirkan semula ukhwah kita di mana sebenarnya?
Wujudkah ukhwah muslimin muslimat? Di mana kewujudannya?

Kita bukan orang biasa-biasa. Kita bernafas dengan oksigen dakwah. Kita hidup hanya kerana mencari redha Allah. Tidak semua tempat. Tidak semua masa hubungan ini dibolehkan. Ada batas-batasnya tersendiri kerana Allah nak jaga kita. Kerana Allah sangat sayang kita.

Jagalah hatimu. Dan aku akan jaga hatiku. ^_^y




Petikan daripada: http://kebangkitankedua.blogspot.com

Wednesday, October 17, 2012

Teman Pengganti..^_^y

Artist : Black ft Malique


Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Wednesday, October 10, 2012

Berdakwah Dengan Kreativiti,, ^_^y

Orang yang banyak idea biasanya ialah orang yang mampu menggunakan pelbagai jenis pemikiran, seperti pemikiran kritikal, pemikiran analitis, pemikiran lateral, pemikiran konstruktif, pemikiran negatif, pemikiran positif, pemikiran inovatif dan sebagainya untuk menghasilkan sesebuah 'karya' yang kreatif.

Untuk memikirkan sesuatu idea yang baru, kadangkala kita perlu melupakan logik seketika. Imaginasi perlu dijinakkan dengan pemikiran yang berbeza dengan idea-idea yang sudah sedia ada, iaitu merangsang pemikiran untuk berimaginasi tentang perkara-perkara baru.
Namun halangan bagi orang untuk berfikiran kreatif adalah kerana terlalu berfikiran mengikut logik, maka ramai orang gagal untuk menjadi orang yang kreatif. Fikiran logik biasanya berguna bagi perkara yang sudah ada. Tetapi kreatif bukan tentang perkara yang sudah ada. Kreatif berkaitan perkara yang belum wujud.


Jadi, gunakanlah kreativiti kita di dalam berdakwah juga.

Berdakwah tidak semestinya dalam bentuk yang plain...

Gunakan fakta-fakta yang benar yang sudah sedia ada, kemudian sampaikan dengan cara yang paling kreatif semampu kita. Dengan itu, wujudlah pelbagai jenis-jenis penyampaian dakwah seperti melalui kartun, radio, filem, penulisan dan sebagainya untuk menarik perhatian audiens. Kepelbagaian ini berkait dengan penerimaan seseorang terhadap cara kita menyampaikan. Malah kadangkala kesannya berlaku melalui kaedah-kaedah yang berbeza padahal ilmunya daripada sumber yang sama.


Malahan setiap orang juga mampu menyampaikan dakwah dengan cara sendiri, dengan memanfaatkan segala yang ada di sekelilingnya, gunakan medium yang ada, sampaikan dakwah semaksimum mungkin. Perhatikan sekeliling kita, dakwah yang sebagaimana yang boleh kita lakukan. Sampaikanlah walau satu ayat. Bukan saja dengan ayat, malah dengan perbuatan dan penulisan.


Jadi, apa tunggu lagi?

Selamat berdakwah dengan kreatif~ ^_^y

Thursday, October 04, 2012

Cinta Seorang Saing.. ^_^y

oleh Cikgu Sulizi

uuuu
ooooo
*

Saing mulonyo kito bersaing
Bilo doh lamo jadi lagu lain
Nyo mari raso dok ralik keta knaley
(Ulang * 2x)

Maso kecik dulu saing sgt rapat
Takdok raso malu walau po dok dekat
Igt tiko kecik maso duduk skapo
Samo dudok jerik samo dudok mlaung
Baju kain buleh tukar gilir
Mu ambik paka ku ambik paka
Duduk bergura bersaing rama-rama
(Ulang *)

