Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Ketika melewati sebuah kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh ke dalam tasik tu. Maka datanglah si Pari-pari Tasik kepadanya.
Pari-pari: Kenapa dengan kau? Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.
Sang pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.
Pari-pari : Inikah kapak kamu? Pak Ali: Tidak.
Pari-pari itu pun menyelam sekali lagi dan kembali bersama kapak emas.
Pari-pari: Inikah kapak kamu? Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.
Si pari-pari tersebut menyelam buat kali yang ketiga dan kembali bersama kapak buruk.
Pari-pari : Inikah kapak kamu? Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.
Si pari-pari itu suka dengan sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.
Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye pula yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari-pari Tasik lagi kepada Pak Ali..
Pari-pari: Kenapa kau bersedih? Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik.
Si pari-pari pun menyelam dan kembali bersama Angelina Jolie.
Pari-pari: Inikah isteri kau?
Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku..."
Lalu sang pari-pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak".
Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Angelina Jolie... kau akan bawakan pula Lisa Surihani...kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku...bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...". Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua"..=p
moral of da story: Hendaklah jujur dan ikhlas dalam apa saja yang kita lakukan. Jika hendak menolong orang, pastikan individu tersebut sudi menerima bantuan kita itu. Ukur baju di badan sendiri. Janganlah jadikan diri kita kelihatan terlalu gah dan angkuh kerana itu akan menyebabkan orang lain menjauhi kita..:-)
No comments:
Post a Comment