Tuesday, April 01, 2014

Sidang Media MH370: Mencerahkan atau Mengelirukan?!

Oleh: Ust. Dr. Zaharuddin Abdul Rahman





Saya mendengar siaran akhbar oleh Dato' Seri Hishamuddin sebentar tadi , beliau menafikan yang PM mengatakan MH 370 terhempas di lautan hindi tetapi hanya menyatakan kedudukan terakhir. Tapi sebagai rakyat Malaysia saya kurang puas hati kerana rakyat semakin keliru.

Ayat PM menyatakan "It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that, according to this new data, Flight MH370 ended IN the southern Indian Ocean"

Beberapa point penting untuk difikir :

1. Kalau hanya last position tapi tak pasti terhempas, kenapa perlu DEEP SADNESS? dan kenapa perlu bahasa badan PM terlalu kelihatan bersedih semasa mengumumkannya.

2. Kenapa perlu PM umum jika sekadar last position, cukup Menteri umumkan.

3. Kalau hanya last position kenapa guna perkataan 'IN THE ..' yang seolah bermaksud DI DALAM LAUTAN. Sepatutnya gunakan 'At the' . Mungkin pakar bahasa Inggeris boleh bantu saya di sini. Cuma media mat saleh faham 'In The' sebagai 'into the ocean' yang beerti terhempas dan masuk dalam air. (rujuk berita new york times ini http://www.nytimes.com/2014/03/25/world/asia/malaysia-airlines-flight-370.html?_r=0)

4. Kalau tak bermaksud terhempas, kenapa habiskan semua aset dan usaha mencari dalam lautan dan bukan di daratan juga?.

Maka sebaiknya, jika benar tersilap dan terkeliru maka pimpinan berani mengakui tersilap data dan pengumuman dan meminta maaf. Itu lebih terpuji dan tinggi hemahnya bukan menafikan dan membelit.

Saya tahu isu MH 370 memang SUKAR antaranya kerana :

a. Ia libatkan tentera pelbagai negara termasuk negara2 yang pernah dan masih tidak baik antara satu sama lain.

b. Ia libatkan kedaulatan beberapa negara maka tidak mudah untuk masuk dan meneliti di dalam kawasan negara orang lain dengan aset ketenteraan. Tentulah pemimpin negara lain bimbang keselamatan negara mereka dan bimbang risikan sambil beralasan mencari.

c. Sukar didedahkan semua maklumat kerana terlalu banyak data palsu, kurang tepat dan sebahagiannya bersifat offensive' menyerang' negara lain, cthnya menuduh Amerika atau Vietnam menembak jatuh. Atau menyebut pesawat disembunyikan di Diego Garcia atau di Israel kerana itu secara tidak langsung menuduh Amerika menipu secara terbuka. Tanpa ayat teliti dan cara bijaksana, peperangan boleh meletus dan ketika itu lupakan sahaja pencarian MH370. Ikatan perdagangan boleh terjejas.

Sekadar satu luahan dan faham kesukaran isu ini. Namun pimpinan mungkin boleh fikirkan yang terbaik. Sama-sama kita berdoa agar kemelut ini dapat selesai dengan sebaiknya, kedaulatan, maruah dan ekonomi negara juga terjaga. Ini isu yang boleh meranapkan negara Malaysia sebenarnya.

Saya teringat Dato' Hishamudin pernah menyebut semua aset kita akan dikerah...saya bimbang jika musuh Malaysia mendengar. SEMUA aset utama ketenteraan?..bagaimana jika Malaysia diserang di waktu kemelut ini.





p/s: tulisan ini tiada niat politik kepartian.

Senyum..=)

Monday, March 31, 2014

Sorotan Malaysiaku Sepanjang Tiga Bulan 2014..




