Friday, September 14, 2012

Fikrah Si Mata Lebah Vs Si Mata Lalat



Mari kita berfikir sejenak tentang dua makluk ciptaan Allah swt ini mudah mudahan kita mendapat manfaat. Semua orang barangkali pernah melihat Lebah dan Lalat, Lebah mungkin susah sikit didapati di bandar bandar besar tetapi tidak susah untuk menjumpai Lalat, ia ada dimana-mana.


Perbezaan dua makluk ini amat ketara iaitu Lalat membawa penyakit sementara Lebah pula membawa penawar iaitu melalui madunya:


"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah; "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung ganang dan pokok pokok kayu dan juga di bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari semua jenis bunga bungaan dan buah buahan (yang engkau sukai) serta turutlah jalan jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkan kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang orang yang mau berfikir."

(An Nahl: 68 - 69)


 Lebah ini dapatlah umpamakan orang baik kerana membawa penawar dan lalat itu orang jahat kerana membawa penyakit. Jika dilihat disini layaknya seperti kurang orang orang baik yang mendiami bandar bandar. Mudah mudahan anda semua tergolong dari orang yang baik baik semua ...aameen.


Ada juga persamaan lebah dan lalat seperti keduanya boleh terbang. Tetapi dalam persamaan itu terdapat perbezaan yang sangat besar kerana terbangnya lebah kerana mencari bunga bunga yang cantik tetapi terbangnya lalat kerana mencari sisa sisa makanan atau kotoran yang menjijikan.


Tidakah matanya juga sama?


Ya, matanya sama..tetapi dalam kesamaan itu terdapat perbezaan yang jauh lebih besar jika kita mau berfikir mengenainya. Mata lalat walaupun dia terbang melalui kebun kebun bunga yang cantik bersih, namun matanya sentiasa memerhatikan dan mencari najis najis yang mungkin terdapat disana.
Sedangkan mata lebah walaupun dia terbang melalui longgokan najis najis dan sampah sarap, namun matanya tetap saja memerhati dan mencari bunga bunga dan madu madu yang mungkin terdapat disitu...


Nah sekarang mari kita perhatikan dan berfikir, adakah persamaan mata kita dengan mata lebah yakni suka melihat yang baik, atau dengan mata lalat yang suka melihat yang keji keji. Kita semua sudah maklum tentang segala pandangan yang diharamkan syarak memandangnya, mengapa kita masih saja melihat perkara perkara yang menambahkan titik hitam didalam hati kita? Walaupun ianya dosa kecil, tapi jika terus terusan dibuat, tentu ia akan memudaratkan timbangan amal kebajikan kita nanti.


Sebaliknya jika kita sentiasa menjaga pandangan dan memeliharanya, InsyaAllah jiwa kita akan lebih tenang dan kita akan menikmati hasilnya nanti seperti lebah yang menghasilkan madu yang menjadi penawar kepada manusia.


Moga Ia Membawa Manfaat Kepada Yang Membacanya..
Wallahu a’lam..

Wednesday, September 12, 2012

Oppa Gangnam Style.. ^_^y


Kajian mengenai fenomena "oppa gangnam style" ini. berikut adalah summary berkenaan dengan info apa yang dapat.

1. gangnam memang nama sebuah tempat. apa yang specialnya gangnam ini? ia sebuah tempat berkumpulnya segala elit yang bermandi kemewahan yang dipanggil chaebol termasuk juga pengasas jenama samsung dan hyundai tinggal di situ. dewasa ini, telah berlaku ketidakseimbangan sosioekonomi di korea menyebabkan jurang miskin dan terlampau kaya semakin besar dan kes-kes rasuah juga meningkat, semua ini menghasilkan situasi perasaan sangat menyampah golongan awam biasa terhadap gaya hidup golongan mewah yang selalu enjoy dengan harta dan wanita.

2. PSY penyanyi rap hanya buat apa yang selalu penyanyi rap lakukan dalam mesej lagunya, iaitu kritikan sosial secara satira, sindiran, sinis, ejek bagi meluahkan rasa geram, bengang, menyampah, tension dalam lirik. Kita tahu Eminem pun banyak buat kritikan sosial dalam lirik lagunya.

