Tuesday, June 22, 2010

Dia..

(khas buat seseorang yang bergelar BAPA)

Dia..,

Diakah lelaki itu?

Yang masih menanam senyuman,

Di celahan pohon keresahan,

Walaupun jasadnya cair di panah cahaya,

Pun tersungkur dalam kepenatan..

Dia..,

Diakah lelaki itu?

Yang menyeluk saku usia,

Lalu membilang syiling kecil,

Untuk membelikanku sebatang pena,

Sebuah buku,

Secangkir ilmu,

Pun sebuah harapan!

Dia..,

Maka itulah dia,

Dialah lelaki,

Dialah AYAH,

Dialah segalanya!




ilhamcipta,

intuisiinsurgensi,

Kuala Krai,

Kelantan.

Monday, June 21, 2010

Talkin


Maksud (dalam BM) talkin yang selalu dibaca untuk orang yg meninggal dunia. Masa baca tu, sebut-sebutlah nama sendiri yer...., kalau tak terasa meremang, sama2lah kita lebihkan amal ibadat. Bukanlah perkara yang
mudah setelah mambaca atau menghafalnya begitu sahaja sesungguhnya hanya amalan baik yg kita lakukan selama hidup di dunia yg akan menjadi penyelamat, InsyaAllah WALLAHU A'LAAMM.

**********************************************************

Bismillah hir rah man nir rahim..

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan
Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa. Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan
binasa,melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA,wahai SAYA Bin IBU SAYA, hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini. Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu
Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA, apabila datang kepada
kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala. Apabila mereka menyur uh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu. Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?

Siapakah Nabi kamu?

Apakah agama kamu?

Apakah kiblat kamu?


Siapakah saudara kamu?


Apakah pegangan iktikad kamu?

Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?



Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul. Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati. Hendaklah kamu jawab begini Allah Taala Tuhanku, Muhammad nabiku, Islam agamaku, kitab suci Al-Quran ikutanku, Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan
Ramadhan, mengeluark an zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku, bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah".

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar. Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal
didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semua untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA, bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala
menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham
dulillahi rabbil alamin..

**********************************************************

p/s: apakah persasaan anda apabila membaca terjermahan talkin ini?! Kalau insaf, Alhamdulillah.. semoga Allah meningkatkan lagi iman dan taqwa kita.. Jikalau kita yang telahpun membaca atau mendengarnya tetapi kita ‘tiada perasaan’ walau sebesar zarah sekalipun.. berhati-hati dan panjatkanlah doa kepada Sang Maha Pencipta..semoga dibukakan pintu hati kita..~


“akan kusampaikan walaupun sebaris ayat..”

Monday, June 14, 2010

Doa Perpisahan

artist: brothers


Pertemuan Kita Di Suatu Hari

Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu

Wednesday, June 02, 2010

Zionis Setelah 60 Tahun: Sejarah 2000 Tahun Dahulu Berulang Kembali.

“Roman Siege”dan Perjuangan Orang Yahudi Sekitar Tahun AD 70



Dengan semangat “jihad” yang tinggi, perjuangan bani Israel menentang empayar Rom menjadi suatu pertempuran yang amat dashyat dimana serangan secara guerilla dan semangat patriotisme memainkan peranan yang penting dan utama. Akhirnya peperangan ini secara tragis membawa juga kemusnahan kepada bandar Jerusalem dan rumah ibadat (temple) orang Yahudi pada tahun AD 70.


