Wednesday, September 16, 2009

Mencari Berkat di Hari Lebaran

Tak lama lagi, Ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Mudah-mudahan Ramadhan pada kali ini dapat mentarbiah kita apa itu maknanya ‘puasa’.

Sejauh mana keberkesanan puasa? Sejauh mana pula kesannya kepada ibadah dan akhlaq kita?! Apakah kita menjadi semakin pelapang dada dan mudah bertolak ansur? Apakah kita menjadi semakin beribadah dan selalu mengingati Allah? Apakah hati kita sudah jinak dengan amal ma’aruf nahi mungkar dah sedekah jariah?

Intuisiku tidak mahu mengupas panjang lebar mengenai fadhilat-fadhilat Ramadhan, Lailatul Qadr, Puasa Enam atau sebagainya. Bukan apa, banyak dah yang kita dengar mengenainya melalui pelbagai ‘channel’. Intuisiku hanya ingin menyentuh mengenai tingkah-laku dan gelagat sesetengah individu ketika menjelang ataupun menyambut Aidil Fitri. Memanglah Nampak cam remeh je, tapi ianya berlaku saban tahun, umpama adat atau sesuatu kemestian bagi umat Islam.

Berbelanja Besar untuk Hari Raya

Kata orang, gaji besar, selera pun besar. Tak jugak sebenarnya.. golongan yang berpendapatan kecil juga tidak ketinggalan untuk mengambil bahagian dalam upacara ‘adat-istiadat’ ini. Ada yang tukar langsir baru, pasang pintu pagar baru.. yang lebih ‘grand’, membeli dua atau tiga pasang baju raya…semuanya menelan ‘budget’ yang tinggi jugak. Apa yang dikesalkan, ada yang sanggup berhutang.. kalau sikit, takpe jugak.. nie sampai di luar kemampuan.. huhu.. Akan tetapi, yang lebih dikesali.. jika diperhatikan dalam rumah, tikar sejadah tak pernah bertukar (atau mungkin tak pernah berbasuh). Bulu-bulu benang banyak yang tercabut tapi tetap digunapakai hingga bertahun-tahun lamanya. Kain telekung pula kusam warnanya, al-Quran ‘sama telah’ lar.. disimpan di rak buku tampak usang berhabuk, seolah-olah tak pernah diusik.

Duit Raya @ Sedekah?!

Bercakap pasal duit raya, adalah lebih baik kita mengutamakan sejumlah wang kepada kaum kerabat yang lebih memerlukan; misalnya emak dan bapa saudara yang ada ramai tanggungan, saudara-mara yang kesempitan wang dan sebagainya. Tujuannya adalah tidak lain,tidak bukan untuk merai dan mengeratkan kasih-sayang sesama ahli keluarga. Jikalau ada yang berhadapan dengan konflik adik-beradik, saudara-mara, inilah masanya untuk kita meleraikan kembali kekusutan yang lalu. Mengapa dipanjangkan sengketa sebegitu lama?! Sedangkan kita tahu sebenarnya tak siapa yang akan mendapat untung daripadanya.

Jadikanlah kesempatan lebaran untuk kita bermaaf-maafan zahir dan batin (bukan bermakna pada hari lain tak leh bermaaf-maafan, tapi dah masyarakat kita dah ‘set’ siap baek punye dalam kepala yang hari rayalah hari yang senang untuk bermaaf-maafan. So terima jelah seadanya.;-p). Lupakanlah perkara-perkara yang menyengati hati.

Adab Berkunjung-kunjungan, Ziarah-menziarahi

Tolonglah pesan kepada anak-anak cucu kita; jika berkunjung ke rumah jiran atau kawan-kawan, jangan mendesak tuan rumah untuk memberi duit raya. Pernah kenalanku yang sudah berumur menceritakan tentang gelagat anak-anak kecil yang datang beraya ke rumahnya. Mengetuk pintu bagaikan ‘ah-long’ yang sedang mengutip hutang. Selagi tak dijawab, selagi itulah diketuknya dindin dan pintu. Sehinggakan ada yang sampai menendang-nendang!”Kami datang nak raya!”