3. Sekarang tiba bab yang paling menjadi fenomena, iaitu tarian dan aksi yang ditonjolkan dalam klip video. Tarian dan aksi PSY tidak ada yang special, malah itu adalah tarian-tarian hodoh yang biasa dibuat dalam parti liar tak berakhlak sepertimana yang disebut sebagai "gerakan tak senonoh dan lucah". Mengapa tarian hodoh ini ditonjolkan bersama lirik lagu kritikan sosial? Ia merupakan satu kombinasi kepada expression menyampah yang ingin ditonjolkan berkenaan cerita orang-orang mewah Gangnam. Tarian itu cuba menggambarkan PSY sebagai seorang playboy. Bagi yang tak tahu kenapa aksi menunggang kuda dipilih untuk melambangkan imej playboy untuk disesuaikan dengan lirik menyampah pada orang mewah Gangnam, kerana ya, memang betul, aksi menunggang kuda adalah sindiran permainan posisi seks ala barat. Ia selalu ditunjuk dalam filem komedi lucah hollywood.

4. Maka sepertimana lagu Eminem yang penuh mencarut tapi bermesejkan kritikan sosial yang baik boleh kita anggap sebagai tak berakhlak, aksi PSY dengan imej playboy yang terkinja inipun sepatutnya tidak ada masalah untuk kita anggap tak berakhlak, apatah lagi klip videonya memang tak berakhlak pun! Mesej berkenaan dengan jangan ikut trend tak berakhlak oleh seluruh umat Islam adalah tepat dan betul.

5. Ada orang mendakwa tarian "gangnam style" sangat bermanfaat untuk ditarikan atas alasan bersenam dan berpeluh, percayalah jika anda mengamalkan "tarian punggung di depan rumah Ambiga" juga akan boleh menghasilkan senaman pinggang dan peluh menitis-nitis, tapi adakah patut ia dijadikan trend padahal ia disepakati tidak berakhlak.

6. Kesimpulannya, PSY menari untuk menghodohkan dirinya bagi meluahkan rasa menyampah pada cara hidup golongan mewah gangnam, tapi ramai orang mempraktikkannya sebagai aksi yang menghiburkan dan kelakar, padahal aksi tarian itu untuk lambang imej playboy yang lucah yang hodoh lagi buruk! Dalam islam kita dilarang beraksi seperti kaum-kaum tak berakhlak dan lucah seperti ini. Makanya, orang yang terikut-ikut aksi PSY seperti yang telah menjadi fenomena di Amerika sekarang, merupakan orang-orang yang tak faham apa yang ingin disampaikan oleh PSY. Sebab itu orang korea sendiri tak faham apa yang hebat sangat tarian PSY itu.

7. Di Malaysia kita pernah dikejutkan fenomena "goyang inul" yang memang disepakati semua wanita sebagai tarian lucah. Sebenarnya "tarian kuda" PSY dalam "gangnam style" ini lebih kurang maksud macam "goyang inul" lah bagi mereka yang tak faham apa itu tarian tak senonoh dan lucah.

8. Apabila kita semua setuju aksi-aksi sebegini adalah tak berakhlak, kita juga wajar menyuarakan pada semua dance performer muslim supaya menghentikan semua jenis tarian ghairah dan lucah,baik di atas pentas, dalam klip video atau di mana saja festival. begitu juga termasuk tarian tak berakhlak adalah tarian-tarian yang mencampurkan lelaki dan perempuan dan bersentuhan walaupun ia dinamakan tarian tradisional seperti zapin. ada beberapa tarian yang sopan yang boleh diamalkan contohnya tarian silat.

9. Ada yang setelah tonton videoklip psy masih rasa tidak ada apa-apa posisi seks (kelucahan) pun yang diaksikan. kalau dah PSY sendiri cuba tonjolkan golongan playboy di gangnam yang bermain wanita itu dengan tarian kudanya yang semua orang faham relate to "menunggang perempuan" dengan siap dalam satu aksi video klip tu jelas-jelas dia buat aksi "sebat kuda" pada salah seorang penari, dengan ditonjolkan lagi zoom in punggung perempuan, dengan ditunjuk lagi aksi perempuan "menari tiang" dalam tren, semua itu untuk melambangkan dunia hiburan seks dalam parti liar golongan mewah tak berakhlak di gangnam. dia sungguh-sungguh menari untuk tonjolkan kelucahan ekstrim dengan siap salah sorang laki menari "getar pinggang" dalam lif yang jelas2 disepakati merupakan aksi simbol lucah seks. saya pun dah tak tahu nak cakap apa lagi kalau orang yang tengok klip video psy tu tapi tak faham dia tengah gambarkan kelucahan yang jijik oleh golongan mewah gangnam. nak cakap ape lagi ntah lah

10. Ada orang minta jangan dikutuk sesiapa yang memparodikan aksi tarian kuda psy. Kita pun tak kutuk sesiapa, tapi kita semua mesti bersepakat, aksi meniru videoklip psy itu adalah terkutuk dari sudut pandang akhlak islamiyah. ada orang mem fwd kan tulisan Hilal Asyraf seperti berikut:

"Ada orang, hidup tak dapat fikrah Islam.Ada orang, ada fikrah Islam, tetapi belum mampu memahamkan seluruh keluarga. Keluarganya tak faham fikrah Islam, tetapi ada semangat nak tunjukkan ukhuwwah keluarga, buat video menari yang kalau dikira dengan aras ukur 'masyarakat sekarang ni', taklah teruk sangat. Kita pun sedia maklum, demam K-Pop memang kuat sekarang ini.

