Pemakanan yang baik sahaja tidak
mencukupi untuk mengekalkan kehidupan yang sihat dan seimbang. Sebaliknya
aktiviti fizikal juga sama pentingnya, contoh yang mudah dilakukan seperti
kerja rumah harian, atau berjalan ke tempat yang berdekatan.
Piramid Aktiviti Fizikal adalah satu panduan yang
mudah untuk membantu kita menjadi lebih aktif secara fizikal setiap hari.
Aktiviti-aktiviti yang disenaraikan pada paras paling bawah piramid adalah aktiviti
yang harus dilakukan dengan lebih kerap, sebaik-baiknya setiap hari. Manakala
aktiviti yang disenaraikan pada aras teratas piramid adalah aktiviti sedentari
dan harus dihadkan sebanyak mungkin.
Hadkan
Kurangkan aktiviti sedentari:
- Menonton TV
- Bermain permainan berkomputer
- Melayari internet
2-3 Kali
Seminggu
Lakukan aktiviti untuk meningkatkan kelenturan, kekuatan dan ketahanan otot:
- Meregang badan
- Bangkit tubi
- Tekan tubi
- Angkat berat
5-6 Kali
Seminggu atau Setiap Hari
Lakukan aktiviti fizikal berintensiti
sederhana, 30 minit setiap sesi:
- Berjalan cepat
- Berbasikal
- Senaman aerobik
- Berenang
- Menari
- Lompat tali
- Bola sepak
- Badminton
- Bola keranjang
- Mendaki gunung
Setiap Hari
Menjadi aktif dengan pelbagai
aktiviti:
- Naik-turun tangga
- Berjalan kaki ke kedai / tempat kerja
- Kerja rumah
- Berkebun
Jika
Berlebihan Berat Badan atau Obes
Bermula dengan aktiviti yang mudah
seperti naik dan turun tangga atau berkebun, yang boleh membantu diri bersenam
secara betul. Kemudian, bolehlah beralih secara beransur-ansur kepada aktiviti
regangan, berjalan pantas, senaman aerobik serta berenang, dan seterusnya sukan
atau permainan seperti badmintaon dan berbasikal.
Untuk menurunkan berat badan,
aktiviti fizikal yang berintensiti sederhana lebih daripada 30 minit setiap
hari adalah disarankan.
Untuk mencegah peralihan daripada
lebih berat badan kepada obes, kira-kira 45-60 minit aktiviti fizikal
berintensiti sederhana adalah diperlukan
setiap hari.
Untuk mengekalkan berat badan dan
mengelakkan penambahan semula berat badan di kalangan individu yang pernah
menjadi obes, sejumlah 60-90 minit adalah diperlukan setiap hari.
Manfaat
Kesihatan daripada Pengurangan Berat Badan
- Menurunkan paras tekanan darah
- Menurunkan paras kolesterol
- Menurunkan paras gula
- Mengurangkan tekanan pada sendi
Telah dibuktikan bahawa aktiviti
fizikal membantu melanjutkan jangka hayat tanpa mengira umur dan saiz badan.
Ingatlah, aktiviti fizikal bukan hanya bermaksud aktiviti lasak yang
menyebabkan kita tercungap-cungap. Sebaliknya, mulakan dengan aktiviti yang
mudah dan paling asas. Pastikan senaman menjadi satu rutin, dan terus berusaha
kea rah menjadikan aktiviti fizikal sebagai sebahagia yang penting dalam
kehidupan harian kita.
Sumber: Tip Gaya Hidup Sihat, Panduan
Pemakanan Praktikal untuk Keluarga, Bulan Pemakanan Malaysia, diterbitkan oleh
Persatuan Pemakanan Malaysia, Persatuan Dietitian Malaysia dan Persatuan Kajian
Obesiti Malaysia.
No comments:
Post a Comment