Saing maso besa tok supo nga dulu
Takut doh nok gura kade mari cburu
Bilo lamo kena tahu hati budi
Nyo mari tok sedak sayenyo di hati
Dulu saing loni buke saing
Ku anggap demo lebih pade saing
Bimbe nyo raso mu buleh kokre lain
(Ulang *)

Ku saye ko demo sejak kecik lagi
Buke sari duo ajak sapa mati
Krano bsaing rapat maso dulu-dulu
Malu ku nok royak ku kasih pado mu
Dulu saing loni buke saing
Demo ku pujo tok supo hok lain
Inikoh dio cinto seore saing



p/s: entry ini tiada kena mengena dengan mereka yang hidup mahupun yang meninggal dunia. Ia hanyalah salah satu contoh yang menggambarkan bahawa hati manusia yang sering berubah-ubah mengikut situasi dan ketika. Oleh itu banyakkanlah berdoa agar tidak 'tersungkur' di tengah jalan:



يامقلب القلوب ثبت قلبي على دينك
'Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Diinik'
Ertinya: “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.”
 

(HR.Tirmidzi 3522, Ahmad 4/302, al-Hakim 1/525, Shohih Sunan Tirmidzi III no.2792)



رَبَّÙ†َا Ù„َا تُزِغْ Ù‚ُÙ„ُوبَÙ†َا بَعْدَ Ø¥ِذْ Ù‡َدَÙŠْتَÙ†َا ÙˆَÙ‡َبْ Ù„َÙ†َا Ù…ِÙ†ْ Ù„َدُÙ†ْÙƒَ رَØ­ْÙ…َØ©ً Ø¥ِÙ†َّÙƒَ Ø£َÙ†ْتَ الْÙˆَÙ‡َّابُ
'Rabbabaa Laa Tuzigh Quluubanaa Ba’da Idz Hadaitanaa wa Hab Lana Mil-Ladunka Rahmatan Innaka Antal-Wahhaab'
Ertinya: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia).”
 
(Ali Imran: 7)

Sunday, September 30, 2012

Bajet 2013: Kerajaan Diberikan Amaran Lagi!!



Sumber : The Economist


Hutang Malaysia Terkini : Sebelum berlangsung Pembentangan Bajet 2013 petang ini, apa kata kita semak hutang Malaysia yang terkini. Mengikut semakan data yang diperoleh terus daripada Bank Negara ini, di mana datanya telah dikemaskinikan pada 24 September 2012 yang lalu. Kalau diikutkan…..

Kalau diikutkan dari tahun 1988 sehingga tahun 2011, Belanjawan Negara secara purata mencatatkan -2.89% daripada KDNK. Rekod tertinggi hanya yang positif pada bulan Disember tahun 1997, 2.4%; dan, rekod terendah, negatif ialah pada bukan Disember 2009.

Jumlah Hutang Kerajaan Malaysia Tahun 2007 – September 2012?

1.         Hutang Malaysia 2007 : RM247 bilion


3.      Hutang Malaysia Mac 2012 : RM456.1 Bilion. (Laporan : Menteri kata jangan risau, tidak pelru bimbang)


5.      September 2012 (terkini): RM476.68 bilion : (Laporan hari ini)

Hutang Kerajaan Malaysia Sebelum Bajet 2013


Sumber : Bank Negara

·   Kami berharap kerajaan Malaysia sudah pun mengambil ikhtibar dan mengambil tindakan yang drastik termasuklah berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2010 atau Laporan Transparency International.