Da'ie kena consider benda ini. Kalau kita ni da'ie(penyeru)lah. Kalau kita ini ada tanggungjawab menjadi penghukum, itu cerita lain.

Jadi, janganlah teguran kita hingga melukakan. Memang ada masa, tegur kena tegas. Ada masa, sindiran itu perlu. Tetapi dalam bab 'orang sekadar tersilap cara nak ekspresikan kegembiraan dan hubungan erat kekeluargaan', saya tak rasa teguran menyindir, 'tunjuk kuat', adalah cara teguran yang baik."

Padahal mereka tak baca soalan-soalan awal Hilal Asyraf dalam status yang sama:

"Isunya bukan Gangnam Style. Isunya, apa style pun, mewajahkan Islam tak? Kalau Gangnam Style tu, kita menari, terpancar akhlak seorang muslim/muslimah pada diri kita, why not teruskan dan popularkan? Begitu juga dengan style-style yang lain.

Tetapi kalau sekadar akhirnya menunjukkan kerendahan akhlak, membuang kesopanan, menghilangkan keindahan peribadi seorang muslim/muslimah, kenapa teruskan dan popularkan?"

Memang Hilal Asyraf tak menghukum, tapi dia tinggalkan soalan untuk para pemuja gangnam style menghukum diri mereka sendiri! baca ulang-ulang soalan Hilal Asyraf di atas sekali lagi:

" Kalau Gangnam Style tu, kita menari, terpancar akhlak seorang muslim/muslimah pada diri kita, why not teruskan dan popularkan?"

baca 50 kali kalau masih belum tangkap soalan sinis dan perli versi lembut Hilal Asyraf ini. Adakah para pemuja gangnam style boleh menjawab soalan Hilal Asyraf di atas? Atau akhirnya terpaksa menelan juga "hukuman lembut" dari Hilal Asyraf pada jawapan seterusnya:

"Tetapi kalau sekadar akhirnya menunjukkan kerendahan akhlak, membuang kesopanan, menghilangkan keindahan peribadi seorang muslim/muslimah, kenapa teruskan dan popularkan?"

Baca 50 kali bahagian "rendah akhlak", "buang sopan", "hilang indah peribadi muslim/muslimah" itu semua hukuman-hukuman padat dari Hilal Asyraf. Lembut dan bergaya cara sinis dan perli sebegini. Tahniah kerana anda tak tahu diri anda diperli dan dihukum secara indirect oleh Hilal Asyraf.

Kesimpulannya, direct atau indirect, semua perilaku tak berakhlak terpaksa menelan jua hukuman hodoh di dunia atau di akhirat selagi tak bertaubat dan insaf.

11. Ada orang komen bahawa maksud lirik lagu psy boleh bermesej islamik. itu satu dusta, kerana keseluruhan lagu psy mengisahkan lelaki dan perempuan gangnam yang konon sopan, bijak dan elit akan berkelakuan liar apabila tibanya waktu malam. itu sebenarnya simbol kepada nighlife yang mengandungi pelbagai parti untuk lelaki dan perempuan bercampur, bersosial dan berseronok.

merujuk kepada cubaan mengislamikkan mesej seperti berikut:
gadis yang sopan tp aktif bila masa yg perlu,
gadis yg membuka aurat pada masa yg perlu,
gadis yg menutup aurat lebih molek dpd gadis yg xtutup aurat,
gadis yg lebih kurang mcm tu

padahal mesej asal:

Jeongsu-khae boijiman nol ttaen noneun yeoja
Ittaeda shipeumyeon mukkeot-deon meori puneun yeoja
Karyeot-jiman wen-manhan nochulboda yahan yeoja
Keureon gamkakjeo-gin yeoja

A girl who looks quiet but who gets down when she gets down
A girl who lets her hair loose when she feels it's the right time
A girl who keeps covered but is sexier than girls who expose it all
A sensual girl like that

sebenarnya mengisahkan perempuan2 gangnam yang nampak pendiam, sopan, elit akan berubah apabila tiba masa yang sesuai. Apa itu masa sesuai di mana mereka akan loose/melepaskan rambut (yang sebelumnya diikat kemas sopan), akan menjadi lebih sexy dari perempuan yang memang biasa berpakaian seksi, bilakah masa itu akan tiba? maka rujuklah rangkap yang awal:

