Saturday, July 19, 2014

MH17 dan Angka



Ada orang bertanya tentang angka-angka dengan kejadian MH17;


“MH17 Penerbangan pertama : 17/7/1997 Penerbangan terakhir : 17/7/2014 Tahun 2014 tolak tahun 1997 : 17 tahun. Ditembak Oleh SA 17 Missile. Kenapa dgn angka 17 ? Something Allah nak bagitahu . Subuh 2 rakaat Zohor 4 rakaat Asar 4 rakaat Maghrib 3 rakaat Isyak 4 rakaat =17 rakaat..”


Jawapannya:


“Salah! Jika kamu jamak solat sebab musafir, jadi 11 rakaat sahaja, jika bulan puasa korang ikut imam tarawih, 25 rakaaat tak campur witir, so dah jadi 28 rakkaat, jika ikut 20 rakaat, dah jadi 37 rakaat.”


Eh? Sekejap!, tapi siapa cakap Allah nak bagitahu bilangan rakaat melalui peritiwa nahas kapal terbang yang mengorbankan kesemua 298 orang termasuk 15 anak kapal yang menaiki pesawat tersebut?!


Ini sudah masuk katagori berdusta atas nama Allah! Sedangkan berdusta atas nama Nabi pun masuk neraka, apatah lagi jika berdusta atas nama Allah, Astarfirullahalazim..


Saudara, bab bilangan rakaat solat sudah diterangkan secara tersirat dalam al quran dan secara tersurat dalam hadis. Sudah lama Sunni dan Syiah berbeza pendapat bab rakaat solat, dan berjuta ummat islam sudah mati dengan bilangan rakkat yang diyakini tapi baru hari ni korang dakwa Allah nak bagitahu bilangan Rakaat? Apakah?


Setakat nak buat teori Islamik dengan kaitkan nombor, semua orang bodoh boleh buat . Otak yang ada tu lebih baik fikir makna makna dalam Al quran dan kaitkan dengan diri sendri yang banyak dosa atau cari jalan penyelesaian kepada ummat Islam yang lemah kerana tidak bersatu. Itu yang terbaik. Aduhai..


Diulang, berdusta atas nama Nabi pun masuk neraka, apatah lagi jika berdusta atas nama Allah, bertaubatlah kepada sesiapa yang sudah share teori mengarut ni!


Idea Asal: Hamka (Kereta Mayat)

Thursday, July 10, 2014

Minat Bola, Lupa Gaza?!




Adakah bila kita asyik update pasal bola, bermakna kita lupa pasal Gaza?

Adakah bila kita gembira dgn kemenangan Jerman, kita persetankan nasib rakyat Palestin?

Usah terlalu prejudge, sahabat-sahabat.

Terkadang mereka yang nampak seolah-olah tidak peduli, tetapi merekalah yang konsisten memboikot produk Zionist Yahudi.

Merekalah yang tidak pernah lokek menyumbangkan sejumlah harta mereka untuk kebajikan rakyat Palestin.

Merekalah yang meratap ketika membaca qunut nazilah saban pagi.

Hanya kerana mereka tidak update kesedihan mereka di FB, jgn ingat mereka tidak peduli. Kerana adakalanya mereka tahu mereka tidak akan mampu menahan sebak dan marah setiap kali menyaksikan bukti kekejaman Israel ini.

Bukan sahaja Palestin. Mereka juga cakna pada Syria. Cakna pada Arakan. Cakna pada Uyghur. Tak percaya? Tanyalah mereka sendiri.

Update status sedih di FB tapi tidak ada harta yang disumbang, tidak ada produk yang diboikot, tidak ada doa yg dititipkan? Ibarat harimau yang mengaum nyaring di dalam kandang.

Jangan prejudge. Jangan.. jangan.. jangan.

Update..update juga, jangan dilupa Qunut Nazilah dalam setiap solat kita.


Senyum..=)


Monday, June 30, 2014

Kesan Tidur Selepas Subuh Pada Waktu Puasa




Kebanyakan kita akan bangun awal pada setiap untuk bersahur. Malangnya ada di antara kita tidur semula selepas subuh selama sejam kerana mengikut nafsu untuk tidur dengan alasan untuk mendapat kesegaran di tempat kerja.

Pola kehidupan sedemikian akan mengganggu pusingan biologi di dalam badan dan ini akan menambahkan keletihan seseorang. Keadaan ini disebabkan gangguan ke atas pengeluaran hormon kortisol yang berfungsi sebagai hormon kecergasan bagi seseorang.

Apabila seseorang bangun daripada tidur setiap pagi pada pukul lima pagi untuk bersahur, rutin ini akan merangsang pengeluaran hormon kortisol pada pukul tiga atau empat pagi dan akan memuncak pada pukul 11 pagi.

Apabila rutin ini ditukarkan secara tiba-tiba, dengan tidur semula selepas subuh, pengeluaran hormon ini akan terganggu dan kita keletihan sepanjang hari berpuasa.