·   Apa perlu dilakukan adalah mengurangkan pembaziran amalan rasuah ataupun disebut leakages dalam laporan Ketua Audit Negara termasuk rasuah dan penyelewengan yang menyebabkan kerugian yang besar. Bagaimana laporan Ketua Audit pada masa itu, semak sini (BONGKAR) Laporan Ketua Audit Negara 2010. Apa Respon Kerajaan Selepas Ini?http://beritasemasa.com/laporan-ketua-audit-negara-2010


Sebelum ini, Credit Suisse, Fitch Rating, Standard & Poor’s, semuanya memberikan gambaran yang cukup membimbangkan yang harus menuntut kerajaan Malaysia mengambil langkah yang serius mulai sekarang. Janganlah berlengah lagi. Contohnya :
  • Fitch Rating : Memberikan peringatan & amaran kepada kerajaan Malaysia kerana profil kredit Malaysia yang mula meningkat naik. Petanda tersebut menunjukkan di sini ada kemungkinan kewangan Malaysa ketika ini dalam keadaan lemah. 
  • Apatah lagi, kerajaan Malaysia masih belum membentangkan pelan yang meyakinkan untuk menangani ancaman defisit fiskal belanjawan persekutuan dan jumlah hutang persekutuan. 
  • Standard & Poor’s : Jika kerajaan Malaysia tidak membuat pembaharuan yang drastik untuk mengurangkan pembaziran dan usaha membendung rasuah yang boleh megurangkan defisit fiskal, PENARAFAN KREDIT Malaysia besar kemungkinan akan dipotong. 
  • Apabila penarafan kredit Malaysia mula dipotong, Malaysia akan berada dalam “masalah”.


Sumber :BeritaSemasa (28 September 2012)






p/s : Tak sabar nak claim rebat RM 200 untuk pembelian smart phone..=p


  

Thursday, September 27, 2012

PRK UIAM: Surat Terbuka Mahasiswa kepada Pihak Pentadbiran


Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) merakamkan rasa terganggu dan terkilan dengan gejala sikap kurang bertanggungjawab dalam proses pengurusan Pilihanraya Kampus (PRK) UIAM oleh pihak berwajib.

Proses pembuangan undi bagi PRK UIAM telah berlangsung pada 25 September 2012 (Selasa) bermula jam 9.10 pagi dan berakhir pada jam 5.10 petang. Proses pembuangan undi dijalankan oleh jawatankuasa pilihanraya kampus yang diketuai oleh Datuk Dr. Mizan Bin Hitam yang juga merupakan Timbalan Rektor UIAM dengan kekuatan jawatankuasa seramai lebih kurang 300 orang staf.

Pengumuman keputusan PRK yang sepatutnya berlangsung pada pukul 6.00 petang ditangguhkan ke pukul 8.00 malam. Kira-kira jam 8.20 malam, Datuk Dr. Mizan tiba ke tempat pengumuman keputusan iaitu di Dewan Eksperimental (Experimental Hall) untuk mengumumkan keputusan.

Malangnya, Datuk Dr. Mizan sekali lagi bertindak melambat-lambatkan pengumuman keputusan PRK dengan menganjurkan para mahasiswa untuk berselawat. Beliau kemudiaannya membacakan kenyataan media yang telah pihak beliau keluarkan kepada media yang dilakukan sebelum pengumuman keputusan  dibuat di hadapan para calon yang bertanding dan pelajar yang mengundi.

Dalam kenyatan media yang beliau bacakan, beliau menyatakan masalah ‘failure data encryption’ berlaku dalam sistem e-voting. Beliau memberikan beberapa contoh ketidak-selarian yang berlaku antara peratusan pengundi dengan jumlah undian.

Justeru, beliau mengumumkan, pihak jawatankuasa pilihanraya kampus mencadangkan untuk menangguhkan keputusan PRK dengan mengadakan pilihanraya semula secara manual disebabkan masalah teknikal seperti yang disebutkan tadi.

Sesi dialog diadakan selepas selesai pembacaan kenyataan media oleh Datuk Dr Mizan. Polemik berterusan dan pelbagai persoalan dan cadangan dikemukan oleh para mahasiswa UIAM dari kampus Gombak dan Kuantan atas kemusykilan dan rasa tidak senang dengan pengumuman yang dilakukan.

