Thursday, March 29, 2012

Kahwin Bukan Sehari Dua ..^_^


2012 menyaksikan  sebilangan sahabat, rakan dan taulan telahpun mengubah status masing-masing daripada “single”, “in relationship” atau “it’s complicated” kepada “engage” ataupun “married”. Maka bermulalah kedengaran suara-suara yang menusuk  jiwa bertanya “mu bilo lagi?!”, “sampai bila ampa mau idop sendiri?!”, “cer cari seorang ‘sayap kiri’ bagi membantu mike menguruskan kehidupan sehari-hari” dan banyak lagi yang bunyinya seakan-akan berbeza namun niat atau motifnya tetap sama, iaitu mengkehendakkan intuisiku supaya mencari pasangan hidup memandangkan usia ini sudah menghampiri suku abad.

Akan tetapi, harus diingatkan kepada para ‘pendesak’ bahawa ada suatu pepatah yang mengungkap “KESERONOKAN KAHWIN ITU HANYA SATU BULAN“.

Bunyinya memang agak pelik dan kurang munasabah, bukan?! Masakan perkahwinan yang begitu bahagia, cuma bertahan satu bulan?! Namun bukan itu maksud ungkapan. Isyaratnya lebih kepada menyedarkan anak-anak muda bahawa perkahwinan, tidak cukup dengan seronok-seronok sahaja. Jikalau berasa cukup dengan seronok-seronok, padahnya menanti selepas sebulan.

Kerana hakikatnya, perkahwinan adalah medan realiti yang menghimpunkan tangis dan ketawa, bukan hanya ketawa semata-mata. Ia juga menghimpunkan senyum ceria dan masam mencuka, bahkan kadangkala marah membara. Paduan dan himpunan kesemua inilah yang melahirkan kalimah ‘rumahtangga’. Boleh jadi kalau HANYA ADA KETAWA DAN SUKA CERIA, IA BUKAN RUMAHTANGGA, SEBALIKNYA HANYALAH TANGGA SAHAJA.

Dek kerana itu, orang tua-tua tidak mudah mahu memberi izin anak muda berkahwin.

Kahwin ini berat nak, kamu masih terlalu muda…”

Begitu lebih kurang ungkapannya. Menghalang dalam pujukan. Bukan kerana orang tua-tua tidak nampak kebaikan berumahtangga. Bukan juga kerana menafikan kebaikan berkahwin di usia muda. Tetapi kerana BERASA RISAU DENGAN KEBOLEHAN DAN KEMAMPUAN JIWA-JIWA MUDA ZAMAN SEKARANG UNTUK MEMASUKI ALAM RUMAHTANGGA.

Sudah cukup bersediakah mereka?

Sudah cukup matangkah mereka?

Ini antara persoalan yang membebankan benak mereka dalam memberi izin berkahwin kepada anak muda.

Kesediaan Berubah


Ramai anak muda agak tidak berpuas hati apabila keinginan mereka untuk berumahtangga seolah-olah tersekat dengan ketidakyakinan orang tua.

Mereka merasakan alasan ‘mereka masih muda’ atau ‘banyak lagi perlu diubah’ adalah tidak relevan, kerana dalam diri mereka sendiri benar-benar telah wujud satu tekad dan keazaman yang jitu untuk melakukan perubahan.

Mereka yakin yang mereka sedar, perubahan itu suatu yang mesti dalam menuju perkahwinan. Maka mereka membuat perubahan pada sikap, cara berfikir dan cara bertindak. Azam untuk mendirikan masjid menjadi tonggak utama yang menyokong perubahan tersebut.

Namun di pihak orang tua, sekali lagi mereka bukanlah menafikan kesediaan anak muda untuk berubah. Mereka tahu, anak muda yang ingin berkahwin di usia muda bukan calang-calang anak muda. Anak muda yang tiada inovasi dalam diri tidak akan berfikir untuk berkahwin kerana masih muda. Cuma, mereka mahu menyatakan bahawa orang tua lebih dahulu ‘makan garam’ berbanding orang muda Justeru BUKAN KESEDIAAN BERUBAH YANG DIBIMBANGKAN, TETAPI KESEDIAAN UNTUK MENGEKALKAN MOMENTUM PERUBAHAN YANG DIMULAKAN.