Jika mahu tidur sebentar, saya cadangkan tiga puluh minit di waktu sebelum zohor. Selepas berwudhu dan solat zohor berjemaah, insha ALLAH kita akan berasa segar walaupun berpuasa.



Sumber:  Dr Zubaidi Hj Ahmad

Tuesday, June 24, 2014

O.K.U, Ibu Tunggal dan Kita




Catatan dari seorang sahabat ahli akademik yang mempunyai anak OKU seperti Firdaus:

"Begitu rendah etika ahli media yang merakam video yang panjang menunjukkan anak OKU itu merangkak, tak dapat bercakap, kurus kering dan terdedah.”

Kita jangan cepat melompat menghukum ibu, kita pernah baca juga berita berkenaan isteri jaga suami OKU, bapa jaga 3 anak OKU, dll. Berita itu semuanya berkenaan bab sistem sosial negara yang tidak membantu ibu bapa kepada anak OKU atau ahli keluarga kepada individu OKU.

Sistem Kebajikan sosial dalam negara yang mewujudkan kes sebegini. Mempunyai anak OKU menuntut pengorbanan, tekanan kehidupan mungkin menyebabkan mereka tidak mampu membuat pengorbanan yang diperlukan.

Matlamat utama rakaman video adalah sensasi berita. Sepatutnya dia segera dibersihkan, diberi makanan dan pihak berkuasa segera dihubungi.

Maka kalau kita terlalu cepat marah ibunya memang termakan sensasi media

Saya kira semua yang mengeji ibu yang mengurung & mengabaikan anak OKU telah termakan sensasi media. Isu itu perlu dilihat dua tiga lapis.

Kalau baca berita yang jaga OKU, kita tumpang sedih.. baca berita yang tak jaga OKU kita marah, isunya tetap keadaan keluarga yangg jaga tu masih daif, masih tidak dibantu kerajaan, ada yang berhenti kerja, ada yang harap bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, dsb.. apatah lagi kalau tak jaga, ‘point’nya di sini tak semua manusia mampu buat keputusan waras apabila tertekan.

Marah memang boleh marah, tapi tak selesai masalah. Yang abai kita marah.. yang jaga tak abai kita sedih. isu penyebab asal tetap sama sistem sosial kita..."

Saya amat bersetuju dengan beliau, anda bagaimana?!


Senyum..=)



Sumber: Dr Mazlee Malik

Sunday, June 22, 2014

Makan untuk Hidup atau Hidup Untuk Makan?!



Untuk hidup manusia perlu makan, bukannya hidup untuk makan. Makanan adalah bahan bakar bagi tubuh manusia sebagaimana minyak adalah bahan bakar untuk enjin.

Manusia tanpa makanan dan enjin tanpa minyak... dua-dua tidak boleh hidup. Kecuali jikalau orang itu sama martabat dengan malaikat.

Bahan bakar untuk enjin, kita isi dalam tangki minyak.. bahan bakar untuk manusia, kita isi dalam perut.

Ada beza antara tangki bahan bakar kereta motor dengan perut yang menjadi tangki simpanan makanan manusia. Tangki minyak untuk kereta motor diperbuat dari bahan logam yang keras. Kalau kapasitinya 30 liter, kita cuma boleh isi minyak 30 liter sahaja. Selebihnya akan melimpah keluar.

Perut sebagai tangki bahan bakar manusia pula diperbuat dari bahan kenyal. Ia boleh diisi 3 kali ganda dari jumlah yang sepatutnya. Contohnya kalau kita cuma perlukan sepinggan nasi, kita boleh makan sehingga 3 pinggan dan makanan tersebut tak akan melimpah keluar!

Minyak dalam tangki kereta motor, bila tak habis guna hari ini, kita boleh simpan untuk esok, lusa dan seterusnya.

Berbeza dengan tubuh manusia. Kalau hari ini tubuh kita hanya perlukan sepinggan nasi tetapi kita makan sampai 3 pinggan, tubuh kita tetap akan menggunakan kalori tenaga dari sepinggan sahaja. Bagaimana dengan lebihan 2 pinggan lagi? Apakah kita boleh simpan untuk kegunaan esok dan lusa sebagaimana kita boleh simpan minyak kereta? Jawabnya tidak! Lebihan makanan tersebut akan ditukar menjadi lapisan lemak yang menempel di segenap bahagian badan, antaranya di perut lalu masuklah kita dalam persatuan GPK (Geng Perut Kedepan).

Untuk esok kita perlu makan yang lain pula. Bukannya bila kita dah makan banyak, bermakna 3 hari seterusnya kita tak perlu makan. Berapa ramai manusia yang lebih menyukai lebihan makanan mereka menempel sebagai lapisan lemak yang memudharatkan tubuh dari mengagihkannya kepada mereka yang lebih memerlukannya...

Senyum..=)



SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.. ^_^v