-Harga minyak naik
-Harga barangan melambung
-Cukai bertambah
-Golongan anti hadith tunjuk berani
-Jerebu melanda meliputi 3/4 kawasan negara
-MH370 hilang
-Amaran ribut di perairan Kelantan di mana pasukan misi SAR sibuk bertugas
-Lebih 5 orang remaja mati akibat dadah dan alkohol dlm konsert di KL

Saidatina A'isyah RHA berkata :

'Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda;
 "Tidak akan berlaku hari qiamat sehingga :
1. Bila anak-anak menjadi punca kemarahan orang tuanya.
2. Bila hujan berkurangan, cuaca menjadi panas dan udara telah tercemar.
3. Orang jahat bertambah ramai dan galakan untuk membuat kejahatan sangat banyak (promosi ke kuliah kurang berbanding promosi ke program2 duniawi).
4. Orang yang membuat kebaikan sedikit dan tidak mendapat kemudahan yang sewajarnya (pondok-pondok semakin miskin, terpaksa merayu sumbangan. Kemudahan tidak tersedia walau negara dikatakan sangat maju)
5. Anak-anak sudah berani melawan orang-orang tua (tidak tahu menghormati).
6. Orang-orang yang jahat berani melawan orang-orang yang baik dan tidak segan terhadap mereka."'

[HR Thabrani]


Marilah bermuhasabah...=)

Ambillah Ilmu Dari Saluran Yang Betul..~




 Dikisahkan ada dua orang tua yang tinggal di rumah pangsa. Yang tinggal di tingkat atas ialah A dan B, tinggal tingkat bawah.

Pada suatu hari, si B didatangi tetamu. Maka orang tua itu nak buat air teh sebagai hidangan kepada tetamunya. Bilamana dia hendak buat teh di dapur, baru dia sedari yang susu telah habis.

Maka jerit si B kepada jirannya, A yang duduk di tingkat atas; "Awak ada susu tak?"

Jiran si A; "Ada".

Berkata lagi Si B; "Boleh tak awak tolong turun bawah hantarkan susu kepada saya, saya ada tetamu?"

Si A menjawab; "Saya tak boleh turun tangga, sakit kaki! Awak naiklah ambik!"

Si B pun membalas; "Saya pun tak boleh naik, kaki saya sakit!"

Maka si A berkata; "Takpelah, saya tuang dari drain sinki punya paip tu, dari atas ni paip tu sambung kat bawah, kemudian awak tahan kat bawah!"

Si A pun bersetuju; "Baiklah.."

Maka susu juga yang keluar dari saluran paip bawah tu, tak berubah, rupa dan rasa pun macam susu, lepas tu dia guna buat teh Kaw! punya..tapi tergamak tak tuan-tuan untuk minum teh tersebut?

Susu memang susu, tapi jalan yang dia datang tu dari jalan yang yang tak betul, jalan kotor, jalan yang mana tempat orang buang air basuhan tangan, basuh pinggan dan berludah. Ada benda-benda yang kita tidak nampak seperti kuman dan bakteria, bila minum teh tu kene sakit perut.

Inilah contoh apabila kita belajar ilmu ikut saluran yang tak betul. Umat hari ini tengah ‘sakit perut’. Umat hari ini mencela alim ulama terdahulu. Kita apa pun tak belajar, dengan angkuhnya kita mencela alim ulama zaman dahulu yang mana mereka telah korbankan seluruh kehidupan mereka untuk agama. Tiada sedikitpun kepentingan dunia dalam diri mereka dan dalam menulis kitab-kitab mereka.

Oleh itu tuan-tuan yang mulia, kita kena belajar ilmu dari saluran yang betul, barulah datang amal yang betul dan faham yang betul.

Senyum..=)

Monday, March 17, 2014

Misteri MH370..~





Spekulasi Spekulasi Spekulasi,
Akhirnya ia terus menjadi Misteri.

Setiap hari sidang media dinanti,
Ingin tahu apakah nasib keluarga kami.

Sekejap begitu sekejap begini,
Kesudahannya masih lagi misteri.

Tikar terbang dan kelapa menjadi saksi,
Bodohnya manusia syirik kepada Ilahi.

Solat hajat dan doa setiap hari,
Jadi alim untuk bongkar misteri.