Berhubung kejadiaan ini, mewakili kelompok mahasiswa yang sedar dan prihatin, kami mengenalpasti empat permasalahan dan kemusykilan utama yang perlu dijawab oleh pihak yang berwajib:

1. Pihak jawatankuasa PRK di bawah kepimpinan Datuk Mizan telah secara pasti mengetahui masalah teknikal yang berlaku berkaitan polling system sejak jam 6.00 petang iaitu pada waktu yang sepatutnya pemngumuman keputusan PRK dibuat. Justeru, mengapa pihak berwajib bertindak menzalimi para mahasiswa yang terpaksa menunggu lama menanti pengumuman keputusan PRK tanpa sebarang notis segera penangguhan masa pengumuman? Hanya setelah kira-kira jam 7.05 malam, barulah dimaklumkan tentang sesi pengumuman ditangguh ke pukul 8.00 malam.

2. Mengapa pengumuman penangguhan keputusan PRK dimaklumkan kepada pihak media terlebih dahulu sebelum diumumkan kepada para calon dan pengundi? Tindakan seperti ini menggambarkan sikap tidak profesional oleh pihak berwajib kerana tidak mampu membuat pertimbangan awlawiyat (keutamaan) kepada pihak mana harus dimaklumkan terlebih dahulu. Kami berpandangan calon dan pengundi harus diutamakan kerana mereka terlibat sebagai pemegang-taruh (stake holders) dalam PRK.Tindakan ini menggambarkan seolah-olah pihak pengurusan PRK atau pihak pentadbir tidak menghormati calon dan para pengundi.

3. Kami juga berasa hairan bagaimana media seperti NTV7 dan TV9 boleh mengumumkan keputusan palsu di stesen masing-masing dalam slot berita sedangkan menurut pihak pentadbir UIAM, kenyataan media yang dikeluarkan secara rasmi oleh UIAM adalah sepertimana yang dibacakan. Menurut staf UIAM yang menjaga jaringan media, wartawan NTV7 yang menerbitkan berita palsu berkenaan PRK di UIAM diambil dari internet. Lihat, bagaimana pihak media mencemar etika kewartawanan dan integriti dalam menyiarkan informasi kepada rakyat.

4. Kami juga ingin menyatakan keraguan kami terhadap ketelusan proses pilihanraya dijalankan. Penangguhan  pengumuman keputusan dan sikap melewat-lewatkan pengumuman yang dilakukan oleh pihak jawatankuasa PRK membangkitkan kemusykilan apakah pihak yang terbabit mampu mengurus-tadbir perjalanan PRK. Beberapa aduan diterima tentang kekeliruan dan kesamaran yang berlaku dalam proses pembuangan undi. Malah, terdapat beberapa informasi yang salah daripada staf yang terbabit dengan proses pilihanraya yang menunujukkan ketidak-sediaan pihak jawatankuasa PRK dalam menguruskan PRK di UIAM.

Oleh yang demikian, kami menyatakan beberapa tuntutan:

1. PRK yang bakal dijalankan semula mestilah telus dan profesional.
  • Kami menuntut supaya mahasiswa juga menganggotai jawatankuasa PRK.
  • PRK punya aturan yang jelas, telus dan tidak terdedah kepada sebarang kemungkinan manipulasi.
  • Melibatkan wakil calon sebagai pemerhati sepanjang proses pembuangan undi dijalankan sehinggalah kepada proses pengiraan undi.
  • Menukar pengerusi jawatankuasa PRK kampus UIAM, Datuk Dr. Mizan Bin Hitam

2. Memohon maaf secara terbuka dan bertulis kepada para calon dan mahasiswa yang mengundi kerana layanan buruk dan sikap tidak hormat kepada para mahasiswa UIAM kerana melewatkan pengumuman tanpa notis dan mengumumkan keputusan PRK kepada media sebelum para mahasiswa.

