Ada yang mempertikaikan;
"Hudud sekarang ni TAK SESUAI nak
dilaksanakan. Sebabnya ekonomi kita tak stabil. Cuba tengok zaman Saidina Umar.
Umar sendiri menangguhkan hudud terhadap pencuri sebab masa tu kemarau dan
ekonomi merosot. Jadi sekarang ni sepatutnya difokuskan pada ekonomi, bukan
pada hudud.Hudud sekarang ni tak sesuai la.."
Jawapan kepada pernyataan di atas. Pegang elok-elok. Kalau nak share
pun bagus juga. Hehe..
1. Kita kena bezakan antara PENGKANUNAN dan juga PERLAKSANAAN.
2. Pengkanunan ni bahasa mudah nak faham adalah meletakkan sesuatu
hukuman yang telah dibahaskan dalam undang-undang Negeri ataupun Negara.
Contohnya, pakai uniform sekolah. Dalam 'undang-undang' atau
peraturan sekolah, telah tertulis,
"Pelajar sekolah WAJIB memakai uniform
sekolah. Jika tak pakai, akan DIDENDA."
Inilah pengkanunan.
3. Perlaksanaan pula bahasa mudahnya adalah melaksanankan sebarang
hukuman yang telah dikanunkan dalam undang-undang /peraturan.
Contohnya,
Cikgu sekolah denda seorang pelajar sekolah sebab tak pakai
uniform. Bila pelajar tu tanya,
"Cikgu.. Kenapa denda saya? Ini hak saya!
Hak seorang rakyat! eh, hak seorang murid!"
Cikgu pun dengan muka confidentnya menjawab;
"Ini adalah pelaksanaan hukuman yang telah
dikanunkan dalam peraturan sekolah."
4. So dah faham lar kan apa beza KANUN dan LAKSANA?
Dalam Islam, WAJIB PENGKANUNAN Undang-undang Jenayah Islam
antaranya HUDUD. TIADA TANGGUHAN.
Tetapi.
Dalam Islam juga, PERLAKSANAAN undang-undang jenayah Islam
antaranya HUDUD boleh DITANGGUHKAN terhadap pesalah berdasarkan situasi semasa
seperti orang yang mencuri tu miskin ke, dan sebagainya.
5. Jadi zaman Saidina Umar al Khattab dulu, Saidina Umar TAK
MEMANSUHKAN HUDUD! Hukum hudud tetap ADA dalam perlembagaan negara.
Tetapi beliau MENANGGUHKAN PERLAKSANAAN HUDUD!
Dalam Malaysia, kita DIWAJIBKAN PENGKANUNAN HUDUD! Adapun
perlaksanaan hudud, ia boleh DITANGGUHKAN berdasarkan situasi pesalah, situasi
semasa dan budi bicara Hakim.
Wallahu'alam..