Nujum dan bomoh menjadi penyeri,
Tersohor sedunia malu sekali.

Sembilan hari keluarga menanti,
Nasib penumpang masih misteri.

Diarak ke sana diarak ke sini,
Keluarga jadi bimbang teramat sekali.

Ramalan dan pandangan pakar banyak diberi,
Habis cara tetapi ia tetap menjadi misteri.

Patah balik teori terkini,
Ke mana arah pasti dicari.

Rampasan dan isu politik menjadi informasi terkini,
Akhirnya lokasi masih lagi misteri.

Radar manusia senang dilepasi,
Radar Ilahi sentiasa menyinari diri.

Kecanggihan teknologi digunakan untuk mencari,
Lautan dan daratan diredah membongkar misteri.

Monggolia, Andaman, Kazakhstan tempat dicari,
Berbelas negara menyertai misi.

Kini Malaysia menjadi popular sekali,
Seluruh dunia ingin tahu misteri yang terjadi.

Hidup dan mati masih tidak diketahui,
BERDOALAH KITA MENGADAP ILAHI.

PRAY FOR MH370

Allahuakbar.




Nukilan;
Cikgu Mohd Ariff Bin Abdullah,
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Pengkalan Chepa & PSU1 DPPNK

Sunday, March 16, 2014

Selepas Hujan yang Turun.. Konsert Future Music Festival Asia Pula?!



Pagi ini bermula dengan hujan renyai-renyai, syukur pada-Mu ya Allah. Akan tetapi, ianya ibarat menangisi generasi muda negara ini. Sementelah negara dikejutkan dgn kematian 6 anak muda yang sangat mentah, ekoran pengambilan arak dan dadah secara berlebihan... ditambah pula dengan berpuluh-puluh orang yang berada dalam keadaan kritikal kerana didakwa ‘sesak nafas’ semasa menghadiri Konsert Future Music Festival Asia (FMFA) di Stadium Bukit Jalil.

Lebih memilukan hati, terlihat begitu banyak kelibat anak muda Melayu, dan tweet anak-anak Melayu dengan carian hashtag berkaitan di laman Twitter. Tidak cukup dengan tweet-tweet yang meraikan konsert berkenaan, banyak juga tweet yang meradang kerana konsert dibatalkan.


“Kami juga benci dadah namun mengapa muzik menjadi mangsa?!”
“Konsert dibatalkan, rosak rancanganku!”
“Berapa ramai yang mati akibat dadah di luar sana, kenapa konsert kami menjadi mangsa?!”



Carian Intuisiku juga menemui sebilangan artis yang turut menyatakan rasa teruja dengan konsert tersebut, dan juga yang tenang namun mengikuti perkembangan.

Sungguh rasa pilu hati ini, kita ini 'orang baik-baik' samada dipelihara oleh Allah, atau sebenarnya ada jurang besar antara kita dengan anak muda lain yang sepatutnya kita bimbing sehingga kita tidak tahu ada konsert besar yang sedang berlangsung. Dan rupa-rupanya lebih banyak acara seumpama ini menanti untuk berlangsung. Apabila tweet Nora Danish memperli 'imam' yang berdoa utk MH370 di konsert, barulah orang sedar; “eh, ada konsert besar ke?” Atau rasa “ooo.. tengah ada konsert, memang biasa banyak konsert kat malaysia ni”.

Semoga Allah pelihara kita semua dan memelihara generasi muda negara ini. Semoga Allah ampunkan kita semua.



Nota Kaki

Seperkara yang ingin saya tegur, janganlah sebut perkara yang tidak baik dengan si mati seperti ayat "semoga tenang jawab soalan dalam kubur", "semoga husnul khatimah" dan sebagainya lagi, kerana kita sendiri belum tahu akhir kita bagaimana dan kesudahan mereka bagaimana. Ini haram hukumnya kerana seolah-olah kita ini Tuhan yang tahu nasib buruk mereka, juga boleh menyeksa batin keluarga si mati.