Kehilangan nyawa manusia semasa pemberontakan ini sungguh menyedihkan. Dianggarkan seramai satu juta satu ratus ribu orang terbunuh di Jerusalem semasa empayar Rom melakukan sekatan dan kepungan ( Roman Siege) di Jerusalem. Sebelum ini dipercayai beribu-ribu orang telah dibunuh di Jeruselam dan di bandar lain di sekitar Palestin. Seramai sembilan puluh ribu dijadikan tahanan oleh tentera Rom sepanjang penentangan ini. Antara yang selamat dari kepungan (Roman Siege) seperti pejuang kemerdekaan, orang tua dan yanglemah kemudiannya telah dibunuh. Sebelas ribu orang tahanan mati akibat kebuluran sebelum pihak kerajaan Rom dapat membuat keputusan apa yang harus terhadap mereka (tahanan). Angka kematian bertambah selepas sebahagian dari tahanan ini dihantar ke beberapa daerah untuk dibunuh di dalam “theaters” dengan mengguna pedang atau binatang liar.

Inilah suasana tragis yang berlaku semasa berlakunya penentangan orang Yahudi terhadap Raja Herod dan Empayar Rom di sekitar tahun AD 70 sepertimana yang dicatat oleh Josephus, pakar sejarah berketurunan Yahudi yang hidup di Palestin sekitar AD 37 hingga AD 100.

Selepas kejatuhan pemeritahan bani Israel pada sekitar tahun 63 BC, Rom yang pada masa itu merupakan kuasa besar dunia telah menakluk dan menjajah Judea (Palestin). Akibatnya orang-orang Yahudi di Palsetin telah dipaksa menerima pemerintahan sekular empayar Rom walaupun bertentangan dengan ajaran Nabi Musa yang menjadi pegangan mereka. Empayar Rom juga telah melantik seorang raja yang bernama Herod (bukan dari bangsa Yahudi) untuk memerintah Palestin. Bagi orang Yahudi Raja Herod hanyalah merupakan boneka kepada Empayar Rom bukan mewakili masyarakat Yahudi yang berada di Palesti pada zaman itu.

Sepanjang penjajahan empayar Rom dan pemerintahan Raja Herod di Palestin banyak orang Yahudi telah meninggalkan ajaran Nabi Musa. Di antara mereka termasuklah rahib-rahib dari kalangan bani Israel sendiri seperti Sadducee dan Pharisees. Mereka bukan saja sanggup mengkhianati ajaran Nabi Nusa dan orang Yahudi malah sanggup juga bekerjasama dengan empayar Rom dan Raja Herod untuk menghapuskan orang-orang Yahudi yang masih berpegang teguh dengan ajaran kitab Taurat. Berbagai dasar dan undang-undang di gubal bagi menindas pengikut-pengikut ajaran nabi Musa ini. Namun begitu sepanjang penjajahan empayar Rom di Palestin, terdapat sebuah pergerakan rakyat dikalangan orang Yahudi yang terus-menerus melakukan penentangan terhadap empayar Rom dan Raja Herod yang dibantu oleh rahib-rahib Yahudi yang berpaling tadah. Berdasarkan kepada beberapa catatan sejarah, pergerakan ini disebut sebagai Nazarene atau Zeolot. Pergerakan ini dipimpin oleh seorang Messiah yang juga berpegang kuat dengan ajaran Nabi Musa. Matlamat Messiah dan pergerakan ini ialah untuk mengembalikan ajaran Nabi Musa dibumi Palestin . Penentangan yang dilakukan oleh pergerakan ini berpanjagan sehinggalah Jerusalem dan rumah ibadat orang Yahudi dimusnahkan oleh tentera Rom dalam tahun AD 70. Hasil dari peristiwa ini juga sebahagian besar orang-orang Yahudi di halau keluar dari bumi Palestin.

Inilah latar belakang sejarah semasa berlakunya penentangan orang Yahudi terhadap Raja Herod dan Empayar Rom di sekitar tahun AD 66 hingga AD 70. Tetapi yang menjadi persoalan sampai sekarang ialah siapakan “Messiah” yang memimpin pergerakan ini sekitar tahun AD 66 dan AD 70.