Seeloknya diterangkan kapada anak-anak mengenai adab bertandang ke rumah orang. Beri salam cukup sekadar tiga kali sahaja, kalau tiada jawapan.. bermakna tuan rumah tidak bersedia atau tidak mahu diganggu.

Ada pula anak-anak dibiarkan merayau dari rumah ke rumah, dari satu kawasan perumahan ke kawasan perumahan yang lain, pulang dengan sejumlah duit raya. Kalau itulah yang berlaku, matlamat berziarah sudah jauh menyimpang.

Lain pula gelagat anak-anak muda remaja. Susahnya kalau nak diajak ke rumah saudara-mara dan kaum kerabat. Yang lebih menjadi ‘priority’ mereka adalah kawan-kawan. Ada yang terus lesap sehingga ke malam, sejurus selesai solat sunat hari raya. Sehinggakan ada yang mengisi hari raya dengan menonton video, berkaraoke, bermain ‘computer game’ dan melayari internet.

Semua Hendak Dimakan

Di samping beraya, eloklah ringan-ringankan tangan membasuh gelas-gelas atau pinggan-pinggan yang mungkin bertimbun, terutamanya jika bertandang ke rumah saudara-mara yang lebih tua. Tujuannya hanyalah untuk menjalin kasih-sayang sesama saudara.

Kawal-kawal jugalah makan kita. Mentang-mentang pelbagai hidangan disajikan, semuanya hendak dimakan. Sebulan sudah kita melatih diri berlapar di siang hari, seolah-olah hari raya adalah ‘the day of revenge’ memakan apa saja yang dihidangkan. Makan ala kadar jelah, yang penting ziarah itu ialah bersilaturrahim, bukannya semata-mata untuk mengisi perut!

Rasulullah S.A.W. pernah bersabda :

“Tidak ada bahaya yang lebih dibenci Allah daripada perut yang penuh dan ketat dengan makanan yang halal.”

Ikhtibar daripada Kenalan

Intuisiku terharu dengan seorang kenalan yang sama ‘kuliyyah’ dengan ku. Adik-beradiknya semuanya jenis yang bermuafakat. Mereka mewujudkan tabung keluarga di mana setiap adik-beradik perlu menyumbang. Masing-masing memberi wang mengikut kadar tertentu, kecuali adik-beradik yang susah. Tabung itulah nanti untuk membantu meringankan ahli-ahli keluarga yang mengalami kesusahan, kesesakan kewangan, menampung persekolahan anak-anak dan sebagainya.

Pada hari raya, mereka adik-beradik akan berkonvoi untuk ke rumah emak dan bapa saudara. Masing-masing membawa buah tangan berupa kuih muih, kain baju baru, berkampit beras dan sebagainya. Kemudian mereka bertakbir sebentar sebelum beramah-mesra.

Alangkah baiknya jika tradisi ini diteruskan oleh anak-anak remaja kita supaya mendapat keberkatan Allah kerana memuliakan golongan tua.

Kemudian setiap keluarga akan beratur memohon ampun dan maaf. Saat-saat manis ini dirakam untuk tontonan generasi berikutnya. Hal ini demikian supaya anak-anak mengenal saudara-mara mereka sampai bila-bila. Zaman sekarang, semuanya ditelan kesibukan kerja,inilah masanya untuk kita mengambil peluang untuk menziarahi dan merapatkan ukhwah fi sabillah..

Ingatlah firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“ Wahai anak Adam, pakailah perhiasanmu ketika setiap kali sembahyang. Makan dan minumlah tetapi jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak mengasihi orang yang berlebih-lebihan.”

(al-A’raf : 31)

2 comments:

lightofwisdom said...

huhu.. tengok gambo kad raya tu baru teringat ak x bagi pun kad raya tahun ni ke org.. takpe2.. zaman canggih dh.. hehe..
salam becoming eid mubarak

faizalMS said...

to lighttowisdom:

mu nie gak kimoh,mmg dh...samah2 pah ceroh..hehe..k,syukran...salam becoming eid mubarak jgk..;-p