Si anak bergelar Haikal (bukan nama sebenar) adalah seorang mahasiswa tahun akhir jurusan perubatan di salah sebuah IPTA di ibu kota. Dia merupakan anak tunggal kepada ahli perniagaan yang terkenal dan disegani, iaitu Dato’ Ramdzan. Malangnya, Haikal juga merupakan seorang anak yatim. Ibunya meninggal dunia sejak dia dilahirkan lagi. Oleh kerana Haikallah satu-satunya yang dipunyai oleh Dato’ Ramdzan di dunia ini, maka sejak kecil lagi dia dimanja dan dibanjiri dengan kemewahan serta menjadi anak emas kepada keluarganya. Tambahan pula, Haikal tinggal bersama orang tuanya.Apa saja yang diingininya, pasti ditunaikan. Seperti gelora anak-anak muda yang lain, Haikal amat menggilai sport car. Dia mengharapkan sebuah Mitsubishi Lancer yang menjadi kegilaan anak-anak muda pada masa itu, daripada walidnya sebagai penghargaan bagi pahit-jerihnya dalam menuntut ilmu yang penuh mehnah dan tribulasi itu. Hajat yang dipendamkan Haikal selama ini akhirnya dizahirkan jua pada suatu petang.
“Walid, boleh tak Haikal nak cakap sesuatu?”
“Boleh, nape anak walid nie? Ada masalah ke? Cube bagitau sikit kat walid,” balas si ayah.
Tanpa berlengah-lengah, Haikal meluahkan isi hatinya kepada walidnya. Senyuman… itulah yang mula diekspresikan oleh orang tua itu. Sejak dari itu, Haikal bertambah yakin bahawa kehendaknya akan dituruti.
“Yups, kereta idamanku akan berada dalam genggamanku tak lama lagi. Aah.., pe sangat lar dengan exam final block tue, kan aku dah selalu dapat distinction, kacang je tue. Yang penting, hajatku tercapai. Hehe.. Aja..Aja..Fighting!” bisik hati Haikal yang bersemangat waja itu.
Haikal bersungguh-sungguh menelaah pelajaran agar membuahkan hasil yang lebih cemerlang dari yang sebelumnya. Semua yang dilakukannya semata-mata untuk memastikan agar impian yang termaktub dalam mindanya selama ini menjadi nyata.
Hari demi hari, minggu berganti minggu, masa yang berlalu dirasakan cukup perlahan sekali. Namun Haikal tetap sabar menanti result peperiksaannya diumumkan walaupun hatinya bergelodak umpama gegendangan mahu perang. Ternyata, dengan berkat keazaman dan kesungguhannya, Haikal memperoleh distinction lagi. Suatu hari, Dato’ Ramdzan memanggil Haikal ke bilik bacaan. Dia menyatakan betapa bangganya hati seorang bapa sepertinya dengan kejayaan anaknya yang cukup cemerlang. Tambahan pula, Haikallah satu-satunya zuriat kandung kesayangannya. Ya, zuriat kesayangan yang bakal mewarisi hartanya. Zuriat kesayangan yang bakal mendoakannya ketika di alam Barzakh nanti. Pujian demi pujian diterima Haikal, bukan sahaja daripada walidnya, malahan seluruh penghuni rumah dan juga warga kampusnya itu. Masing-masing tidak putus-putus menghulurkan ucapan tahniah dan rasa bangga terhadap pencapain Haikal itu.
Haikal tersenyum puas. Jelas… di riang matanya terbayang kilauan Mitsubishi Lancer merah yang selama ini menjadi dambaan hatinya. Dato’ Ramdzan yang bagaikan mengerti kehendak Haikal, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik kepada anak kesayangannya itu. Haikal bermonolog dalaman…”Sungguh, ini bukan yang kuhajatkan! Takpe, takpe..we wait and see.”
Dengan hati yang berat, kotak itu bertukar tangan. Mata Haikal terarah kepada riak wajah ayahnya yang tidak menunjukkan sebarang reaksi. Seolah-olah tidak dapat membaca persoalan yang bersarang di lubuk kalbunya.
Namun, Haikal tetap mahu membuka pembalut yang membungkus kotak itu. Penutup kotak dibuka. “Apa makna semua ini?? Hanya sebuah al-Quran kecil bersalut kulit berwarna hijau pekat… dengan tinta emas menghiasi tulisan khat di front page?! Huhu..” intuisinya bersuara lagi.
Haikal memandang walidnya. Terasa dirinya dipermainkan. Nafsu amarahnya membuak-buak. Begitu juga dengan darah mudanya.
“Walid sengaja mahu mempermaikan Haikal..Walid bukannya tak tau yang Haikal berkenang sesangat ngan kete tue! Bukannya walid tak mampu membelinya, saje je kan nak sakitkan hati Haikal?! Ah, malaslah nak melayan orang tua yang tak sedar diri nie!!”
Begitu keras sekali nada suara yang ditatang bagai minyak yang penuh itu. Kini anak kesayangannya itu menumpahkan minyak panas ke mukanya sendiri.
