Apapun yang berlaku di Lowyat atau kejadian
yang serupa di mana-mana kawasan di muka bumi ini maka prinsip Islam tetap
sama, iaitu :
1. Berlaku adil, baik kepada musuh atau rakan
Allah SWT berfriman di dalam al-Quran ;
“Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap
sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana
keadilan itu adalah lebih dekat kepada takwa.”
(al-Maaidah: 8)
Maksudnya.. jangan menghukum secara melulu.
Teliti, laksanakan keadilan dan hak kepada semua pihak. Hak orang yang dituduh
untuk membela diri, hak orang yang menuduh untuk mengemukakan bukti, hak orang
ramai untuk mengetahui kebenaran dan cerita sebenar.
2. Berhati-hati dengan menjaga had dan tidak
melampaui batas dalam membela atau menuntut hak serta mengelak dari terjerumus
ke dalam fitnah
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda ;
“Sesungguhnya orang yang paling
bahagia ialah mereka yang dijauhkan daripada fitnah. “
(HR Abu Daud)
Pintu fitnah sangat banyak, kadang-kadang api
yang besar bermula daripada perselisihan yang kecil. Jika dapat menuntut hak
tanpa perlu mencetuskan perbalahan maka itu adalah lebih baik.
3. Membantu pihak yang tertindas dan
melaksanakan kewajipan amar makruf nahi mungkar
Sekiranya pihak berkuasa dapat melaksanakan
kewajipan membela hak orang-orang yang tertindas dan melindungi golongan yang
lemah maka hendaklah kes atau kejadian yang berlaku diserahkan kepada ulil
amri atau pemerintah untuk melaksanakan tugas mereka, jika tidak (contohnya
akibat pemerintah makan rasuah dari tokey kongsi gelap atau kerana pemerintah
tidak boleh dipercayai) maka setiap Muslim wajib bekerjasama dan menolong
saudara-saudara mereka yang tertindas.
Ianya ialah satu fardhu kifayah.
Allah Azza wa Jalla berfirman:
"Dan tolong-menolonglah kamu dalam
(mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat
dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah
amat berat siksa-Nya."
(al-Maaidah:2)
Semoga Allah memelihara umat Islam, menyatukan
persaudaraan sesama Muslim, memberikan hak dan perlindungan kepada golongan
yang tertindas serta membalas dan menghukum golongan yang zalim lagi suka
menindas!
Nota Siku
Melayu menjadi mulia dengan iman dan Islam.
Rujuklah sejarah.. betapa bangsa ini dulunya pernah menguasai Nusantara, iaitu
ketika mana mereka berpegang teguh dengan Islam.
Melayu dikenali sebagai bangsa beradab dan
penuh sopan santun. Kesantunan akhlaq itu bukanlah tabiat yang lahir secara
semulajadi, tetapi kerana dada dan hati mereka sarat dengan iman.
Apabila iman semakin menipis, mencari dunia dan
kedudukan jadi keutamaan.. ALLAH ambil kembali kemegahan tadi. Kerajaan Islam
Melayu Melaka tumbang kepada kuasa asing. Setelah 350 tahun dijajah, Melayu
ditinggalkan dengan faham sekular yang meminggirkan agama.
Sejak itu Melayu makin parah. Sopan santunnya
semakin hilang dibadai ombak nafsu dunia yang menggila. Dari pemimpin atasan
hingga rakyat bawahan, dijangkiti penyakit walhan dan hubbud dunya.
Pemimpin tenggelam dalam kekayaan dan
kemewahan, manakala rakyat dari sudut ekonomi..ada yang hanyut dalam kemiskinan
dan kemelaratan. Rakyat terutama anak mudanya dibius dengan budaya hedonisme
yang mengagungkan kepuasan nafsu remaja.
Ukhuwwah dirungkai oleh budaya hidup nafsu
nafsi. Aqidah mereka tenggelam dalam kepercayaan khurafat dan tahayyul.
Berpecah pecah, diserak serakkan pegangan politik.. yang majoritinya menjauhkan
mereka dari Islam dan Iman.
Bangsa Melayu hilang identiti. Apabila pagar
iman tiada.. manusia Melayu hilang daya tahan melawan arus globalisasi.
Tenggelam dan terpinga pinga, hilang punca tanpa tahu membeza antara modenisasi
dan westernisasi. Tidak mampu memisahkan antara fantasi dan realiti, antara
kebebasan hak asasi dengan liberalisasi.
Ini semua adalah berpunca dari keringnya sumur
iman kerana digantikan dengan fahaman atau ideologi yang memisahkan Melayu dari
Islam. Proses indoktrinasi ini diterap masuk melalui sistem pendidikan sekular
yang memisahkan ilmu dari iman.
Dalam bahasa mudahnya ialah.. meniadakan ALLAH
atau meminimakan sebutan nama ALLAH dari dalam buku buku teks yang diajar.
Kecuali hanya beberapa minit di dalam mata pelajaran agama dari keseluruhan
pembelajaran.
p/s: Kekuatan Melayu bukan diukur dengan ramainya
manusia di medan Lowyat....Tetapi kekuatan Melayu diukur...pabila ramainya orang
Melayu yang beragama Islam solat secara
berjemaah di setiap masjid.... Hati-hati orang Mukmin akan bersatu dengan
sendirinya.. Jika kita perkemaskan Islam hanya dengan bangsa.... Islam itu
tidak akn nmpk apa-apa...tapi jika kekuatan bangsa itu hqnya dengan Islam...
Bangsa itu akqn nmpk hebat dan gah di mata dunia...sebagaimana bangsa Arab
dimuliakan selepas turunnya al-Quran, dan mereka amalkannya... Tidak guna
melaung semangat Melayu tetapi diri masih dengann sifat assobiyah yang
melampau... Kita saying akan bangsa kita...Namun kita harus lebih sayang agama
kita...bangsa akan dihormati jika agama yang kita anuti kita amalkan sepenuh
hati...~
Senyum..=)