Monday, May 13, 2013

Apa?! Cina Bersatu Tumbangkan Melayu?!



Isu orang Cina bersatu mahu tumbangkan Melayu, hanya merugikan orang Malaysia.

Kita selalu kata, orang Korea, Jepun berjaya sebab mereka cuma ada satu bangsa sahaja, iaitu bangsa Korea dan Jepun, jadi mudah bagi mereka membangunkan negara.

Pointnya sudah ada, '1 bangsa' bagi membangunkan negara, tetapi sampai sekarang masih ada lagi slogan 'Melayu perlu bersatu'. Sepatutnya, slogan yang dilaungkan, 'Melayu bersatu dengan Cina dan India', barulah boleh jadi 'satu bangsa'. 

Ok, katakanlah, DAP itu Cina dan mahu memerintah seperti kes Singapura dahulu. Mengapa ia terjadi? Adakah waktu itu Melayu tidak bersatu dan lemah, lalu tunduk kepada LKY? 

Melayu pada waktu itu kuat bukan main, bersatu lagi tetapi Singapura tetap pergi. Antara sebabnya, orang Melayu kata Cina mahu memerintah dan menindas, Cina pula kata, orang Melayu kalau perintah mereka ditindas. 
 
Akhirnya semua orang berasa mahu ditindas. Hakikatnya, yang menindas bukan orang Cina, dan bukan orang Melayu, tetapi 'orang jahat'. 

 
Orang jahat ini, semua bangsa ada. Ada orang jahat Cina, ada orang jahat Melayu.

Selagi mana kita bersatu hanya berdasarkan 'bangsa', selagi itulah kita senyap-senyap membenarkan 'orang jahat' terus menindas. 

Orang baik Melayu dan orang baik Cina perlu bersatu menentang orang jahat Melayu dan orang jahat Cina. Itu barulah betul.

Berkenaan PRU-13.. analisisnya, DAP banyak menang sebab Cina bersatu undi Cina. Kalau begitu, sepatutnya Rafizi Ramli kalah, sebab lawan dengan calon Cina. Ini tidak, boleh menang besar lagi.

Sekiranya dilihat, yang DAP ini banyak menang di kawasan bandar. Kawasan orang Cina yang terdedah pemikirannya dengan pelbagai maklumat. Maklumat dari internet dan sebagainya.

Orang Cina boleh dikatakan adalah kaum yang paling celik berkenaan 'perlembagaan', berbanding orang Melayu.

Mereka faham, 'kerajaan' dan 'parti politik' itu berbeza. Mereka faham, 'kewajiban' sebuah kerajaan. Jadi, gula-gula mengatakan, 'kerajaan BN sudah memperuntukkan sekian-sekian juta kepada orang Cina', tidak berkesan sebab mereka faham yang, itu memang kewajipan 'kerajaan'.



Ibaratnya, kita bayar buruh buat rumah kita. Jadi memang kewajipan buruh tadi bina rumah, siap ada tangga, tingkap, pintu. Takkanlah, buruh yang kita bayar tadi boleh kata, 'Tuan perlu membalas budi saya, sebab saya sudah buat pintu rumah Tuan'.

Lainlah kalau buruh tadi buat lagi jalan dan taman di hadapan rumah. 

Jadi apa sebenarnya yang perlu kita takutkan sekarang? Yang kita perlu takutkan, adalah 'isu perkauman', yang senyap-senyap ditiup.

Isu perkauman bermula dengan kata, 'orang Cina pijak kepala orang Melayu'. Hakikatnya, 'orang jahat Melayu Cina', yang pijak kepala rakyat. Perlu dibezakan di situ.

Kesimpulannya, orang Melayu Umno dan PAS, sekiranya bersatu teguh bercerai roboh sekalipun, tetap Malaysia tetap tidak ke mana, tetap akan hilang tanah, sekiranya tidak mula 'bersatu' dengan kaum lain di Malaysia.

Adakah ini terlalu idealistik? Sekiranya kita kita ia tidak realistik, jadi bagaimana dengan saranan agama yang menyuruh kita berbaik-baik dengan kaum lain? Adakah agama juga sudah terlalu idealistik?
Sekian. Ada keperluan, nanti tambah lagi.





p/s: Biar orang Cina, India tahu, masih ramai lagi orang Melayu, yang masih 'waras' yang membawa mesej rahmatan lil alamin…^_^v

Menerima Kekalahan Bukan Bererti Redha Dengan Kezaliman..~



Ya. Memang kita terima dan redha dengan kekalahan kita. Tetapi adakah sampai di situ sahaja walhal di sekeliling kita masih banyak lagi kebathilan serta kezaliman yang berlaku?

Bagaimana jika di mahsyar nanti kita ditanya, "Dulu ada pihak yang terang-terangan membuat penindasan terhadap rakyat. Kamu ada di situ pada waktu itu. Tapi kamu usahkan berdoa, siap boleh goyang-goyang kaki minum kopi lagi tengok TV. Kenapa kamu langsung tidak lakukan sesuatu padahal kamu seorang Islam dan punya kekuatan?"

"Err, err.. Tapi... Tapi saya tak sukakan politik. Kerana politik itu kotor dan err, tidak bersih."

"Ini bukan soal politik atau bukan politik. Ini soal kezaliman. Kezaliman adalah suatu bentuk jahiliyyah yang wajib ditentang. Islam datang untuk menegakkan keadilan."



*tetibe je blackout*


Pling! Dan kitapun kembali semula ke dunia. Fuh selamat.

#Adakah kita mengharapkan "magic blackout" di mahsyar nantii? Renungi 32:12 | 14:44 | 6:27 | 23:107-108.

##Selemah-lemah iman adalah yang melakukan amar ma'ruf wa nahi munkar dengan hatinya...

Saturday, May 11, 2013

Bila Dua Tokoh Bersara..~



AF ikut jejak langkah TGNA. Bakal bersara di akhir musim.
Persoalan pertama,
Adakah 'jiran bising' akan gembira?
Atau 'team sejarah' mula mengatur cita-cita?
Atau 'team tadika' berasa lega?

TGNA bersara dari MB ada orang UMNO/BN gembira.
AF bersara, pasti ada rival yg riang ria.

Bukan itu yang mahu dicerita.
Itu sekadar selingan sahaja.

--------------------------------------------------------------------------------

Tokoh, bila bersara pasti dikenang jasanya.
Baik kawan atau lawan, semua berkongsi rasa.

Tokoh, pastinya sukar berganti.
Yang bawah hanya mahu yang lebih kurang kualiti.
Nah, itu sangat sukar sekali.
Jangan dipaksa, nanti gusar dan cemas yang mengganti.

Apa yang pasti, tinggalan tokoh adalah sebuah legasi,
Yang dibina dan disuburkan dengan cita-cita yang murni,
Pasti, mereka mahu melihat ia terus subur, megah berdiri,
Maka yang mengganti punya tanggungjawab yang amat besar sekali.

Namun, yang bergelar penyokong ingatlah,
Tokoh itu tidaklah dilihat hebat saat mula berkhidmat,
Ketokohan mereka dirasai setelah mereka lama berkhidmat,
Selepas melihat perubahan, kejayaan, panambahbaikan, dan sebagainya.

Justeru berilah peluang buat yang mengganti,
Untuk buktikan potensi dan upaya diri,
Kita semua juga harus mendokongi,
Kerana amanah meneruskan kehebatan legasi ini adalah tanggungjawab berjamaie.



p/s: Terima kasih Tok Guru Nik Aziz, akan kudokong legasi perjuangan Harakah Islami selagi mana termampu dek kudrat diri yang lemah ini.. =)