“Apa gunanya kalau saya membaca al-Quran tetapi tidak memahaminya?” Tanya seorang murid kepada gurunya.
“Bacalah dulu, nanti perlahan-lahan Tok akan ajar maknanya,” jawab gurunya.
Murid itu pun terus membaca. Hari demi hari , bulan beganti bulan. Lama-kelamaan dia berasa jemu dan datang menemui gurunya semula.
“Tok, saya masih berasa usaha membaca tanpa memahami makna al-Quran ini sesuatu yang tidak berfaedah,” katanya.
“Baiklah, Tok akan suruh kamu buat sesuatu yang lebih bermakna,” kata Tok Guru tersebut. Wajah murid itu kembali ceria.
Tok Guru menyerahkan sebuah raga dan berkata, “Kamu cedok air di sungai itu dengan raga ini, dan kemudian curahkannya ke dalam kolah madrasah kita.”
Si murid kehairanan. Mesti ada sesuatu yang luar biasa akan berlaku, detik intuisinya. Dia terus ke sungai dan mencedok air dan secara tergesa-gesadia berlari-lari untuk menuangkan air ke dalam kolah. Namun sebaik sampai, air telah habis, menitis keluar dari celah-celah raga yang jarang itu. Begitulah dilakukannya berulang-ulang kali. Air menitis keluar dari celah raga dan kolah masih tidak dapat dipenuhi.
“Tok, perbuatan ini lebih tidak bermakna. Kalau Tok gantikan raga ini dengan timba, barulah ia boleh menampung air dan kolah akan penuh!”
Tok guru itu tersenyum. “Setiap yang Tok suruh pasti ada maknanya,” katanya perlahan.
“Apa maknanya, Tok?”
“Menimba air dengan timba samalah dengan membaca al-Quran walaupun tidak memahami maknanya,” jawab Tok Guru.
“Sama-sama tiada faedahnya. Begitu?!”
“Tidak.. sama-sama ada faedahnya,” pintas Tok Guru.
Anak muridnya menjadi lebih hairan.
“Cuba kamu tengok raga yang kamu gunakan sejak tadi itu. Mulanya ia kotor, tetapi sekarang, bukankah ia sudah bersih?! Walaupun air kolah tidak penuh, tapi raga yang kamu gunakan sudah bersih. Betul tak?”
“Betul, Tok,” jawab anak murid mengiakannya.
“Ha, begitulah juga hati kamu ketika membaca al-Quran berulang-ulang kali. Walaupun belum memahami maknanya, tetapi paling tidak hati itu akan dibersihkan daripada kelalaian dan gangguan syaitan.”
Muridnya mengangguk-angguk. Hebat, rupa-rupanya Tok Gurunya mendidik, bukan sekadar mengajar!
Moral of da Story : Jangan memandang remeh sesuatu amalan baik, walaupun sekiranya kita belum Nampak manfaat atau hikmahnya. Dan jangan gopoh untuk ‘improve’ dalam perjalanan menjadi ibadullah yang baik dengan tindakan-tindakan yang melanggar ketertiban amal dan kehalusan adab. Ingat, setiap yang baik pasti ada kebaikannya.
Cepat sungguh masa berlalu.. Sedar tak sedar, sudah hampir 3 bulan aku di rumah. Mungkin ada di kalangan teman-teman mengambilpeluang yang mengisi masa cuti dengan mencuba resepi-resepi baru, berehat, bekerja, atau mungkin ada juga yang menambahkan ilmu di dada. Namun, berbezapula dengan diriku. Aku hanya seorang ‘gembala desa’. Tiada transformasi mahupun reformasi. Aku tetap aku… mencari ketenangan diri serta keredhaan Ilahi. Walaupun cutiku ini tidak seperti yang didambakan, namun tetap infdah dan membawa erti yang besar buatku.
Insya-Allah esok pagi ,akan kuberangkat menuju ke ‘medan perang’. ‘Pertempuranku’ bakal bermula. ‘Pertempuran’ yang menjanjikan cabaran dan dugaan yang lebih hebat lagi daripada mana-mana ‘peperangan’ yang pernah kutempuhi sebelum ini. Dengan level ilmu yang lebih tinggi, 'workload' yang makin mencabar dan pelbagai lagi mehnah dan tribulasi.
