Monday, April 27, 2009

mathematics in al-quran



Ajaib tetapi benar! Lihatlah sebahagian daripada hasil kajian
oleh cendekiawan Islam terhadap kandungan Al-Quran. Didapati banyak
perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti
nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan
sebagainya.Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:

DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali
MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali
FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali
UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali
IBLIS : PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali
BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali
BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali
ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali
MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali
EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali
KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali
ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali
MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali
LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali
NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali
BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali
KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali
MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali
LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali
SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali
BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali
LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali
LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45
Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus

Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi
71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.
Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi
71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.Begitulah
kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!
Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi
71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.Begitulah
kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!

Friday, April 24, 2009

Jual Diri?!

Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya.

(Hadis riwayat al-lmam Muslim)

Wednesday, April 22, 2009

Kutinggalkan-‘nya’ Buat Seketika..


Kutinggalkan UIA buat seketika,

‘Dunia’ yang penuh dengan urbanisasi, kompetisi, organisasi, birokrasi dan hipokrasi,

Menuju ke kampung halamanku,

‘Dunia’ yang menjanjikan ketenangan, kesederhanaan, kedamaian, kesejahteraan dan keselambaan..

Sayang juga rasanya untukku meninggalkan bilik E2.1,

Kerana di situlah tempat duka tawaku,

Bersama rumet-rumet dan taman-temanku yang setia,

Di situlah jua tempat..,

Ku menimba segala jenis ilmu, mengaplikasi kemahiran dan mencari keredhaan Sang Maha Pencipta..

Mungkin tidak lagi ku ke sana,

Kerana ‘block’ yang kutinggal pada sem ini,

Bakal bertukar milik pada sem yang akan datang,

Menjadi ‘block’ kediaman ‘sisters’,

Dan ‘block’ kediaman ‘brothers’ hanyalah di T1 dan T2,

Cuma segelintir kecil sahaja yang dapat tinggal di kampus,

Yang selebihnya tinggal di luar..

Namun..,

Dengar cerita diriku dapat tinggal di dalam,

Di block T2, di bilik 2.5..,

Bersama-sama dengan rumet-rumetku yang sekarang nie juga,

Alhamdulillah..

Ingat sekali kesian juga pada budak-budak ni,

Tapi..,

Peraturan tetap peraturan,

Ku hanya mampu berserah dan redha..

Biarlah kenangan menjadi kenangan,

Nostalgia tidak mungkin akan berulang..

Kuteruskan perjalanan hidupku sebagai gembala desa,

Biarlah apa orang kata,

Asalkan diriku bahagia dan tak menyusahkan sesiapa..,

Mencari ketenangan jiwa dan juga minda,

Setelah berhempas-pulas mengharungi cabaran dan ujian,

Menunggu ‘jawapan’ sebuah peperiksaan..

Semoga vacation ini dapat mengajar kita erti ketenangan dan kesejahteraan.

SELAMAT BERCUTI.SEMOGA CUTI INI DAPAT DIMANFAATKAN DENGAN SEBETUL-BETUNYA..;-p

Monday, April 20, 2009

madah berhelah

masa bercinta
engkau suka aku pun suka
kemana pergi pun tak apa
yang penting jalan berdua
naik bas pun takpa
jalan tengah panas pun takpa
sampai melecet ketiak jadinya
semua suka tiada duka

masa engkau suka
aku pun suka
tapai yg engkau suka aku pun suka
walaupun sebenarnya tak berapa suka
petai yg engkau suka,
aku pun telan juga
walaupun nak terjegil biji mata
kita sama-sama ketawa

masa engkau suka
aku pun suka
Tempe yg aku makan jadi kegemaran kau juga
walaupun kau tak pernah makan sebelumnya

masa engkau suka
aku pun suka
pakai apa pun tak pe
baju merah tudung biru pun tak ape
tudung kau senget aku kata takpe
gigi kena lipstik aku tak kisah juga
engkau tetap cantik jelita

masa engkau suka
aku pun suka
aku pakai apapun tak ape,
lupa pakai tali pinggang pun tak ape,
T shirt koyak kat ketiak pun tak ape,
Lupa cukur misai pun tak ape,
Kau kata aku tetap handsome seadanya.

baru kahwin,
kau sangat suka, aku lagilah suka
macam dunia kita yg punya
dua minggu terperap dalam bilik aje
sampai makan pun selalu terlupa

kau sangat suka, aku lagilah suka
tiga empat papan petai sehari aku tak pernah lupa

kau sangat suka, aku lagilah suka
hari-hari tiga empat pinggan tempe kau goreng utk aku saja


bila anak dua
lain pulak cerita,

kau suka aku tak suka,
aku suka engkau tak suka
sebab petai yg engkau suka
aku sangat tak suka
mana taknya, bilik air jadi hancing jadinya
mungkin salah aku juga
manjakan engkau sangat dengan petai saja

kau suka aku tak suka,
aku suka engkau tak suka
sebab hari-hari aku nak tempe aje
sampai kau jemu menggoreng jadinya
mulalah komplen aku anak jawa
sendawa pun bau tempe aje,
tapi salah kau juga
kau tak pandai nak masak yang lainnya.

sampai sekarang ni aku pun tertanya-tanya
suka ke tak suka?... .
_________________
"What's mine is yours, What's yours is mine, Let our powers cross the line
I offer up my gift to share, Switch our powers through the air".

Saturday, April 11, 2009

.:: Pernikahan atau Perkahwinan ::.