Nabi Isa dan“Messiah”

Tidak menjadi masalah bagi orang Kristian apabila Nabi Isa (Jesus) juga disebut sebagai Messiah atau penyelamat yang dinanti-nantikan oleh orang Yahudi yang sedang menghadapi tekanan dan penindasan dari raja Herod dan tentera Rom di Palestin pada masa itu. Tetapi tentu sekali menjadi masalah kepada orang Kristian apabila dikatakan Nabi Isa seorang manusia dan juga pemimpin yang bertanggungjawab melakukan penentangan terhadap Raja Herod dan empayar Rom di Palestin sekitar tahun AD 66 hingga AD 70. Malah orang Kristian tentu sekali menolak sekeras-kerasnya pendapat mengatakan bahwa tujuan sebenarnya Nabi Isa bukan untuk membentuk satu agama yang baru malah ingin mengembalikan ajaran Nabi Musa di bumi Palestin sepertimana yang ingin dilakukan oleh Messiah ini.

Bagi orang Kristian Nabi Isa (Jesus) ialah manusia tetapi pada masa yang sama juga merupakan “Tuhan”, dan beliau tidak terikat dengan fakta sejarah ataupun sains seperti manusia lain. Malah mengatakan Nabi Isa sebagai manusia biasa dan bukan Tuhan sudah cukup membuat seseorang itu terkeluar landasan ajaran Kristian.


Siapakah Messiah? Skrol Qumran dan Nabi Isa.

Pada sekitar tahun 1947 (setahun sebelum negara haram Israel ditubuh) satu peristiwa bersejarah telah berlaku iaitu penemuan kepingan2 skrol bertulis di disebuah tempat yang bernama Qumran iaitu kira-kira 20 batu dari timur Jerusalem. Kepingan2 skrol yang bertulis ini yang juga disebut sebagai sebagai “Dead Sea Scroll atau Qumran Skrol”,merupakan himpunan manuskrip lama yang telah ditulis oleh sebuah masyarakat yang mendiami didaerah Qumran ini.

Kemudian pada tahun 1952 satu pasukan antarbangsa (International Team) telah dibentuk yang terdiri wakil-wakil dari negara seperti AS, British dan Perancis. Tugas mereka ialah untuk mencari lebih banyak skrol ini, memeliharanya dan seterusnya membuat lapuran hasil penemuan mereka. Pasukan ini diketuai oleh Father Roland De Vaux dari Perancis. Namun hanya selepas 40 tahun baru lapuran tentang hasil kajian Skrol Qumran ini didedahkan pada umum.

Maklumat yang terdapat dalam manuskrip ini hasil dari terjemahan dan kajian yang dibuat, sangat menarik tetapi mengejutkan beberapa pihak yang tertentu kerana apa yang tercatat dalam manuskrip lama atau Skrol Qumran ini mempunyai banyak persamaannya dengan ajaran yang terdapat didalam kitab “the New Testament”.

Salah satu manuskrip yang dijumpai didikawasan yang ditanda dengan “Cave 1”, yang juga disebut sebagai dokumen “Community Rule” menceritakan beberapa perkara tentang peraturan dan amalan agama yang mesti diikuti oleh masyarakat Qumran ini pada masa itu. Antaranya, amalan pembersihan dan penyucian seperti “baptism” yang dilakukan bukan hanya sekali tetapi hampir setiap hari. Amalan sembahyang harian juga dilakukan iaitu pada setiap subuh dan maghrib dengan membaca ayat-ayat dari kitab injil. “Meal of Congreagation” seperti”last supper” juga diamalkan. Malah dalam manuskrip ini juga menceritakan bagaimana masyarakat ini dipimpin oleh “Messiah” dan dibantu oleh 12 orang sahabat dan beberapa orang rahib sebagai tambahan. Setiap ahli dari masyarakat ini mesti mematuhi semua peraturan dan amalan yang telah ditetapkan. Hukuman akan dikenakan kepada mereka yang engkar sepertimana yang dicatat dalam skrol ini: “Sesiapa yang melanggar walaupun sepatah perkataan dari hukum yang dibawa oleh Nabi Musa mesti disingkirkan”.