Hangat-hangat Tahi Ayam


Maklum saja, anak muda banyaknya cenderung bertindak atas dasar semangat. Tika semangat berkobar-kobar, apa sahaja rasa mampu ditempuh. Namun tatkala semangat merudum, apa lagi yang tinggal?! Lebih malang jika bertemu dengan realiti ungkapan pepatah di awal entry ini.

Semangat berkobar-kobar hanya untuk bulan-bulan pertama, dan bulan madu. Kemudiannya apabila didatangi jemu, bosan, terbeban, lemah semangat dan sebagainya, mengeluh tidak tenang dan tidak senang, sehingga sampai ke tahap mahu membubarkan perkahwinan.

Inilah yang ditakuti dan dibimbangi.

Cara Mengatasi


Mungkin akan ada yang berkata ; “lemah itu lumrah manusia”.  MANA ADA MANUSIA YANG SENTIASA BERSEMANGAT.

Benar, justeru itulah pesanan ini ditulis.

Bukan untuk memenangkan hujah orang tua, atau keyakinan anak muda.

Tetapi untuk sama-sama beringat dan berwaspada, bahawa hakikatnya kahwin itu bukan untuk sehari dua.

Cara mengatasi perasaan putus asa, jemu dan bosan dalam mengharungi cabaran berumahtangga, pertamanya adalah dengan kembali kepada nawaitu kita yang mula-mula.

Ada orang, kahwinnya cuma untuk membahagiakan si dia. Lantas segala apa yang dibuat, dibayangnya wajah dan keredhaan pasangannya. Lama kelamaan, rasa jemu dan lesu, apatah lagi jika merasakan pengorbanan dan apa yang dilakukannya seolah tiada timbal balasnya. Di situlah bermulanya rasa futur dan putus asa.

Nawaitu Mula-mula Haruslah Betul

 

Matlamat membahagiakan pasangan adalah lebih kecil berbanding matlamat untuk menyempurnakan pencarian redha Allah. Apabila matlamat agung itu menguasai jiwa, ia akan menjadi perisai ampuh dari serangan putus asa.

“Tidak mengapalah jika hingga hari ini aku merasa tidak beroleh apa-apa dari dia, kerana hakikatnya Allah menghitung penat lelah dan keikhlasanku sejak dari mula.”

Seorang mukmin, tidak melihat ungkapan itu sebagai ‘dongengan’ sebaliknya ungkapan itu adalah pegangan keimanan. Dia berkahwin bukan semata-mata untuk diri dan pasangan, sebaliknya untuk Allah.

Perkahwinannya Adalah Jalan ke Syurga, Bukan Terhenti Setakat di Dunia


Maka dia tidak pernah merasakan kahwin itu cuma sehari dua, sebaliknya perkahwinan itu adalah sehingga ke akhirnya. Hingga ke syurga. Lalu hidupnya dalam rumahtangga disuburi dengan keikhlasan dan dibajai dengan kesabaran. Tiada satu pun yang dia lakukan dalam melengkapi tanggungjawabnya melainkan diniatkan ikhlas kerana Allah.

Justeru Allah hadirkan baginya suatu bentuk kekuatan.

Setahun.

Tiga tahun.

Lima tahun.

20 tahun.

40 tahun.

Sehingga dia tersedar dan tersenyum, betapa dirinya telah melalui perjalanan yang cukup jauh dalam kehidupan berumahtangga, dan dia masih ‘selamat’ dengan penjagaan dari Allah.

Kalam itulah yang ingin disampaikan kepada anak-anak muda. Bukan tidak mahu mengizinkan, tetapi tersekat dengan gelora kebimbangan.

Berkahwinlah dengan suatu persediaan. BUKAN HANYA PERSEDIAAN UNTUK BERUMAHTANGGA, SEBALIKNYA PERSEDIAAN UNTUK TERUS SEDIA BERUBAH DAN MENGEKALKAN MOMENTUM PERUBAHAN.

Kerana kegagalan akan segera mendatang tatkala seseorang itu berhenti melakukan perubahan.

