Tuesday, September 01, 2009
Amalan Makan Ulam
Sunday, August 23, 2009
Buat Mata yang Sedang Menangis…
Duhai mata yang sedang menangis..,
Mungkin tika ini kau sedang bahagia, mungkin juga kau sedang berduka. Apa pun situasimu, air yang menggenangi kelopakmu dan mengalir ke pipi ialah anugerah Allah s.w.t. yang tidak terhingga. Ia mampu membuang racun di tubuhmu kemudian disusuli dengan ketenangan jiwa. Bersyukurlah pada-Nya kerana hingga saat ini kau masih mampu menangis.

Aduh!
Sungguh hairan kumelihat orang yang merasakan tangisan itu satu kelemahan. Malah menganggapnya satu lambang ketidakmatangan. Sedangkan Allah s.w.t. merakam mulia sebuah tangisan dalam firman-Nya;
“Dan mereka menyungkur (sujud) di atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusuk.” (al-Isra’ : 109)
“Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menagis.” (Maryam : 58)
Duhai mata yang sedang menangis..,

Tahukah dikau, jika dikaji dari perspektif sains, tangisanmu mampu menjadi terapi kesihatan yang berguna dalam merawat penyakit merbahaya?! Tatkala dirimu dalam ketakutan, unsur-unsur merbahaya dijana oleh tubuh. Air mata semulajadi boleh membuangnya. Otak pula bekerja mengeluarkan unsu-unsur kimia daipada air mata. Bukan itu saja, tangisan menambah jumlah jumlah degupan jantung sebagai latihan berguna buat sekatan rongga badan, kedua-dua bahu dan urat-urat dada. Setelah tangisan reda, kembalilah degupan jantung ke asalnya dan ketenangan mula menguasai jiwa. Subhanallah, hebat sungguh penciptaan air mata!
Duhai mata yang sedang menangis..,
Tangisan bukan keaiban tapi satu keperluan. Sama ada kau LELAKI atau WANITA, kau perlu pada tangisan. Ia menjernihkan kornea dan menajamkan penglihatan. Ia meringankan ketegangan jiwa. Ia mengungkap kesedihan lalu merungkai beban yang ter simpan.

Jika kau LELAKI, kenapa perlu malu pada tangisan?! Mungkin sosiobudaya mendidikmu bahawa tangisan itu satu kelemahan dalam mengendalikan kemampuan. Kau mungkin dipisahkan antara diri dengan perasaanmu sendiri oleh didikan silam. Apa pun, tak siapa dapat menafikan kau juga insane yang punyai hati dan perasaan. Isi hatimu kadngkala perlu diluahkan dengan tangisan untuk mengurangkan tekanan risiko penyakit. Usah menipu diri berlagak kuat dengan menafikan air mata kerana badanmu mendapat darurat.
Jika kau WANITA, kau mungkin lebih banyak menangis daripada LELAKI. Tahukah dikau, penyayang-Nya Allah s.w.t. padamu hingga Dia menciptakan kelenjar-kelenjar air matamu lebih besar daripada kelenjar-kelenjar air mata lelaki. Tidak hairanlah kajian ilmiah menunjukkan kau menangis 4 kali lebih banyak daripada lekaki.
Ia antar penyebab panjangnya usiamu berbanding lelaki. Masakan tidak, air matamu keluar bersama keluarnya peratusan racun dari tubuh. Doctor pakar mata berkata, air mata penting untuk menyucikan mata daripada racun yang keluar akibat ketegangan urat saraf perasaan dan emosi yang tidak stabil.
Duhai mata yang sedang menangis..,
Sungguh bertuah kau masih mampu menangis. Usah ditahan tangisan itu. Luahkannya dengan rasa takut dan harap pada Tuhanmu. Benar, tangisanmu tak mampu mengembalikan masa lalumu. Jangan biarkan tangisan itu membibitkan kabus pada masa depanmu. Anggaplah ia sebahagian daripada sekarangmu untuk melonjakkan amal dan perubahan untuk hari esok.

Sesungguhnya tangisan kerana Allah s.w.t ketika gembira atau derita ialah ubat mujarab untuk mencari ketenangan hidup. Dengarilah pesanan Rasulullah s.a.w. dalam menyampaikan kalam Yang Esa;
“Aku haramkan neraka kepada mata yang selalu menangis kerana takut kepada Allah.” (Riwayat Ahmad dan Nasa’i)
-fatimah syarha mohd noordin-
Thursday, August 20, 2009
GRAND IFTAR OF TALHAH
Kepada warga UIAM, KAMPUS KUANTAN (terutamanya warga MAHALAH TALHAH) anda di jemput untuk ke majlis berbuka puasa beramai-ramai pada :HARI : JUMAAT
MASA : 6.00 PTG
TEMPAT : MASJID UIAM (KOM)
NOTE : TIADA BAYARAN DIKENAKAN. KEPADA INDIVIDU YANG KURANG SIHAT, ANDA TIDAK DIGALAKKAN UNTUK MENGHADIRI MAJLIS INI BAGI MENGAWAL & MENGELAKKAN WABAK INFLUENZA A H1N1 YANG SEDANG BERLELUASA SEKARANG INI. SEGALA KERJASAMA ANDA AMATLAH DIHARAPKAN.
Friday, August 14, 2009
Mengapa Yahudi Bijak Pandai ?!

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?
Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, di samping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.
Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, agama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku matematik dan menyelesaikan masalah matematik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya. Oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenuh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama.. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan anda sekali-kali merokok.
Tuesday, August 11, 2009
Semalam Dalam Persoalan
Semalam..,
Betapa baris-baris hati,
Yang pernah aku lewati,
Aku hiasi dengan angka-angka usia,
Sehingga angka itu bertunaskan dewasa,
Tapi mampukah ia membuahkan salam kebahagiaan?!
Semalam..,
Pernah tersingkap sebuah rindu di tabir waktu,
Lalu mentari itu cair digenggam sendu,
Warna sebuah kehidupan,
Tapi siapakah yang mampu menyingkapkan,
Rahsia di sebalik semua itu?!
Semalam..,
Masih dalam persoalan,
Menanti ketentuan,
Yang tiada jawapan!
Ilham Cipta :
intuisiinsurgensi,
Kuala Krai,
Kelantan.