Cuma yang menjadi masalah kepada Father Roland (dan orang Kristian) untuk mengakui bahwa Messiah ini sebenarnya adalah Nabi Isa kerana dalam manuskrip ini tidak menunjuk bahawa Messiah ini adalah Tuhan seperti dalam ajaran Kristian. Oleh itu Father Roland membuat kesimpulan bahwa Qumran skrol ini dipunyai oleh sebuah kumpulan yang hidup sebelum era Kristian dan tiada kaitan dengan Nabi Isa dan ajaran Kristian.

Tetapi pendapat ini dibantah keras oleh Professor Godfrey Driver, pakar dalam bidang Semitic Philology dari Universiti Oxford, yang telah mengkaji dan menulis beberapa buku tentang Skrol Qumnran ini.
Beliau menegaskan: “ Pendapat yang mengatakan skrol ini berasal dari zaman sebelum era Kristian adalah tidak benar.”

Malah ujian karbon -14 yang dilakukan oleh badan yang bebas juga turut mengesahkan bahwa manuskrip ini berasal dari zaman disekitar tahun AD 66.

John M Allergo iaitu wakil British dalam pasukan antarabangsa ini juga tidak bersetuju dengan pendapat Father Roland. Malah beliau mengatakan kelewatan dalam mengeluarkan lapuran kajian manuskrip ini oleh pasukan antarabangsa sebenarnya berpunca dari isi kandungan manuskrip ini sendiri yang mencabar kebenaran ajaran Kristian.

“There is no doubt.. that the evidence from the scrolls undermines the uniqueness of the Christians as a sect.. In fact we know damn all about the origins of Christianity, However, these documents do lift the curtains”

John M Allergo yang kemudiannya tidak diterima oleh pasukan antarabangsa dan dituduh sebagai anti-kristian dan “heresy”, telah mati secara mengejut pada 1988. Namun segala kerjanya mengenai skrol Qumran diteruskan oleh Michael Baigent dan Richard Leigh. Dalam buku mereka seperti “the dead sea scrolls deception”, “holy blood holy grail” dan “the messianic legacy” terus mendedahkan penipuan-penipuan yang terdapat dalam ajaran Kristian melalui siasatan dan kajian-kajian yang telah mereka lakukan. Mereka juga membukti bahwa Nabi Isa(Jesus) sebenarnya hanyalah manusia. Nabi Isa atau Jesus ini adalah Messiah yang memimpin orang Yahudi menentang kerajaan pakatan Raja Herod dan puak Yahudi yang belot dengan sokongan kuat dari oleh empayar Rom sekitar tahun AD 66 dan AD70 untuk mengembalikan ajaran nabi Musa di bumi Palestin.

Perbandingan antara Perjuangan Nabi Isa dan Hamas

Skrol Qumran telah meletakan kembali sejarah Nabi Isa sebagai manusia dan Nabi dibumi Palestin dalam peta besar sejarah dunia yang sebelum ini cuba dikaburi oleh puak Kristian demi kepentingan mereka.