Naje-neun ttasaroun inkanjeo-gin yeoja
Keopi hanjanye yeoyureuraneun pumkyeok i-nneun yeoja
Bami omyeon shimjangi tteugeowojineun yeoja
Keureon banjeon i-nneun yeoja

A girl who is warm and human by day
A classy girl who knows how to relax with a cup of coffee
A girl whose heart heats up by night
A girl with that kind of twist

inilah perempuan yang dimaksudkan dalam perenggan seterusnya di atas, di mana dalam perenggan pertama ini memperkenalkan perempuan yang dimaksudkan dalam lagu ini adalah perempuan yang wataknya sangat warm dan human di waktu siang, relax dengan minum kopi (ciri-ciri wanita elit), tapi bila tibanya waktu malam terus twist jadi liar!

dan bukti lirik ini hanya menguatkan hujah saya lagi sebelum ini bahawa psy cuba menggambarkan imej playboy dalam videoklipnya, dan background story pasal gangnam juga menunjukkan memang gangnam terkenal dengan nightlife warga elit yang liar berparti, bersosial dan berseronok di kelab-kelab malam yang bersepah di sana. semua ini jelas membuktikan psy cuba menggambarkan lifestyle tak senonoh, tak berakhlak dan erotik seks dalam aksi videoklipnya. semua pemuja tarian kuda psy hanya memper****hkan diri tanpa sedar kerana melakonkan semula aksi playboy hodoh psy ke dalam video2 parodi mereka.

maka tepatlah ulasan UAI, "Gaya hidup muda mudi Seoul yang menggalakkan bercampur lelaki dan perempuan tanpa batas dengan menari tayang aurat dan kemaluan yang jelas perilaku yang tidak diredhai Allah dan Rasulullah SAW". Memang video psy , background story, dan lirik lagunya jelas 100% mempromosi gaya hidup tak berakhlak. memalukan, bagi sesiapa yang mahu jadi sebahagian promoter aksi psy.sungguh!

12. Ada orang kata ini cuma viral phenomena yang nanti apabila sampai masa sudah basi, semua akan berhenti. jadi tak perlu kecoh dan biarkan saja ia nak tersebar seberapa luas. Hujah ini hanya sesuai untuk orang yang tak kasihkan umat yang melihat umat dirosakkan di depan mata tanpa ada apa-apa perasaan sedih. Pandanglah umat seperti nabi pandang umat. Nabi s.a.w tentu sedih melihat umat dilalaikan dengan merelakan diri berasa terhibur dan bergembira dengan cara bagaimana kaum lalai berhibur dan bergembira. Lihatlah bukti bahayanya fenomena ini hingga cikgu di sekolah pun tak pantau aktiviti murid sekolah rendah yang mempersembahkan tarian kuda psy.

http://www.youtube.com/watch?v=bxVBPB58vQA&feature=player_embedded

inikah makna aidilfitri yang mahu ditanam dalam minda anak-anak kita? Bolehkah kita berdiam diri tanpa menegur dan hanya berpeluk tubuh menunggu saja fenomena ini berhenti sendiri, tapi dalam waktu menunggu hedonisme telah tertanam kemas dalam minda anak-anak?

13. orang kata hiburan sebelum gangnam style pun hedonisme juga. betul. kita bantah semua hedonisme. bila kita bantah gangnam style dipromosikan dalam kalangan umat, bukan bermakna kita hanya mahu hentikan gangnam style saja, kita bantah semua bentuk hedonisme, termasuk tarian zapin yang diaksikan bercampur lelaki-perempuan juga! dulu ada tarian shuffle, ketahuilah itu juga pengaruh hedonisme yang tak baik. seperti pengaruh lmfao bershuffle dalam party rock anthem yang bergenre electropop seperti gangnam style, juga liriknya bermesejkan parti sosial yang tak berakhlak:

"Party rock is in the house tonight
Everybody just have a good time
And we gonna make you lose your mind
We just wanna see ya shake that
Everyday I'm shufflin
'Shufflin', shufflin'"

14. Maka hentikanlah semua tasyabbuh budaya songsang walaupun niat kita memparodi hanya untuk bergembira dan berlucu-lucu, padahal kesannya meresap pemikiran hedonisme dan jauhnya penghayatan pada nilai sopan dan akhlak dalam berhibur dalam islam.