Ya Allah berilah kekuatan kepada hamba-Mu yang daif ini dalam menempuh ujian dunia dan lebih kuat dalam mujahadahku untuk mencari ‘permata ‘dari ilmu-Mu yang Maha luas. Ya Rahman, izinkanlah diriku untuk menerima dan mendalami ilmu yang aku sedang hadapi ini. Engkau jualah yang memberi peluang kepada hamba-Mu ini untuk berada di ‘alam’ ini. Kurniakan kepadaku hikmah dan kebijaksanaan dalam menuntut ilmu Ya Allah…Selain memohon dan bermunajat kepadaMu Ya Rabb aku juga perlu sentiasa menjaga diriku dari melakukan perkara yang mendatangkan kemurkaan dariMu. Ya Rahim, peliharalah diriku dari membuat sesuatu yang menyebabkan Engkau melemparkan murka-Mu ke atasku, Ya Karim…
Intuisiku ini akan terus bermonolog lagi. Bukan sekadar suka-suka, mahupun membabi buta... Tetapi monolognya intuisiku ini adalah semata-mata bermujahadah kepada Sang Maha Pencipta. Semoga diriku tidak bersendirian kerana kuyakin kita tidak pernah berseorangan tanpa-Nya di sisi..Perjuangan belum selesai..
“Kalau aku dapat sape yang pow motor aku tu, aku cincang sampai lumat ‘makhluk’ tu!” Begitu luahan amarah seorang kenalanku, Mizi (bukan nama sebenar) sewaktu menelefonku semalam.
“Ye ar, motor tu motor baru tau!Baru je 2-3 bulan aku beli. Ngan hasil titik peluh aku lak tu! Aku bukan maen lagi duit JPA tu aku jimatkan semata-mata nak beli motor tu.. siap wat part-time lagi. Alik-alik kene pow, sape yang tak bengang?!
“Yela, takkan sampai lumat ko nak cincang ‘makhluk’tu kot?!” selorohku.
“Aah.. aku tak kire. Kalo dapat ‘makhluk perosak’ tu.. siaplah dia!” balas Mizi tanpa segan-silu.
‘Tersenyum’ intuisiku pabila mendengar kata-katanya yang begitu marah meluap-luap. Mengapa tidak, sudah lama aku mengenalinya.. sejak di PLKN lagi. Masih segar dalam ingatanku ‘perdebatan’ kami semasa di Kelas Kenegaraan (KN),diKem Sri Perkasa, 4 tahun yang lalu. Ketika itu dia begitu sinis dengan Hukum Hudud.
“Jikalau kita lihat, masalah social, perpecahan dan corruption di negara kita semakin berleluasa dan meruncing semenjak-dua menjak nie. Ada sesape nak komen tentang perkara nie tak?” soal cikgu KN ku.
“Saya rase, sebab kita tidak mempraktik dan menguatkuasakan hukum-hukum dan perlembagaan Islam cekgu,“ jawabku.
“Ai, bukan ke Negara kita nie officially Negara Islam,Islam Hadhari lagi tau! So apenye yang kurang?!” celah Mizi.
“Yela,negara kita name je Negara Islam tapi administration, ekonomi, dasar politik dan lai-lain sumenye bersasaskan sistem Kuffar Barat,” balasku.
“Aah.. kalau nk cedok sume ajaran dan perlembagaan Islam bulat-bulat, cane kita nak maju?! Ini tak boleh, itu tak boleh.. makin mundur lar bangsa dan negara kita!Bagi aku, ajaran dan perlembagaan Islam dah outdated dah. Tengok saje Hukum Hudud..” tambahnya lagi.
“Aik, kenapa dengan Hukum Hudud?!” Tanya kawan-kawan lain yang kehairanan.
“Aku rase, ayat Quran tentang Hudud perlu tafsiran semula. Realiti dunia berubah.”
Aku terdiam. Suasana dalam kelas KN juga turut membisu seketika. Tak tercapai akalku untuk meneka apa yang terlintas di fikiran mereka. Yang aku tahu, di jenak kepalaku pada masa itu asyik memikirkan bagaimana seorangyang begitu mentah (baru lepas SPM), begitu ‘arif’ dalam ilmu tafsir, walhal dia bukanlah berlatar belakang dan berpendidikan agama.
“Apsal lak camtu?! Syari’at itu sesuatu yang evergreen, sesuai fi kulli makaan wafi kulli zamaan,” balasku.