Dalam konteks peperangan antara Hamas dan Rejim Zionis di Palestin, Skrol Qumran yang ditemui setahun sebelum penubuhan negara haram Israel (60 tahun dahulu) seolah-olah ingin mengajak umat Islam dan dunia merenung kembali apa yang telah berlaku 2000 tahun dahulu di Palestin. Sejarah 2000 tahun dahulu berulang kembali kini di Palestin. Apa terjadi pada Hamas dan umat Islam di Palestin kini sama seperti apa yang berlaku pada NabiIsa dan pengikutnya 2000 tahun dahulu. Hamas dan Nabi Isa mempunyai matlamat yang sama iaitu ingin menegakkan kembali hukum ALLAH dibumi Palestin. Mereka menghadapi musuh yang sama, Nabi Isa dan pengikutnya terpaksa berhadapan dengan empayar Rom dan Hamas dan rakyat Palestin pula terpaksa berhadapan dengan AS. Kedua-kedua musuh ini, yang menganuti ajaran Kristian Pauline, merupakan kuasa besar dunia yang berada jauh dari bumi Palestin. Dibumi Palestin mereka juga menghadapi pakatan musuh yang sama, 2000 tahun dahulu Nabi Isa dan pengikut terpaksa berjuang menentang pakatan kerajaan Raja Herod (boneka Empayar Rom) dan puak Yahudi dari gologan Sadducee dan Pharisees. Sekarang, Hamas dan rakyat Palestin berjuang menentang puak Yahudi Zionis yang dibantu oleh Mahmood Abbas dari Palestinian Authority. Kaedah yang hampir sama digunakan untuk menindas dan menghapuskan Nabi Isa dan pengikutanya 2000 tahun dahulu dan Hamas dan rakyat Palestin pada masa sekarang iaitu melalui sekatan dan kepungan –Siege. Nabi Isa dan pengikutnya terpaksa berhadapan dengan ‘Roman Siege’yang akhirnya membunuh beribu-ribu pengikutnya di Palestin pada masa itu. Dan sekarang khususnya di jalur Gaza, Hamas dan rakyat Palestin sedang berjuang meneruskan kehidupan dibawah sekatan dan kepungan yang dikenakan oleh Rejim Zionis. Hasil dari“Gaza Siege” hampir setiap hari rakyat Palestin mati akibat kebuluran, tidak mendapat bantuan perubatan dan sebab-sebab yang lain.

Dan sudah tentu mereka menanggung derita dan sensara yang sama akibat dari kekejaman puak Yahudi dan kroninya seperti empayar Rom dahulu dan AS pada masa sekarang.

Di penghujung pejuangan Nabi Isa dan pengikutnya menentang pakatan Raja Herod, puak Yahudi dan empayar Rom, mereka telah dikalahkan. NabiIsa telah “diangkat” oleh ALLAH untuk diturunkan semula pada suatu masa yang telah ditetapkan.

Dan apakah pula penghujung kepada perjuangan Hamas dan rakyat Palestin menentang rejim Zionis dan AS?


Rujukan:

1. The Dead Sea Scroll Deception dan Mesianic Legacy – Michael Baigent dan Richard Leigh

2. The Dead Sea Scrolls, The Gospel Of Barnabas and The New Testament – M.A. Yusseff

3. Palestine: Peace not Apartheid – Jimmy Carter.


Tuesday, June 01, 2010

..rejim zionis, sejarah dan penubuhannya..

The Black May 15th - Lahirnya Malapetaka Bernama Zionis


Dengan berbunyinya loceng bandul jam 12.00 tengah malam ini, maka berakhirlah bulan Mei, bulan begitu sekali signifikan bagi ramai manusia di dunia ini. Mei menyaksikan pelbagai ‘hari istimewa’ disambut pada jemari tarikhnya. Bagi para sosialis dan pejuang hak pekerja, 1 Mei adalah hari keramat bagi mereka. Bagi rakyat Malaysia, 13 Mei pula merupakan hari yang ramai tidak ingin kenangi dan sering dijadikan alasan untuk sesetengah pihak menggunakan kuasanya secara berlebihan. Manakala pada 8 Mei (bagi AS) dan 6 Mei (bagi di UK) pula, hari tersebut merupakan hari yang paling indah buat insane-insan yang bergelar ibu, kerana ianya merupakan “Hari Ibu”. Para guru pula tidak mungkin akan melupakan 16 Mei yang sentiasa diraikan sebagai "Hari Guru".

Lain pula bagi rakyat Palestin, 15 Mei pula merupakan hari yang hitam yang tidak ingin mereka kenangkan. Ianya merupakan tarikh yang amat penting dalam sejarah manusia moden yang telah merubah peta dan juga lanskap politik dunia. Ia juga merupakan tarikh yang menandakan dunia tidak lagi akan menjadi tempat yang aman untuk dihuni oleh spesis manusia. Itulah tarikh tertubuhnya sebuah negara haram bernama Israel di atas sebuah tanah yang dahulunya dikenali sebagai Palestin dan sebuah wilayah di bawah naungan Empayar Uthmaniyyah Turki.