Sumber: 

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=159976827460119&set=a.102954799828989.961.102940386497097&type=1&relevant_count=1

Sunday, September 02, 2012

Malaysia dan Jatuh Bangunnya Sebuah Empayar

[Hanya di Malaysia]


[The Empire Strike Back]




p/s: semoga entry ini memberi ikhtibar yang berguna buat kita semua.. ^_^y

Sunday, July 29, 2012

Puasa tetapi Tidak Solat: Apabila Ibadah Hanya Dianggap sebagai Adat




Amalan puasa orang tidak solat mungkin akan rosak dan tidak diterima oleh Si Dia, Sang Maha Pencipta. Ini kerana ibadah lain hanya akan ‘dilihat’ oleh-Nya selepas ibadah solat. Bersesuaian dengan apa yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A daripada sabda Rasulullah:

“Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari qiamat mengenainya ialah sembahyangnya, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah dia".

Kiranya terkurang dari sembahyang fardunya sesuatu, Tuhan berfirman: “Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain.”

(HR at-Tirmizi)

Walau bagaimanapun, jangan terkejut jikalau para pembaca terdengar bahawa ramai umat Islam yang berpuasa tetapi meninggalkan kewajipan solat! Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh sebuah institut kajian dan penyelidikan Islam di Malaysia, 70 - 80% mereka yang berpuasa hari ini tidak menunaikan solat (Halim Din, 2012). Ini kerana mereka merasakan kewajipan 5 kali sehari itu payah untuk dilaksanakan meskipun nilai ketinggian seorang hamba di sisi Allah ‘dilihat’ daripada kesempurnaan solat mereka.

Untuk menghisab ibadah lain, ibadah solat lah yang akan dihisab oleh-Nya terlebih dahulu. Jikalau tidak solat, manakan mungkin ibadah lain akan ‘dilihat’-Nya. Akan tetapi, lalangkah malangnya umat hari ini, beriya-iya berpuasa, tetapi tidak solat. Mereka berkemungkinan besar hanya mendapat lapar dan dahaga sahaja.

Jahil, Lawannya Belajar!!



Soalan berkaitan berpuasa, tetapi tidak solat sering kali menjadi keraguan yang membelenggu masyarakat kita hari ini selain beberapa perkara yang dilihat sebagai remeh membabitkan ibadah puasa seperti sama ada kentut dan  mengorek telinga itu membatalkan puasa. Keadaan ini jelas menunjukkan orang Islam kian jahil perihal agama. Puncanya adalah sikap ambil mudah selain malas belajar untuk meningkatkan ilmu pengetahuan yang mengeluarkan diri daripada kegelapan.

Sepatutnya.. sebelum kedatangan Ramadhan lagi, umat Islam sudah mula bersiap-sedia menelaah bab puasa termasuk perkara yang membatalkan dan ‘menguruskan’ puasa seperti yang digariskan al-Imam al-Ghazali dalam kitab tasaufnya. Jikalau tidak mampu, tanya sahaja kepada mereka yang tahu. Ini penting kerana kita tidak mahu tergolong dalam kalangan sebagaimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah;

 “Berapa banyak orang yang berpuasa tetapi dia tidak mendapat apa-apa dari puasanya kecuali hanya lapar dan dahaga.” 

(HR Ibnu Majah)

Kalau Nak Buat Sesuatu, Mesti Ada Ilmu!!


Disebabkan malas belajar, nilai ibadah kini dilihat lebih sebagai adat atau amalan ikut-ikutan  sahaja dan bukannya sebagai suatu amalan yang diwajibkan oleh-Nya yang mempunyai hikmah di sebaliknya serta bermatlamatkan untuk mendapat mardhatillah. Sebagai contoh, jemaah solat Tarawikh.. satu  minggu pertama, masjid meriah dengan jemaah. Namun masuk minggu kedua, tidakkah menjadi kehairanan ke mana perginya mereka yang ramai itu?! Pelik bin ajaib!! Haish!! Apa yang lebih mendukacitakan.. ketika akhir Ramdhan, bunyi mercun dan lagu raya lebih kuat kedengaran hingga sudah tidak mempedulikan Tarawikh, Takbir, Tahmid dan Selawat!! Apabila kita langsung tidak ambil peduli ilmu, inilah yang berlaku.. amalan hanya sebagai ikut-ikutan. Firman Allah S.W.T.:

"Apakah sama orang-orang yang berilmu dan orang-orang yang tidak berilmu?"

(az-Zumar: 9)

Jika umat Islam mempelajari asas difardhukan sesuatu ibadah, mereka akan melaksanakan ibadah itu dalam keadaan ‘mengetahui’, bukannya secara membabi buta. Maka tidak kira apa yang datang, ia tidak sedikit pun akan mengganggugugat ibadah mereka.

Ilmu akan memacu umat Islam ke hadapan dan dalam aspek ibadat, mereka boleh melihat peningkatan dari sudut kualiti ibadat serta sentiasa berusaha memastikan ibadat itu dalam keadaan sempurna supaya diterima oleh-Nya.