Lalu berpanjanganlah peringatan ; kahwin itu, bukan hanya sehari dua. ^_^

Saturday, March 10, 2012

Indah Buatmu Kelantan..^_^


Negeri Kelantan seindah namamu, 
 Tanah serendah sekebun bunga, 
Negeri tadahan wahyu.. Cik Siti Wan Kembang, 
Cukup indah namamu.. Seindah negerimu.. 
 
Duhai wajahmu yang indah,  
Persis Jeddah.. Yang pernah ku lewati, 
Taat menjunjung Al-Quran.. Teguh menggalas syariaat, 
Yang tidak pernah goyah.. Tersentuh hati kudusku..
 
Lantaran aku disini.. Biar tidak pernah ku duga,  
Bertemu dengan seorang ulamak.. Yang dicintai rakyatnya, 
 Lalu.. Kuntum rindu yang lama tersimpan, 
Terubat jua akhirnya.. Biar segolongan cintaku.. 
 
Beruntung rakyatnya.. Menumpang teduh seorang ulamak,  
Yang lembut tetapi tegas beribadah, 
Yang pengasih namun tidak goyah pada percikan kealpaan dunia, 
Pasti aku merindui lagi.. Entah kapan bisa di ubati, 
 Cuma setitis doa bisa ku titip buatmu membaja, 
Membangun Islam bersama.. Semoga kita bertemu kembali..
 
 
Oki Setiana Dewi,
Kelantan Trade Center, Kota Bharu,
Kelantan.

Saturday, March 03, 2012

3.3.22 : Jatuhnya Seluruh Khilafah Islamiyah

RASA SEDIH DAN INGIN MENANGIS BILA MELIHAT GAMBAR INI.. Gambar ini adalah Gambar Khalifah terakhir kita Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.

Memperingati 90 tahun sejarah hitam SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM.
KEMBALIKAN PEMERINTAHAN KHALIFAH!!!!!

Khalifah terakhir Sultan Abdul Hamed II meninggalkan istana atas arahan Presiden Turki pertama Mustafa Kamal Atartuk pada 3 Mac 1922.

Hari ini 3hb Mac 2012 adalah bertepatan dengan 90 tahun sejarah hitam bagi umat Islam di seluruh dunia.

Dengan sokongan dan kekuatan dari British dan Zionis, Mustafa Kamal Atarturk telah mengumumkan penghapusan Khilafah dan pemisahan agama Islam daripada negara tepat pada pagi 3 Mac 1924.

Kamal telah memerintah supaya Khalifah terakhir, Sultan Abdul Majid II supaya meninggalkan Turki sebelum subuh pada hari yang sama. Polis dan tentera dikerah berhimpun di istana Khalifah dan memaksa Khalifah memasuki kereta dan seterusnya membawanya ke Switzerland.

Atartuk kemudiannya telah mengumpulkan semua waris Khalifah dan mengusir mereka keluar daripada Turki. Kesemua aktiviti keagamaan dimansuhkan, semua sekolah agama ditukar kepada sekolah sekular, mahkamah Islam dimansuhkan, azan diluangkan dalam bahasa Turki dan undang-undang sekular dilaksanakan sepenuhnya.

Akhirnya impian British dan Zionis untuk meruntuhkan Khilafah Uthmaniyah sebagai Daulah Islam yang terakhir telah tercapai, melalui tangan anak didik mereka iaitu Mustafa Kamal laknatullah.

Setelah jatuhnya khilafah, maka satu demi satu wilayah umat Islam jatuh ke tangan musuh termasuklah bumi Palestin yang diidam-idamkan oleh Zionis dan pihak barat.

Kini, telah 90 tahun umat Islam kehilangan tempat berpaut untuk naungan dan pimpinan khalifah.

Bagaimana keadaan umat Islam kini di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Kashmir, Pattani, Selatan Filipina dan negara-negara yang lain di seluruh dunia termasuk di negara tercinta Malaysia.

Rata-rata umat Islam hidup terkontang-kanting tanpa pimpinan dan hala-tuju perjuangan walau pun jumlah meraka kini telah melebihi seperempat daripada penduduk dunia (1.7 bilion daripada total 7 bilion).


Persoalannya : Apakah sumbangan kita ke arah mengembalikan kedaulatan dan kepimpinan Islam yang sangat diperlukan oleh umat dan dunia antarabangsa pada ketika ini? Tepuk dada tanya iman..^_^