Friday, October 25, 2013

Sekolah Agama - Pekerjaan dan Modal Insan?!



Sekolah Agama tidak menyediakan peluang pekerjaan, tiada masa depan?!

Tuan.. sekolah agama memang tidak menyediakan peluang pekerjaan. Tetapi ia juga menyediakan modal insan yang berkualiti dalam pekerjaan.

Jika suatu hari nanti anak tuan menjadi doktor - ia akan menjadi doktor yang betul aqidahnya, cantik syariatnya, bagus akhlaqnya.

Jika suatu hari nanti anak tuan menjadi seorang peniaga - dia akan tahu adab-adab seorang peniaga yang mencari sumber rezeki yang halal.

Jika suatu hari nanti anak encik menjadi perdana menteri - dia akan menjalankan tugas memimpin dengan penuh amanah, ikut tauladan sebagaimana para khulafa' ar rasyidin menjalankan urusan pemerintahan.

Terlalu banyak untuk dinyatakan di sini mengapa perlu anak-anak perlu diajar agama yang secukupnya.

Sekolah agama tempat anak kita dididik untuk menjadi hamba Allah yang berjaya dunia dan akhirat. Bukan hamba material.

Senyum.. =) 


::al-Mulk     ::al-Kahf         ::Tahajjud

Tuesday, October 22, 2013

Tuhan Tidak Menjanjikan Hidup Ini Tidak Pernah Susah..~

 
Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut ; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut.

Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil , menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi :

"Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru , mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ?", jerit Executive tersebut.

Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ; "Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil”.


Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. “Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya? Dia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.". Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda.Terima kasih , pakcik, Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.


Tak dapat digambarkan dengan perkataan , Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya. Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian.



Pengajaran :

Tuhan tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.


 



Semoga menjadi iktibar dan renungan kita bersama…


Senyum..=)



p/s: selamat malam..Semoga hari esok kan lebih baik daripada hari ini dan hari-hari semalam...



::al-Mulk ::Taubah ::Syahadah ::Du'a

Friday, October 18, 2013

Renungan Eidul Adha: Kisah Seorang Penjual Haiwan Ternakan.. ~



Setelah melayani pelanggan, saya melihat seorang wanita separuh umur sedang memperhatikan jualan kami.

Dilihat dari penampilannya, ia seperti mahu membeli. Lalu saya menghampirinya dan menawarkan; “Sila kan puan"

Dia menunjuk, “Kalau yang itu berapa harganya?” Wanita itu menunjuk pada kambing yang paling kecil.

"Kalau yang itu harganya RM300", jawab saya.

"Harga paling diskaunnya berapa?"

"RM250 bolehlah kak". harga sebegitu untung saya kecil, tapi bolehlah..

“Duit saya cuma ada RM200, boleh ya..”.

Alahai..saya bingung, karena itu harga modal kami, tapi akhirnya saya berlembut. “Boleh lah kak...”

Saya pun menghantar kambing yg sudah dibeli oleh wanita itu ke alamat yg diberikan. Ketika sampai di rumah wanita tersebut.

Astaghfirullaah... Allahu Akbar, terasa menggigil seluruh badan demi melihat keadaan rumah wanita tersebut.

Wanita itu tinggal bertiga dengan ibu dan seorang anaknya di sebuah pondok amat buruk berlantai tanah. Saya tidak dapati katil untuk tidur atau baring. Yang ada hanya pangkin kayu beralas tikar lusuh.

Di atas pangkin itu sdg tidur seorang nenek tua yg kurus. “Mak..bangun mak, ni tengok Sumi bawa apa". Perempuan tua itu terbangun.

“Mak, Sumi sudah beli kambing buat emak qurban. Nanti kita hantar ke Masjid ya mak."

Orang tua itu terkejut, namun kelihatan bahagia. Sambil mengusap-usap kambing itu orang tua itu berucap, Alhamdulillah, akhirnya kesampaian juga emak nak buat qurban.

“Ni bang duitnya. Maaf ya kalau saya menawarnya terlalu murah. Saya hanya kuli, tukang basuh. Saya kumpulkan wang untuk beli kambing yang mau saya niatkan buat Qurban ibu saya...."


Ya Allah...Ampuni dosa hamba. Hamba malu berhadapan dengan hamba-MU yg satu ini. Hamba-MU yang Miskin Harta tapi dia kaya Iman. Seperti bergegar bumi ini setelah mendengar niat dari wanita ini.

“Bang ni wang bayaran kambing itu!" panggil wanita itu.

“Tak pa lah puan, biarlah bayaran kambing ini saya yg tanggung"

Saya cepat berlalu pergi sebelum wanita itu perasan apabila melihat mata ini sudah basah kerana tak sanggup mendapat teguran dari Allah yg sudah mempertemukan dengan hamba-NYA yang dengan kesabaran, ketabahan dan penuh keimanan ingin memuliakan orang tuanya....

Semoga Allah menginsafkan kita...






 

Sumber: Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man..


Senyum.. =)

Thursday, October 10, 2013

Alkisah Raja Dengan Anjng…~





Ketika Putera Ismail berusia 17 tahun, beliau menyelamatkan seekor anak anjing yang hampir lemas. Anjing itu diberi nama Si Perang.