“Jadilah hamba kepada Allah, bukan hamba kepada Ramadhan.” 

(Dr Yusuf al-Qardhawi)

Thursday, July 19, 2012

What have you?! What say you?! What defines you?!


 a ramble by Hlovate
______________________________

 

I guess sometimes we human tend to have this warped sense of uh… ‘berlagak-ness?’

Like when we feel that our new pair of Converse chucks give us the mandat to inwardly smirk smugly at those wearing theTat Seng.Or when we don the pair of Ray Bans for the sake of getting into style [even under skies laden with thunderclouds].Or when we carry ourselves with the air of ‘aku budak urban maka aku lagi best dari anda-anda sekalian’ whenever we balik kampung,perhaps?

Please be noted that I’m not saying that wearing anything ‘branded’ is directly associated with the berlagak-ness.Not at all.A good brand brings good quality.If the means of using the goods is for practicality,then hey,knock yourself out.One of my abang sedara for example got Ray Bans bersusun.Reason?Because he uses those when he goes menebas dusun/mesin rumput.Well,wild boars,kera and monyet at the dusun definitely have no appreciation on the Ray Bans I can assure you,but those definitely provides the top-notch protection for his eyes from the glaring sun and the wayward debris that can come flying from being knocked by the blades.And he uses those when he goes terjun laut/gunung/gaung and the whateverelse crazy things he does as well.You go see his Ray Bans you know la.Some even got chipped from the whatever stunt he pulled.Point is,the good quality serves the practicality.Alah membeli menang memakai as we say.But if you don Gucci,D&G,and LV just for the sake of beli ikan at Pasar Besar Sungai Petani…uh,I guess it’s still practical[?].And attracting attention from peragut/penyamun bersiri as well;that’s a maybe.

Anyway,gone wayward already.Haih.Well,whatever it is la that you wear,what really matters is ‘your air’.Akhlaq,kalau nak ikut bahasa piawai,yes?

I’m writing this down as I was musing about one of the raya when I was home some time ago.

It was a few days before raya,or was it a day before raya[?].Whenever it was,it was pre-raya la,where people totally went merciless and downright primal when fighting for barang-barang runcit nak masak for raya.Seriously,you could really see some of the sweet little old ladies turned into the likes of Xena the Warrior Princess,to ensure they have the last packet of kerisik.Downright scary,I tell you.

I was at the santan stall, in the wet-market. Well,raya,right?People buy santan by bucketloads kot!The wait was long, and it was a Friday if I’m not much mistaken, nearing noon.Hence,cue the desperation where people want to get their shopping done before the waktu for Solat Jumaat masuk.
I dutifully queued behind the last person, for the santan mission.Mak was already someplace else in the pasar,hunting for God-knows-what. We’ve decided to split-up to save more time. For the record, never get in between a woman on a raya mission and her goals; you’re at your own risk of spending raya with some body parts missing.I’ve learnt my lessons.

A…nyway.Back to the cerita.I was no stranger to the pasar since the past weeks prior.Most of the stalls I frequented already knew me by face.The makcik ikan laut at the corner knew to wave me over when the new batch of ikan temenung lemak arrived.The abang ikan sungai knew my standing order’d be the two tilapia merah,every single time.The chicken brothers knew mine’d be half a chicken every time I stopped by.The mee mamu never failed to greet me every time he saw me.As for the uncle apek sayur, I never failed to drop by because I want to see the kittens who made home under his stall.Haha.I’ve pretty much became part of the little clique of the small wet-market, and it rocked.
Anyway,back to the santan stall. The ambience of the pasar was like no other that day.The number of people amassing the walkways was waaaay through the roof.And the crowd was a tad different as well.Raya.Orang balik kampung katakan.There were a lot more people wearing shorter attire it seemed.Ramadhan or not.Stray sunlight glinting off designer sunglasses and custom jewelleries and other bling-blings.Expensive perfume fumes (or cheap imitations[?]) mingling with the odours of fresh seafood,pekasam,and tempoyak.More shades of auburns and brunettes could be seen from the heads up if you were doing headcounts.Ah well,we do celebrate diversities,no?

(I believe that I could still distinctly remember there were times not too long ago where people were actually ‘act’ on the Ramadhan-ness. People tried to dress modestly, those with uncovered hair at least had selendang, and the likes. Wearing shorts was almost unheard of and was just blatantly wrong. Aparently it is no longer an issue nowadays, Ramadhan or not.)

Anyway.