Sebuah karya yang sesuai untuk semua.. bagi yang bujang, boleh mengambil
I'tibar.. bagi yang belum dan bakal berkeluarga, boleh belajar, bagi yang
berkeluarga, perlu mengajar..
--------------------------------------------------------------------------------------
Untuk suami.. renungkanlah..
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia?.
isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah tidaklah setaqwa Aisyah
pun tidak setabah Fatimah..
Justeru isterimu..hanyalah wanita akhir zaman yang punya
Cita- cita menjadi solehah...
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama..
Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya...
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya...
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya...
Isteri adalah murid kamu mursyidnya...
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya...
Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya
seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya..
Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan
taqwa...
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt. kerana memiliki isteri yang
tak sehebat mana...
Justeru kamu akan tersentak dari alpa???
Kamu bukanlah Rasulullah saw...
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah..
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin...

Untuk isteri.. renungkanlah...
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia?.
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw...
Tidaklah setaqwa Ibrahim..
Pun tidak setabah Ayyub atau pun
Segagah Musa...apalagi setampan Yusuf...
Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya
Cita cita membangun keturunan yang soleh...
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung kamu penghuninya...
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya...
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya..
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya...
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya..
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan
taqwa...
Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt...
Kerana memiliki suami yang tak segagah mana?..
Justeru kamu akan tersentak dari alpa...
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga...
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara...
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin...

Justeru itu wahai para suami dan isteri...jangan menuntut terlalu tinggi
seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya...
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia
Rasulullah...
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus
Zulaikha...
Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat
Sulaiman...
DAN Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan
Sarah...
akan kusampaikan biarpun sebaris ayat...

Tuesday, April 07, 2009

Kecantikan Ukuran Syariah..


Menurut Syed Qutb dalam Tafsir Fil Zilal, menghuraikan tafsiran ayat ke-30 dan 31, Surah an-Nuur, kecantikan terbahagi kepada kecantikan haiwaniah dan kejelitaan insaniah.

Sebagaimana kelompok haiwan yang lain, manusia dibekalkan dengan kecantikan naluri yang perlu untuk menarik perhatian manusia yang berlainan jantina bagi tujuan kopulasi atau pembiakan, yang penting untuk memastikan penerusan zuriat dan kemandirian. Pada tahap ini, kelompok manusia tidak ubah seperti sekawan lembu atau kambing yang meragut rumput di padang ragut. Akan tetapi demi kemuliaan manusia yang diangkat darjatnya oleh Allah, konsep ‘aurat’ diperkenal seawal penciptaan Adam lagi. Anggota badan yang dikategorikan sebagai aurat adalah bahagian yang meliputi organ pembiakan manusia.

Apabila kecantikan haiwaniah itu ditutup dari pandangan umum, Allah menggantikannya dengan kejelitaan insaniah – yang mencakupi konsep kesopanan dan kesantunan (modesty). Dengan menjaga batas-batas aurat yang ditetapkan oleh Allah, manusia mampu berinteraksi antara satu sama lain dengan penuh kesopanan dan kehormatan.

Apabila ada manusia yang membelakangi arahan Allah ini, iaitu mendedahkan kecantikan haiwaniah dengan penuh bangga untuk ditonton oleh semua orang, bukanlah sesuatu yang menghairankan sekiranya interaksinya berkesudahan dengan populasi dan persetubuhan atau penzinaan. Lantaran ketika saat itu, dia berperanan pada peringkat atau tahap paling rendah, iaitu pada tahap haiwaniah semata-mata.

Kayu ukur yang berpandukan kefahaman di atas tentunya akan bertindak lebih adil terhadap wanita. Keutamaan seseorang wanita tentunya berubah daripada mencapai kecantikan dan kejelitaan lahiriah semata-mata, kepada satu usaha sedar memastikan setiap tingkah laku dan gerak-geri tidak tersasar dari batasan yang ditentukan Allah. Hanya itulah satu-satunya cara seorang wanita dapat meraih kecantikan dan keanggunan yang hakiki. Wanita itu tentunya bebas merdeka dari kegusaran yang sentiasa memburu, yang menuntutnya untuk tunduk mengikut gaya atau ‘trend’ semasa. Dia yakin sekiranya dia berusaha menuruti apa yang digariskan oleh Allah, dia tidak perlu bimbang dengan apa yang diperkata oleh orang lain.

Tentu sekali, kesedaran ini tidak pula menjadikannya seorang yang selekeh, tidak berketrampilan, comot dan pengotor. Malahan ianya akan berubah daripada seorang yang mengejar kecantikan yang palsu dan olok-olok, kepada seorang yang tenang melayari hidupnya dengan penuh keanggunan, kesopana dan kesantunan. Begitulah seharusnya nilai yang kita perlu sematkan dalam jiwa anak-anak muda kita, yang dikhuatiri sudah begitu jauh tercicir dari pedoman agama dan budaya bangsanya.

Marilah kita melipatgandakan usaha mencari keredaan Sang Maha Pencipta semata-mata dan bukannya sekadar mendapat pengiktirafan manusia. Sesungguhnya bahagialah jiwa yang setenang air di kali, matanya memancarkan iman yang hakiki dan gerak-gerinya melambangkan akhlak yang tinggi.


akan kusampaikan biarpun satu ayat..

Thursday, April 02, 2009

april fool?!buat renungan kita bersama..


Salamullahi'alaikum.. Ikutilah cerita sedih di sebalik April f00l's Day sebagai renungan bersama.


Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'...AWAS!!

Berbalik kepada perayaan April f00l's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.


Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi kepelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan
harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke pelabuhan.


Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.


Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April F00l's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara se-Islam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.



"Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu...."
(rawahuttirmizi)


akan kusampaikan walaupun satu ayat..