Al-Quran kecil itu terus dihempaskan ke atas meja bacaan. Luluh hati seorang ayah melihat anaknya besikap biadap sebegitu. Haikal terus meninggalkan walidnya tanpa member walau sepitching pun untuk walidnya bersuara. Pakaiannya disumbatkan ke dalam beg. Haikal bertekad ingin meninggalkan banglo mewah walidnya untuk memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yang dimilikinya.
Hari demi hari berlalu. Kini genaplah 10 tahun Haikal tidak pulang ke bangle mewah milik ayahnya. Haikal kini merupakan seorang pengarah di salah sebuah hospital kerajaan di Sarawak. Dia memiliki isteri yang cantik dan dikurniakan anak-anak yang sihat. Cukup selesa dan cukup membahagiakan. Zahirnya, Haikal kelihatan seperti seorang yang sempurna kerna mempunyai segala-galanya…tapi, tiada siapa yang tahu..hatinya kosong. Haikal selalu merasakan ada sesuatu yang memanggil-manggilnya untuk pulang berjumpa dengan walidnya.
“Ring, ring…”; telefonnya berdering.
“Assalamu’alaikum w.b.t.. Boleh saya bercakap dengan Encik Afiq Haikal Bin Dato’ Haji Mohd Ramdzan? Saya merupakan peguam kepada ayah encik iaitu Dato’ Haji Mohd Ramdzan.. ingin menyampaikan amanat daripada ayah encik yang telahpun meniggal dunia sebulan yang lalu..Encik dijemput hadir ke ibu pejabat kami di Shah Alam dalam masa terdekat untuk membuat tuntutan wasiat.”
Dengan hati yang penuh debaran, Haikal bergegas ‘terbang’ ke Semenanjung pada keesokan harinya untuk hadir ke pejabat peguam yang dimaksudkan.
“70 ekar lading lembu, 30 buah bangle mewah dan Syarikat Perusahaan Insurgent Berhad kesemuanya diwasiatkan kepada Afiq Haikal Bin Dato’ Haji Mohd Ramdzan.”
Linangan air mata membasahi pipi. Terasa lemah seluruh sendi. Seperti tidak memijak di bumi yang nyata. Haikal akhirnya terkulai layu mendengar bait-bait peguam ayahnya itu.
Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar suami dan bapa, Haikal pulang ke bangle walidnya. Haikal memerhatikan banglo yang masih utuh meskipun ditelan zaman itu, yang menyimpan 1001 nostalgia dalam hidupnya. Hatinya sebak, bertambah sebak apabila mendapati di atas meja bacaannya ialah sebuah al-Quran yang dihempaskannya suatu ketika dahulu, masih lagi setia berada di situ. Bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini..
Perlahan-lahan, langkahnya menuju ke situ dan mengambil al-Quran kecil itu. Haikal membelek-beleknya dengan penuh keharuan. Tiba-tiba, jatuh sesuatu dari al-Quran itu segugus kunci. Di bahagian belakang al-Quran itu .. terselit sebuah sampul surat yang dilekatkan di situ. Kunci itu segera dipungut. Hatinya tertanya-tanya. Nyata sekali, di dalam sampul surat itu, terdapat resit pembelian kereta idamannya yang dibeli pada hari konvokesyennya dengan bayaran yang telahpun dilunaskan oleh walidnya. Sepucuk warkah, tulisan tangan orang yang amat dikenalinya selama ini..
Hadiah teristimewa untuk putera kesayanganku,
Afiq Haikal Bin Dato’ Haji Mohd Ramdzan
IKHLAS DARIPADA : WALID
Air mata Haikal menitis deras. Hatinya bagai ditusuk sembilu bisa. Penyesalan mula bertandang. Namun, semuanya sudah terlambat…
Catatan (sekadar renungan bersama) : Sesungguhnya, betapa banyaknya kita melupakan nikmat Allah kepada hamba-Nya yang dhaif ini, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak ‘dibungkus’, didatangkan atau diberi dalam keadaan yang kita hajati. Kita sering bersungut dengan kekurangan yang nyata.. sedangkan banyak lagi nikmat-Nya yang tidak terhitung yang diberi oleh-Nya.
Ikhlaskanlah niat kita dalam setiap amalan kita biarpun kita tidak dapat melihat ganjarannya di depan mata buat masa ini, tetapi yakinlah di akhirat sana ganjarannya pasti cukup besar dan bermakna. Itulah kemanisan hasil usaha kita yang bersungguh-sungguh dan ikhlas semata-mata mengharapkan redha-Nya.
Janganlah sesekali mengharapkan pujian atau sanjungan daripada orang lain atas amalan kita kerna ditakuti boleh menghapirkan diri kepada riak. Ingatlah segalanya itu terlaksana dengan keizinan daripada-Nya yang memberi secebis kudrat-Nya kepada kita. Sememangnya pujian dapat member perangsang kepada seseorang untuk berusaha lebih gigih, akan tetapi jika berlebihan ditakuti akan memakan diri. Wallahu a’lam..
“akan kusampaikan walau sebaris ayat..”
4 comments:
Cerita yang bagus untuk anak yang malang
to pokli:
time ksh ayhanda pok li.;-p
a very good story! oh bru tau berbakat rupanya saudara ni:)
to pencintailahi:syukran ya ukhti tp kn cam x ikh;las je puji.hehe..
Post a Comment