There were actually not that many people at the santan stall.But the wait was long.As in LONG with a capital L-O-N-G.Because apparently the stall was running out of kelapa,and was waiting for the lori kelapa for a new batch.People made their orders and went off finishing their errands and then come back hoping that by then the order’d be ready.Very practical and efficient.As my errand for the day was just the santan, I was pretty much okay to wait at the stall,waiting for the new bacth of kelapa,and killing the time people-watching with my playlist playing on low.

As the people waiting came dwindling down,at last it was only yours truly loyally waiting for the lori kelapa.The pakcik santan,his wife and daughter took the time for a breather from the small pocket of calm.It was a hot Ramadhan,and these people had been up since the wee hours.My respect went beyond tabik spring to them.

As the pakcik handed the last customer before me his santan and bid him good-day,a smile and a thank you,he took a deep breath as he fiddled with his glasses on his nose.

The pakcik looked at me and smile tiredly, “Bila orang KL balik,letih juga nak melayan depa ni.”

I merely smiled back,because I wasn’t quite so sure what he was talking about.

“Gaya depa lain.Lambat sikit habis dimarahnya kita.” He continued as a way of explanation.

My smile faltered.He was talking about the ‘orang KL’ cutomers.Well,not specifically just from KL,but those urbanized big cities’ yahoos who thought that the rest of us who were locals i.e the orang kampung were beneath them. As if being urbanites gives them the extra boost in the social hierarchy pyramid apparently, and that the not-so-urban locals are not quite up to their strata to be treated equally.

I might sound harsh,but their action towards us ‘the lowly non-urbanites’ were actually much harsher.

Being highty-mighty bordering disrespectful towards a pakcik jual santan just because of that ‘orang KL’ card….That’s twisted,man.Not nice.Totally uncool,hands down.

Considering that it was raya and pretty much small towns like mine were flooded with the big city people who balik kampung for raya,yes,indeed there were some pretty,uh,interesting things to be observed.

The kind of interesting that made me wonder just what on earth was happening that changed the people so much while I was not in this country of tanah tumpah darahku.

Does being a big-city hotshot gives us the right to kasi lekeh things that we considered kampung? Does living overseas with dual citizenship gives us the rights to act all highty-mighty tak kena gaya when jejak-ing tanah Melayu.Does being overseas graduate gives us the rights to treat others like they are beneath us?

A capital NO,man.

It does not make anybody better than anybody else.
What makes one better than the other is on how do they use the things that life has taught them into making things better for others. If you’re a big-city hotshot of an electrical engineer, go put your professional talent to good use by fixing the fan at the surau taman that had been non-functioning since the last Raya. If you’re one who had been overseas and experienced the cultures, bring back the good practices; smile at people,greet time as if you know them,open doors for people,be courteous and polite (actually,those are basic Islamic teaching that somehow got forsaken here at times).

It is what in you that makes you small or tall,not the ones that are merely superficial.I’ve met quite a number of people who despite their social ranking,wealth,title and ‘urban-level’ [dunno whether such term exist,but you get what I mean], and they’re way cooler than these self-professed ‘cool’,hype yahoos. A Malaysian Consulate officer that I knew (who,for the record,had be stationed all over the world) is a classic example. He was so uber-cool that he brought his lunch bekal to his Consulate Office in a ‘sia’ or ‘mangkuk tingkat’ everyday, consisted of nasi and complete course of lauk prepared by his wife – that ranged from asam pedas to gulai tempoyak; where there are some of us that scorned gulai tempoyak by saying that is it too kampung. I wonder what are these people afraid of? Insecurities of cultural origin?Entah.

Well,I’m orang kampung.And proud of the fact too.

So,whenever you’re at the airport and see this random kid eating nasik wrapped in daun pisang,come and say ‘hi’.

If you’re not segan being seen with a budak kampung that is =)
(because for the record,I’ve received enough looks,scoffs, and scorning smiles that screamed ‘Oh,budak kampung first time sampai airport agaknya’ when they see me with my bekal.Ah well,like I care. My mak rocks like no other, and her nasi and rendang are uber-awesome. And I’ve nothing to prove kot. Or do these people want me to brandish my passports to show the years that I’ve spent overseas to define ‘class’? Twisted.


You’re not defined of what you were and what you are.

You are not defined by of where you were or where you are.

You’re defined on how you act on it, wherever you are.

May Allah bless :)

Monday, July 16, 2012

Mencari 'Fateh' di dalam Diri.. ^_^y




Pernahkah kita memperhatikan cakrawala pagi di ufuk timur? Sejak fajar hingga terbitnya matahari, selalu ada lukisan indah yang berbeda setiap hari. Seakan ia berkata; "selamat datang pagi yang baru, mesti ada peluang dan pengharapan baru bersama dengan kemunculanku." Nun jauh di bawahnya, tepatnya di bumi ini, datangnya burung-burung berkicau dengan aneka ragam lagu merdu bersama pagi. Seakan mengajak kita bersemangat mengejar cita dan damba.

