Siapa kata
sendiri itu tidak bahagia? Tidak menggembirakan? Zahirnya, orang mungkin
nampak seseorang yang bersendirian itu menyedihkan kerana kekosongan tanpa
ditemani. Namun, pada hakikatnya mereka yang bersendiri itu lebih bahagia sebenarnya.
Bila sendiri, kita mempunyai banyak ruang untuk
muhasabah diri. Biarpun sendiri, kita tetap takkan berada dalam relung
kesunyian. Kerana dengan bersendiri, kita mampu merasai kehadiran-Nya di sisi
kita. SubhanaAllah.. Mampu untuk merasa redup kasihNya yang lagi menenangkan!
Sendiri, mengajar kita untuk memperbaiki diri
sendiri tanpa gangguan dan halangan daripada ‘mereka-mereka’ lagi.
Sendiri itu terapi. Terapi untuk menguatkan iman.
Terapi untuk perbaiki hubungan dengan Sang Pencipta. Terapi untuk memperbaiki habluminnanas (hubungan sesama manusia).
Terapi untuk membetulkan setiap yang sumbang.
Kerana, dengan bersendiri, seseorang mampu untuk
berfikir dengan rasional tentang segala hal duniawi mahupun ukhrawi. Mampu
membuatkan seseorang mencari kembali dirinya yang telah hilang. Mampu menilai
antara kaca dan permata. Mampu membezakan antara hitam dan putih.
Sendiri itu juga terapi untuk menghapuskan
parut-parut dosa yang dilakukan. Apa gunanya berteman seandainya diulit dengan dosa
yang mencengkaman?! Tentulah hati takkan tenang apabila dosa-dosa tersebut
menghantui. Astargfirullahalazim...
Sesungguhnya, sendiri itu terapi yang indah.
Terlalu indah bagi mereka yang benar-benar memahami istilah sendiri. Allah SWT
ciptakan sendiri itu untuk mengembalikan semula hamba-Nya yang 'hilang'. Dia
biarkan kamu yakni insan yang terpilih untuk bersendiri hanya semata-mata
inginkan kamu kembali ke jalan-Nya. Bukan untuk menghukum kamu. Sebaliknya,
untuk menyatakan kasih sayangNya kepada hamba-hamba-Nya.
Jadi, janganlah bersedih apabila sendiri.
Bersangka baiklah dengan Allah.
"Aku
akan bersama (mengikut) sangkaan hamba-hambaKu. Maka hendaklah kamu bersangka
dengan apa yang kamu inginkan"
(Hadis
Qudsi Riwayat At-Thabrani)
Percayalah, setiap keadaan atau peristiwa itu
mempunyai hikmah yang kadangkala dapat kita fikir sendiri (namun kadangkala
hikmah itu tidak dapat difikir oleh kita manusia biasa). Ingat, Dia Maha
Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
"...boleh jadi kamu membenci sesuatu
sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia
buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu."
(al-Baqarah: 216)
Akan kusampaikan walau hanya sebaris ayat...Wallahualam...^_^v
3 comments:
Sebuah pengisian yg sangat bermakna. Terimakasih atas ilmu yg dikongsikan. Bolehkan minta izin disalin-tampal?
Sebuah pengisian yg sangat bermakna. Terimakasih atas ilmu yang dikongsikan. Bolehkah minta izin untuk disalin-tampal? Jazakallahukhairan
Silakan, jika itu boleh memberi manfaat..=)
Post a Comment