Palestin; Dulu dan Kini

Sebelum 15 Mei 1948, sebuah negara yang bernama Israel tidak pernah wujud. Malah sebuah entiti yang tertegak di atas dasar perkauman juga tidak pernah dikenali di kawasan Timur Tengah tersebut. Ia hanya muncul selepas tarikh itu, semuanya bermula selepas tarikh itu. Adakah ia bermula dengan tiba-tiba?! Tentu sekali tidak, bukan?! Ianya mempunyai latar belakang yang tersendiri. Ianya bermula sejak tahun 1897 (atau mungkin 1896) lagi, apabila seorang nasionalis ekstrimis Yahudi yang bernama Theodore Herzl dari Austria telah muncul dengan bukunya "Der Junderstaadt" (The Jewish State). Beliau yang juga merupakan seorang atheis, telah melihat bahawa penyelesaian terhadap masalah Diaspora bangsa Yahudi dan juga sentimen anti-Yahudi yang semakin rancak di Eropah adalah hanya dengan tertubuhnya sebuah negara "Nation State" bagi bangsa Yahudi.

Tanpa dinafikan gelombang kemunculan negara bangsa (Nation State) yang melanda Eropah memberikan kesan yang mendalam pada pemikiran Herzl dalam merangkakan sebuah kawasan yang selamat dan ekslusif bagi bangsa Yahudi. Untuk menjayakan idenya itu, dia memerlukan kepada tiga elemen utama: kuasa, rakyat dan tanah. Tanpa tiga elemen ini adalah mustahil bagi beliau untuk menjayakan mimpinya itu.

Pemain Utama Deklarasi Balfour - Chaim Weizmann

Demi mendapatkan rakyat dan kekuasaan, beliau telah berjaya mengumpulkan lebih daripada 30 pertubuhan Yahudi sekular dari seluruh Eropah untuk bersama dengannya menubuhkan sebuah gerakan yang akan menjayakan cita-citanya itu. Maka pada 29-30 Ogos 1897, di Basel, Switzerland, kongres pertama gabungan lebih 30 buah pertubuhan-pertubuhan Yahudi sekular di Eropah telah berhasil membentuk "World Zionis Organization" (Pertubuhan Zionis Sedunia).

Objektif utama gerakan ini ialah untuk menubuhkan sebuah negara yang selamat dan ekslusif bagi bangsa Yahudi yang mereka namakan sebagai "Erez Yizrael" (bumi Israel). Di sana juga pelan tindakan bersepadu dilakarkan untuk mencapai cita-cita mereka dalam tempoh 50 tahun. Pelbagai strategi dan pendekatan telah digunakan oleh Herzl untuk menjayakan rencananya ini. Maka hanya tinggal unsur ketiga, iaitu tanah untuk impiannya itu dijelmakan di alam fizikal. Maka tiada bumi lain yang lebih bermakna bagi kaum Yahudi kecuali bumi Palestin yang mana ianya menurut dakwaan mereka mempunyai nilai sejarah turun temurun bagi kaum Yahudi. Masalah utamanya, bumi Palestin pada waktu itu berada di bawah kekuasaan kaum Muslimin yang dinaungi oleh kekuasaan Empayar Uthmaniyyah yang berada dalam keadaan yang lemah pada waktu itu.