3. Atas nama pilihanraya yang telus dan adil, kami mendesak pihak jawatankuasa PRK UIAM untuk mengeluarkan data-data pengundian yang dikatakan bermasalah dengan secepat mungkin. Ini mampu membangkitakan semula rasa yakin kami terhadap keboleh-upayaan pihak jawatankuasa PRK.

4. Menafikan berita palsu berhubung keputusan yang disebarkan melalui media massa seperti NTV7 dan TV9 dan UIAM perlu mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya terhadap pihak media yang terbabit untuk membersihkan nama universiti yang dicemar dengan berita-berita palsu.

5. Kami menuntut agar hari pembuangan undi diisytiharkan sebagai hari cuti bagi memudahkan semua mahasiswa dapat menjalankan tanggungjawab mengundi dengan lancar.

Sekian, terima kasih.

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)
Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (KARISMA)
Kelab Maaruf UIAM (MC)





Sumber: Harakahdaily (27 September 2012) 




p/s:  Sudah heboh dalam media TV bahawa tarikh RE-ELECTION adalah pada 2 Oktober 2012, sedangkan pihak STUDENT a.k.a. MAHASISWA UIAM tidak mendapat apa-apa maklumat ataupun notis daripada mereka berkenaan tarikh tersebut. Sepatutnya mahasiswa yang berperanan sebagai pengundi dan calon adalah lebih berhak mengetahui. Peace no war.. ^_^y

Monday, September 24, 2012

Pilihan Raya Kampus (PRK): Mahasiswa Perlu Bijak Memilih Pemimpin untuk Jamin Kebajikan Terbela


PRK Datang Lagi!


Kelmarin, 5 buah universiti memilih untuk menjalankan proses membuang undi. Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTem), mendahului senarai 25 Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang akan memilih barisan kepimpinan pelajar. Diikuti pada 25 September ini, 20 lagi IPT akan menyusul dengan hari pembuangan undi masing-masing.

Pilihan Raya Kampus (PRK) kali ini juga adalah yang pertama diadakan selepas pindaan Rang Undang-undang Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) (Pindaan 2012), yang membenarkan pelajar universiti memegang jawatan dalam mana-mana persatuan atau pertubuhan di dalam dan di luar kampus.

PRK memang menjadi tumpuan pemerhati, penganalisis serta ‘pemain’ politik, malah ia dianggap cerminan kepada kecenderungan generasi muda khususnya mahasiswa terhadap ideologi politik pilihan.

Pengaruh Politik Luar 


 Sepanjang tempoh penggal kepimpinan mahasiswa sesi lepas, pelbagai insiden berlaku. Daripada kejadian ‘mogok jam 2 pagi’, pemberian ‘cuti rehat’ kepada seorang tokoh akademik di sebuah IPT, demonstrasi menuntut kebebasan akademik, pembuangan kolej pelajar-pelajar serta penggantungan seorang mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Indris (UPSI), ‘perkampungan’ menuntut PTPTN free, terbabit demonstrasi anjuran NGO dan bermacam-macam lagi.

Menariknya seperti sebelum ini, pilihan raya kampus diadakan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Mungkin ada ‘isyarat’ dan tanda yang boleh dilihat. Mungkin juga ada keputusan yang boleh ‘dibaca'.

Tidak keterlaluan jika dikatakan mahasiswa turut berminat dengan pengaruh partisan, sekali gus menjadikan parti politik luar sebagai idea dan landasan mengangkat hala tuju masing-masing. Ternyata juga mahasiswa tidak bertepuk sebelah tangan. Pengaruh dan ‘campur tangan’ politik luar (tidak kira NGO, kerajaan ataupun pembangkang) secara tidak langsung berlaku secara senyap dan tidak kelihatan. Keadaan ini dapat dilihat jelas daripada gaya, pembawaan serta manifesto yang diangkat oleh kepimpinan mahasiswa.