Ketika itu, hujan lebat, tempat di mana anak anjing yang baru dilahirkan ini ditenggelami air.

Ketika Putera Ismail tiba, semua anak anjing sudah meninggal, hanya tinggal Si Perang.

Si Perang seekor anjing yang cantik. Putera Ismail sangat menyukainya. Beliau mengarahkan seorang budak suruhannya untuk menjaga Si Perang – makan, minum, mandi dan membawa Si Perang keluar untuk membuang air tiga hari sekali.

Oleh kerana sayang pada Si Perang, Putera Ismail setiap petang datang menjenguk Si Perang untuk bermain dengannya sekejap. Putera Ismail tidak dapat meluangkan masa yang banyak kerana terpaksa membantu pentadbiran ayahnya yang kini uzur.

Pada usia 18 tahun, Putera Ismail ditabalkan sebagai Raja ekoran kematian bapanya.

Masa yang diluangkan bersama Si Perang semakin berkurang.

Ada satu ketika, Raja Ismail terpaksa keluar berperang – 6 bulan baginda tidak kembali.

Setelah kembali dari perang, Raja Ismail meluangkan masa pergi menjenguk Si Perang. Baginda menjenguk Si Perang dari jauh, sedang gembira bermain dengan budak suruhannya yang dikerah menjaganya.

Raja Ismail tidak lagi turun bermain dengan Si Perang kerana kesibukan. Baginda hanya melihat dari jauh. Si Perang membesar dengan cantik.


Pada satu hari, selepas tamatnya perang, Raja Ismail teringatkan Si Perang dan ingin bermain bersamanya.

Sampai ke kandang Si Perang, baginda melihat bekas makanan Si Perang bersepah. Budak suruhannya tidak kelihatan. Si Perang turut tidak kelihatan.

Ketika Raja Ismail melutut untuk mengambil bekas makanan Si Perang untuk dibersihkan, baginda diterkam dari belakang.

Si Perang menyerangnya. Baginda terkejut.

Baginda cuba melawan dan melepaskan gigitan Si Perang. Kedengaran bunyi kuat, budak suruhan baginda cepat-cepat lari datang untuk menyelamatkan keadaan.

Si Perang melihat kedatangan budak suruhan terus melepaskan gigitan dan menghayunkan ekornya.

“Beta tuan dia. Dia berani gigit beta. Dia sini sudah tak tahu siapa tuan dia sebenar. Bagaimana kamu ajar dia?” jerit Raja Ismail dengan nada yang kuat.

Budak suruhan itu mengigil dan memohon ampun.

Selepas seketika, kemarahan Raja Ismail pun reda.

“Sebab budak suruhan yang beri makan kepadanya tiap-tiap hari, oleh itu Si Perang menganggap budak suruhan itu sebagai tuannya walhal duit makanan datang daripada baginda. Tapi Si Perang tak tahu,” bisik Raja Ismail di hati.

Raja Ismail bertindak menukarkan budak suruhan kepada budak suruhan yang baru. Si Perang sangat garang dengan budak suruhan yang baru sehingga budak suruhan baru tidak berani memberikannya makan.

Si Perang dibiarkan kelaparan dua hari. Kemudian, Raja Ismail menyuruh budak suruhan baru memberikannya makan. Si Perang mula berjinak dengan budak suruhan yang baru dan kini menganggapnya sebagai tuan.

Akan tetapi, Si Perang masih terlupa siapa tuannya yang sebenar. Raja Ismail memahami sesuatu sambil tersenyum.

Ketika berbicara dengan para pegawainya, baginda berkata:

“Kita hanya diamanahkan untuk menjaga rakyat. Jangan belot amanah yang diberikan Tuhan. Jangan kita jadikan diri seperti Tuhan. Jangan biar rakyat menganggap kita pula sebagai Tuhan. Tuhan ialah Tuhan, kita hanyalah posmen untuk menyampaikan rezeki kepada rakyat.

Kerajaan boleh ditukar bila-bila masa. Jangan buat rakyat seperti anjing, membiarkannya lapar dan tidak cukup makan, dan kemudian menganggap kita sebagai Tuhan kerana kita mengambil sedikit duit keluar untuk mengurang kesengsaraan dan kelaparan mereka. Itu zalim dan tidak betul. Rakyat bukan anjing. Kita sekadar budak suruhan Tuhan untuk menjaga rakyat. Jangan pula kita buat rakyat sebagai anjing, dan mereka menganggap kita sebagai Tuhan.”


Semua pegawainya tabik hormat pada pandangan Raja Ismail. Raja Ismail pula berterima kasih kerana gigitan Si Perang membuatnya menyedari sesuatu yang cukup berharga dalam mentadbir negara.


Wahai anakku,
Jangan sesekali engkau lebih mengagungkan mahkluk daripada Allah sebagai pemberi rezekimu. Sesungguhnya semua rezekimu datang daripada Allah, yang lain cumalah posmen yang diutus Allah untuk menghantarnya kepadamu. Jika kamu menjaga hak Allah, percayalah Allah akan menjaga hak kamu. Jika kamu tiada masa dengan Allah, percayalah Allah juga tiada masa denganmu.

Senyum.. ^_^v



Petikan daripada: Ustaz Tn Ibrahim Tn Man..