Pun bunga di taman. Ia menampilkan keindahan dan kesegaran. Dengan beragam warna dan keharuman yang pelbagai. Seakan menyampai pesan: “sambutlah pagi dengan kesegaran baru, jalani hari dengan senyummu!”

Ya.. Kemunculan setiap pagi yang baru, pastinya diiringi harapan dan peluang ke'fateh'an yang baru. Bahkan setiap pagi ada keberkatan sebagaimana Rasulullah S.A.W. telah berdoa: 

“Ya, Allah! Berkatilah umatku pada pagi harinya.”
(HR. Ahmad)

Secara fitrah, tubuh kita akan menjadi lebih segar dan fit pada pagi hari. Selepas bangun dari tidur malam, letih dan lelah pun hilang sudah. 

“Dialah yang menjadikan untukmu malam (sebagai) pakaian, dan tidur untuk istirahat.”
(Al Furqan : 47)

Biologi kita telah memberikan signal keberkatan pagi. Tinggal semangat dan ruhiyah bagaimana kita memaknainya sahaja. Bagi seorang mukmin yang komited pada deen-nya, semangat dan ruhiyah itu selalu diperbaharui pada setiap pagi. Ia dimulai tatkala bangunnya ia sebelum fajar tiba. Hati dan lisannya telah bersyukur sejak pertama kali ia membuka mata; 

“Alhamdulillaahilladzii ahyaanaa ba’da maa amaatanaa wa ilaihin nusyuur.. à Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah kematian kami dan kepada-Nya kami kembali.”

Dan ia pergi untuk berwudhu. Air mengenai wajah dan anggota badannya, lalu doa dan semangat masuk ke hatinya, mempertegas bangunnya ruh dan jiwa. Mungkin sebelum itu ia ke kamar kecil, di sana ia juga dikuatkan oleh dua doa, iaitu doa perlindungan dan doa syukur/keampunan.

Solat di akhir sepertiga malam menjadi ‘menu’ penguat ruhiyah berikutnya. Sampai di tahap ini saja, sesungguhnya seorang mukmin telah siap dengan semangat baru untuk meraih sukses pada pagi dan kesiangan hari.

“Jika kalian tidur, maka syaitan membuat 3 ikatan di kepala kalian yang membuat tidur kalian nyenyak, jika bangun dan berdzikir kepada Allah maka lepaslah satu ikatan, jika wudlu maka lepaslah ikatan kedua dan ketika solat maka lepaslah ikatan ketiga, maka kalian akan bangun pagi dengan giat dan hati yang bersih, kalau tidak maka kalian akan bangun malas dengan hati yang keruh”
(HR Muslim)

Solat Subuh berjema’ah dan dzikir pagi akan kian meneguhkan semangat dan kebersihan hati yang telah on karena wudhu’ dan solat malam. Munculnya pagi hari bersamaan dengan terbitnya matahari, maka kuatlah semangat baru seorang mukmin. Ia yakin, hari ini adalah hari ke'fateh'annya. Di dalamnya ada keberkatan. Di dalamnya ada rezeki yang telah Allah takdirkan. Di dalamnya ada pembelajaran yang membuatnya semakin dewasa dan matang. Ia memaknai hari baru sebagai halaman baru dari sebuah buku “success story” yang ia tulis dalam sejarah kehidupan. Semangat! ^_^y 


Saturday, June 30, 2012

Alangkah Indahnya Jikalau Dapat Kita Fahami..~


 
 
Kita pernah "DILUKAI"
dan mungkin pernah "MELUKAI"
tapi karena itu kita BELAJAR
tentang bagaimana cara menghargai, menerima, berkorban dan memperhatikan.

Kita pernah "DIBOHONGI"
dan mungkin pernah "MEMBOHONGI",
tapi dari itu kita belajar tentang KEJUJURAN.

Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini, mungkin kita tidak pernah belajar arti diri MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF..

Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam hidup ini, tidak akan terulang kembali. Namun ada satu hal yang masih tetap bisa kita lakukan,..
yaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari ESOK yang lebih baik.

Hidup adalah proses,
Hidup adalah belajar.
Tanpa ada batas umur,
Tanpa ada kata tua

JATUH, berdiri lagi
KALAH, mencoba lagi
GAGAL, bangkit lagi,
Sampai Allah memanggil:
"Waktunya PULANG"

p/s: bukan namanya 'pertemuan' jika ianya tidak disertai dengan 'perpisahan'.. ^_^y