Walaupun tidak didorong dengan motivasi "aqidah" mahupun apa-apa elemen "kudus", namun sebagai pencetus ideologi Zionisme, Herzl begitu komited dengan usaha-usaha menjadikan Erez Yizrael di bumi Palestin sebagai realiti dan bukan hanya impian yang terkubur di dalam karyanya. Setelah gagal memujuk Sultan Abdul Hamid ii untuk menjualkan bumi Palestin kepada gerakan Zionisme sebagai langkah pertama, Herzl dan rakan-rakan Zionisnya mengorak langkah ke pelan kedua mereka. Melalui segala jentera Zionis di peringkat antarabangsa, gerakan tersebut telah berjaya memberikan segala bentuk bantuan kepada kuasa nombor wahid dunia pada waktu itu, iaitu Great Britain untuk membantu mereka. Kematian Herzl dan juga kekecewaannya untuk mendapatkan bumi Palestin serta ideanya untuk mengubah kedudukan Erez Yizrael ke bumi Uganda hampir-hampir menjejaskan perjuangan gerakan Zionisme.

Jika tidak kerana usaha-usaha Prof. Chaim Weizmann, nescaya gerakan tersebut telah menjadi sejarah yang berakhir dengan anti klimaks. Dialah yang merupakan bapa gerakan Zionisme yang kedua, beliau jugalah yang telah berjuang sehingga tertegaknya sebuah Erez Yizrael di bumi yang sentiasa menjadi sebutan bagi setiap orang Yahudi di dalam doa-doa harian mereka setiap hari. Selain menjadi pencipta letupan TNT bagi tentera British, Profesor di dalam bidang Kimia ini juga mempunyai hubungan yang amat intim dengan kerajaan British sebagai kuasa dunia pada waktu itu. Ini telah memberikannya peluang untuk survival gerakan ini di fasa selanjutnya.

Dengan membekalkan Great Britain serta sekutu-sekutunya di dalam Peperangan Dunia yang pertama dengan bantuan kewangan, ketenteraan dan juga perisikan (seperti yang telah dicatatkan oleh Dr. A. Wahab el-Masiri di dalam artikelnya mengenai Yahudi dan industri perisikan), mereka mendapatkan hasil yang amat lumayan. Bumi Palestin yang merupakan sebahagian daripada tanah besar Arab di wilayah Syam yang telah dirobek-robekkan oleh Great Britain, Rusia dan Peranchis telah diletakkan di bawah Mandat British melalui perjanjian Sykes-Picott 1916. Seterusnya, pada tahun 1917, Queen Victoria (yang merupakan salah seorang daripada penganut fahaman Zionisme Kristian) melalui Menteri Luarnya, Sir Arthur Belfour (juga seorang Kristian Zionis) telah memberikan hak kepada orang-orang Yahudi pro-Zionis dari Eropah untuk berhijrah ke bumi Palestin. Walaupun penghijrahan pertama yang diangotai oleh 50,000 orang Yahudi Zionis gagal untuk menjejakkan kaki langsung ke bumi Palestin, namun hasil dari keizinan yang kemudiannya dikenali sebagai "Deklarasi Belfour" itu akhirnya telah menyaksikan siri-siri penghijrahan yang lain.

Bapa Zionis - Theodor Herzl

Pendudukan orang-orang Yahudi Zionis itu ke atas bumi Palestin berlaku dengan tiga cara. Pertamanya, mereka menduduki tanah-tanah yang terbiar kosong ataupun kawasan-kawasan yang tidak didiami oleh penduduk asal bumi Palestin, iaitu orang Arab Palestin, samada Muslim mahupun Kristian. Cara yang kedua ialah dengan membeli tanah-tanah di bumi Palestin dari penduduk asalnya. Walaupun segelintir mereka menawarkan jumlah wang yang lumayan untuk tanah-tanah yang ingin dibeli, hanya segelintir sahaja rakyat Palestin yang menjualkannya. Malah tindakan menjualkan tanah di bumi Palestin kepada pendatang-pendatang Yahudi Zionis telah difatwakan haram oleh mufti Palestin pada waktu itu, Haji Amin al-Huseini. Cara yang ketiga pula merupakan cara yang telah digunakan secara meluas, iaitu dengan metod keganasan. Pengganas-pengganas Yahudi dari kumpulan pengganas Irgun, Styer dan lain-lain lagi telah membunuh, membakar rumah-rumah dan mengusir penduduk Arab keluar dari kampung halaman mereka untuk dijadikan penempatan baru bagi para pendatang Yahudi. Hasilnya, pertambahan demografi penduduk Yahudi di bumi Palestin meningkat secara drastik sehingga ke tahun 1947.

