Melihat jalan cerita “Dracula Untold” memang benar mencabar, begitu dashyat
putar belit Hollywood dalam mengggelapkan Sultan
Al-Fateh dalam filem ini.
Begitu mudah untuk mengubah sejarah
dewasa ini, buat sahaja movies,
masukkan elemen love sedikit supaya
penonton mudah cair (kalau buat buku,
orang tak baca.. kalau buat movie, genre action pula, sudah pasti marketing
dan audiencenya lebih meluas).
Ditunjuknya sisi Vlad the Impaler yang
sangat baik sehingga sanggup korbankan diri kerana rakyatnya. Manakala Turki Uthmaniyah dimainkan sebagai kerajaan yang sangat kejam dan gila
kuasa. Yang hairannya, mereka tidak pula menunjukkan bagaimana Vlad The Impaler membunuh delegasi Turki
dengan mengetuk paku ke dalam kepalanya (sebenanrnya, delegasi ialah orang
tidak boleh dibunuh walaupun dalam perang sekalipun.. kalau dibunuh, itulah
jenayah paling terbesar suatu ketika dahulu).
Ironinya, tidak pula mereka tidak
tunjukkan penyembilan beramai ramai umat islam seramai 300,000 ribu orang di
Wallachia oleh Vlad. Tidak juga mereka paparkan payudara wanita dipotong dan
penderaan seksual terhadap para muslimah oleh Vlad. Malah mereka juga tidak menunjukkan orang-orang miskin yang direbus
hidup-hidup oleh Vlad dan tindakan Vlad yang
pernah meracun sungai Danube.
Sultan Mehmed Al-Fateh, sultan yang terbaik menurut sabda Rasulullah SAW mengenai pembukaan Kota Constantinople. Di mana strategi beliau merupakan strategi perang paling terbaik di dunia oleh pakar strategi zaman ini.
Penawanan pula dibuat secara aman, tidak ada pembunuhan beramai ramai seperti apa yang dibuat oleh Rom, Parsi, dan Monggol apabila mereka menawan sebuah kota (tetapi seperti biasa, kebanyakan dokumentari dan buku sejarah Barat mendakwa tentera al-Fateh telah membakar, membunuh, menyembelih dan merogol rakyat jelata selama 3 hari 3 malam). Malah Sultan Mehmet II( Al Fateh) yang digelar sebaik-baik raja menurut hadis Nabi SAW ini sudah dianggap dunia sebagai seorang pembuli, berlagak, dan gila kuasa dek kerana filem ini.
Janissary,
kumpulan tentera komando elit pada era Turki Uthmaniyah juga tidak terlepas
dari fitnah ini.... Iya....sememangnya sejarah merakamkan Turki Uthmaniyah
mengambil anak anak Kristian sebagai ahli.
Memang tidak dinafikan.. dalam satu perspektif, ianya tampak seperti ‘oppress’. Akan tetapi, antara sebab mengapa Sultan al-Fateh mengambil anak-anak Kristian, ialah golongan ini tidak ada kepentingan pollitik ataupun mana mana hubungan dalam pimpinan negara ini memastikan tidak berlaku “coup-de-etat” di kalangan tentera Janissary terhadap kerajaan.
Malah pengambilan bukannya sekejam
digambarkan dalam filem ini. Pada asasnya ibu bapa Kristian berebut menghantar
anak mereka untuk menyertai Janissary
kerana mereka akan mendapat perkara yang terbaik daripada negara. Mereka akan
belajar di sekolah secara percuma, makanan diberi percuma. Malah ada ibu bapa
yang menyamar sebagai Kristian semata-mata kerana ingin menghantar anak mereka
untuk menyertai Janissary. Kata
sejarawan Georgiades Arnakis;
“Polisi Turki Utmaniyah antara paling baik kepada golongan Kristian berbanding kerajaan sebelumnya seperti Byzatine dan Roman”
Selain itu, lakonan Dominic sebagai Sultan Mehmet agak tidak sesuai (nama pun cerita berkait dengan sejarah.. mestilah dibuat betul-betul mengikut karakter). Jikalau kita melihat lakaran Gentile Bellini yang melukis muka Mehmet Al-Fateh, ia lebih segak dan gagah. Ini kerana sultan-sultan Turki Utmaniyah waktu itu sangat dijaga rutin hidup dan pemakanan mereka oleh pakar pakar nutrisi supaya tampak segak dan tampan.. mereka tinggi, berbadan sasa, tidak gemuk dan bilamana dilihat musuh, sudah timbul rasa kagum dan gerun dalam jiwa mereka.
Dalam durasi 92 minit sememangnya
waktu yang sangat singkat untuk menceritakan sebuah tamadun yang bertahan lebih
600 tahun lamanya. Memang diakui, ulasan ini bukanlah untuk memaksumkan kerajaan Turki Uthmaniyah dan
membuat kesimpulan bahawa tamadun ini tidak mempunyai sisi sisi gelap yang
boleh diambil iktibar. Namun menghitamkan zaman kerajaan Turki Uthmaniyah pada
era kegemilangannya dan memutihkan Vlad
The Impaler yang sangat kejam dan seorang pembunuh adalah tindakan kurang
adil bukan sahaja sebagai sejarawan tetapi dari segi kemanusiaan.
Nota Siku
Mungkin akan ada yang beranggapan bahawa ini adalah movie, hiburan semata-mata. Maka tidak perlu untuk kita overreacting sangat.
Yes, it just a movie. Tapi cuba bayangkan perkara sama kepada kita. Sebagai contoh,
ada orang hasilkan movie tentang
kisah hidup kita, semua hampir sama; dari tempat lakonan, guna rumah kita..
nama, guna nama sebenar.. mak ayah kita, guna nama yang sebenar juga. Namun at last, filem ni secara total menghina
kita, family kita, imej kita…. kata
kita gila, kejam, pencuri, perogol. Masihkah anda akan menganggap itu hanya hiburan
semata-mata?!
Disiplin menceritakan sejarah perlu dijaga. Tidak kira ianya hanya sekadar fiksyen, tetapi apabila dimasukkan karakter yang diambil dari sejarah, ketulusan dalam menyampaikannya perlu berhati-hati. Rasanya mereka yang mungkin berpendapat bahawa ini sebagai hiburan semata-mat, boleh pergi baca comment di youtube oleh non-muslim Europe di “Dracula Untold” review.
Baca apa yang mereka kata tentang
Turki Uthmaniyah sekarang.
“Oppressor, kejam, melampau, barbaric.. siap ada yang sokong Vlad sebagai hero”
Tonton satu dua movie tentang sejarah Turki, terus comment seperti expert dalam sejarah ketamadunan Turki. Sudah ramai yang sudah percaya dek kekurangan ilmu tentang sejarah sebenar dari cerita ini.
“Oppressor, kejam, melampau, barbaric.. siap ada yang sokong Vlad sebagai hero”
Tonton satu dua movie tentang sejarah Turki, terus comment seperti expert dalam sejarah ketamadunan Turki. Sudah ramai yang sudah percaya dek kekurangan ilmu tentang sejarah sebenar dari cerita ini.
Sekarang hiburan lagi kah? Sensitiviti kepada sejarah hanya pada mereka yang tahu akan kepentingannya.
Senyum..=)
No comments:
Post a Comment