Wednesday, July 22, 2009

Keldai Yang Memakai Serban..

Seorang ahli hikmah masuk ke sebuah kampong dengan mengenderai seekor keldai. Beliau yang memakai serban besar kelihatan begitu letih dan ingin beristirehat di kampung itu sebelum meneruskan kembaranya.


Melihat ahli hikmah itu datang ke kampong mereka, orang kampung itu pun segera menyambutnya.

“Assamu’alaikum, ya sheikh,” sapa seorang lelaki.

“Selamat datang tuan,” sapa seorang yang lain.

Tidak lama kemudian, hebohlah seluruh isi kampung. Hampir semua penduduk kampung keluar menyambut ahli hikmah tersebut.

“Tolong ajarkan kami…” pinta mereka.

“Jadilah guru kepada kami semua.”

“Syukur tuan datang. Jika tidak, jahillah kami.”

Ahli hikmah turun dari keldainya dan bertanya, “Bagaimana kamu semua tahu yang aku ini orang alim?”

Orang-orang kampung itu pun menjawab, hampir serentak, “Kerana kami lihat tuan memakai serban besar. Jika serban yang tuan pakai besar, tentulah ilmu tuan banyak. Tolong, tolonglah ajarkan kami.”

Sambil tersenyum, ahli hikmah itu membuka serbannya dan terus memakaikan serban itu di atas kepala keldainya.

“Haa, sekarang keldaiku telah memakai serban yang besar. Sila kamu semua belajar daripadanya.”

Orang kampung tercengang-cengang. Tidak sangka mereka mendapat ‘pelajaran pertama’ daripada ahli hikmah itu dengan cara begitu sahaja, tetapi sangat sinis sekali.

Ya, begitulah pengajaran. Ada kalanya pahit sedikit, tapi terpaksa ditelan jua…

Moral of da story : Ramai antara kita yang masih mengukur nilai dalaman seseorang dengan hanya berdasarkan rupa lahiriahnya sahaja. Walaupun tanda-tanda lahiriah juga penting sebagai petanda baik atau buruknya keperibadian seseorang, namun sikap terlalu cepat menerima atau menolak seseorang hanya berdasarkan pakaian, kelulusan, gelaran atau lain-lain ukuran fizikal atau material, adalah sangat tidak tepat. Pakaian, hanyalah umpama ‘topeng’ yang kita pakai. Tidak salah memakai topeng yang baik. Namun, pastikan bahawea kita adalah lebih baik daripada ‘topeng’ yang kita pakai.


2 comments:

the celotehh said...

em..best cite tu..usaha lagi..:)

faizalMS said...

to mahani : mekaseh,dik..truskan p'juangan!allahu akbar!