Biasalah anak muda, belum masak sempurna. Bukan sukar menelaah pemikiran dan kecenderungan mereka. Namun, itu bukanlah perkara pokok yang terus-terusan harus dikesali memandangkan mereka sudah diberi kebebasan berfikir dan telahpun ‘dibenarkan’ berpolitik.

Mahasiswa Benci Politik Berkepentingan


Cabaran hari ini ialah bagaimana puluhan ribu mahasiswa di 25 IPT ini bersedia sebelum membuat pilihan masing-masing. Rata-rata mahasiswa mempunyai pemikiran ‘suci’, ‘bersih’ serta benci akan permainan politik berkepentingan.

Tanyalah mana-mana mahasiswa pun, pasti yang mereka mahukan ialah kebajikan mereka terbela. Persoalannya, bagaimana membela kebajikan itu menjadi titik tolak kepada hala tuju memenangi hati pengundi. Adakah kebajikan dapat terbela dengan harapan dan laungan angan semata-mata melalui suara amarah atau segala budi yang telah dibakti melalui janji dan komitmen tanpa henti?!

Sebagai pengundi, mahasiswa wajar meneliti setiap calon yang menawarkan diri. Bukan sekadar asal undi atau mengundi kerana ‘kebetulan’ melintas di dewan pengundian. Personaliti calon menggambarkan pembawaan kendiri dan sifat peribadinya.

Bagaimana kita mampu memilih calon yang keliru pemikirannya, apatah lagi sekiranya seseorang itu hanya petah berhujah bicara sedangkan komitmennya tiada?! Sekejap dikata itu dan sekejap lagi dikata ini tetapi hasilnya nyata tidak pernah yang menjadi. Siapakah pula yang mahu pemimpin dari kalangan yang tidak tetap pendiriannya, diibarat ‘katak’ yang ‘melompat’ ke sana, ‘melompat’ ke mari?!

Selain itu, latar belakang akademik turu memainkan peranan penting. Calon yang bakal dipilih wajar dalam kalangan mereka yang tersohor akal pemikirannya. Latar belakang akademik yang baik mencerminkan kebolehfikiran, komitmen dan daya juang dalam bidang pelajaran serta ‘kecerdikan’ dalam memilih aulawiyat untuk diutamakan.

Apapun keadaanya, keputusan ada di tangan mahasiswa. Inilah platform awal mereka didedahkan dengan proses pengundian, pemilihan dan pembentukan kepimpinan sebelum terbabit serta membuat pilihan untuk satu pilihan raya yang lebih besar, iaitu PRU-13 yang akan datang.

Akhir kata, ‘Intuisiku’ tinggalkan para pembaca dengan bait-bait kata lagu yang pernah didendangkan oleh kumpulan The Zikr dan SaffOne ini:

Pilihlah pemimpin yang takutkan Allah
Yang minta dibantu menegak kebanaran
Yang minta ditegur kalau ia bersalah
Yang tidak menyebut apa jua jasanya
Yang tidak banyak membuat janji manis

Biasanya seorang pemimpin itu
Ia mempunyai ilmu yang sederhana
Jiwanya kental dan juga gigih
Dapat pengalaman dari hidup
Kalau kita nak tahu
Pemimpin yang sejati ia tak berjawatan pun masih dihormati
Oleh semua pengikutnya

Biasanya pemimpin yang sejati itu
Ia tersendiri ada panduan yang diberi
Ada karisma semulajadi
Mendidik pengikut hingga taat setia
Tidak berbelah bagi

(Pemimpin Sejati - Ashaari Muhammad, 1987)




p/s: Selamat menjalankan tanggungjawab buat seluruh mahasiswa/i dalam PRK yang akan tiba tidak lama lagi. Buat pemimpin yang bakal bertanding, tunaikanlah tanggungjawab anda sekiranya berjaya beroleh mandat dan sekiranya anda gagal, usah berduka lara. Bantulah pemimpin yang dipilih dalam menjamin kemaslahatan bersama.. ^_^y