Ada kalanya teramat payah,
Untuk kuucapkan lafaz syahdu,
Syukur buatmu,
Sehingga kelu lidahku,
Di saat aku ukir sesuatu,
Di pinggir waktu..
Tapi tika bibir ini,
Menghitung butir-butir kalimah suci,
Dari firman wahyu-Mu,
Aku pasrah lagi!
KEKASIH..,
Mestikah bibir ini,
Meratapi sebuah suratan,
Yang telah tertulis,
Di atas diari takdir-Mu,
Sedangkan,
Telah pun aku taburkan,
Butiran tasbih pasrah,
Di atas sejadah rindu-Mu?!
Namun kini,
Aku mula mengenali diri,
Tiada apa yang aku miliki,
Cuma sekadar,
Sebuah kekuatan diri..
Hanya sekerdil ini!
Kerana aku sedar,
Milikku kini sebuah CINTA TANPA HIJAB,
Sebuah kasih yang tak terucap,
Antara Aku dan Dia,
Tuhan Rabbul Jalal.
Dan..,
Aku hanya musafir dunia fana,
Yang cuma singgah sebentar,
Sebelum aku dijemput pulang!
Coretan Rasa,
intuisiinsurgensi,
Kuala Krai,
Kelantan.