“Kejam sangat ar. Asal curi aje, kene potong tangan. So cane pencuri tue nak meneruskan kehidupan?! Lagipun, ustazah ####### ada cakap; klo kene potongtangan kanan, pencuri tue akan gune tangan kiri.. klo kedua-dua belah tangan kene potong, masih boleh gune kaki untuk mencuri. Habis tue, tak ke kesian tengok diorang?! Dah habit diorang cam tu,nak wat cane?!”
Begitulah besarnya simpati dia dan ustazah keparat (dulunya merupakan pendakwah bebas dan pensyarah tapi sekarang telah bergelar pegawai kanan kerajaan) itu terhadap pencuri.
Walaupun aku telah cuba sedaya upaya jelaskan bahawa sebagai hamba Sang Maha Pencipta, kita perlu patuh dengan segala yang diperintahkan-Nya.. namun dia tetap bertegas juga. Ketika diriku bermati-matian menyedarkan bahawa ilmu manusia yang terbatas tidak mampu menjangkau ilmu Allah yang Maha Luas, dia membalasnya dengan berkata :
“Tuhan kan ada beri kita akal, jadi kita gunakanlah akal untuk hasilkan kreativiti dan inovasi bagi menyesuaikan hukum-Nya mengikut peredaan masa dan keadaan.”
Aku masih ingat juga bagaimana reaksinya ketika diriku menegaskan bahawa kitalah yang harus tunduk dengan menyesuaikan masa dan keadaan menurut hukum Allah dan bukannya hukum Allah yang patut diubah mengikut masa dan keadaan. Dia begitu berang. Ketika muzakarah itu hampir menjadi mujadalah dan ada riak-riak yang kami hendak berbalah, maka cikgu KN kami menukar topik perbincangan kami untuk meredakan keadaan. Terdetik intuisiku; mudah-mudahan saatnya tiba juga untuk dia memahami hakikat sebenarnya.
Ya, detik itulah yang tiba kini. Akutidak akan lepaskan peluang keemasan ini untuk member penjelasan meskipun kekusutan itu telah 4 tahun.
“Ko dah berubah, Jie..” kataku tiba-tiba.
“Berubah?! Ape kehenye, yop?!”
“Yela, ko dah sokong Hudud sekarang,” tusukku tanpa berkias pujangga lagi.
Dia terdiam. Maybe fikiran dan ingatannya mula terusik oleh imbasan ‘muzakarah’ kami tentang Hudud 4 tahun yang lalu. Aku tidak gusar kalau dia menerima Hudud tapi sekadar berbeza pandangan tentang kaedah penjelasan dan proses perlaksanaannya (yang tentunya menagih hikmah dan tempoh masa), tapi dia menolak secara total. Itu yang bahaya.
“Tak simpati dengan pencuri motor ko?!”
“Bukan tak simpati tapi..”
“Tapi ape?! Geram? Marah? Ko terasa dizalimi, dikhianati bukan?”
Sebenarnya bukan sahaja diriku simpati, bahkan empati dengan kecurian motornya. Aku sendiri pernah kecurian handset – begitu bayak data, maklumat, gambar kenangan serta sms yang menjadi nostalgia hilang bersamanya. Aku dapat merasakan kegeramannya walaupun tidaklah sampai betekad untuk mencincang lumat si pencurinya.
“Hudud taklah sampai cincang lumat. Hanya setakat kerat sebelah pergelangan tangan. Itu pun dengan syarat yang begitu ketat, teliti dan rapi. Bukan untuk menyeksa tetapi sekadar mendidik pencuri dan menegakkan keadilan buat masyarakat.”
Bila terkena batang hidung sendiri, barulah ramai manusia yang sedar betapa relevannya hukum Sang Maha Bijaksana. Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Dan Kami telah tetapkan terhadap mereka di dalamnya (At Taurat) bahwasanya jiwa (dibalas) dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi, dan luka luka (pun) ada kisasnya. Barangsiapa yang melepaskan (hak kisas) nya, maka melepaskan hak itu (menjadi) penebus dosa baginya. Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.”
(al-Maa’idah : 45)
Mendengar dia tidak berkata apa-apa, aku menambah lagi;
“Jangan apabila hak Allah dicabar kita diam. Tetapi apabila hak kita sendiri tercabar, barulah kita marah. Jangan hanya apabila kita atau keluarga kita yang jadi mangsa curi, rompak, ragut, zina dan rogol.. barulah kita jadi penyokong hukum Allah.”