Wednesday, April 03, 2013

Jiwang Karat Versi Islamik : Matlamat Tidak Menghalalkan Cara..^_^y




Sejak kebelakangan ni, ramai yang sudah mulai sedar akan haramnya bercouple sebelum nikah. Mungkin ramai yang kurang setuju dengan pendapat syadid ini. Apapun pandangan yang ada... Alhamdulillah, ianya sedikit sebanyak membawa satu perubahan yang sangat positif. Ramai yang semakin berusaha untuk mencari nilai cinta "High Class".

Walau bagaimanapun....

Tidak dinafikan, adakalanya ‘intuisiku’ naik mual dengan ayat-ayat yang di'post' di alam maya, seperti;


"Hadirku di sini adalah sebagai 'sayap kiri'mu, duhai mujahidku"


"Wahai my future husband, saya sedang upgrade diri saya ni. Anda di mana?"

"If you  want me to be your 'chef', so can you be my 'imam'?!"


"Nak solat tahajjud sama-sama dengan encik suami nanti..."


"Kasih saya hanya untuk pemilik tulang rusuk saya sahaja.."

Awas!!Berhati-hatilah dengan Status Jiwang Karat 'Islamik' Sebegini!!

Dan berbagai-bagai lagi status jiwang karat bersalut islamik dipost di alam maya.

Ya, cinta itu fitrah insani, tetapi tak perlulah sehingga terlalu berjiwang-jiwang dan berangan-angan di alam maya.

Ingatlah... isu ummah bukanlah couple yang dianggap halal semata-mata, tetapi banyak lagi sebenarnya. Isu membalut aurat dan bukannya menutup aurat, isu Syria, isu Palestin, dan banyaaaak lagi yang perlu kita titikberatkan.

Dan, kita juga perlu ingat, kita berubah menjadi lebih baik bukanlah kerana inginkan teman hidup yang baik semata-mata, tetapi kita ingin mendapatkan redha Allah!


Kenapa Saya Titikberatkan Hal Ini?

 

Cuba bayangkan. Kita upgrade diri kita menjadi orang yang lebih baik (contoh: memakai tudung) dengan harapan akan mendapat pasangan hidup yang baik, kerana janji Allah  yang bermaksud;

"Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik."


(an-Nur: 26)

Kemudian ditakdirkan Allah kita tidak mendapat juga pasangan hidup yang baik, sebaliknya dapat pula pasangan hidup yang kurang baik. Mungkin kita akan kecewa dengan Allah, dan mengatakan Allah memungkiri janji-Nya. Pada saat itu, ada tak kemungkinan untuk kita kembali menjadi seorang yang freehair? Ada kan?

Sedangkan Allah telah berfirman lagi:

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?"

(al-Ankabut: 2)


Matlamat kita perlu jelas, iaitu untuk mendapatkan redha Allah dan mendapatkan syurga-Nya. Oleh itu, walau apa pun yang kita buat, biarlah ianya diniatkan kerana Allah dan disertai dengan ‘gerak kerja’ yang suci..^_^y

No comments: