Monday, September 28, 2009

Keadilan Umar al-Khattab

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengemukakan sebuah kisah dari zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab (r.a) untuk tatapan dan renungan tuan-tuan sekalian. Melalui pendedahan ini, adalah diharap sebahagian dari ummat Islam yang tidak memahami konsep keadilan Islam terhadap agama lain, akan sedikit sebanyak dapat memikirkan kembali sikap dan pendirian mereka itu.

Kisah yang ingin dikemukakan adalah kisah Saidina Umar dan Kanisah (gereja) Al-Qiamah yang terletak di Quds. Kisah ini adalah petikan dari muka surat 114, kitab Itmam al-Wafa' fi sirah al-Khulafa', tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, Darul Ibnu Hazim.
"Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut. Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, "Saya ingin mengerjakan solat." Jawab Patriach: "Solat sahajalah di sini".

Tetapi Umar menolak cadangan Patriach dan solat (di luar) di tangga yang berada di hadapan pintu gereja tersebut secara bersendirian. Selepas beliau menyelesaikan solat asar, beliau (masuk kembali lalu) berkata kepada Patriach al-Quds :
"Sekiranya saya mengerjakan solat tadi di dalam gereja tuan, saya merasa pasti bahawa ummat Islam pada zaman akan datang akan menyatakan bahawa Saidina Umar mengerjakan solat di dalam gereja ini, maka kita boleh menukarkan gereja ini kepada masjid untuk melaksanakan solat di dalamnya".

Kisah di atas menceritakan respon Saidinna Umar kepada cadangan Patriach supaya beliau solat di dalam gereja al-Qiamah. Respon Saidina Umar merupakan satu respon yang mengambil kira kepentingan golongan Nasrani dan Patriach sambil dalam masa yang sama melindungi Kanisah mereka.
Sehubungan dengan itu, sekiranya ummat Islam adalah peroboh kuil, gereja dan synagogue seperti yang didakwa oleh musuh-musuh Islam dan turut dipercayai oleh segolongan ummat Islam yang jahil, sudah pasti Saidina Umar akan bertindak sebaliknya.
Maka amatlah malang sekiranya ummat Islam sendiri tidak memahami konsep keadilan yang dipertahankan oleh Islam sepertimana yang telah dizahirkan oleh Saidina Umar. Konsep keadilan ini meliputi berbagai perkara, termasuklah keadilan terhadap orang bukan Islam sendiri.

Khalifah-Khalifah Islam sebelum mengutus tentera Islam sentiasa berpesan supaya tidak dibunuh kanak-kanak, orang tua, orang yang berlindung ditempat-tempat peribadatan dan tidak diroboh rumah-rumah peribadatan mereka. Begitu juga, tidak dibunuh haiwan ternakan kecuali untuk dimakan dan tidak dimusnahkan tanam-tanaman dan menebang pokok-pokok tanpa alasan.

Keadilan yang sebeginilah yang melonjakkan ummat Islam ke kedudukan istimewa satu ketika dahulu! Bukan kekejaman dan bukan kezaliman.

Menurut kisah ini juga, maka adalah jelas bahawa Saidina Umar memasuki gereja dan berbincang dengan Patriach di dalamnya. Dengan itu, adalah diharapkan tiada pula dari golongan jahil yang akan menggelar Saidina Umar dengan gelaran 'Umar Gereja' di atas sebab ini.

Saya sememangnya cukup hairan dengan sikap sebahagian dari ummat Islam dewasa ini. Mereka berhajat besar untuk memimpin dunia, tetapi tidak menzahirkan sikap yang memungkin cita-cita ini tercapai. Terlalu banyak yang disensitifkan sehinggakan tidak mungkin berbincang dan berunding dengan yang bukan Islam sama sekali.
Manakan mungkin menjadi pemimpin dunia yang majoritinya bukan Islam, sekiranya kita sendiri tidak mampu untuk berinteraksi bersama mereka bagi membuktikan keadilan Islam itu sememangnya untuk semua.

Sunday, September 20, 2009

Salam Lebaran..


DaLaM TuTuR KaTa, mUnGkIn aDa TeRkAsAr BaHaSa..DaLaM gUrAu SeNdA, mUnGkIn AdA kHiLaF & DoSa..DaLaM BuDi BiCaRa, mUnGkIn AdA TeRgUrIs JiWa..SeLaMaT HaRi RaYa, AmPuN MaaF DiPiNtA..MiNaL AiDiL Wa fAiZiN..
BUAT MAK,AYAH & KELUARGA TERCINTA..TIDAK DILUPA BUAT SAUDARA MARA, RAKAN TAULAN & SAHABAT HANDAI,WARGA UIA (PJ & KUANTAN KAMPUS), SMK. SULTAN YAHYA PETRA 2, SEK. KEB. KUALA KRAI SERTA WARGA NEGERI CIK SITI WAN KEMBANG…TURUT TIDAK KETINGGALAN BUAT YANG MENGENALI DIRI INI DAN JUGA PENGUNJUNG BLOG ‘INTUISIKU’ INI.. EID MUBARAK & MAAF ZAHIR DAN BATIN DIUCAPKAN..


Wednesday, September 16, 2009

Mencari Berkat di Hari Lebaran

Tak lama lagi, Ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Mudah-mudahan Ramadhan pada kali ini dapat mentarbiah kita apa itu maknanya ‘puasa’.

Sejauh mana keberkesanan puasa? Sejauh mana pula kesannya kepada ibadah dan akhlaq kita?! Apakah kita menjadi semakin pelapang dada dan mudah bertolak ansur? Apakah kita menjadi semakin beribadah dan selalu mengingati Allah? Apakah hati kita sudah jinak dengan amal ma’aruf nahi mungkar dah sedekah jariah?

Intuisiku tidak mahu mengupas panjang lebar mengenai fadhilat-fadhilat Ramadhan, Lailatul Qadr, Puasa Enam atau sebagainya. Bukan apa, banyak dah yang kita dengar mengenainya melalui pelbagai ‘channel’. Intuisiku hanya ingin menyentuh mengenai tingkah-laku dan gelagat sesetengah individu ketika menjelang ataupun menyambut Aidil Fitri. Memanglah Nampak cam remeh je, tapi ianya berlaku saban tahun, umpama adat atau sesuatu kemestian bagi umat Islam.

Berbelanja Besar untuk Hari Raya

Kata orang, gaji besar, selera pun besar. Tak jugak sebenarnya.. golongan yang berpendapatan kecil juga tidak ketinggalan untuk mengambil bahagian dalam upacara ‘adat-istiadat’ ini. Ada yang tukar langsir baru, pasang pintu pagar baru.. yang lebih ‘grand’, membeli dua atau tiga pasang baju raya…semuanya menelan ‘budget’ yang tinggi jugak. Apa yang dikesalkan, ada yang sanggup berhutang.. kalau sikit, takpe jugak.. nie sampai di luar kemampuan.. huhu.. Akan tetapi, yang lebih dikesali.. jika diperhatikan dalam rumah, tikar sejadah tak pernah bertukar (atau mungkin tak pernah berbasuh). Bulu-bulu benang banyak yang tercabut tapi tetap digunapakai hingga bertahun-tahun lamanya. Kain telekung pula kusam warnanya, al-Quran ‘sama telah’ lar.. disimpan di rak buku tampak usang berhabuk, seolah-olah tak pernah diusik.

Duit Raya @ Sedekah?!

Bercakap pasal duit raya, adalah lebih baik kita mengutamakan sejumlah wang kepada kaum kerabat yang lebih memerlukan; misalnya emak dan bapa saudara yang ada ramai tanggungan, saudara-mara yang kesempitan wang dan sebagainya. Tujuannya adalah tidak lain,tidak bukan untuk merai dan mengeratkan kasih-sayang sesama ahli keluarga. Jikalau ada yang berhadapan dengan konflik adik-beradik, saudara-mara, inilah masanya untuk kita meleraikan kembali kekusutan yang lalu. Mengapa dipanjangkan sengketa sebegitu lama?! Sedangkan kita tahu sebenarnya tak siapa yang akan mendapat untung daripadanya.

Jadikanlah kesempatan lebaran untuk kita bermaaf-maafan zahir dan batin (bukan bermakna pada hari lain tak leh bermaaf-maafan, tapi dah masyarakat kita dah ‘set’ siap baek punye dalam kepala yang hari rayalah hari yang senang untuk bermaaf-maafan. So terima jelah seadanya.;-p). Lupakanlah perkara-perkara yang menyengati hati.

Adab Berkunjung-kunjungan, Ziarah-menziarahi

Tolonglah pesan kepada anak-anak cucu kita; jika berkunjung ke rumah jiran atau kawan-kawan, jangan mendesak tuan rumah untuk memberi duit raya. Pernah kenalanku yang sudah berumur menceritakan tentang gelagat anak-anak kecil yang datang beraya ke rumahnya. Mengetuk pintu bagaikan ‘ah-long’ yang sedang mengutip hutang. Selagi tak dijawab, selagi itulah diketuknya dindin dan pintu. Sehinggakan ada yang sampai menendang-nendang!”Kami datang nak raya!”

Seeloknya diterangkan kapada anak-anak mengenai adab bertandang ke rumah orang. Beri salam cukup sekadar tiga kali sahaja, kalau tiada jawapan.. bermakna tuan rumah tidak bersedia atau tidak mahu diganggu.

Ada pula anak-anak dibiarkan merayau dari rumah ke rumah, dari satu kawasan perumahan ke kawasan perumahan yang lain, pulang dengan sejumlah duit raya. Kalau itulah yang berlaku, matlamat berziarah sudah jauh menyimpang.

Lain pula gelagat anak-anak muda remaja. Susahnya kalau nak diajak ke rumah saudara-mara dan kaum kerabat. Yang lebih menjadi ‘priority’ mereka adalah kawan-kawan. Ada yang terus lesap sehingga ke malam, sejurus selesai solat sunat hari raya. Sehinggakan ada yang mengisi hari raya dengan menonton video, berkaraoke, bermain ‘computer game’ dan melayari internet.

Semua Hendak Dimakan

Di samping beraya, eloklah ringan-ringankan tangan membasuh gelas-gelas atau pinggan-pinggan yang mungkin bertimbun, terutamanya jika bertandang ke rumah saudara-mara yang lebih tua. Tujuannya hanyalah untuk menjalin kasih-sayang sesama saudara.

Kawal-kawal jugalah makan kita. Mentang-mentang pelbagai hidangan disajikan, semuanya hendak dimakan. Sebulan sudah kita melatih diri berlapar di siang hari, seolah-olah hari raya adalah ‘the day of revenge’ memakan apa saja yang dihidangkan. Makan ala kadar jelah, yang penting ziarah itu ialah bersilaturrahim, bukannya semata-mata untuk mengisi perut!

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda :

“Tidak ada bahaya yang lebih dibenci Allah daripada perut yang penuh dan ketat dengan makanan yang halal.”

Ikhtibar daripada Kenalan

Intuisiku terharu dengan seorang kenalan yang sama ‘kuliyyah’ dengan ku. Adik-beradiknya semuanya jenis yang bermuafakat. Mereka mewujudkan tabung keluarga di mana setiap adik-beradik perlu menyumbang. Masing-masing memberi wang mengikut kadar tertentu, kecuali adik-beradik yang susah. Tabung itulah nanti untuk membantu meringankan ahli-ahli keluarga yang mengalami kesusahan, kesesakan kewangan, menampung persekolahan anak-anak dan sebagainya.

Pada hari raya, mereka adik-beradik akan berkonvoi untuk ke rumah emak dan bapa saudara. Masing-masing membawa buah tangan berupa kuih muih, kain baju baru, berkampit beras dan sebagainya. Kemudian mereka bertakbir sebentar sebelum beramah-mesra.

Alangkah baiknya jika tradisi ini diteruskan oleh anak-anak remaja kita supaya mendapat keberkatan Allah kerana memuliakan golongan tua.

Kemudian setiap keluarga akan beratur memohon ampun dan maaf. Saat-saat manis ini dirakam untuk tontonan generasi berikutnya. Hal ini demikian supaya anak-anak mengenal saudara-mara mereka sampai bila-bila. Zaman sekarang, semuanya ditelan kesibukan kerja,inilah masanya untuk kita mengambil peluang untuk menziarahi dan merapatkan ukhwah fi sabillah..

Ingatlah firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“ Wahai anak Adam, pakailah perhiasanmu ketika setiap kali sembahyang. Makan dan minumlah tetapi jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak mengasihi orang yang berlebih-lebihan.”

(al-A’raf : 31)

Friday, September 04, 2009

Antara Dakwah dan Cinta..


Pernah seketika dulu 'saya' rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata 'saya' menyibuk..
Ada pula yang kate 'saya' kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye 'saya' nak tegur mereka buat bising masa belajar..
Lepas tu 'saya' cuba buat lawak

Kononnya nak tarik perhatian orang lain
'Saya' paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak 'saya'
Terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata 'saya' 'mat capub'(cari publisiti)..
Tapi 'saya' tak kesah..
Asalkan ada yang terhibur..
Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang 'saya' rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..
'Saya' mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
Saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah 'saya' kenal 'awak'..

'Saya' rase 'saya' dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup 'saya'..
Mula-mula awak jual mahal..
Tapi 'saya' tak kisah..nak beli gak..
Akhirnya, dipendekkan cerita..
'Saya' pun mulalah BERCINTA..
Masa bercinta,memang 'saya' sangat-sangat bersemangat
Apa orang kata..'ALL OUT'lah..
haha..
'Saya' selalu call 'awak','awak' pun selalu call 'saya'..
'Gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..
Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
Kalau merajuk men pujuk2..
Kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..
Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
'Saya' pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan 'saya' tu pandang 'saya' semacam,
Kata 'saya' macam-macam..
Asalkan awak memahami 'saya'..
Satu hari 'saya' dengar ceramah..

Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu 'saya' sedar,saya banyak buat dosa
dan 'saya' kena brubah..
Hidup 'saya' mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan..
Semua orang nak masuk syurga kan?
Sejak dari saat itu 'saya' mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..
'Saya' beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
'Saya' beli dua, satu untuk 'saya', 'satu' untuk 'awak',
Saya taknak jadi baik seorang diri..
Jadi 'saya' ajak awak sekali..
'Saya' ajak 'awak' baca Al-Quran..
'Saya' kejut 'awk' bangun subuh..(calling)
'Saya' ajak 'awak' saling beri tazkirah..
Mula-mula 'awak' terkejut dengan perubahan 'saya'..
'Awak' ingat 'saya' dah nak jadi alim, nak brenti couple.
'Saya' kata,kita bukan buat benda yang salah..
Bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..
Ade yang siap wat mksiat lg..
Pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
Janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
Cuma sms dan call je..
Dan 'awk' terima perubahan 'saya' itu..
'Saya' pun banyak nasihat awak..
'Awk' pun terima..
Walaupun kadang-kadang 'awak' merajuk sebab teguran 'saya' tu
Tapi 'saya' faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya 'saya' rasa..
Hubungan kita semakin diredahai..

'Saya' salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..
Dalam proses perubahan 'saya',
'Saya' mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.

Firman Allah :

“Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasehati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu dan supaya mereka bertakwa.”
(al-A'araf : 164)




Catatan : Cerita ini adalah rekaan semata-mata, tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah pulang ke Rahmatullah (termasuk diri penulis). Sekadar perkongsian bersama dan pengisian masa lapang. Sebarang komen dan teguran amatlah dialu-alukan bagi memperbaiki kualiti penulisan penulis.