Mereka yang pada asalnya hanya merupakan kaum minoriti di bumi Palestin pada tahun 1917, telah hampir-hampir menyamai bilangan penduduk Arab pada tahun 29 November 1947 yang telah memaksa kuasa-kuasa besar melalui League of Nations menghadiahkan hadiah kedua tersbesar selepas "Deklarasi Belfour", iaitu Partition Plan (Pelan pembahagian bumi Palestin) melalui resolusi PBB 181 yang telah menyaksikan bagaimana negara-negara Arab yang membantah resolusi tersebut menjadi golongan yang lemah dan tidak berupaya mempertahankan tanah suci milik mereka. Para penganalisis sejarah dan politik mengatakan bahawa sokongan terhadap pembahagian bumi Palestin kepada tanah Arab dan tanah bagi warga Yahudi oleh masyarakat dunia dan juga kuasa-kuasa besar amat berkait rapar dengan simpati dunia terhadap nasib kaum Yahudi Eropah lewat peristiwa Holocaust.

Selepas mendapat habuan yang teramat istimewa itu, pihak rejim Zionis semakin memperkemaskan kedudukan mereka. Penghijrahan Yahudi Eropah yang semakin mengiktiraf keunggulan usaha perjuangan gerakan Zionisme bertambah dari hari ke hari. Walaupun 1001 tentangan yang mereka terima hasil perjuangan rakyat Palestin dan juga warga Arab muslim dari negara-negara yang berjiran (terutamanya dari tentangan daripada ketumbukan tentera Ikhwanul Muslimin dari Mesir), mereka tetap komited dengan matlamat mereka untuk merealisasikan penubuhan sebuah Erez Yizrael yang berdaulat. Hasilnya, pada petang 14 Mei 1948, proklamasi penubuhan negara Israel telah diumumkan oleh Perdana Menteri rejim Zionis yang pertama, David Ben Gurion di dewan muzium Tel Aviv. Beliau telah mengumumkan bahawa tarikh 14 Mei 1948 bersamaan dengan 5 Ayyar 5708 (tahun Yahudi) merupakan perisytiharan penubuhan "Negara Israel" (Medinet Yizrael) yang merangkumi 78% daripada bumi Palestin yang asal.

PM Israel Pertama - David Ben-Gurion

Oleh kerana hari tersebut hari Sabtu yang merupakan hari bercuti bagi agama Yahudi, maka 15 Mei 1948 telah dipilih untuk dijadikan hari sambutan penubuhan negara Israel secara rasmi. Ben Gurion telah dipilih untuk menjadi Perdana Menteri pertama negara tersebut dan Prof. Chaim Weizmann telah dipilih menjadi presiden pertama negara yang ditegakkan secara haram dan bertentangan dengan segala deklarasi kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa. Atas dasar inilah kebanyakan pihak yang tidak mengiktiraf negara Israel sehingga kini menyebutnya sebagai "Rejim Zionis", kerana kewujudan mereka di bumi Palestin adalah tidak sah, malah merupakan satu jenayah yang paling besar pernah dilakukan oleh manusia di abad ke-20 selepas jenayah yang dilakukan oleh Hitler di Eropah. "


p/s: masih memikirkan nasib para mujahidin di seluruh dunia, rakyat-rakyat palestine & ahli-ahli Konvoi Talian Hayat Palestin. Semoga mereka tabah menghadapi segala ujian dan dugaan. Moga-moga cita "hidup mulia atau syahid mendapat syurga" kalian akan termakbul. Takbir: Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!